Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tuhan Lebih Tahu

Rate this book
Hazry Izhar dan Rina Azia. Mereka teman tapi mesra.
"Pinjam bahu kau kejap. Hati aku tak tenang ni. Kau kan kawan aku, tempat aku mengadu." – Hazry.
"Hazry, aku nak buat kerja ni." - Rina
Dan bila dua anak Adam sentiasa bersama, akan ada makhluk ke tiga sebagai penghasut.
“Tapi aku hanya lakukan sekali saja. Itupun aku tak sengaja!”- Hazry
“Kerana perbuatan tak sengaja kau tu jugak, mak Rina tak mengaku dia anak." – Azrafel
"Jangan ingat penyesalan kau tu boleh buat aku lupakan semuanya, Hazry! - Rina
Ketentuan Tuhan, di luar jangkauan manusia. Rumitnya lakaran hidup mereka, hanya Tuhan yang tahu rahsianya.

572 pages, Paperback

First published June 1, 2016

2 people are currently reading
40 people want to read

About the author

Rose Harissa

35 books220 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (21%)
4 stars
20 (38%)
3 stars
19 (36%)
2 stars
2 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
Read
September 22, 2016
Edisi baru. Aku suka bau bukunya, kertas kuning yang buat si pencandu buku senyum sampai telinga.

Jujurnya aku kurang menggemari ending. Hati masih senang dengan penamat cerita yang terdahulu. Mungkin kerana Wan Azfarel itu lebih ‘tepat’ untuk si Rina, atau mungkin saja aku tidak menyukai Hazry [?], walaupun aku lebih suka cover yang ini haha.

Lain?
Terkedu bila mana buku awal sudah ‘hilang’ di medan GR, sebabnya aku tak rajin nak ulang resensi. Maaf juga, tiada bintang yang akan kuberi. Biar rasanya kekal diam dalam hati saja.

Ps: Ini mungkin bukan review, kerana sudah lama tak berkongsi rasa aku makin hilang kosa kata.
Profile Image for Mslvoe.
2,145 reviews212 followers
Read
February 15, 2023
Speechless jap!

Tengan fikir nak beri berapa bintang 🤔 ke takyah letak?

Frankly F tak suka endingnya. Watak Hazry annoying kot.. tak faham bahasa.. ikut cakap dia je. Alaaaa tak suka la

Wei whyyyy whyyyyy ... F tak boleh terima kenyataan. 🤭 benci² la feeling ni.. adoii
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,050 reviews378 followers
August 23, 2016
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM22. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Seperti Proposal Cinta Selamanya, N kurang happy with the way this story ends. Sebahagian daripada diri N mengharapkan kesudahan yang lebih kurang sama dengan Lili Buat Najah, and when I didn't get that, I was a bit disappointed, walaupun N tahu, nothing can be ever top Lili Buat Najah (at least part ending-nya).

Agak sukar untuk membincangkan novel ini without giving away the ending. Lebih menyukarkan bila N rasa novel ni lebih memuaskan jika dibaca tanpa tahu apa yang akan berlaku.

Profile Image for Eda Eda.
177 reviews20 followers
August 23, 2025
Baru tau ada ending berbeza untuk versi asal dan baru. Lebih memilih dan memihak pada ending versi asal novel ni. Geram dengan dua watak lelaki dalam ni; Azrafel dan Hazry sebab dua-dua bodoh ! 😂 Azrafel yang asyik cemburu buta dan salahkan bini dia. Dia yang buat keputusan membabi buta lepastu dia jugak yang nak emo. Sis penattt. Si Hazry pulak jantan tak guna sebab lepas tangan dan bengap dengan perasaan sendiri.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
August 10, 2016
pabila mengetahui ending dahulu lain, terus rasa nak baca yang lame pny.

bukan apa, pada sy hazry memang x matang n annoying!

selepas merogol rina, hanya maaf & terus melarikan diri. kembali ke malayisa, sudah bertunang dengan nafisa tapi masih mengharapkan kemaafan rina, padahal tak nampak kesungguhan atau penyesalan hazry mengenai kejadian lalu. siapa yang tidak marah? at least, memahami skt situasi rina menghadapi trauma yang teruk selepas kejadian tu. ni tidak, masih lepas laku dengan rina, pegang2 tanpa memikirkan rina mungkin tidak selesa. kegagalan hubungannya dengan nafisa juga memperlihatkan hazry seorg yang tidak tau apa sebenarnya yang dia ingin, mementingkan diri sendiri.

so, atas sebab itu pada saya ending yang asal ni memang sedikit mengecewakan. begitu juga dengan orang sekeliling yang seolah2 merestui rina supaya memilih hazry, tanpa memikirkan perasaan rina selepas kematian azfarel. rasanya, bagilah ruang untuk rina bersemangat semula & menerima kesalahan hazry, walaupun itu adalah amanat azfarel.

namun, apa yang harus dipuji ialah ketidaksempurnaan watak2 sampingannya. Azfarel, walaupun permulaan cerita seorang suami yang romantik, begitu menyanyangi rina & sangat bertolak ansur, berubah apabila rina bekerjasama dengan hazry. Muncul sifat panas baran, cemburu buta & terburu-burunya. Begitu juga Elisha, walaupun seorang playgirl, berusaha meruntuhkan rumah tangga Nafisa tapi masih di atas batas2 yang dendam yang boleh diterima. Malah, dia mengakui Azrafel & Hazry terlalu baik untuknya, meminta maaf dengan Rina atas segala silapnya.

