Novel yang menggabungkan lima tempat berbeza-beza, watak-watak yang hidup dengan latar belakang tersendiri, konflik yang timbul lewat evolusi pemikiran watak yang selaras dengan perubahan carafikir, kesemuanya digembargemburkan dengan santai dan bersifat perjalanan.
Sesiapa yang mencari sudut pemikiran yang kompak, watak-watak itu berhasil meluncurkannya. Sesiapa yang mencari kekuatan di sebalik getir ujian kehidupan, watak-watak itu juga sempat menyelitkannya.
Seorang lelaki yang keliru dan buntu. Seorang perempuan yang senantiasa dibalut sukar waktu. Bertemu di kota yang sering membuatkan orang jatuh cinta. Apakah pengakhirannya?
Prof Dr. Maszlee bin Malik is a Malaysian politician who served as the Minister of Education in the Pakatan Harapan (PH) administration under former Prime Minister Mahathir Mohamad from May 2018 to his resignation in January 2020. He has served as the Member of Parliament (MP) for Simpang Renggam since May 2018 until November 2022. He was a member of Malaysian United Indigenous Party (BERSATU) from March 2018 to his membership termination in May 2020 and became an independent MP until November 2021. In 27 November 2021 he joined Parti Keadilan Rakyat. He was elected with the highest votes to the Parti Keadilan Rakyat Central Leadership Council (Majlis Perwakilan Pusat/ MPP) in August 2022. However, he lost in the Malaysian 15th General election in November 2022, and decided to return to the academia world by joining University of Cyberjaya (UoC) as a Professor at the Faculty of Psychology and Social Sciences in March 2023.
Prior to his political life, Maszlee taught at the International Islamic University Malaysia from 2000 to 2018. He was also actively involved in volunteering works. He was the advisor of few NGOs for children with special needs.
Maszlee believes that education should be inclusive and empowering. As a minister, Maszlee introduced student-oriented system to primary schools to replace a formerly exam-oriented structure. He had also made reforms to mitigate teacher's clerical burden, empowered technical and vocational education on the tertiary level and amended restrictive law which had previously suppressed students’ freedom of speech in universities and colleges.His time in academia did not encase him in the proverbial academic ivory tower, exemplified through his commitment to helping students remain globally competitive in an era of vast technological change and globalization. Recognizing that vocational education is essential in transforming Malaysia from a nation of consumers to a nation of producers, he formed a national steering committee to expand TVET collaborations with industry stakeholders alongside increasing access to polytechnics and community colleges. Maszlee was also known of his promotion of STEM education and in in calculating AI, Big Data and Data analysis in education through the formation of Big data committee at The Ministry of Education during his term. He was also known of his bold decision to use Google Classroom (GC) as the sole Learning Management System for all schools throughout the nation. This decision has saved the learning process of Malaysian students during the MCO (lockdown) amid Covid-19 pandemic.
Maszlee believes that nobody should be left behind, and that every child deserves an equal opportunity in education. To that end, he has pioneered efforts to improve the access and quality of education for marginalized and disadvantaged communities. He has increased access for nearly 5,000 students from low- income communities in fully sponsored state boarding schools, and is working towards providing free meals to disadvantaged students nationwide. He has introduced the Zero Reject Policy, which ensures that stateless children have access to the national schooling system.
In 2018 Maszlee ventured into politics. Aside from his position as a parliamentarian member and a minister, he currently holds various positions, including: • President of Southeast Asia Minister of Education Organization Council (SEAMEO) • President of Malaysia National Commission for UNESCO (MNCU) • Head of the Council of Boy Scouts Malaysia • Chairman of Tunku Abdul Rahman Board of Trustees • President of International Islamic University Malaysia
Maszlee was the chair for Malaysian Parliament Select Committee on Education (2021-2022), as well as the head of Pakatan Harapan special committee for education (2021-2023), and was appointed as the Deputy Chairman for Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)/ Selangor Public Library since Dec 2021. Maszlee
momentum perjalanan buku ini bagus. sepertinya Dr Maszlee secara halus menggunakan Rafi untuk bercerita tentang Anela, si Shqiptar. dia tidak menggunakan terus Anela sebagai pencerita primer dalam buku ini walhal dia boleh, mungkin mahu meletakkan sentuhan dan pandangan lelaki melayu islam seperti Rafi, apatah lagi bila diberitahu Rafi merupakan seorang yang berpandangan luas, beragama, tidak konservatif dan jumud serta tinggi ilmunya.
saya suka bagaimana Dr Maszlee dengan sengaja menimbulkan ketidaksempurnaan Rafi, yang mana pada mulanya saya tidak selesa-kamon, watak utama harus tunjuk contoh yang baik bukan?-dan pada akhirnya khilaf Rafi itu ditutup dengan teguran yang sangat baik. menunjukkan manusia walau tinggi ilmunya, luas pandangannya, banyak pengalamannya, masih tidak lepas dengan ujian, apatah lagi ujian keimanan dan dalam hal menundukkan nafsu.
dan kerana buku ini juga saya banyak buat carian di internet, tentang shqiptar, tentang budaya arab, tentang Universiti al Al Bayt, tentang buku buku, lagu lagu dan banyak lagi. buku ini juga sejenis buku yang merangsang ilmu untuk dicari dengan rela hati. jadi buku ini buku yang bagus jika ditolak dari segi persembahan buku yang banyak typo.
terima kasih Dr. Maszlee, yang sanggup masuk dalam dunia penceritaan sebegini, memberi peluang kepada golongan tepu-tak-boleh-masuk-buku-fakta seperti saya untuk dapat ilmu yang jarang jarang didedahkan berbentuk fiksyen.
