Jump to ratings and reviews
Rate this book

Surat-surat Dari Maninjau

Rate this book
Di surat-surat dari maninjau ada cinta yang utuh, impian yang terpaksi dan kejujuran yang menjahit segala wacana. Sesiapa sahaja boleh temui dirinya di dalam surat-surat dari maninjau, seperti saya yang menemui diri saya setelah menoktahkannya.

Kepada pencinta sejarah, kepada sejarawan yang jatuh cinta, kepada yang tak pasti, kepada yang memilih untuk pergi, semoga surat-surat dari maninjau yang tiba di tangan-tangan, kalaupun tidak mengubah apa-apa, cukulah andainya bisa membawa kalian ke daerah yang paling indah, iaitu daerah 'diri sendiri'.

194 pages, Paperback

First published January 1, 2016

Loading...
Loading...

About the author

Hafizul Faiz

16 books184 followers
Hafizul Faiz atau nama penuhnya Mohd. Hafizul Faiz Bin Hashim merupakan penulis kelahiran Sik, Kedah. Telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Bahasa & Susastera Arab di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Setakat ini telah menulis enam buah buku dan kebanyakannya mendapat bestseller. Aktif menulis di blog hafizulfaiz.com dan juga Facebook Page (Hafizul Faiz). Perkembangan penulis boleh ditinjau juga di @hfaiz92 (Instagram) dan @hafizulfaiz92 (Twitter).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
47 (39%)
4 stars
51 (43%)
3 stars
19 (16%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 39 reviews
Profile Image for nazhsahaja.
128 reviews17 followers
July 10, 2017
sejujurnya saya akan mudah hilang fokus tiap kali membaca karya-karya yang ada selitan fakta dan sejarah. tidak terkecuali ketika membaca surat-surat dari maninjau. beberapa kali saya cuba ulang baca agar saya boleh 'grab' apa yang hafizul faiz cuba sampaikan. tapi setelah cubaan pembacaan yang keempat, akhirnya ketemu rentak yang sesuai. kesudahannya surat-surat qhuzeil berjaya diamati dengan tenang dan laut hati qhuzeil boleh dibaca pasang surutnya. dan setiap kali membaca surat-surat qhuzeil kepada gadis-gadisnya, tidak dapat tidak saya terbayangkan Gie yang sedang menuliskan puisi untuk Ira, tidakpun saya terlihatkan Sukab yang sedang membacakan suratnya berkenaan senja untuk Alina. kadangkala saya melihatkan Zainuddin yang lemah, polos dan naif dalam diri Qhuzeil meskipun saya hanya mengenali lelaki itu lewat surat-surat.

bagi seorang pencinta sastera, buku ini nyaman sekali, dan bagi pencinta sejarah, buku ini adalah pengubat.
Profile Image for Nurul Suhadah.
181 reviews35 followers
July 22, 2016
Akhirnya, saya menamatkan karya ini. Memang telah disusun membacanya selepas raya. Asyik betul membaca fakta yang disulam kata-kata indah. Meraikan otak kanan dan otak kiri yang akan terus bekerja tatkala membaca.

Sebagai pembaca yang telah berkahwin dengan dua anak, saya rupanya juga tidak terlepas tenggelam emosi dalam kata cinta yang penuh puitis. Yang bujang-bujang apatah lagi rasanya.

Selain itu, hujahan fakta tentang sejarah sekitar teori kedatangan Islam ke Nusantara, tentang bahasa dan sastera, nama-nama tokoh hebat yang terlibat dan juga berpuluh-puluh judul buku berkaitan sejarah sangat menggiurkan pembaca yang mencari fakta seperti saya. Ini antara novel yang saya perlu menggunakan 'highlighter' untuk memastikan saya tidak tertinggal fakta-fakta penting.

Saya ada terbaca, ada yang memberi komentar, wujudkah percintaan begini, percintaan yang bersulamkan fakta sejarah dan budaya intelektual? Ada yang menganggapnya terlalu idealis dan seperti mustahil wujud di alam nyata.

Saya berani katakan percintaan sebegini wujud, ianya ada. Kerana cinta itu sukar didefinisikan tarikannya, ia boleh muncul dalam pelbagai rupa.

