Jump to ratings and reviews
Rate this book

NOTA #2

NOTA: 2

Rate this book
Sambungan novel bestseller NOTA.

"Betul cakap Mama tu, Ray. Siapa kita nak menidakkan kisah hidup orang lain?" - Lisa.

Ray meraikan kejayaannya sebagai penulis setelah novel keduanya, NOTA, laris di pasaran. Kemudian, setelah dia membaca nota-nota baru yang diterimanya dari Intan Sofia, wanita yang membenarkan kisah hidupnya ditulis di dalam novel itu, dia menemui lebih banyak sisi gelap. Ini memberikannya idea untuk menghasilkan novel seterusnya. Dengan bantuan pembaca setianya Rumi, dia cuba menggali lagi kisah lampau wanita itu, mencari punca mengapa hidupnya berakhir dengan tragedi dan mahu memahami apa sebenarnya yang telah terjadi.

Apa yang Ray tidak sedari, tindakannya itu boleh membahayakan hidupnya sendiri.

276 pages, Paperback

First published June 24, 2016

5 people are currently reading
100 people want to read

About the author

Shaz Johar

26 books102 followers
Shaz Johar was born and raised in Kuala Lumpur. He works in a bank. His first novel KOUGAR (2011) won the Selangor Young Talent Award for Best Malay Novel. He followed this up with TABU (2011) and MENTAL (2012).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
53 (24%)
4 stars
119 (55%)
3 stars
39 (18%)
2 stars
3 (1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 46 reviews
Profile Image for farahxreads.
715 reviews264 followers
March 21, 2022
Selepas habis Nota: 1, terus saja aku mencapai naskhah sambungan ini. Bab 1 yang sangat mencemaskan dan membuat tekak aku jadi loya kembang. Boleh aku katakan yang aku lebih suka Nota: 2 ini berbanding yang pertama kerana banyak persoalan yang ditinggalkan telah terjawab. Penceritaan juga lebih kemas dan terperinci yang membuatkan aku boleh bayang semua benda yang terjadi ke atas Ray. Transisi naratif Ray dan cerita dari buku nota yang ditinggalkan oleh Intan digarap dengan begitu cermat sekali, membuatkan aku dapat follow halan cerita dengan smooth tanpa rasa serabut. Perwatakan Ray juga ada lapisan-lapisan emosi dan perasaan yang membuatkan karakternya mempunyai depth dan tidaklah nampak seperti kepingan kadbod dua dimensi saja. Secara keseluruhannya, Nota: 2 merupakan satu sekuel yang baik dan aku tak sabar nak baca apa yang terjadi dalam naskhah seterusnya!

P/S: Tertanya-tanya apa simbolik lagu Honeymoon oleh Lana Del Rey yang sering dimainkan di sini

And damn, what an epilogue.
Profile Image for Anis Suhaila.
138 reviews11 followers
July 3, 2016
This is one of those rare times when a sequel is better than the first. Shaz Johar seems to get better and better, especially with how he describes a scene. You can picture exactly what the character is doing.

Jalan cerita pun lebih menarik daripada the first, a better thriller, more and more questions were being thrown around. As usual, the epilog is one of the best parts of the book, meremang bulu roma weh.

At this rate, Shaz Johar is going to be one of the best writers we have.
Profile Image for Regina Ibrahim.
Author 22 books111 followers
June 16, 2017
nota 2 by Shaz Johar
Edited by Hani Suraya