"Di sebalik kepahitan itu, mungkin ada kemanisan bagi orang lain".
Novel yang mengisahkan cabaran beragama bagi penduduk Albania atau digelar sebagai Shiqptar yang dulunya berada di bawah kerajaan Islam tapi kini sudah sepenuhnya diambil alih komunis/soviet.
Penceritaan dalam novel ini sesuai bagi mereka diluar sana yang menghadapi cabaran untuk kembali beragama seperti digambarkan melalui watak Anela daripada non-muslim menjadi muslim dan kemudiannya berpurdah dan di akhirnya free hair semula berikutan ujian demi ujian yang ditimpa. Namun begitu, ujian-ujian yang diterima, menyebabkan Anela menemui potensi dirinya dan menjadi kuat. Seperti ayat dalam novel ini "Kadang2 apa yg kita cari itu sudah ada pada diri kita sendiri tetapi ia memerlukan proses yang panjang untuk mengetahuinya."
Selain itu, saya juga tertarik nilai2 kritikan yang dibawa oleh penulis dalam dialog2 antara Anela & Rafi seperti isu islam hanya berfokus semata pada spiritual etc gol tarekat, konsep jemaah islam di kampus, pluralisme dll . Selalu kita melihat hanya gol idealis yang suka mengkritik tetapi perlu juga kpd gol realis untuk memasukkan nilai ini dalam mengambil sesuatu tindakan.
Akhir sekali, tertarik juga apabila penulis melakarkan watak Rafi yang jatuh cinta dengan Anela sedangakn dia sudah berumah tangga dan sudah ada 3 orang anak. Dan isu ini lah yang banyak berlaku kepada kaum lelaki yang sudah berkahwin.
Overall, novel ini menarik bagi saya yang pertama kali dengar mengenai budaya penduduk Albania yang digelar sebagai burung helang @ shiqptar tetapi agak berat sedikit disebabkan ada beberapa perkataan atau istilah yang tidak pernah dengar sebelum ini.
Sebuah novel yang harus dibaca bagi mereka yang mahu pemikiran mereka dijentik dengan sedikit falsafah tapi dengan cara yang lebih ringan. Bahasa yang mudah difahami, jalan cerita yang lancar serta kritikan halus tentang keadaan semasa (terutama berkaitan jemaah dan gerakan islam), semuanya dalam keadaan yang sederhana dan tidak melampau.
Shqiptar, bermaksud perempuan yang berbangsa Albania - Dalam novel ini, watak Anela sebagai Shiqptar, digambarkan sebagai seorang wanita yang telah melalui perjalanan spiritual yang sangat mencabar sepanjang hidupnya. Daripada seorang yang kuat minum arak berubah kepada wanita yang memakai purdah, kemudian kesusahan ketika Anela ditinggalkan oleh suaminya. Kita boleh lihat bagaimana kekuatan watak ini terletak pada ciri ciri teguh pendirian dan keberanian yang ada dalam dirinya, yang seterusnya kesusahan yang dialaminya menjadi penawar kepada orang lain.
Rafi yang diwujudkan sebagai watak utama dalam novel ini, membawa gambaran sebagai tipikal Melayu Muslim yang dahulunya aktif dalam gerakan dakwah di kampus. Namun, pengalaman demi pengalaman, pergaulan serta pembacaan yang luas telah menyebabkan dirinya mula meninggalkan jemaah yang diceburinya dahulu kala atas alasan tertentu. Dalam hal ini, pengarang sebenarnya ingin kita berfikir semula tentang ke-relevenan dakwah yang dibawa oleh jemaah di kampus serta mengajak pembaca untuk cuba melihat pembawaan dakwah dari sudut yang lebih dinamik dan bukan semakin mundur ke belakang.
Pertemuan semula Rafi dengan Anela digambarkan sebagai 'Maktub' oleh pengarang, yang bermaksud telah ditulis, ditaqdirkan dan bukan sesuatu yang kebetulan. Di akhir akhir penceritaan, pengarang berjaya menutup cerita dengan peleraian konflik Rafi sendiri yang angau dengan Anela tetapi pada masa yang sama isterinya sedang sarat mengandung. Rafi, yang mengibaratkan dirinya seperti Santiago dalam The Alchemist, menganggap dirinya seperti pengembara yang mencari permata diluar, diuji dengan cinta yang tiba tiba datang daripada Anela sehingga merasakan Anela lah 'soulmate' nya yang terpisah, akhirnya menyedari bukanlah permata di luar itu yang dicarinya, tetapi isterinya sendiri lah yang merupakan cinta sejatinya.
Secara peribadi, watak Anela sebenarnya sangat berkesan bagi yang membaca buku ini. Benarlah kata orang, manusia yang paling banyak terluka itu selalu memberi nasihat yang paling berguna. Dan ingin sekali catatan ringkas ini ditutup dengan kata - kata daripada watak Anela sendiri, "Aku mungkin tidak menghargai kisah hidupku yang banyak pahitnya dari manis. Tapi aku yakin di sebalik kepahitan itu mungkin ada kemanisan bagi orang lain."
Usaha seorang sarjana (sebelum beliau naik jadi menteri) untuk menulis karya fiksyen. Ia wajar dipuji, cuma ada beberapa perkara seperti typo, gaya penceritaan yang meleret, perbualan watak yang berjela etc amat mengganggu keseronokan membaca.