Tiada manusia sempurna kan? so ketidaksempurnaan itu menghidupkan novel ini sebenarnya.

cuma, tulah... secara peribadi saya lebih suka ending versi lama.

tahniah penulis.
Profile Image for Ella.
794 reviews93 followers
September 11, 2016
Read this at ur own risk cos we may not be sharing the same preferences.

Tak sangka buku ni ada dua versi bila saya jumpa 2 buku yg sama di goodread dari different author name..turns out to be the same author with different nickname. Dah beberapa author ada 2 nick sampai saya pun keliru..forever lah saya macam ni..hehehe..sesiapa dah pernah baca mungkin akan rasa ada sedikit perbezaan but I will never get to know about it.

Kerana cemburu, persahabatan yg terjalin musnah.
Kerana cemburu buta, perkahwinan yg dibina hampir musnah.
Kerana terlalu membenci, ada jiwa yg terseksa.
Kerana dendam, ada yg jadi pawn untuk melunaskannya.
Above all this, kerana fitnah dan tiada keyakinan dengan cinta yg tulus, ada jiwa yg sangat tertekan.

Bagi saya jln cerita lebih complicated dari Proposal Cinta. Terlalu banyak watak yg became main focus. Saya juga agak kurang senang dengan cara Mak Mertua Azfarel mengendalikan issue anaknya sendiri hingga membenci Azfarel..Pada saya kebencian dia terletak dibahu yg salah dan sudah bertahun pun masih susah nak ampunkan pasangan itu. (Di sini saya puji sikap sesetengah orang yg mampu bertahan dengan sikap orang tua begini.) Saya juga turut merasa kesal atas apa yg terjadi pada Azfarel. Tak banyak yg boleh saya kemukakan disini sebab as I say..its complicated.

Lastly dalam novel ni dan sinopsis..nama Azfarel dan Azrafel adalah org yg sama..mungkin typo kut.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books108 followers
May 13, 2018
pertamanya, jangan tanya buku ni ada lagi atau tak sebab LE tahun 2016. keduanya, entah kenapa karya puan penulis Rose Harissa sememangnya antara yang ada dalam koleksi tapi macam sayang nak baca. hehe.. terukkan? lepas ni kena selongkar jugaklah. cari dan baca.

agaknya sebab karya puan penulis ini mencabar jiwa dan emosi. hazry dan rina teman rapat dari fakulti lagi. teramat rapat hingga ada yang salah sangka. even rina sendiri pada awal mengaku dia sukakan hazry cuma bila makin makan masa dia sedar hazry hanyalah temannya.

hazry pula, kalau ada lelaki sebegini depan mata, larilah. haha!! tak guna kalau muka hensem tapi tak boleh kawal diri sendiri. wataknya yang dibina oleh puan penulis memang sangat annoying! bertambah sakit hati bila hazry lepas tangan. lepas tangan bila dia meragut kesucian rina dan kemudian ke luar negara, tukar tempat belajar dan hanya tinggalkan pesanan bertulis pasa rina - maaf, tak sengaja. sangat jahat!

azrafel penyelamat. dan dia memang sayangkan rina setulus hati. walaupun yang lahir pun bukan darah dagingnya tapi dia tetap menerima ikhzal sebagai anak sendiri. haa.. lupa pulak. watak perempuan jahat semestinya ada. elisha, yang banyak mengajar segala bentuk kejahatan pada hazry sebenar punca semua kemelut kehidupan mereka. sehingga 6 tahun berlalu pun, dialah punca segalanya...

kalau nak dikisahkan, memang banyak lagi. sama banyak dengan emosi turun naik waktu membaca. nak baling buku sendiri, sayang. tapi memang geram. dahlah hazry satu hal, si azrafel pun mula tunjuk perangai. mungkin salah satu dari simptom sakit yang dihidapi tapi rina tu isterinya dan dalam perut itu anaknya! hazry dengan tak faham bahasa, mau tak jiwa rina huru hara!

dalam perhubungan manusia, perlu ada perasaan hormat. dalam perhubungan cinta, perlu ada perasaan jujur dan percaya. dalam perhubungan kekeluargaan, perlu ada keharmonian. sayang dan cinta seharusnya memang merangkumi semuanya. suka naskah ini sebab ia ada semuanya. apa lagi yang perlu dan apa lagi yang mahu?
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
July 10, 2017
My Rating: 3.5

Suka watak Azfarel. seolah² sewaktu membaca perjlnan cerita spt berada di hadapannya.
Kurang gemar watak Hazry, bagaikan kanak² yg kurang matang jerrr.
Geram dgn Elisha yg suka mengapi²kan keadaan.