Dibuka dengan cemas sekali, seperti menonton rancangan realiti 'man vs wild'digambarkan Ray setelah berjaya menjadikan novel ke 2 sebagai bestseller. Penulis terus memasuki dunia gelap yang digambarkan penuh realistik berkisah emosi diri samada hidup atau sudah mati? Sambungan kembali membawa watak baru Rumi yang sudah tentu tidak muncul saja saja. Kekal dalam nada yang seksi bersahaja Ray penceritaan disusun rapi, menjadikan pembaca bertambah teruja. Nota kali ini banyak berkisah pada cara Ray mahu kembali mengingati apa yang terjadi pada dirinya. Paling menarik penulis tidak memperkenalkan watak watak baru, sekiranya ada pasti ianya akan lebih keliru. Pembaca diusik usik samada watak Mama dan Lisa ada keterlibatan dalam kemelut yang terjadi, secara sipi sipi juga digambarkan hubung kait nota yang diserahkan pada Amri... yang mungkin akan dicungkil dalam nota 3 nanti. Epilog 4 dara (dari garapan cerpen hari jumaat fixi) dipilih sebagai penamat pada nota2 demi menjanjikan sambungan yang mungkin akan jadi lebih menarik.
Teknik penceritaan Shaz Johar yang tidak meleret atau bertele tele sebenarnya adalah kekuatan dalam penulisan moden. Sapaan sapaan pendek membuatkan suasana menjadi lebih realistik dan ada ketikanya lucu, membuatkan pembaca tersenyum sendiri. Tidak ada mukasurat yang boleh dilangkau, lagipun setiap bab menjadi penting (tuduhan tuduhan tanpa bukti hanya berlandaskan kata kata yang dicatatkan di nota).
Sekali lagi Syabas pada penulisan bersahaja sebegini.
Profile Image for Inn Auni.
1,086 reviews25 followers
September 12, 2017
Acapkali perkataan mindfuck disebut dalam buku ni. Nak tau apa yang paling mindfuck setakat ni bagi saya? Filem Oldboy dari Korea Selatan tu. Itu betul mindfuck yang tak akan dapat saya lupakan.

Berbalik pada Nota:2, awalnya agak susah juga nak hadam. Saya jadi meluat dengan sikap Ray. Masa Ray pulangkan semula nota tu kepada Intan, rasa macam meroyan lebih pula mamat tu.

Tapi lepas tu, memang jalan ceritanya smooth. Banyak kali kena stop dan review semula apa yang saya baca. Kena jadi macam Ray barangkali, sediakan buku dan pen.

Dek kerana penulis ulang tayang perkataan mindfuck tu banyak kali, saya tunggu juga di mana mindfucknya Nota:2 ni. In my humble opinion (hahaha kau mesti bengang kan Ray?) takde pun mindfucknya.

Oh, satu lagi yang mindfuck ialah drama Melayu lakonan Ogy. Kisah seorang pelajar yang didera dan datuknya ditangkap polis berdasarkan diari pelajar tu. Apa mindfucknya drama tu? Pelajar tu ada masalah pembelajaran maka bukan dia yang tulis diari tu. Ibu dia, lakonan Ogy, yang tulis berdasarkan pengalaman gelapnya didera secara seksual oleh bapa kandungnya (datuk pelajar tu). Dan dia yang dera anak dia (pelajar tu) bila anak dia rapat dengan bapa dia (si datuk tu la).
Profile Image for hans.
1,157 reviews152 followers
January 17, 2019
Karakter utama lebih emosional kali ini-- Ray dan Lisa, tak ada yang rasional jadi rasa 'tersepit' dengan perangai karakter. Saya rasa cukuplah Ray seorang yang kacau-bilau dengan semua benda yang jadi tapi bila Lisa pun macam tak membantu rasa geram juga. Suka penceritaan isi buku nota, cuma kurang setuju bila Ray kata ia mindfuck. Tak ada yang mindfuck sebenarnya. Biasa saja, tapi saspens dan misterinya ada flow yang bagus. Pengolahan plot antara dua cerita dari buku nota ke naratif Ray sangat teratur-- dua plot yang berjalan seiring. Variasi babak buat saya terus kekal mahu tahu apa jadi. Setiap kejutan dengan tahap ingatan Ray kadang buat saya cuak dan buat deduksi sendiri. Watak Ray agak 'berat' di bahagian tengah selepas kejadian di rumah Intan tapi penulis bagus seimbangkan emosi Ray di plot dengan semua insiden yang berlaku. Waktu ini saya suka dengan Lisa, cadangan dia untuk Ray tulis apa yang dia ingat itu agak membantu walaupun saya juga kurang pasti nak percayakan Ray ataupun tidak-- ada something tentang Ray yang buat saya terfikir dengan status kesihatan dia. Kondisi yang buat saya rasa dia berdelusi dalam imaginasi dia sendiri, tapi entahlah. Kasihan juga dengan Ray sebenarnya. Suka cara penulis kembangkan karakter Ray di buku ini, dan tentunya boleh teka siapa yang jahat dari awal sebab watak dia memang sangat suspicious sejak dari NOTA 1 lagi. Epilog yang sangat menarik!
Profile Image for Shuhada Ramli.
353 reviews17 followers
August 13, 2016
SJ tidak pernah mengecewakan saya sebagai peminat setia novel-novelnya.
Saya membacanya berhati-hati kerana kali inj permainan SJ sedikit mengelirukan. Jika bacanya secara lompat-lompat tanpa memahami ceritanya, sukar untuk fahami cerita yang seterusnya. Gambaran elemen gila dan kejam kelihatan sungguh nyata.