Tiada chapter/bab. Tiada plot, tiada klimaks. penceritaan berkisar perkongsian watak utama, Anela yang tentang dirinya sebagai wanita Albania dan ujian hidupnya menapak ke jalan-jalan menuju Tuhan
Sebuah novel yang mengetengahkan pelbagai tema, khususnya berkenaan isu rumah tangga, kisah percintaan dan isu-isu sejagat yang bukan sahaja berlaku di Malaysia. Tetapi, isu-isu yang menjadi masalah seantero dunia.
Dari segi watak, watak utama seperti Rafi dan Anela memainkan peranan penting bagi jalan penceritaan novel ini hidup. Konflik masa silam yang mempengaruhi keadaan semasa perwatakan sedia ada. Konflik antara menjadi seorang yang idealis ataupun realis.
Dimuatkan dengan fakta sejarah yang menambah perisa untuk jadikan pembaca bersifat kritikal dan kritis terutamanya persoalan-persoalan yang diutarakan oleh watak utama. Kalau diselami dengan lebih mendalam, novel ini keterlihatan agak berat daripada segi pengisiannya. Namun, elemen penyampaian yang diolah oleh penulis yang membuatkan seolah-olah novel ini merupakan novel ringan.
Kritikan-kritikan sosial berkenaan isu dalam beragama bagi sesetengah masyarakat yang bersifat 𝘨𝘩𝘶𝘭𝘶𝘸 (melebih-lebih) dalam beragama mestilah dipandang dengan serius. Malah, isu-isu dasar seperti sosiobudaya, sosiologi dan sebagainya yang merupakan isu rencam permasalahan sesuatu negara juga perlu dilihat dengan konteks yang meluas.
Kesimpulannya, sebuah novel yang menarik untuk dibaca dan ditekuni terutamanya melalui idea-idea yang dimuatkan serta dilampirkan beberapa teks sastera negara luar yang mencantikkan novel ini secara keseluruhan. Bagi yang meminati novel bertemakan fiksyen yang dimuatkan fakta sejarah mahupun politik, sewajarnya novel ini
Kalau ikut info, buku ni novel kedua Dr MM, selepas Hikmah Hati. Bagi saya okay sahaja. Byk jgk typo. Kalau Jejak Tarbiah berhajat nak cetak semula, kena buat kemas kini dan pembaharuan dari sudut kekemasan plot twist, and perhaps divide into several chapters. Dan yg paling penting, salah ejaan byk juga kene perbetulkan. What i love most is 3/5 from the content is about hidayah. Kisah Anela yang permulaannya tidak menemui cahaya keimanan, mula bertemu nur hidayah. Diuji Allah satu persatu dalam hidupnya. Hampir tersungkur, namun Allah tarik kembali hatinya bertaut ke jalanNya. Kisah hidup Anela (walaupun fiksyen menurut Dr MM) byk membuatkan saya rasa syukur, krn Islam saya di bumi Malaysia, lahir dalam keluarga yg memartabatkan Islam, memudahkan saya utk lebih dekat dgnNya. Berbanding Anela yg menghadapi kesukaran utk mempraktikkan keIslamannya, walaupun di rumah keluarganya sendiri. Tiga bintang saya beri, krn byk info Dr MM selitkan di sebalik novel ni. Info Sejarah, Falsafah politik, Geografi dan byk lagi. Byk jugak term yg agak berat utk saya faham, malah ada yg kali pertama saya dengar. Di hujung cerita, rasa geli hati pulak, sebab Dr MM wujudkan watak Mazslee (dah tentu lah psl dirinya), lepas tu byk memuji watak Mazslee ni. Dah mcm masuk bakul, angkat sendiri pun ada. 🤣🤣🤣.
Okay, ⭐⭐⭐ cukup utk novel dari bekas Menteri Pendidikan Malaysia ini.
Sangat bagus untuk mereka yang mahu keluar dari arus mainstream. Antara buku terbaik saya pernah baca dan membuat saya termenung panjang setelah habis menekuninya.
Fiksyen Helang Albania mengangkat kisah tentang perjalanan penghijrahan seorang wanita berbangsa Albania bernama Anela.
Watak utama, Rafi di mana beliau adalah seorang rakan kepada Anela ketika menuntut di Universiti Jordan 20 tahun lalu. Pertemuannya dengan Anela secara tidak sengaja di Paris banyak merubah diri Rafi dari seorang suami yang setia kepada seseorang yang memiliki nafsu liar terhadap Anela dan ingin menduakan isterinya.
Kehadiran Maszlee dalam watak ini banyak mengubah fikiran Rafi dan Anela hanya menganggap Rafi sebagai rakan sahaja malah tiada niat untuk menghancurkan rumatangga Rafi dengan menceritakan kisah liku-likunya dalam hijrahnya mengenal Islam.
Walaupun Albania adalah sebuah negara Islam, tidak ramai rakyat Albania yang benar-benar mengamalkan ajaran Islam selain menyambut perayaan sahaja. Golongan wanita terutamanya amat sukar untuk mengenakan hijab malah diperlekehkan.
Latar tempat di dalam novel ini tidak hanya fokus di bumi Jordan sahaja, malah ada beberapa lagi latar tempat bagi setiap pengembaraan Anela yang menjadikan jalan cerita ini begitu menarik. Tidak hanya dengan itu, penulis juga banyak mengetengahkan sejarah Islam dan pegangan di dalam kitab Islam serta Kristian.