Penting disini, penulis wacanakan tentang budaya ilmu yang seharusnya mendasari sebuah perhubungan dan percintaan. Kerana ini juga akan menjadi teras penting pembinaan sebuah keluarga nanti.

Terima kasih kepada Hafizul Faiz untuk karya ini. Saya cuba untuk letak tepi yang saya mengenali beliau di alam nyata, kerana benar-benar ingin menghayati watak dalam SSDM ini. Tapi rasanya saya gagal. Qhuzeil itu sangat Hafizul Faiz.

Terima kasih Faiz, kerana membuatkan diri ini yang mencintai fakta, kini semakin juga mencintai kata-kata.
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
July 2, 2016
Untuk jalan cerita, agak kurang rencahnya. Seakan ada sesuatu yang perlu dimantapkan tapi aku tak pasti apa. Mungkin endingnya. Tapi yang lebih penting novel ini ingin mempersembahkan fakta-fakta sejarah tentang tamadun Islam di Nusantara dan beberapa perbahasan atau perbincangan serta teori2. Itu point utamanya. Jalan cerita sekadar penyeri atau sampingan saja. Agak menarik juga bila difikirkan, ada juga orang yang bercinta bukan melalui indah kata-kata romantis, tapi melalui fakta-fakta sejarah dan budaya intelektual... yang bagiku agak kurang realistik walaupun mungkin saja wujud dalam dunia cuma aku tak pernah bertemu. Haha.

Oh ya, mahasiswa sepatutnya mencontohi watak2 siswa dalam novel ini. Budaya ilmu perlu dihidupkan dengan lebih giat lagi. Tinggalkanlah budaya confess2 ni. Huhu. Pesanan untuk diri sendiri juga.
Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
October 24, 2016
" kesedihan seorang lelaki . kemuncaknya bukan lagi pada airmata. Tapi pada diam . diam yang panjang "

merasakan perasaan yang tertahan sambil ulangkaji pelajaran sejarah .. menarik bukan ?

" sesetengah orang di masa lampau terpaksa kita lupakan hanya kerana mereka tidak dimiliki oleh masa depan kita "
Profile Image for Nursyafiqah Wai.
112 reviews3 followers
April 25, 2020
Sejujurnya saya tidak menyangka ini merupakan sejenis novel. Ingatkan kumpulan surat oleh penulis. Rupa-rupanya ia adalah penceritaan lewat perutusan surat satu hala oleh si penulis.

Saya kagum dengan laras bahasa puitis oleh penulis. Malahan kita dibawa menelusuri jejak sejarah kedatangan Islam dan kemelayuan secara santai di sela kisah cinta peribadi si penulis.

Buku yang amat menarik untuk dibaca dan tentunya saya akan mengulang membacanya!

Profile Image for Anita Awang.
45 reviews
October 9, 2021
Surat-surat Dari Maninjau adalah bacaan kali kedua. Yang pertama saya tidak berapa memasuki ke dunia Qhuzeil apatah lagi dengan ayat-ayat yang ditulis, ia bukan dunia saya. Sehinggalah minggu lepas, seorang kawan sekali lagi menyuruh saya untuk membacanya semula.

Dan hari ni adalah hari yang pilu kerana saya telah pun tiba ke huruf yang terakhir. Buku ini mengisahkan tentang sejarah tamadun Melayu, kemasukan Islam di Nusantara dan kasih seorang lelaki.

Saya berada di dua situasi iaitu situasi tentang Melayu dan Islam. Terlalu banyak nama yang saya sendiri tidak kenal. Ternyatalah bahawa saya seorang yang kerdil di hadapan sejarah tamadunnya sendiri. Teks sejarah di zaman sekolah tu hanya asas permukaan. Jika mahu sampai ke bawah, maka carilah riwayat pada nama-nama yang dikongsikan Qhuzeil, Natrah & Asyfah. Jika dihayati sejarah, sudah pasti kita kasih dan sayang pada tanah ini membuak-buak.

Situasi kedua pula ialah tentang perasaan seorang Qhuzeil, Nubhah, Asyfa, dan Natrah. Entah kenapa, saya dirundung sayu. Seolah-olah kesakitan mereka dapat dirasai. Begitu hebat penulis mengolah ayat.