Disarankan supaya membaca Nota yang pertama. Tahniah SJ. I m looking forward for your next book!
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,334 reviews67 followers
April 10, 2019
[BOOK 30]

Nota 2 by Shaz Johar.
.

Best!
.

This sequel menjawab persoalan yang ditinggalkan dalam Nota 1. Di mana budak yang dikatakan hilang? Di mana mayat Iskandar? Siapakah pembunuh Iskandar? Dan apa sebenarnya yang terjadi kepada Intan Sofia?
.

Basically, buku ni lebih memfokuskan kepada watak Ray tu sendiri, yang bergelut dengan egonya, sama ada nak baca nota Sofia tu ataupun tak. Ye la. Dia rasa dirinya ditipu bodoh-bodoh je. Then, bagaimana dia cuba mencari jawapan kepada persoalan yang terjawab sebelum ni.
.

Bagi aku, berbanding Nota 1, Nota 2 lebih rasa thrill dan mencemaskan gitu. Dengan pengalaman Ray sendiri yang hampir mati. Dan kesan daripada itu, dia sering lupa. So, konflik kat situ ialah bagaimana Ray cuba untuk ingat kembali dan mengumpul semua klu yang dia dapat tu untuk mencari pembunuh yang sebenar. Walaupun sebagai pembaca, kita dah dapat dah pun jawapannya.
.

So, aku tertanya-tanya lah kan, Ray, berbaloi ke apa yang kau buat ni, semata-mata untuk mendapatkan cerita yang kononnya 'mindfuck' tu?
Profile Image for Ikmal Fitri (iikmalreads).
263 reviews56 followers
October 27, 2018
First of all, gue nak minta maaf sebab rate rendah dekat Nota. Sebab bila aku baca Nota:2, dang! Sumpah Nota:2 kemas!

Bagi aku pembacaan kalini tak mendatar seperti aku baca Nota. Kuriusiti aku membuak-buak dengan setiap nota baru yang diberikan oleh Intan Sofea. Dan kalini vibe misterius lagi tinggi. Banyak persoalan yang dicampak ke dalam Nota:2 yang membuatkan aku nak selak setiap helaian dengan pantas. Persoalan-persoalan dalam Nota turut terjawab.

Dan part yang paling aku suka, part Ray bila dah sedar dari you-know-what.

Aku macam wau kemas gila SJ buat macam ni. SJ ibarat membawa kita mengembara ke memori Ray dan membuatkan aku berdoa dalam hati "tolong ingat cepat Ray".

So nasihat aku, sesiapa yang dah baca Nota dan kecewa (seperti aku), korang kena angkat Nota:2. Serius berbaloi.
Profile Image for Apip.
72 reviews3 followers
April 23, 2020
Nota:2 agak berbeza dengan prekuelnya as it was intended to be. Buku ini meneroka tempat, watak dan plot yang pelbagai yang jauh bezanya dengan Nota yang pertama yang plotnya lebih kurang hanya dapat nota-baca, dapat nota-baca. Jadi perkara ni memberikan sedikit kesegaran kepada pembaca tentang apa yang patut dijangka (what to expect) daripada buku ini.

Apa yang saya (orang yang kurang membaca fiksyen) suka daripada siri Nota setakat ni adalah betapa telitinya setiap keadaan yang diceritakan. Sehingga sekecil-sekecil maklumat pun diceritakan.

So far so good. Harapnya Nota:3 lebih hebat dari prekuel-prekuelnya.
Profile Image for Aezra.
108 reviews16 followers
September 6, 2017
Jalan cerita yang agak rumit. Sekali letak tinggal beberapa hari lepas tu sambung baca. Saya jadi sesat! Salah saya sendiri sebab bila baca lepas tu tak fokus tinggalkan kejap buku ni selama beberapa hari. Bila sambung baca semula, seolah-olah saya harus membaca semula daripada bab 1! Jadi, selepas ini bila baca buku daripada penulis yang sama, saya tidak boleh berhenti lama-lama dan kena cepat menyambung kembali pembacaan. Seperkara lagi, saya bertambah hilang arah dengan adanya banyak nota-nota yang terkandung dalam buku ini. Pengajarannya, jangan hilang fokus semasa membaca Nota 2.