Pada pandanganku, fokus utama novel ini ialah 'struggle' seorang wanita shqiptar, atau wanita Albania. Untuk jalan ceritanya, biasa2 saja. Tapi, untuk pembaca sepertiku yang tak ada pengetahuan langsung tentang shqiptar, novel ini amat berbaloi untuk dibaca. Ada kalanya aku terkeliru antara orang Bosnia dan Albania. Haha. Struggle wanita shqiptar untuk kembali kepada kehidupan beragama bukanlah mudah. Perkara yang paling mengagumkanku, budaya orang Albania yang apabila berjanji, takkan dimungkiri hatta nyawa diceraikan daripada badan, janji mesti ditepati! Itulah budaya BESA.
Ada juga penulis mengkritik jemaah islam yang jumud, sampaikan isu jodoh pon mesti ditentukan dalam kalangan jemaah sendiri. Emm, boleh dikatakan selain persoalan 'struggle' wanita Albania, isu jodoh amat menarik dikupas dan dikritik dalam novel ini.
Novel yang berat sikit tapi masih boleh dibaca secara santai.
Cuma, mungkin kerana novel ini agak tebal, byk kesilapan ejaan yg terlepas pandang. Ada kesilapan ejaan yang sampai mengubah makna sehingga aku perlu mengulang baca ayat yang sama dua tiga kali. harap publisher take note.
Helang Albania, tajuk novel ini menarik perhatian dan saya menemui jawapannya di tengah novel. Isu-isu sosial pendidikan mahasiswa universiti luar negara, agama dan politik dianyam dalam penceritaan. Watak utama Rafi dan Anela mewakili individu yang terus-menerus mencari soul mate dan makna kehidupan semakin usia meningkat dan menghadapi cabaran cinta kedua dan celaru membuat pilihan. Kebijaksanaan dan kebahagiaan tidak semestinya jalan seiring dan tertakluk kepada takdir. Latar novel bermula di Jordan, Albania, Perancis dan United Kingdom. Novel ini memetik kata-kata daripada beberapa novel lain terutamanya karya Paulo Coelho dan juga puisi bahasa asing. Penulis menjadi watak dalam novel juga seperti gaya Orhan Pamuk dan Paulo Coelho. Keseluruhannya fiksyen yang bagus untuk dibaca. Kelajuan cerita perlahan pada bab-bab awal.
Berminat membaca buku fiksyen tulisan dr Maszlee setelah membaca buku pertamanya (yang telah diulang cetak bawah penerbita JT) yang bertajuk Be Eshme Elohim. Dan tak sangka buku keduanya agak mengecewakan.
Tak pasti bukan genre saya ataupun jalan penceritaan yang 'judgemental' dan syok sendiri?
Jalan cerita yang meleret sehinggakan tak perlu dimasukkan perbincangan falsafah seakan membaca buku bukan fiksyen bertemakan falsafah pula. Pembhagian bab yang agak tak menarik dan tak kena.
Ada juga berlau percanggahan watak dan perkembangan watak tidak begitu memberangsangkan dan sangat cepat berubah. Mungkin disebabkan kisah hidup Anela sangat panjang atau terlalu banyak isu yang ingin dibicarakan...
buku yang menarik walaupun amat membosankan pada awalnya. hampir sahaja aku memasukkannya dalam list buku tak habis baca.
buku ini membuatkan hatiku panas terutama pada kritikannya pada jemaah pas. aku rasa tidak mampu lagi untuk memandangnya sebagai kritikan tetapi seolah olah dendam dan tidak puas hati penulis kepada Pas. kerana ianya terlalu banyak diulanng tulis dalam naskhah ini tidak lagi menjadikan ia sebuah kritikan.
aku tahu dan penulis pun mengakui bahawa jemaah yang dikritiknya itu berlatarkan masa 90 an. tetapi beliau tetap kritis pada relevannya pas pada masa kini.
aku menempuh pengalaman berbeza bersama pas. perkembangan intelektualisme didalam pas tidak lah terhalang juga keterbukaan jemaah pas juga aku tidak melihat permusuhan pas dengan bukan islam dan juga sikap kemalayuan pas seperti digambarkan. aku akui mmg ketidak bolehan berfikir secara mandiri berlaku, namun ianya lebih kepada masalah bangsa melayu itu sendiri. aku memandang pas tidak sedar akan masalah bangsa melayu yang satu ini. namun dalam latihan latihan kepada kadirnya kebolehan berfikir adalah sesuatu yang dilatih. makanya bantuan dari penulis juga gerakan seperti jejak tarbiyah adalah crucial sebagai pelengkap.
itu adalah pandangan semula aku terhadap pengalaman berbeza yang aku lalui.
disini aku juga ingin mengakui kebaikan yang aku peroleh dalam novel ini.
albania sebagai latar adalah sesuatu yang menarik. membawa aku kepada pengenalan kepada sebuah lagi negara didunia ini. malah aku terpaksa mengecilkan bukaan mata aku mencari albania dipeta dunia yang tergantung didinding rumahku.
naratif penceritaan yang mendatar melalui anela, pahit maung kehidupan anela tidak lah begitu menarik perhatianku.
tetapi penulis telah menyampaikan dengan baik, satu pujian yang harus aku berikan kepada penulis ialah konflik diantara sufism dan salafisme. cerita yang bersahaja ini lebih terkesan kepada pembaca. ianya membolehkan pembaca membuat penilaian diantara dua jalan tersebut. disebalik watak anela yang digambarkan sebagai intelek tergambar kelemahan anela melalui jalan sufisme. sesuatu yg realistik dan hidup.
