Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bahagia dan membahagiakan. Kaedah transformasi minda

Rate this book
Kehidupan adalah apa yang kita beri kepada setiap perkara yang berlaku.

Bagaimana?

Ketahui 'blue print' anda yang menentukan corak kehidupan kelak. Manakala imej diri adalah untuk mengenal siapa diri kita. Proses kehidupan di dunia ini adalah mencari bekalan untuk kehidupan yang abadi kelak. Carilah kebahagiaan bukan sekadar bahagia di dunia, malah di akhirat. Setiap perkara yang berlaku dalam setiap detik masa kehidupan adalah teladan, pengajaran dan ujian agar dapat menguatkan jiwa dan badan. Semoga kita bersama-sama mendapat manfaat di dunia dan di akhirat.

134 pages, Paperback

First published January 1, 2012

6 people are currently reading
46 people want to read

About the author

Muhaya Mohamad

21 books31 followers
Muhaya Mohamad MD, FRCS, Ph.D.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (40%)
4 stars
8 (22%)
3 stars
8 (22%)
2 stars
4 (11%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
Read
August 31, 2014
Bismillahirrahmanirrahim.

Orang yang 'stress' sebenarnya pergantungan kepada Allah tidak kuat.

Oh! Ayat ini membuatkan saya tersentak @_@ hee..

Penulis menekankan kepentingan bersikap positif, berfikiran positif, banyak membantu orang lain, banyak memberi dan memaafkan sebagai elemen bahagia dan membahagiakan.

Sebagai contoh, orang yang panas baran selalunya orang yang tidak gembira dengan diri sendiri. Cara berhadapan dengan orang yang panas baran ini ialah dengan menganggap dia sebagai pesakit dan kita sebagai doktor. Perbetulkan diri kita dahulu, berasa belas dengannya dan cuba berkomunikasi dengan baik.

Manakala bagi orang yang pemarah pula ialah orang yang takut akan dua perkara iaitu takut kehilangan dan takut tidak dihormati. Ini berpubca daripada kebergantungannya kepada manusia dan bukan kepada Allah.

Bagaimana cara mewujudkan rasa takut kepada Allah? Pertama, ambillah masa berfikir dan merenung kekuasaan Allah, mendalami agama seperti ilmu tafsir al-Quran dan hadis dan banyak membaca, menghadiri kuliah-kuliah agama dan bermuhasabah.


Selain itu, setiap hari selepas bangun dari tidur ucapkan dan doa yang baik-baik sebelum memulakan hari. Misalnya :

"Saya ingin lebih beriman, bertaqwa, bersyukur, berkasih sayang dan memberi yang terbaik. Saya beriman dan yakin dengan kuasa dan ketentuan Allah terhadap kehidupan saya."

Formula murah hati berasaskan kepada lima aspek ini :

1. Fizikal ; membantu orang lain hatta mengangkat barang.
2. Penuh kasih sayang
3. Kerohanian (pegangan agama) ; amar ma'ruf nahi mungkar
4. Kewangan ; membantu orang atau bersedekah
5. Ilmu ; menyebarkan ilmu

Semoga mendapat keredaan-Nya. Barakallahufik. :)
Profile Image for N.F. Afrina.
Author 3 books857 followers
March 8, 2020
This book was given to us as part of the PMC (Prof Muhaya Circle) package as an e-book. It was a good revision for all the Youtube videos I've watched from Prof Muhaya. Can't help but hear her voice as I read and can't help but to highlight something from every page like it's nobody's business haha.
Profile Image for AriffHidayah.
37 reviews1 follower
July 26, 2013
Dalam buku ini, ada beberapa tips nak rasa hidup tenang dan bahagia. Antaranya:

1. jaga hubungan kita dgn Allah
2. Jaga hubungan kita dgn orang sekeliling kita
3. sentsia buat kebaikan
4. Fikirkan perkara positif

kesimpulannya,

Hidup aku tak bahagia. jadi, aku kena ubah dan berubah. Ayuh!!!
1 review1 follower
Read
January 11, 2013
sangat baik untuk re set minda kita
Profile Image for Shahkang.
Author 13 books81 followers
November 4, 2013
Menarik cuma mungkin perlu ditambah lebih banyak contoh praktikal. Tahniah kepada penulis!
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.