Agak jarang saya membaca sejarah dan dicampur dengan perasaan emosi. Rasa seperti tidak sabar untuk membaca surat demi surat ketika saya sedang bekerja. Panahan ayat dan fakta barangkali.

Terima kasih kerana membahagiakan hari-hari saya.

Buku ini juga mengingatkan saya dengan 1515 tulisan Faisal Tehrani.
Profile Image for Syazwani.
10 reviews1 follower
Did Not Finish
December 21, 2017
terpengaruh dengan buku norwegian wood by haruki murakami di mana salah seorang daripada watak dlm novel itu menyatakan dia hanya membaca buku yg authornya dah mati lebih 100 tahun. maka bila baca buku ni, i thought to myself, never again, to read a book which author is the same age as me.

suka je dengan konsep novel ni yang di tulis dlm bentuk surat. tp entahlah. mungkin 4 atau 5 tahun mendatang bila baca balik buku ni baru dapat rasa tu kot. for now, it is not to my liking
Profile Image for Najiha Jaffar.
29 reviews2 followers
March 20, 2019
Jalan ceritanya agak menarik namun kurang umph sedikit. Tapi tak pasti dimana. Novel ini sarat dengan fakta yang memukau membuatkan saya agak lambat menghabiskan pembacaan, bukan sebab bosan, tapi menarik untuk dikaji lebih mendalam. Penggunaan kata-kata yang puitis dan kaya dengan kosa kata yang agak jarang ditemui mendorong saya untuk mempelajari kosa kata bahasa Melayu dengan lebih tekun. Akhir sekali, saya seakan boleh meletakkan yang Faiz ni adalah Qhuzeil. haha apapun, tahniah!
Profile Image for Maryam Hamidah  Zulkifli.
11 reviews4 followers
August 22, 2016
Watak-watak yang terlalu dekat dengan diri. Sebuah kisah dalam di akhirnya yang diharap bertemu kesembuhan. Dan tiadalah penulis itu menuliskan sesuatu melainkan pasti ianya lahir dari hati. Membaca novel ini adalah bererti membaca sebuah luka. Semoga sembuh, Qhuzeil!
Profile Image for sn_fiq.
166 reviews11 followers
January 28, 2024
1. Ayat-ayat sedap dibaca.
2. Sambil baca ayat-ayat sedap, sambil belajar sejarah.
Profile Image for Amirah Husna.
24 reviews3 followers
December 30, 2023
Surat-surat Dari Maninjau, buku yang mengatasi jangkauan saya hanya daripada bacaan sinopsis di belakang buku.

Buku ini berkisarkan sejarah Melayu dan Islam utamanya sambil diselit kisah percintaan yang berakhir dengan duka (sekurangnya bagi saya, bukan bagi Qhuzeil). Watak-watak seperti Asyfa, Natrah dan Nubhah sudah semestinya menjadi dambaan hampir kesemua lelaki di luar sana (mungkin) oleh kerana intelektual dan keperibadian mereka sendiri, kerana saya juga jatuh cinta dengan sosok watak mereka.

Qhuzeil, bagi saya ialah seorang lelaki yang terlalu berdiam diri dan terkadang leka dengan kesunyian sehingga akhirnya memakan diri dan jiwa sendiri (walaupun akhirnya dia memilih untuk bangkit). Saya merasakan dia terlalu "terpaling deep" bak kata anak muda zaman sekarang, sehinggakan diri sendiri yang menahan rasa dan meruntun jiwa, hingga perlu mencari kedamaian jauh nun di bumi Maninjau. Tapi jujur saya katakan, dalam kegeraman saya mengkaji watak Qhuzeil, saya sebenarnya kagum dengan perwatakan kelelakian yang dibawakan. Tidak terlalu hanyut dibuai emosi, malah lebih kepada rasional dalam membawa diri, kalau tidak, tidak mungkin seutus surat pengakhiran akan ditulis buat kedua Asyfa dan Natrah jika benar Qhuzeil selesa untuk hidup dalam layanan emosi.