penguasaan pelbagai bahasa oleh anela juga merupakan satu paradigma yang baru bagiku. walaupun aku kini sangat bertegas dengan bahasa melayu yang wajar kita pertahankan sebagai bahasa ilmu di alam melayu ini watak anela menunjukkan nilai tambah dalam penguasaan bahasa asing. dan aku tahu dalam subjek pedagogi bahasa ini memerlukan aku membuat pembacaan lanjut pada karya yang berkaitan.
krisis rumah tangga yang dibawakan oleh penulis juga adalah menarik. tetapi barangkali ia bukanlah antara objektif utama penulis menjadikan beliau kurang kritikal dalam hal tersebut dan hanya membicarakan soal perasaan lewat karya popular yang digunakan.
aku tidak bersetuju penulis menggunakan nama sendiri dalam penulisannya. kerana ianya menampakkan penulis seperti masuk bakul angkat sendiri. haha. namun aku menghormatinya sebagai hak dalam berkarya.
Buku ini membawa isu yang agak berat bagi saya bila ia menyentuh soal pembawakan agama Islam daripada pelbagai sudut pandang dan budaya bangsa dunia. Memang kita (saya sendiri) mengamalkan Islam melalui apa yang ibu bapa, guru dan orang sekeliling ajarkan. Apa yang mereka buat, yang mereka ajar, itulah yang kita amalkan. Yang kita jadikan cara hidup dalam erti kata hidup sebagai orang Islam, percaya Allah, mengikut Rasulullah. Solat, baca Quran dan mengikut rukun Islam. Memegang rukun iman. Takut kepada banyak larangan orang tua terutama dari segi adab. Banyak larangan dan mengamalkan Islam itu dalam kemampuan dan kesederhanaan.
Tetapi, bila membaca buku ini, pandangan itu jadi lebih luas. Lebih nampak bahawa Islam itu amalannya tidak sama pada satu-satu bangsa. Terfikir juga tentang mazhab yang membuatkan pembawakan Islam itu berbeza. Rasa macam Islam ini terpecah mengikut pemahaman bangsa pula.
Cerita ini pada awalnya tentang watak Rafi. Pemuda yang pernah belajar di Jordan, di universiti al-Bayt. Yang digambarkan sebuah universiti yang terceruk di tengah padang pasir. Pemuda yang menjadi ketua jemaah bagi pelajar-pelajar Malaysia. Tetapi, membuat peraturan yang nampak bagus untuk jemaahnya tetapi sebenarnya telah memecahkan pelajar Islam Malaysia kepada dua kelompok kerana fahaman yang berbeza dalam pembawakan agama Islam itu sendiri. Memang Dr. Maszlee meletakkan watak Rafi ini sebagai seorang yang extrem. Jemaah Rafi melarang pelajar wanita mereka mengenakan baju kurung berbunga (yang pastinya pelbagai warna). Mereka hanya dibenarkan mengenakan jubah dan hijab serba hitam. Mereka juga dilarang berkawan, bergaul dengan pelajar lain yang tidak sama jemaah dengan mereka. Mereka rasa, pembawakan Islam mereka lebih sempurna. Orang lain tak amal Islam dengan baik. Banyak fitnah. Maka mereka menyisih dan menjauh daripada orang lain.
Masa baca bab ni saya yang tak pernah belajar di luar negara ini mula termenung. Oh, kenapa macam tu? Nampak macam undang-undang yang baik sebab nak jaga ikhtilat jemaah wanita. Tetapi, kenapa sampai memutuskan ukhuwah Islamiah dengan orang lain? Macam mana nak tarik orang lain amal Islam jika bina tembok sampai macam itu sekali?
Ya, buku ini banyak membuatkan saya berfikir. Dan lebih jauh berfikir ketika masuk bab cerita Anela.
Pada beberapa perenggan lain, Dr. Maszlee menyelitkan tentang Islam yang dilihat melalui teori tokoh-tokoh dunia. Islam moden, islam liberal, islam ortodoks (jumud) dan pelbagai lagi.
Cerita tentang Rafi dengan keluarganya - isteri dan anaknya yang berpindah tinggal di kota London. Yang pada ketika ini Rafi sudah membuka minda. Tidak lagi mengamalkan Islam jumud. Terlalu banyak larangan. Rafi sudah matang sehinggakan pada babak lain, dia digambarkan mengamalkan islam liberal. Bersalaman dengan bukan mahram seakan itu bukan dosa.
Anela - salah seorang watak utama yang memonopoli cerita. Rakan satu universiti dengan Rafi sewaktu di Jordan. Gadis Albania. Islam. Hanya pada keturunan, tidak pada amalan. Keluarga Anela mengamalkan islam moden. Minum arak. Tidak menutup aurat. Cara hidup macam barat. Tidak bersolat. Hanya orang tua dalam keluarga mereka sahaja yang bersolat. Bebas berparti dan bercampur lelaki dan wanita. Tetapi, masih berpuasa di bulan Ramadan dan menyambut hari raya!
Rafi dan Anela bertemu di Paris secara tidak sengaja. Rafi atas urusan kerja. Pertemuan yang mendedahkan sisi 'lelaki normal' Rafi. Anela pula bercerita akan kisahnya. Daripada dia yang seksi ketika di universiti, kemudian mendapat petunjuk Ilahi, mula berhijab bermula di universiti. Rafi tahu. Rafi nampak perubahan Anela yang ketara itu. Tetapi, hijab Anela, lewat pertemuan mereka itu semakin singkat membuatkan Rafi teragak-agak ketika Anela menyapa.
