Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rindu Hilang di Tapak Tangan

Rate this book
"Bacakanlah untuk kawan-kawan semua, biar mereka pun tau." ~ Zeda Puspita

Rindu Hilang di Tapak Tangan secara halus dan berseni mencerminkan realiti sosial dan budaya masyarakat Melayu pada era 1960-an. Melalui perutusan surat antara watak-wataknya, novel ini memberikan gambaran realistik tentang dilema wanita pada zaman itu yang menyentuh persoalan cinta, harapan, pencarian makna hidup dan takdir yang masih relevan hingga ke hari ini.

Salmi Manja membawakan isu wanita yang hidup dalam dunia yang tidak banyak memberikan ruang untuk mereka bersuara serta berdepan dengan sosiobudaya masyarakat yang kadang tidak adil, lalu mereka mencari kekuatan dalaman untuk bertahan dan menerima takdir.

Dengan gaya bahasa yang lembut dan mendalam, pembaca dibawa menyusuri lorong-lorong keresahan seorang wanita melalui baris-baris tulisan yang jujur dan penuh makna.

99 pages, Paperback

First published January 1, 1968

9 people want to read

About the author

Salmi Manja

7 books1 follower
A Malaysian novelist, poet, and journalist.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (50%)
4 stars
4 (40%)
3 stars
1 (10%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Zalila Isa.
Author 12 books51 followers
August 28, 2025
Membaca novel lama seperti ini (sudah diterbitkan semula oleh Biblio Press), membawa diri kepada hakikat kewanitaan, cinta dan kehidupan. Sebuah novel yang sederhana tapi membawa suara wanita agar terus bangkit tidak menjadi 'hamba' kepada sistem dan persepsi. Wanita ada hak bersuara, perlu menyokong antara satu sama lain untuk kualiti diri dan tentu sahaja mengisi diri dengan ilmu yang banyak dalam menjalani rencah kehidupan.

Kegagalan dalam jejak langkah, cinta, rumah tangga dan sebagainya bukan bererti diri gagal sepenuhnya. Wanita yang kuat akan terus bangkit dan memberi pelajaran baik kepada yang lain.
Profile Image for Klux.
181 reviews
September 11, 2025
This book was written in 1968 so the language was simple, as per usual during that time. No grandeur just plain prose.

It was flashback stories of several girls in a Madrasah in Singapore, told by Hana. To be more specific, it was a recap of Zeda and Ustazah Anish stories.

Zeda ran away and got married. Soon after she was divorced and she ran away again only to meet Shahlan. She married him only to find out he's someone else's husband/father. Fast forward, she was divorced and married again to a Haji. In between she was sick a lot and Hana was compelled to finally write down her story when she received the news that Zeda had passed away.

Ustazah Anish blamed herself for Zeda misfortunes because she encouraged Zeda to run away. She didn't want Zeda to end up like her, waiting for someone only to be broken hearted at the end.

My thoughts:

× Ustazah Anish as an adult, and a teacher to boot, should have known better. I do blame her. Maybe Zeda's fate would be different if she didn't run away.

× Being dumped by a man wasn't a good enough reason to go through life wallowing in self pity. Ustazah Anisan could have come back stronger but she chose misery instead.

× The women in this story were mostly subjected to misogyny. Even Hana, when her husband sort of blamed her for their daughter's lack of academic achievement. Hana chose not to defend herself.

× I was frustrated throughout because these girls could have chosen differently but instead they made decisions with their hearts and not their heads. Also the part where Zeda's MIL blamed her instead of his son for eloping... *facepalm*

* Zeda could have changed her fate should she learned to be an independent woman but she blamed her family situation and thought she can't do much. As you can see, such thoughts are destructive.

Story 4/5
Characters 4/5
Development 3/5
Enjoyment 3/5
style of writing 4/5
Overall 3.6/5
Profile Image for Iza B. Aziz.
222 reviews29 followers
September 27, 2025
Walaupun usia cerita ini kian menua, bagi saya mesej yang ingin disampaikan masih segar. Mesej untuk wanita supaya tegas bersuara, mematangkan emosi, menyayangi diri dan menjadi unit sokongan kepada mereka yang menghadapi krisis.

"𝗔𝘄𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗶𝗹𝗸𝗮𝗻𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. 𝗔𝘄𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿𝗶𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶."

RHDTT bukan cerita untuk mencari salah wanita, lelaki, takdir atau memandang remeh dengan segala yang berlaku pada watak-wataknya. Ia cerita derita untuk dipelajari dan menyentuh sudut meletakkan empati sebelum prejudis. Mungkin agak dramatik kalau saya katakan, penderitaan mereka adalah kebebasan untuk kita pada hari ini.

Saya juga percaya Salmi Manja, dalam dua karya beliau yang sebelum ini dan RHDTT nyata ingin menunjukkan pentingnya didikan emosi dan peranan orang dewasa sebagai pengaruh hidup anak-anak.
_____________________
Ada adegan dalam cerita seperti lakon layar drama petang. Cuma twist-nya ia menawarkan pengalaman, nasihat dan kesedaran menggunakan kaca mata seorang narrator. Teknik seperti ini mewujudkan ikatan antara saya dan watak lebih mendalam.

Bagi gaya penulisan pula, sejujurnya saya amat menyukai ayat yang mudah dan lembut oleh pengarang. Itulah kekuatan Salmi Manja. Malah, imbasan dari surat-surat menjadi susunan plot memberi saya andaian dan tertanya-tanya. Satu perkara yang saya terkesan ialah bagaimana tulisan tangan dapat mendedahkan kestabilan seseorang. Mana tidaknya, kita sekarang bergantung pada emoji atau huruf digital.

Secara keseluruhan, saya semakin jatuh cinta dengan Salmi Manja dan saya berharap lebih banyak karya lamanya kembali menemui pembaca.

#kronimembaca
_____________________
Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
July 24, 2017
"kita mesti belajar luka. mesti menerima kelukaan. kalau kita biasa, kita tidak merasakan apa apa."
- Ustazah Anisah
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.