Kesimpulannya, saya berpendapat Shaz Johar bukan penulis biasa-biasa. Penulis ini merancang rapi dan merangka idea Nota 2 supaya pembaca berfikir. Mungkin Shaz Johar sengaja mencipta kelainan dari segi jalan cerita agar pembaca mentafsirkan sendiri apa yang telah dibaca.

Profile Image for Nadhiah Aida.
510 reviews27 followers
July 18, 2018
Tergantung ....
Banyak dari POV dari Ray .. tak bosan pun cuma .. tengah cari clue ... Susah cari clue
Otak fikir siapa yang buat .... Kenapa ... Betul ke?
Tergantung!
Profile Image for Ririn Aziz.
789 reviews106 followers
August 4, 2017
The twist is there, as always. But it's not as surprising as it should be.

Inilah padahnya bila baca sequel back to back. You just can sensed it when there would be something that is not as it should be. In other word, you will be expecting the twist some miles away.
Profile Image for Adrianz.
146 reviews22 followers
August 26, 2016
Aku lupe2 ingat kisah dr buku pertama, Nota..so ambik masa gak nak menghayati permulaan novel ni..tp graf pembacaan aku agak mendatar bg Nota2..agaknya sbb jalan cerita yg sedikit keliru lg2 bila msuk bab Ray kena serang kat rumah Intan Sofia..start dr tu aku blur sikit..hahaa..cuma bila baca bhgn Epilog aku mcm prnh baca je di Wattpad...Cerpen Hari Jumaat..hmmm
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
September 2, 2016
permulaan agak konpius gak sebab memang x berapa ingat buku 1st tu..

more pada konflik dalaman ray yang nak tak nak bace nota tu..

masuk part dia mula siasat balik sume tu menarik sikit n sampai kesudah ku rase nota 2 ni ok.. n better la untuk sebuah sequel sbb banyak gak terjawap..xde la ala2 nak wat trilogi ke...

not bad la, aki suke je...

ps -personally suka Sj pnye buku mule2
16 reviews
July 26, 2016
NOTA:2 is definitely better than NOTA although less mindfuck. I like how the author wrote the storyline especially how he created the second notebook.
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
October 23, 2016
5 stars. Itu selepas mengabaikan sikit adegan "urban" dalam novel ni yang aku tak nampak signifikannya terhadap jalan cerita. Sebab persoalan terjawab maka bolehlah dimaafkan.... kot.

Walaupun macam kurang gempak sikit dari Nota, tapi banyak persoalan terjawab. Cuma yang tak terjawab, tak paham - Apa function epilog kat belakang Nota sebelum ni? Sama jugak macam Nota 2. Adakah itu memang style Syaz Johar? Entah, nampaknya persoalan di epilog Nota sebelum ni memang akan kubuang begitu saja dalam tong sampah minda.

Dari segi penulisan, okay. Memang suka pun gaya penulisan Syaz Johar. Watak bagus, check. Plot, check. Bagi una plotnya memang dah tersusun rapi. Persoalan tentang siapa sebenarnya yang jahat, mana Iskandar dan Faiz, etc terjawab. Sesiapa yang dah baca Nota jangan segan silu untum baca novel ni :)
Profile Image for Kiranim.
29 reviews
July 17, 2017
Hmmm terima kasih penulis sebab berjaya buat aku rasa menyampah dengan watak utama. Seriously aku tak suka langsung perangai dia. suka marah2 tak tentu pasal, tuduh2 orang ikut suka suki dia... haihh emosi baca...

hahaha...

1. Mula2 cerita rasa macam agak lambat sikit. Semua sebab emosi dengan Ray lah!! Lembab betul nak baca notebook tu.. Padahal aku tak sabar nak tau apa yang terkandung dalam notebook tu dari ending novel NOTA lagi... Penat tau tunggu novel ni.. Dah ada NOTA 3 baru perasan ada kat pasaran. Cisss...

2. Part tengah2 rasa bosan yang amat. Pun emosi dengan Ray. Tak habis2 ayat "aku dah mati ke?".. Cerita pasal dia merayau2 tak tentu hala.. Nasib baik aku sabar teruskan baca...