Babak seterusnya adalah penceritaan hijrah Anela. Bagaimana hijrahnya ditentang kuat oleh keluarga. Mereka menganggap islam yang cuba Anela amalkan adalah islam jumud, ortodoks, ketinggalan zaman. Anela disuruh menanggalkan hijab.
Di dalam bangsa Albania, ada satu akujanji yang dikenali sebagai 'besa'. Bila sudah dilafaz, ia seakan sumpah yang perlu dilaksanakan walaupun ia melibatkan nyawa. Ada beberapa kisah tentang 'besa' ini selain daripada kisah Anela yang Dr. Maszlee masukkan.
Anela melafaz 'besa' yang dia tidak akan tinggalkan solat, tidak akan minum arak dan tidak akan menanggalkan hijab. Tetapi, dia tidak mampu meninggalkan rokok!
Kita boleh bayangkan bagaimana seorang wanita berhijab, yang sedang merokok. Ia satu pemandangan yang paradoks! Bertentangan. Malah, ketika Anela bertemu Rafi, kedua-dua mereka, bersalaman. Anela pada waktu itu seorang janda anak satu. Rafi pula seorang suami, satu isteri, dua anak dan bakal menimang cahaya mata ketiga.
Memang kisah Anela menyedihkan. Lebih-lebih lagi ketika dia berhadapan dengan suaminya berbangsa Sepanyol yang sama-sama mencari Islam sebenar. Yang si suami itu ilmu agamanya lebih cetek berbanding Anela. Yang hijrah suaminya itu tidak mendapat tentangan keluarga si suami yang masih beragama Katholik. Cuma, si suami ketika mempunyai masalah, terus goyah. Islamnya musnah. Sedih bila si suami membawa Anela mencari ectasy untuk menghilangkan masalah!
Dalam cerita, ada sinis juga. Dr. Maszlee ketika menukilkan banyak perkara, bukan hanya agama, turut menyentuh soal politik dan ekonomi. Ketika watak merenung jambatan di Durham, sempat lagi Dr. Maszlee melayangkan fikiran watak Rafi pulang ke Malaysia. Membandingkan kekukuhan jambatan di dua negara. Ada sindiran tentang pembinaan yang banyak masalah di Malaysia.
Malah, turut disentuh hal politik Malaysia. Disentuh secara bersahaja sewaktu melangsungkan cerita watak-wataknya.
Pada saya, ia sebuah buku yang sangat baik. Seolah-olah kisah benar kerana Dr. Maszlee mampu menghayati kehidupan Anela sebagai seorang wanita bangsa Albania. Malah, banyak ilmu dan pemikiran yang begitu kritis, dimuatkan sepanjang cerita ini difiksyenkan. Keliru juga bila ia ditulis oleh seorang mantan menteri pendidikan. Macam tak percaya sebab ia sebuah fiksyen dengan pelbagai rencah di dalamnya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Bukunya penuh dengan typo errors. Aku pelik sbb apakah yang proof reader publisher ini melakukan tanggungjawabnya dengan separuh hati sahaja?
Jalan ceritanya pada aku sedikit keliru. Sebab watak utama yang pada mulanya aku ingat bertumpukan pada Rafi, akhirnya beralih kepada Anela. Anela seorang perempuan Albania yang menceritakan jalan hidupnya bagaimana beliau 'struggle' dalam mempertahankan prinsip dan pencarian cahaya imannya.
Bagi aku ok lah, buku ni tak berat sangat untuk mereka2 yang mahu memotivasikan diri mereka mencari cahaya keimanan, ataupun paling dekat, membangkitkan semangat feminisme dlm diri mereka.
Lain daripada itu, aku tak rasa penulis hendak menjadi kritikal terhadap isu sosial semasa di negara kita sendiri. Tu sajaaaa. Enjoisssssss.
Buku kedua tulisan Dr. Maszlee Malik selepas Pemburu Kesepian di Bumi Geordy. It is understood that what I'm reading is his thoughts, opinions and criticism towards lots of things. Adakalanya sedikit meleret (terutamanya penceritaan Anela). Penceritaan yang unik walau ada waktunya saya agak marah pada watak Rafi.
Pada awal pembacaan buku ini, saya rasa bosan. Hampir-hampir mahu mengaku kalah dan tidak menghabiskannya. Watak utama Rafi lebih banyak refleksi dan introspeksi daripada melakukan apa-apa. Perkara-perkara yang difikirkannya pula terlalu rambang, pelbagai dan kadang-kala tidak ada kaitan antara satu sama lain, mahupun dengan jalan cerita. Seperti dalam realiti di mana fikiran kita boleh menerawang kepada tempat-tempat yang tidak kita jangka dan melompat dari satu perkara kepada perkara lain yang tidak ada kaitan. Namun ini bukan sesuatu yang ingin saya baca. Tangan saya terasa gatal untuk menconteng ayat-ayat yang boleh diperbaiki lagi dan boleh diringkaskan supaya karangannya tidak berulang-ulang atau meleret-leret.
Tetapi dek terpukau dengan kecantikan muka hadapan (warna sebenarnya sangat cantik!) dan bau kertas buku baru, saya teruskan bacaan. Ternyata, usaha saya tidak menghampakan kerana pada bab ke-15, cerita menjadi lebih menarik apabila kisah tentang watak Anela bermula. Anela seorang Muslim Albania tetapi dibesarkan dalam keluarga yang tidak menitik-beratkan pengamalan agama Islam. Ketika melanjutkan pelajaran di Jordan, dia terdorong untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik dan mengamalkan agama Islam yang sebenar. Banyak dugaan yang dihadapinya. Kalau anda tidak punya kesabaran seperti saya, langkau sahaja bab-bab hadapan dan terus ke bab 15. Bab ke-12 hingga ke-14 juga mungkin perlu dibaca untuk mengetahui bagaimana Rafi bertemu Anela. Tetapi bab-bab yang sebelum, jika tidak dibaca pun masih boleh ikuti jalan ceritanya.