Buku ini juga saya percaya amat sesuai untuk pencinta sejarah terutamanya. Sejujurnya sukar untuk saya memahami konteks-konteks sejarah yang dinukilkan oleh penulis dalam buku ini tapi yang menariknya, ia tidaklah sampai menghalang kefahaman bacaan saya. Saya anggap sejarah yang dikongsikan dalam buku ini sebagai satu ilmu baru untuk saya yang sifar ilmunya dalam bidang sejarah. Bagi mereka yang mencari tajuk-tajuk kertas kajian, saya juga rasa tajuk-tajuk kajian yang ada "dibentangkan" di dalam buku ini boleh menjadi panduan untuk mereka. Quite interesting topics are being mentioned here, can tweak a bit according to the study that you want to focus on. No harm in trying, who knows it might be really useful.

Kisah percintaan di dalam buku ini, saya rasa satu kisah yang dongeng tapi tak mustahil jalan ceritanya wujud di alam realiti. Terfikir juga saya, apa ya agaknya perasaan dicintai dalam diam seperti mana Qhuzeil mencintai Asyfa dan untuk Natrah yang mencintai Qhuzeil sehingga hembusan nafas terakhirnya?

"Cinta adalah perihal takdir yang tidak mampu kita uruskan".

4 bintang daripada 5 kerana saya merasakan jalan cerita yang sedikit tergantung, yang saya sendiri masih tertanya-tanya, what exactly makes Qhuzeil decided to end the friendship with Natrah especially and what's with the surat terakhir?
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for akusipeminatbuku.
265 reviews33 followers
January 18, 2020
Sesungguhnya buku ini sebuah naskah yang sangat aneh.

Ku fikirkan ini sebuah buku travelog, rupanya bukan.

Ku fikirkan ini sebuah cerita tentang kisah sejarah, rupanya bukan.

Ku fikirkan ini sebuah kisah cinta dan luahan rasa, rupanya bukan.

Jadi, apakah yang terkandung dalam buku ini?

Sukar untuk aku ungkapkan dan jelaskan dengan kata-kata. Naskah ini anehnya memerangkap jiwa dengan susun kata yang indah, fakta yang mengerakkan fikiran dengan kisah yang meruntun hati.

Naskah ini membawa kita mengembara dari satu abad ke abad yang lain. Kisah yang ditulis dari hati amat menyentuh sanubari. Baca buku ini untuk mengalaminya sendiri.

Ada masa naskah ini menjadi berat dengan fakta, ada masa ia sarat dengan emosi dan ada masa menjadi akrab dengan rasa persahabatan.

"Sejarah telah buat saya jatuh cinta. Cinta ialah kemungkinan yang tidak terbatas. Sekeping cinta berdarah."
13 reviews
August 1, 2016
Membaca mungkin x memberi kamu jawapan yg cepat utk persoalan2 yg kamu fikirkan. Tapi ia mampu mengetuk nubari utk mencari apa yg kurang dalam diri.
.
"Dia memberikan saya jarum, meminta saya menjahit kata dengan pintal jujur. Dia menyuruh saya menjalin cerita dalam lembar bahagia, lalu menghamparkannya pada sejarah dan memulangkannya pada manusia" -Qhuzeil
.
Jika kau tanyakan aku, apa ada pada Surat2 dari Maninjau?
. Akan aku katakan, ia adalah adunan cinta yg tersimpul rapi. Gabungan keindahan bahasa dan kompleksiti sejarah. Semestinya hanya org yg mencintai keduanya akan menemukan kemanisan.
.
Kedengarannya kompleks bukan? Sejak bila pula cinta itu suatu yg mudah?
.
#SSDM #SuratSuratDariManinjau #JTPress
Profile Image for Syafiqah.
38 reviews4 followers
January 13, 2020
Sebuah novel cinta yang penuh sejarah dan bersulam sastera.

Namun, kisah cinta Qhuzeil di dalam novel ini bukan biasa-biasa. Ia kisah cinta yang disaluti perjuangan.

Perjuangan untuk memartabatkan sejarah bangsa dan sastera.

Qhuzeil, Asyfa, Nubhah, dan Natrah memberi gambaran kepada kita bahawa menjadi atau mencari kekasih hidup itu bukan sekadar pada rupa paras dan luarannya sahaja, tetapi yang lebih utama adalah perkongsian nilai, pemikiran, dan apa yang diperjuangkan.

Sejujurnya, saya yang lebih muda (remaja) mungkin tidak mampu menghabiskan novel ini kerana novel ini sarat dengan sejarah (dulu saya tak minat sejarah heh). 😅

Pertukaran pandangan antara watak-watak utama novel ini sekitar teori sejarah kedatangan Islam ke Nusantara amat menarik sekali (walaupun kadang-kadang terasa 'lost' dengan tarikh dan nama yang pelbagai).

