ZURIAT CINTA Sebenarnya ada apa dengan cinta? Begitu bermaknakah sebuah perkahwinan? Jika benar, kenapa dia dengan senang hati hendak menyandang gelaran duda? Diceraikan model jelita bernama Fira Natasha sehinggakan berita karut mengenai dirinya tersebar meluas. AHLI PERNIAGAAN ‘HIRAZ MUZAFFAR’ DISAHKAN MANDUL! Rasa berdengung kepala Hiraz. Fira memang dah buat kerja gila. Lantas, perkahwinan kali kedua terpaksa diatur. Kali ini Hiraz perlukan sesuatu untuk membersihkan namanya. Dan sesuatu itu perlu dipinta daripada rahim seorang yang bergelar wanita. ‘Sebab dengan kau bolehlah, aku pilih kau.’ – Hiraz Muzaffar ‘Apa maksud, tuan?’ – Marlia Arissa ‘Aku nak anak.’ – Hiraz Muzaffar Namun mampukah Marlia turuti kemahuan Hiraz jika lelaki itu tidak pernah memandang dia dengan rasa cinta? Lelaki kayu dan ego macam Hiraz memang takkan pernah kisah dengan hatinya. Marlia yakin, dirinya memang bertepuk di sebelah tangan. Sedangkan Hiraz hanya menginginkan zuriat. Bagi Marlia, dia hanyalah sekadar sebuah persinggahan. HATI KITA SAMA Ezkal Nizharif, jika dilihat pada tuan punya nama, pasti tidak ramai yang tahu Ezkal menyimpan satu rahsia besar. Puas Ezkal mengelak untuk terlibat dengan cinta, akhirnya dia terpaksa akur dengan takdir yang dia sudah jatuh cinta pada adik kepada kawan baiknya sendiri. Lalu dia redha menerima Ressa sebagai isterinya. ‘Awak nak tolong selak ke?’ – Ressa Awina ‘You selak sendiri, I nak tidur. Dekat sini tak selamat, karang buatnya adik I nampak, you nak ke dia cakap isteri along dia ni dah buang tabiat?’ – Ezkal Nizharif Ressa yang gila-gila dan kadang-kadang terlalu selamba itu memang mencuit hatinya. Dengan Ressa segala-galanya dia berikan meskipun pada awalnya Ezkal selalu mengelak. Namun saat Ressa disahkan mengandung, Ezkal mula berubah dingin. Dinginnya Ezkal hinggakan tembok kesabaran Ressa roboh jua. Ressa lelah. Apatah lagi selepas sebuah rahsia enam tahun yang lalu itu kembali dibongkar. Jika mereka menyimpan rasa yang sama, kenapa Ezkal perlu berubah sedangkan perkahwinan mereka masih lagi belum mencecah usia satu tahun?
Okay, as i was craving for something sweet and because tomorrow is Monday, which means starting tomorrow, i might not have much time for books, so, here it is.
Dalam novel ni, sebenarnya ada 2 cerita.
1. Zuriat Cinta.
Ni cerita pasal Hiraz yang memerlukan zuriat sebagai bukti yang dia tak mandul, so, dia paksa Marlia kahwin dengan dia. So, along the way, dorang suka sama suka, tapi tak meluahkan. End up, they were just assuming dan last sekali, kecil hati. Oh ya, sekuel novel ni iaitu Zuriat Cinta 2 sedang dalam proses. So, kalau ada rezeki, kita boleh baca. 😄
2. Hati Kita Sama.
Ni cerita pasal Ezkal yang mengahwini Ressa atas tujuan menjaga gadis tersebut. Walaupun mulanya tanpa cinta, tapi dorang bahagia. Konflik ialah bila Ezkal mintak Ressa makan pil perancang untuk elakkan dapat anak. Alasannya, Ressa masih belajar. Tapi sebenarnya ada kisah silam dan trauma yang dipendamkan. Tapi, sebab Ezkal tak cakap, mula la Ressa berburuk sangka.
Kesimpulannya:
1. Kedua-dua hero ialah duda. Hahaha... Sian teruna. Dah tak laku sekarang.
2. Kedua-dua tema ialah anak. So, boleh dikatakan banyak perbualan dewasa.
3. Kebiasaannya, seseorang penulis mesti ada trademark/ signature tersendiri. So, untuk yang dah biasa baca novel HE, pasti dah boleh familiar dengan ayat dan gaya bahasanya yang lebih kurang sama dalam setiap novelnya.
Overall, it was a nice reading. Sesuai untuk dibaca dalam keadaan santai, especially while waiting for Monday to come 😐.
ZURIAT CINTA Best. Suka. Lain orang lain citarasa kan. But for me its ok. Kalau boleh nak panjangkan sikit laa. Ajar Hiraz tu. Hahaha...
Hiraz yang mulanya gunakan Marlia untuk bersihkan namanya, mula jatuh cinta dengan Marlia tetapi kerana agungkan ego, rumah tangga dia asyik dilanda masalah kerana sikap dia.
Marlia pula terlalu pendamka rasa. Selalu buat andaian sendiri. Jadi kerana itu dia buat keputusan melulu. But end up Hiraz sangat romantik sebenarnya. huhu...
HATI KITA SAMA Ressa berkahwin dengan Ezkal sebab Raini nak Ezkal jadi pelindung Ressa sepanjang Raini di Hong Kong. Mereka baik-baik saja. Takde gaduh ke apa. Tetap sweet.
Bila Ressa dah mula sukakan Ezkal, dia mulalah goda Ezkal. Awalnya Ezkal macam kejung juga but akhirnya dia suka aje. Tapi permintaan Ezkal tu yg buat Ressa curiga habis.
Sweet Ezkal ni walaupun kadang-kadang rasa Ezkal ni annoying. why? I don't know. Hahaha... But sangat menarik and I like it!
CERPEN: EPAL - AMAL Cerpen tambahan. Pendek but tetap sweet. Bersesuaian dengan tajuk besar laa. Cinta Untuk Dia. Kalau boleh nak panjang sikit lagi. Suruh Firyad tu dera sikit laa si Dania. Sikit jelah jangan lebih-lebih. Haha...
Tapi Firyad serius sangat sweet. Lembut saja layan Firyad. Love it!