Apabila saya membaca buku ini, saya teringatkan karya-karya Ustaz Hasrizal Abdul Jalil. Karya-karya penulis ini juga mengetengahkan idea-idea dan pandangan hidup yang menyegarkan dan menyedarkan. Bezanya, karya Ustaz Hasrizal dibukukan dalam bentuk travelog atau non-fiksyen dan tulisannya lebih ringkas dan mudah difahami. Helang Albania pula adalah fiksyen, tetapi banyak perbahasan yang berbentuk falsafah. Terdapat juga banyak perbincangan tentang buku atau watak yang saya tidak pernah baca. Ini membuatkan saya kadang-kala tidak faham apa yang hendak disampaikan. Jika tidak kerana kisah Anela, saya akan mensyorkan buku ini hanya untuk mereka yang lebih intelektual sahaja. Tetapi jika anda boleh ketepikan perbincangan-perbincangan sedemikian serta beberapa bahagian yang tidak begitu selari dengan jalan cerita, anda akan dapati satu kisah yang menarik.
Sebuah novel yang berkisar dua watak utama.Seorang lelaki Malaysia bernama Rafi dan seorang wanita Albania bernama Anela.Mereka bertemu semula berkongsi kisah berliku kehidupan mereka dari zaman belajar sehingga menempuh alam pekerjaan.Dipertemuan itu,mereka mengimbau memori,berkongsi pengalaman dan ilmu.terselit juga beberapa falsafah hidup.Tanpa diduga,pertemuan itu membibitkan cinta antara keduanya.Novel ini,berlatar tempatkan 5 negara berbeza.
Dr.Maszlee menyelitkan sedikit pengalamannya berada Jordan di dalam karya fiksyen ini.Mungkin beberapa kritikan sinis tentang budaya warga Malaysia di Jordan.Seperti politik mahasiswa tak sihat terutama di negara-negara timur tengah.
Antara menarik perhatian saya,beliau memperkenalkan beberapa indentiti dan jati diri seorang Albania.Beliau mengeluar segala pengetahuannya tentang albania melalui watak Anela.Contoh dari segi sosio masyarakat dan cara beragama orang Albania.
Beliau juga menyajikan pertembungan cara berfikir melalui beberapa watak.Apa yang cuba disampaikan ialah menggalakkan manusia untuk menggunakan akal,jangan taklid buta pada suatu pegangan atau cara fikir.Paling besar adalah meraikan kepelbagaian.Serasa saya banyak dialog yang berunsurkan "Agree to disagree".
Pengalaman menerusi watak Anela merupakan sebuah rakaman realiti manusia menempuh dan mencari jalan spiritual yang jalannya penuh onak dan duri.Dia melalui beberapa Fasa dalam menemukan cinta abadi.Terkadang panas,terkadang hujan.Pada suatu ketikanya dia tersungkur.
Sebagai pembaca lelaki saya juga diuji.Dari sudut mana melihat dan tertarik pada Anela.Di suatu fasa saya memujanya,di suatu fasa yang lain saya menghukumnya.Melalui watak rafi juga mempersembahkan hati lelaki yang terlalu mudah jatuh di tangan seorang wanita.Dan lelaki juga cuba untuk merasionalkan perkara.Pada peleraian novel telah menyentap jiwa seorang lelaki yang terlalu egois.
• Novel ini bermula dengan perlahan. Hampir saya DNF. Mujurlah saya teruskan bacaan. Keputusan yang baik. Ternyata novel ni sangat bagus. Sebagai pembaca, saya puas.
• Cerita yang awalnya biasa2, berubah jadi menarik apabila Rafi (watak utama) berangkat ke Paris dan bertemu kenalan lamanya, Anela.
Dari situ kita akan belajar banyak perkara. Terutama dalam siri jatuh bangun Anela, Muslim Albania liberal yang cuba "kembali Islam".
• Saya tertarik dengan konsep "besa" yang wujud dalam masyarakat Albania. Satu bentuk sumpah setia dan tepat janji. Ciri yang patut dipegang oleh semua, Muslim khususnya.
• Gaya penulisan yang lancar mengalir membuatkan banyak isu dan topik berat tidak terasa membebankan.
• Banyak nama-nama tokoh yang disebut. Kadang-kadang saya tertanya-tanya, berapa peratus fiksyen dan berapa peratus kisah benar?
• Suka pengakhiran cerita. Pengakhiran yang wajar.
• Saya lebih selesa jika watak Maszlee tu diberi nama lain :D
• Saya baca versi Helang Albania terbitan BiblioLit. Typo yang minimum. Syabas editor/proofreader.
Rupanya buku ini first published bulan January agak banyak tahun dulu. Sesuai lah saya pun baca awal Januari. Tabik kepada Dr MM kerana amat berjaya pada pandangan saya, mengaplikasikan bakat beliau dalam penulisan kreatif dengan pengalaman dalam parti politik. Betul benar selitan celoteh Rafi tentang jambatan / stadium / banggunan yang macam-macam di Malaysia patutnya belajar dari orang medievel dalam seni binaan dan jaminan kukuh hingga beratus tahun.