3. OK. Part Ray hilang ingatan best. Aku suka. Terus baca sampai habis...

4. Walaupun aku tau NOTA 3 dah ada tapi aku tetap tak puas hati! Kepala siapa weyhhh?? Kenapa tergantung macam tu?

Haihhh memang kena cari NOTA 3 nii...
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
May 16, 2020
Secara peribadi, aku lebih suka buku pertama. Buku kali ini bagi aku terlalu banyak benda yang aku rasa tak perlu macam persoalan Tuhan hantu itu seperti entah kenapa bagi aku tak kena pada jalan ceritanya. Dan yang aku agak kurang gemar adalah lawak yang entah kenapa keberadaannya serba tak kena gitu.

Tapi anyway buku ni masih bagus kerana mampu untuk membuat para pembaca stay utk terus membaca dari bab ke bab, seperti buku pertama. Dan sekuelnya benar benar sekuel yang berkaitan dengan buku pertama atau dalam kata lain, kau tak faham buku ini tanpa baca buku pertamanya. Tak macam sekuel murtad: tuhan yang kau boleh baca ikut suka hati kau mana satu mahu kau baca dulu dan kau masih boleh faham kebanyakan ceritanya. Bagi aku buku ini bukan macam tu.

Dan satu lagi, sejujurnya aku tak nampak yang buku ini boleh ada sambungan sebenarnya, ceritanya kali ini benar habis tidak seperti buku pertama yang penuh tanda tanya. Tapi kita tengok bagaimana buku ketiga trilogi ini nanti.
Profile Image for Rei.
3 reviews
August 5, 2018
Something that brings me back to a movie I once watched and it gives me a strong vibes of survivability. Ray is a strong character and I love him. So much.
Profile Image for Aurélien Tantey.
41 reviews2 followers
August 1, 2018
Lebih banyak misteri terungkai dalam sequel kedua ini... tentang konspirasi2 manusia yang tamak dan sanggup membunuh kerana duit... tapi rasa pulak cerita ni meleret sikit dlm buku kedua ini...

Cuma yang tak berapa faham tu ka bab akhir... ada unsur supernatural pulak timbul... atau saya yang salah faham?

Tak apa, mari sambung dengan buku ke-3...
Profile Image for naa.dee.o.
135 reviews4 followers
March 30, 2020
Cerita dia sekarang nak habis kan nota 3. Sebab terlalu sakit hati! Eiii.

"Cerita dia lebih menarik. Lebih mindfuck,"
"Tau ke mindfuck tu apa? Pernah kena fuck?"

Dah takboleh pakai ayat ni gais. 🙅‍♂️🙅‍♀️
Profile Image for Rashidah.
18 reviews1 follower
April 8, 2018
Aku tidak berfikir panjang untuk capai novel ini di rak kedai kerana buku ini sambungan kepada novel kegemaran aku NOTA #1. Impak NOTA #1 dari segi penceritaan dan persoalan yang ditinggalkan membuatkan aku ada jangkaan yang tinggi pada NOTA #2.

Mungkin jangkaan itu menjadikan ulasan aku kurang adil, berbanding pembaca yang betul-betul mulakan bacaan dengan NOTA#2. Apapun, trilogi memang diwujudkan untuk dibaca bersambung-sambung dan berturutan kan?

Bagi aku permulaan cerita agak perlahan. Ada sebahagian plot awal yang bagi aku, tidak menambah keseronokan pembacaan dan bukan pula klu kepada jawapan yang dibongkar pada akhir cerita. Pendek kata, lewah.

Cerita menjadi menarik di tengah-tengah, cuma kadangkala aku tak faham motif beberapa tindakan watak, agak tiba-tiba watak melakukan tindakan luar jangka. Kisah ini pada peringkat pertengahan dan akhir terlalu cepat jika hendak dibandingkan dengan bahagian awal. Aku juga hairan membaca perkembangan watak Ray yang aku rasa seolah-olah bukan Ray dalam NOTA #1. Gayanya macam Ray sudah melalui proses Reinkarnasi dalam NOTA #2.

Sisi baiknya, aku kira penulis ini memang pandai memutar cerita, aku belum pernah berjaya meneka jalan ceritanya. Namun disebabkan aku ini tidaklah bijak meneka plot novel sampaikan cerita Dukun pun aku tak boleh agak kebenaran yang Pavithra dah teka pada dua puluh minit pertama, aku rasa kau patut tentusahkan pendapat aku dengan pembaca lain.