Ending cerita cam tak puas, seolah² ada perakhirat seperti terkejar² utk di tamat kan.
atau perasaan saya shj????
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
May 24, 2022
[BOOK 89]

Tuhan Lebih Tahu by Rose Harissa.
.

Rupanya, buku ni pernah diterbitkan suatu ketika dulu. So, currently, for the same book, we have different ending. Dah gaya macam buku Karya Seni suatu ketika dulu, yang ada 2 ending tu. hahaha
.

Aku tak pernah baca versi lama, tapi ada la tengok kat Goodreads tu. hahaha..Patutlah sepanjang baca buku versi baru ni, aku banyak berkerut dahi. Dan jujurnya, aku nyaris nak letak tepi je. Bukan sebab tak best, tapi entahlah, tak suka wataknya mungkin. And apparently, I love the old version.
.

Rina Azia, Wan Azfarel dan Hazry.
.

Rina dan Hazry, teman tapi mesra. Mereka rapat macam belangkas. Tapi Hazry hanya anggap Rina sebagai adiknya, walaupun Rina pernah confess. Dan sekarang, mereka masih berkawan mesra walaupun Hazry couple dengan Elisya dan Rina pula baru berkenalan dengan Azfarel.
.

Sehinggalah satu tragedi menimpa Rina, angkara Hazry. Dan dasar Hazry yang bengong dan childish ni, dia hanya minta maaf dan lari ke oversea. Dan di sini, tinggallah Rina meratapi nasib. Nasib baik, adanya Azfarel yang sudi menerima Rina kerana dia sangat cintakan Rina.
.

Rina bahagia bersama Azfarel dan anak mereka, Ikhzal. Sehinggalah, Hazry muncul semula. Dan rupanya, ada rahsia yang Rina sembunyikan daripada Hazry berkenaan Ikhzal. Semakin lama, semakin mengendeng si Hazry ni, atas alasan rasa bersalah dengan Rina la, rasa bertanggungjawab dengan Ikhzal la. Hurm.
.

Pada masa yang sama, Azfarel menghidap brain tumour. Disebabkan itu, Azfarel makin lama, makin mengalami kecelaruan emosi. Kejap panas baran, kejap baik.
.

So, endingnya, Rina dengan siapa?
.

Personally, aku tak suka ending buku ni. hahahaa...sebabnya aku tak suka watak Hazry. Dari awal cerita, sampailah ke penamat. Punyalah childish, tak faham bahasa, tak reti hormat Rina dan Azfarel. arghh banyak lagi la. Rimas betul. hahaha
.

p/s: rasa teringin la pulak nak baca versi lama. Hurm, tapi dah tak sanggup menghadap watak Hazry.
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
February 25, 2025
Novel Tuhan Lebih Tahu oleh Rose Harissa berserta cover baru ini diterbitkan pada tahun 2016 oleh Idea Kreatif Publication.
Cetakan pertama novel ini pula ialah pada tahun 2009 dengan tajuk yang sama. Cuma menggunakan nama pena Nora Ismail dan diterbitkan oleh NB Kara Sdn Berhad.
Pada saya, 90% isi cerita dan jalan ceritanya sama cuma ada sedikit olahan untuk terbitan IKP termasuk epilog yang berbeza yang saya tidak suka. Printing buku pun guna jotter paper yang cepat kuning which foxing is inevitable tapi saya tak berkenan.
Sebuah kisah bertemakan kekeluargaan dan pengorbanan ini sangat menyentuh perasaan saya. Terutama sekali jalinan dalam keluarga Wan Azfarel yang semua orang tinggal di bawah satu bumbung tapi dalam empat rumah yang berlainan.
Saya paling suka watak Wan Azfarel. Cintanya pada Rina Azia yang selalu utamakan kebahagiaan Rina buat saya terharu.
Watak jahat Elisha yang penuh dendam sampai sanggup melibatkan Rina, Azfarel dan Hazry amat terserlah. Begitu juga dengan Nafisa yang gedik sampai paksa Hazry kahwin dengannya sangat menjengkelkan.
Having said all that, saya rasa kecewa dengan epilog novel ini. Too short with drastic ending and very disappointing.
Saya lebih suka naskah edisi pertama terbitan NB Kara dengan epilog yang sangat best.
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
December 7, 2016
TLT edisi IKP_perubahan akhir kisahnya! sejujurnya RH, kak suka ending terdahulu. pd kak lebih cocok diakhiri begitu dr begini. cuma itulah..kita ada kesukaan sendiri2 kan? membacalah dgn risiko emosi sendiri..pd kak TLT yg ini boleh dilayan juga..bacalah dulu ya? rasainya sendiri baru blh kata itu dan ini k!
pada kak, RH tetap punya sentuhan yg bagus. yg memikat hati pembaca! teruskan berkarya ya RH! kak sokong kamu!
Profile Image for Aylahusna Aily.
72 reviews16 followers
August 25, 2016
Novel yang agak berat pada saya tetapi menarik. Best sangat. Suka kat Azfarel tu. Sweet :)

Overall, ada pengajaran yg patut kita ambil dlm nvel ni. Cuma satu je x puas baca sbb mcm cepat sgt. Hihi.

Tahniah utk Rose Harissa for this limited edition print :D
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.