Punyalah panjang cerita Anela kepada Rafi. Last-last, keretapi tidak juga tiba ke perhentian happily ever after - Namun, mereka berdua pro. Terima ketentuan dengan hati terbuka, walau ada lara di hati si wanita Anela. Lara di hati orang yang cintanya tidak kesampaian, selalu sangat bertamu di hati wanita kan? Kenapa ehh? JUJurnya, selepas Rafi melafaskan BESANYA kepada ANELA, saya mengharapkan dia balik kepada HUsna yang tiada lagi untuk terima dia seadanya haha
Tamat pembacaan, Shqiptar di Champs Elysees, lewat tulisan Dr Maszlee Malik. Merangkumi 430 muka surat dengan diisi sarat dengan syair-syair arab, english malah syair bangsa albania. Mempunyai 5 watak yang menceritakan setiap liku-liku cabaran dalam memaknai Islam yang sebenar, yang bukan berasaskan konservatif, dan literalis, serta pemakaian hijab di tengah-tengah kelompok trend sekular. Juga konsep multi budaya dan culture masyarakat juga memberikan pengaruh yang kuat kepada pengamalan individu, khususnya di negara Eropah. Juga memuatnaikkan apa itu cinta sejati, dan kebahagiaan menurut kaca mata basirah. Juga memasukkan bagaimanakah sepasang Suami Isteri itu menilai cinta sejati. Poket-poket helaian teks klasik politik barat juga dijadikan tauladan dan wacana kepada 5 watak tersebut.
“Aku percaya spiritual conferer atau rakan spiritualisme amat payah ditemui. Aku tidak mahu merosakkan hubungan spiritualisme dengan tarikan nafsu mahupun materialisme.”
Satu hal yg mengecewakan adalah buku ni terlalu banyak kesalahan dlm ejaan, mengganggu mood nak baca.
Keduanya, perjalanan Anela menemui Islam dalam hidupnya membuatkan kau berfikir tentang keislaman kau sendiri. Apa bezanya Islam yg diwarisi dan Islam yang dicari.
Ketiganya, persoalan beragama yg dilontarkan membuatkan kau terfikirkan tentang doktrin dan dogma yg pernah disumbat ke dalam mulut kau. Itulah asas buku ni, mahukan pembacanya berfikir secara kritis dan tidak menerima sesuatu hal itu dgn mudah. Islam agama berfikir namun sudah ditumpulkan dlm cara kita bljr tentang Islam itu sendiri. Islam yg diterjemah secara literal, terhad kepada hukum hakam. Buat saja, jgn banyak soal.
Ada juga kritikan secara halus terhadap tarekat yg ditulis di dalamnya.
Akhir sekali, membuatkan kau banyak berfikir tatkala membacanya.
Sebuah novel yang mengisahkan Rafi daei Malaysia dan Anela dari Albania sebagai watak utama dalam pelbagai tema seperti cinta, sejarah, politik, ideologi, sosial dan lain lain.
Dimasukkan sekali fakta sejarah dan kritik sosial tentang masyarakat Malaysia dan bangsa-bangsa lain, buku yang nampak ringan sememangnya padat dengan pengajaran.
Tidak terlepas jugak kritikan kepada golongan beragama dalam beramal. Sifat berlebih-lebih, berkumpulan dan taksub antara yang menjadi tema dalam kritikan.
Kesimpulannya, ia adalah sebuah novel yang sesuai dibaca oleh semua peringkat umur yang boleh membantu untuk membuka pandangan yang lebih meluas kepada keadaan sosiobudaya sesebuah bangsa. Boleh dapatkan dari @bibliobuku
Before this I think I only have one favorite book, which had been written by Stephen Hawking “Brief Answers To The Big Questions”,
But, even before I finished reading this book, I could sensed that this going to be my next favorite book (I realised this when I hit the 60++ page), by our local authors (Malaysia). Yeahh I know right? It’s Malaysiannn
So yeah, a highly recommended book. And if you like this book too, I think we can be good friends. Cause I believe, one could see into others’ hearts through their readings.
And, if YB Maszlee Malik happen to read my review on Goodreads, I want him to know that I am really anticipating new books by him in future.
Dnf Until page 150 i still cant accept the writing style. This is not my first book from maszlee, his other book is good but this one seems off. Super off. The story jumping around, more like diary, takde plot(?) ada tapi very vague, more on the story about themselves :(
Basically from this 150, i can conclude nama buku ni helang Albania sebab bercerita tentang perempuan dari Albania, a lot of fact abt ppl from there, the culture etc
"Kadang-kadang apa yang kita cari itu sudah ada pada diri kita sendiri, tetapi ia memerlukan proses yang panjang untuk mengetahuinya. Tanpa perjalanan dan juga proses yang panjang itu adalah mustahil untuk kita mengetahui bahawa apa yang kita cari itu sebenarnya telah lama ada pada diri kita." _Maszlee
Banyak perihal disentuh dalam novel ini bersekitar tentang kefahaman islam yang syumul, menjadi Muslim yang bukan sekadar taklid buta, tentang perbezaan gerakan jemaah islam lebih2 lagi di alam universiti, tentang cara berfikir dan memandang sesuatu perihal di sekeliling.
Semakin berfikiran kritis, semakin terbuka minda, semakin mematangkan diri.
Saya suka pada elemen falsafah dan sejarah yang dimasukkan ke dalam novel ini. Selain itu, unsur-unsur pengajaran yang diterapkan dalam bentuk penceritaan sebegini menjadikannya sebuah novel ilmiah yang banyak menyedarkan tentang perjalanan hidup yang penuh cabaran dan onak duri.