Tetapi secara keseluruhannya, saya masih dapat menikmati novel ini.

Saya mungkin tidak ingat semua fakta sejarah yang dibentangkan tetapi novel ini memberi inspirasi kepada saya untuk mencontohi Qhuzeil dan sahabat-sahabatnya untuk tidak jemu menambahkan pengetahuan dan menjadi manusia yang bermanfaat buat yang lain.

Oh, bahasa yang digunakan oleh penulis amatlah puitis.

Maka untuk membacanya memerlukan stamina bagi mengharungi kedalaman dan keindahan lautan bahasanya (dalam erti kata yang lebih mudah, penulis agak jiwang - well not in a bad way heh).

Saya rasa penulis berjaya menyampaikan rasa hati Qhuzeil sehingga saya pun turut merasa hiba membaca cerita tentangnya dan Asyfa. Teringat Zainuddin dan Hayati dalam novel 'Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck'.

Yang paling mengujakan, membaca novel ini memberi semangat kepada saya untuk membaca dua lagi karya HAMKA iaitu 'Dari Perbendaharaan Lama' dan 'Sejarah Umat Islam'.

Untuk itu, terima kasih penulis, @mhafizulfaiz untuk naskhah ini. Saya harap lebih banyak kisah cinta yang mendidik seperti ini.

Kesimpulan: Siapa yang minat sejarah, suka bahasa yang puitis boleh menikmati dan mengambil manfaat daripada buku ini. Kalau tidak, buku ini agak mencabar untuk dihabiskan. ☺️
April 23, 2020
Sejarah apabila dicampur dengan sastera, ia menjadi sesuatu yang indah dan apabila dikaji dengan cinta akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Itulah yang perlu ada dalam diri seorang pengkaji sejarah. Mengkaji sejarah dengan cinta dan ilmu.
.
Penulis begitu kreatif menggabungkan fakta sejarah yang dikatakan “bosan” dengan imaginasinya yang luar biasa dengan mengolah fakta yang berat di dalam bentuk surat secara santai. Jadi, secara tidak langsung pembaca tidak akan rasa terbeban untuk menghadamnya.
.
Pembaca akan memperoleh dua kebaikan daripada buku ini. Yang pertama, mengenai sejarah yang banyak bertemakan tentang Islam di Nusantara dan juga Melayu pada zaman dahulu. Dan yang kedua, bahasa yang digunakan begitu indah sekali yang mungkin akan membawa pembaca turut hanyut dalam pembincangan sejarah antara Qhuzeil dan watak lain.
.
Persoalan-persoalan yang cuba ditimbulkan oleh penulis telah berjaya membuatkan pembaca merasa tidak sabar untuk mengetahui jawapannya. Kebijaksanaan penulis mengaitkan beberapa fakta daripada sumber yang berbeza, membuatkan pembaca seperti saya rasa teruja untuk mengkaji lagi dan lagi mengenai sejarah zaman dahulu.
.
Sepertinya saya perlu membaca sekali lagi. Namun, bukan sekadar membaca. Tapi, disertakan sekali bersama kertas mahjung dan juga pen untuk mencatat segala info agar segala fakta tidak sekadar bermain di akal fikiran sahaja tapi digambarkan dengan jelas dan konkrit.
.
Profile Image for Syawal Ameron.
202 reviews2 followers
March 16, 2020
Tahu perasaan dapat seteguk air sejuk ketika panas petang membahang.

Ya, buku ini memberikan kesejukan dalam jiwa dan keredupan dalam hati. Kata yang tersusun kemas, diselit fakta menyegarkan akal.

Ahh, hidup, ada ketika ia suram dan duka, ada waktu ia geram dan suka.

Pencinta sejarah dan bahasa, buku ini wajib dibaca. Membawa sukma ke dalam dimensi penuh tipu helah. Membawa jiwa mengenal erti cinta dan sayang.

"...hujannya pula, kata awak lagi, turun malu-malu. Cukup untuk membasahkan tapi tak cukup lebat untuk kita takut kepadanya. Hujan di sini hujan untuk kita bertari di dalamnya..."