Aku perlu berterimakasih kepada penulis kerana membangkitkan satu perbahasan moral yang baik kepada pembaca; menjadi penulis bukanlah tiket untuk mendedahkan keburukan orang lain. Dengan menulis disclaimer, bahawa tulisan kita tiada kena-mengena dengan yang hidup atau yang mati, tidak sedikit pun menjamin pembaca tidak dapat meneka kisah sebenar.

Buku ini banyak menjawab persoalan yang ada dalam NOTA #1. Hampir kesemua watak sudah berjumpa penamat masing-masing baik dalam keadaan hidup ataupun mati. Hanya ada satu dua persoalan yang ditinggalkan untuk disambung dalam NOTA #3.

Aku tidak mahu beri spoiler, jadi selamat membaca untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan.
Profile Image for Fatin Jeffery.
21 reviews43 followers
August 16, 2017
We both know...
The history of violence that surrounds you
But I'm not scared, there's nothing to lose now that I've found you
Profile Image for Miyuke.
192 reviews2 followers
May 7, 2018
Kali kedua juga mengkhatamkan novel ini. Saya juga turut terjerumus dalam watak-watak yang disua oleh penulis.

Bagaimana watak utama memperolehi mimpi-mimpi yang dialaminya dalam Nota 1 masih belum terjawab dan kaitan (hubungan?) antara watak utama dengan pemilik kisah yang dibukukan juga tergantung tidak diselitkan dalam Nota 2 ini.

Kesinambungan Nota 1 dan 2 ini tidak sukar untuk dihadam apabila saya membacanya berturutan. Kali ini penulis mewujudkan watak baru yang dilhat agak obses dengan karya watak utama. Walaubagaimana pun, epilog terakhir daripada Nota 1 masih kelam.
8 reviews
December 11, 2016
I like Shaz Johar but honestly this book quite disappoint me. The premises are great but somehow the way it been narrated is not-so-good. The storyline was really uphill then it was flopped just like that. So yeah, quite depressing thinking bout this.

But it is undeniable that this book got it own strength. Strong enough to cover those flaws. See, at least this book still keeping me amused reading it.

But honestly, I think I will not reread it anymore just like first one. Not like Sanctuaria, Kougar and Mental (x baca Tabu), I sometimes reread it just for fun.

Not your best, Shaz...

p.s. next on list is Permainan kut...
Profile Image for Beyta.
10 reviews
March 25, 2017
Ada sesetengah org berpendapat Nota 2 lebih baik dari Nota.. Tapi pada aku, jalan cerita Nota 2 ini sedikit tunggang langgang. Ada beberapa bahagian seperti tidak disusun kemas sehingga aku terpaksa baca beberapa perenggan 2 kali untuk memahami maksud penulis.. Jalan cerita Nota 2 ni pun boleh di predict dan tiada unsur "mindfuck" yang besar.
Profile Image for Natsume Faiz.
26 reviews
April 20, 2017
Karya Shaz Johar mmg tdk pernah mengecewakan mmg tiptop 👌👌
Cuma tertanya2 yg bab Epilog tu dia bkn dh kene tahan ke mcm na dia boleh bunuh emak dia pula? Yg part tu agak blur skit.
Nota 3 nnti mesti lg bnyk misteri yg terkeluar. Awal2 dh agak Rumi dgn Vince tu mesti ad something fishy tgok2 jahat rupanya. Btw ianya karya yg bagus utk dibaca.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Ienariena.
26 reviews
August 22, 2016
Baca lagi sekali buku Nota sebab nak hadamkan Nota2. Gigih tau baca dua buku tu 6 jam. Nasib baik tak menghampakan. Best cuma less mindfuck dari yang pertama dulu dan akhirnya dapat tahu juga pengakhiran. Takde rasa nak jadi gila macam lepas baca Nota 1. Tahniah Shaz Johar. Kita bagi 5 bintang :)
Profile Image for Diana  Davis.
290 reviews3 followers
February 8, 2017
Siapa 'aku', Susan, Yati dan Som dlm babak Epilog tu? pastu Dina masuk dan bertanya tentang kepala budak? budak mana? Faiz ke? keliru sekejap... ada buku ke 3 kot? Apapun... aku enjoy baca Nota dan Nota 2... harap2 ada sambungan merangkap yg terakhir utk cerita ni..
Displaying 1 - 30 of 46 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.