"...Pada tahun 1521 Masihi, Acheh berjaya menewaskan Portugis di tanah Acheh sendiri. Acheh mahu memberitahu bahawa mereka tidak lesu. Panglima Portugis, Joge de Brito dapat dibunuh. Acheh tidak diam lagi, berkali-kali melancarkan serangan. Sultan Alaidin Riayat Shah Il yang memerintah pada tahun 1539 hingga 1571 Masihi mengaturkan serangan kepada Portugis di ranah Melaka tetapi gagal. Iskandar Muda Mahkota Alam yang memerintah dari 1607 hingga 1636 Masihi melancarkan lagi serangan besar-besaran pada tahun 1629 Masihi tetapi tetap gagal. Hikmahnya besar, kekalahan itu menggusarkan Portugis. Portugis tidak mampu mendakyahkan Kristian di tanah Acheh. Penyebaran Islam ditumpu sepenuhnya. Keagungan ilmu dilauti, generasi demi generasi..."

#Letsاقرأ #syawalbookreview
Profile Image for Umi Humairah.
65 reviews2 followers
November 14, 2021
Ini ialah kisah cinta dan persahabatan para pencinta sejarah dan sastera. Ilmu ialah pengukuh sesuatu perhubungan, namun perasaan jugalah yang melengkapkan atau menamatkannya.

Meskipun ketika berbicara tentang sejarah, bahasa penulis sungguh puitis. Sedap sekali dibaca walaupun oleh seseorang yang tidak gemar akan sejarah seperti saya. Cara pencinta sejarah yang seolah-olah mencantum kepingan-kepingan cerita daripada pelbagai sumber yang berbeza lalu mencetuskan teori baru untuk fakta yang lebih tepat, berjaya menarik perhatian saya. Terutamanya apabila terdapat fakta yang selama ini kita percaya, rupanya ada sumber lain yang menggoyahkan teori itu.

Membaca surat-surat ini, terasa seperti kitalah Asyfa, yang dipandang tinggi dan dicintai oleh Qhuzeil. Ataupun Natrah, seorang sahabat yang cepat sekali dipercayai untuk dititipkan seribu perasaan dan fakta. Kadangkala pula, terasa seperti kitalah Qhuzeil, yang hanya mampu untuk berada dalam kecintaan orang yang dicintainya — sejarah — dan bukan hati orang itu sendiri.
Profile Image for Nur Izzati.
60 reviews1 follower
October 25, 2020
Begitulah naskah ini. Awalnya saya letak kembali di rak yang tiap hari saya tatapi setelah merasakan ia berat untuk saya hadami.

Tindakan saya semalam yang mencapainya tanpa sengaja, membawa saya dalam kembara tentang Sejarah Kedatangan Islam di Nusantara yang tidaklah saya hadami sebegitu baik. Namun, kisah cinta Quzheil-Asyfa, dalam selingan kisah Nubhah dan Natrah, itulah yang lebih saya jatuh cinta dengan setiap jujurnya kata, dan indahnya bahasa
.
Barangkali dekat di hati saya, kerana saya juga sedang "melangkah semula" dan mencari diri saya supaya terus kekal berprinsip, dan belajar melepaskan (lagi) apa yang bukan ditakdirkan untuk saya.

"Jika kita gagal mengilmukan diri kita, usah mimpi untuk mengilmukan masyarakat. Mari Qhuzeil, kita gagaskan kehidupan kita sendiri. Usah banyak mencipta alasan, tapi banyaklah mencipta jalan"
.
-Nubhah-
.
Moga jiwa terus bangkit. Dalam pengembaraan hidup yang panjang
.
#Izzatiwrites #betterIzzati #Izzatireads
Profile Image for Siti Salha.
78 reviews8 followers
January 5, 2020
Membaca naskhah ini membuatkan aku teringat kepada buku Berlari Dari Jogja Untuk Menemukan Si Dia di Cristiana. Penulis bercerita tentang pengembaraannya dan diselitkan dengan sejarah sesuatu tempat yang dituju. Ada cerita-cerita menarik yang hanya dapat kita baca dan jumpa melalui pengalaman orang lain.

Rasa seronok dan teruja membaca prolog membuatkan aku rasa tak sabar nak pergi Maninjau. Tapi, bila masuk surat-surat berikutnya, aku menjadi bosan dengan kisah cinta Qhuzeil dan Asyfa kemudian pembacaan tergantung sepi. Sehinggalah aku pegi ke Maninjau dan merasai sendiri nikmat tinggal di bumi Maninjau.

Kemudian, kembali dari Maninjau, aku cuba menghabiskan bacaan yang tergantung. Suka dengan gaya bahasa penulis yang sangat lembut dan melancarkkan pembacaan. Sudah lama aku tidak membaca penulisan yang sangat baik bahasanya.
Profile Image for Nur Fathinah.
130 reviews6 followers
May 11, 2020
Bagi aku, sejarah adalah sesuatu yang sangat menarik. Tetapi memerlukan fokus yang tinggi untuk dihadam dan dibaca. Tidak kusangka, membaca novel ini mengubah tanggapanku.

Sejarah yang dijahit kemas dengan cinta, hasilnya sungguh menggiurkan. Penggunaan katanya sungguh ranum dan menyamankan.

Sudah lama aku ingin mengetahui sejarah asal tentang kedatangan Islam ke Nusantara, tetapi ditangguhkan dahulu kerana risau akan bahan bacaan yang berat. Novel ini menjadikan penceritaan sejarah menjadi lebih segar untuk dihirup.

Banyak perkara yang aku ketahui, betullah kata penulis, mengembara ke daerah diri sendiri.

Dua perkara yang membuatkan aku meneruskan pembacaan :
1. Sejarah kedatangan Islam ke Nusantara
2. Kisah cinta antara Qhuezil dan Asyfa

Aku berharap dapat terus menikmati keindahan sejarah dan kesusasteraan bahasa melayu itu sendiri. Tahniah buat penulis.
Profile Image for Fatin Syuhada.
6 reviews1 follower
July 28, 2021
Sebuah kisah perkongsian antara cinta dan sejarah yang telah diadun sebati oleh penulis yang begitu menusuk di kalbu.

Surat-surat dari Maninjau adalah tentang rasa, cinta, jiwa, sejarah dan penuh dengan puisi kehidupan yang dicoretkan melalui surat-surat Qhuzeil kepada dua orang gadis.

Bak kata penulis, "Di surat-surat dari maninjau ada cinta yang utuh, impian yang terpaksi dan kejujuran yang menjahit segala wacana. Sesiapa sahaja boleh temui dirinya di dalam surat-surat dari maninjau, seperti saya yang menemui diri saya setelah menoktahkannya."

Sebagai seorang pembaca, jujur saya akui, adakalanya saya hampir tenggelam dan hanyut dalam lautan kata-kata puitis yang terdapat didalam buku ini.

Kata-kata yang begitu artistik dan syahdu yang terkandung didalam buku ini menyebabkan saya perlu menggunakan pen penyerlah (baca: highlighter) untuk menggali makna dan jawapan.
Profile Image for Mas Nur Hidayu.
1 review
January 5, 2022
And I quote,

"... sejarah memerlukan pembacanya dan pengkajinya yang penuh cinta."

Naskhah dari Hafizul ini saya kira cukup molek metod penyampaian fakta fakta sejarahnya.
Kita bukan sahaja disajikan dengan lontaran sejarah oleh pengkaji barat bahkan ia turut disertai tangkisan hujah dari Hamka dan juga Naquib Al-Attas. Ilmu baru buat diri saya sendiri.

Manifestasi perasaan yang sangat indah dengan penggunaan kata yang berbunga membuat setiap muka surat yang belum dibaca menjadi kerinduan saat terpaksa berhenti membaca demi memenuhi tugasan hakiki lain.

Hikayat lama seolah menjadi ringan, bukan lagi buku tebal terperuk di hujung penjuru bilik menanti dirinya ditekuni dengan cinta. Syabas buat penulis!
Profile Image for Liyana.
19 reviews
March 31, 2020
Berkali-kali mengulang bacaan surat-surat terawal, dan letak tepi kerana tidak dapat ikut rentak bahasa penulis. Ini kerana tidak biasa dengan bacaan yang romantis yang membuai perasaan. Ku gagahkn juga untuk meneruskan bacaan kali ini, dan cubaan kali ini membuahkan hasil apabila bacaan dapat mengikut rentak bahasa sebegini.

Paling menariknya adalah, segala fakta dan unjuran garis masa tentang sejarah Melayu disebatikan dengan baik dalam lingkungan pergolakan perasaan insan. Dan secara tidak langsung menimbulkan perasaan ingin tahu. Bermulanya di sini, mata tidak lekang daripada buku ini.

Thumbs up!
Profile Image for umairahmn.
28 reviews2 followers
April 17, 2020
Sungguh, untuk seketika, saya lupa bahawa saya juga, memiliki minat pada sejarah. Sepanjang pembacaan, jujur saya acap kali merasa terkilan pada diri sendiri, betapa ceteknya telaga sejarah saya. Beberapa kali juga saya terbabas dari pembacaan kerana sibuk berfikir, buku mana yang perlu saya beli selepas ini, hasil daripada tulisan penulis yang sangat indah dan mencungkil perkara yang saya tidak pernah sedar bahawa saya perlu kepadanya.

Cantik alur bahasanya, indah sekali pemilihan kata-katanya, terasa seperti membaca puisi ditenun dengan benang sejarah.

Bacalah, mungkin sedikit lelah, tapi sungguh, perasaan menjadi kerdil itu indah.
Profile Image for Munirah Mn.
67 reviews
March 23, 2020
Buku ni banyak potensi. Bahasa cantik sangat. Tapi penyampaiannnya...

Saya hargai sangat ilmu sejarah yang disisipkan, tetapi rasa penceritaan dia kurang bila penulis cuba hubungkan dengan kisah Qhuzeil. Teringat buku Bagaimana Anyss Naik ke Langit oleh Faisal Tehrani.

Surat-surat dari Maninjau mungkin jauh lebih baik penulisannya dari BANKL, namun masih mengandungi masalah yang sama. Tema bukan fiksyen yang diterapkan dalam fiksyen dengan cara yang tidak kemas.
Profile Image for Jiha Jahari.
17 reviews
July 26, 2021
Saya tidak pernah terbayangkan cara tulisnya begini, sehinggalah surat terakhir dinukilkan saya berasa sedih kerana menandakan pembacaan saya juga bakal tamat :’)

Sejarah yang diceritakan dalam buku ini ditulis dengan sangat kreatif! Ditambah lagi dengan gaya penulisan penulis yang sangat indah bahasanya. Ha, inilah dia, walau bahasanya sangat indah berbunga tapi pembaca yang membaca boleh memahami isinya.
Profile Image for Hakimah  Saidi.
50 reviews2 followers
January 5, 2022
Tentang sejarah, tentang fakta, tentang rasa dan tentang cinta. Aku tidak pernah menyangka bahawa membaca sejarah bisa jadi sepilu ini. Aku mungkin tidak pandai membaca fakta dan sejarah, aku akui sedikit lost di awal-awal pembacaan tetapi ayat-ayat indah oleh Qhuzeil dalam setiap surat-suratnya dalam menyingkap sejarah dan rasa meminta aku untuk meneruskan pembacaan.

Aku kira buku ini indah sekali!
Profile Image for Atiqah.
1 review
September 10, 2021
Rasanya seperti sedang menjelajah Maninjau bersama penulis. Sejarah juga terselit kemas tapi tak terasa berat. Tahniah dan terima kasih, penulis. Selesai baca buku ni, saya terus tempah tiket ke maninjau untuk 2 minggu tapi tidak dapat ke sana disaat akhir kerana urusan tertentu. Mungkin dilain waktu.
Profile Image for Nabilah Superto.
5 reviews
Read
July 5, 2020
Bagi saya, pembacaan yang agak berat utk buku kasual. Berat dengan fakta-fakta sejarah, yang bagi saya diolah dengan 'paksa' ke atas pembaca. It does not flow smoothly along my reading journey. Jalan utama plot buku ini adalah fakta - i would consider this heavier towards as non-fiction.
2 reviews
January 19, 2021
Buku yang menggabungkan elemen sejarah,cinta dan perasaan. Penggunaan bahasa yang membangunkan jati diri sebagai seorang anak melayu. Terpegun dengan watak-watak wanita yang digambar didalam buku ini, mereka menghidupkan jiwa saya untuk tekun belajar.
Displaying 1 - 30 of 39 reviews