Jump to ratings and reviews
Rate this book

Projek Seram: Pulau

Rate this book
PUAKA BELULUT – NAIM TAMDJIS
Ia jangan dicari, kelak menyesal apabila ia muncul...
Jirin dan Misran dua orang sahabat baik yang gemar menginap di bangunan atau kawasan yang seram dan mempunyai misterinya sendiri. Mereka akan merakam sambil mengalami kejadian atau perkara aneh. Satu ketika, mereka telah pergi ke Pulau Jerejak. Pelbagai perkara aneh dan menggerunkan terjadi di situ!

FLOR DE LA MAR – S. KAUSARI
Yang tersembunyi jangan dicari atau diganggu
Jurnal yang terjatuh ke tangan tiga orang wanita menyimpan rahsia tentang harta karun pada zaman Kesultanan Melaka yang disembunyikan di Pulau Besar dan di beberapa lokasi lain selepas serangan Portugis. Perjalanan mereka ke pulau itu telah membawa kepada berlakunya pelbagai kejadian misteri dan mistik. Tanpa disedari, bahaya menanti mereka kerana ancaman sebuah sindiket antarabangsa yang berpakat dengan makhluk halus.

MALAM BERDARAH - ILLYA ABDULLAH
Selangkah kau melangkah masuk, sukar untuk kau melepaskan diri!
Percutian yang sepatutnya meninggalkan kenangan indah telah meninggalkan mimpi ngeri buat pasangan suami isteri, Zafril dan Leeanna. Pakej penginapan yang ditawarkan hanya sekadar mengaburi mata mereka. Tanpa disedari, maut sedang menanti mereka di sana. Mereka bakal dijadikan korban untuk ‘penyucian’ tanah resort itu.

360 pages, Paperback

First published June 1, 2016

3 people are currently reading
84 people want to read

About the author

Naim Tamdjis

30 books104 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (26%)
4 stars
21 (34%)
3 stars
20 (32%)
2 stars
2 (3%)
1 star
2 (3%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
January 27, 2023
1) PUAKA BELUTUT
NAIM TAMDJIS

hmmm... Less is more.. Caya tak? Kali ini saudara Naim Tamdjis berjaya mengolah noveletnya dengan ringkas dan lebih tersusun. Berbanding dengan dua yang sebelum ini, puaka belutut lebih jejak ke tanah penceritaannya. Saudara naim lebih yakin dalam penyampaiannya kali ini. Bersahaja, dialog pun di susun cantik dan tahu mana harus berhenti. Fakta juga lebih banyak dan penyampaian memang berkesan. Walaupun taklah seram mana tapi terasa juga saspennya. Tahniah untuk karya ini saudara naim!

Jirin dan mika, suka cari hantu. Secara mudah, itulah dia. Mereka berdua akan ke tempat-tempat yang misteri dan berpuaka untuk merakam entiti ini dan memviralkannya. Ancaman yang mereka hadapi di pangkor tidak melemahkan langsung semangat mereka bahkan dengan sambutan yang hangat untuk rakaman mereka itu buat mereka berdua ke pulau jerejak pula. Kali ini kembara mereka disertai oleh misran yang konon nak merasai pengalaman menjejak entiti. Haa.... Nak cari dan rakam sangatkan... Tanpa mereka sangka, permainan syaitan bermula!..

2) FLOR DE LA MAR
S. KAUSARI

Tuan Salleh Kausari ni rasanya memang cukup berpengalaman dalam penyampaian cerita. Walaupun secara jujur saya belum baca 2 buah karya solo yang ada dalam simpanan, bila baca yang ini.. Hmmm... Amat menarik. Ringkas bersahaja tapi cukup enak dimakan begitu saja!.. Eehhh..??? Padat kisahnya. Tak langsung meleret, bersememeh, dan paling utama buat pembaca duduk berteleku diam nak menghabiskan pembacaan!..

Hamimah, Maizura dan Syalinda.. tiga orang sahabat baik yang secara disengajakan dilibatkan dalam pencarian harta karun peninggalan zaman Kesultanan Melaka. Jurnal yang jatuh dalam simpanan mereka membawa ke pengembaraan yang tak terfikir langsung oleh mereka di Pulau Besar. Haa... Ingat senang nak jejak harta karun. Kot boleh berangan jadi indiana jones. Rupa-rupanya, jejak pencarian mereka juga membawa suatu yang lebih besar dalam kehidupan mereka... Haa... Kena minat sejarah kalau nak lebih hargai kisah ini.... Dan jangan lupa, ada makhluk lain yang turut sama mendiami bumi ini.. Secara tak langsung penyampaian berkesan dalam menolak pembangunan yang tak terancang yang mengancam muka bumi...

3) MALAM BERDARAH
ILLYA ABDULLAH

satu malam saja, tapi satu malam yang cukup panjang dan mendebarkan. Tak perlu nak banyak watak, tak perlu nak banyak kisah, tak perlu nak banyak olah. Semua satu hala saja. Tahniah puan Ilya Abdullah kerana kisah anda ini begitu pantas bergerak buat pembaca seperti tertahan-tahan nak tarik nafas, nak baca ke nak tarik nafas??.. Camtulah lebih kurang.. Hehe...

sepasang suami isteri yang berbulan madu ke pangkor ditawarkan pakej penginapan yang lebih murah dengan tempat yang lebih cantik. zafril dan leeanna keluar dari penginapan yang mereka sewa dan pergi ke bidara resort. Cantik dan mengkagumkan senibina yang ada. Bersama pasangan lain yang turut serta, izzul dan rehanna dengan dua anak mereka, fazli dan mira yang kelihatan tidak mesra dan satu lagi pasangan iaitu khalil dan sara. Rupa-rupanya mereka di bawa ke tempat yang mahukan nyawa! Selamatkah mereka?..

Keseluruhan: yang paling utama rasanya ada sedikit semacam tak cukup. Sepatut projek seram biasanya 4 karya kan? Takpelah, mungkin deadline tak terkejar kut.. Hehe.. puas hati untuk projek seram ini. Ketiga-tiga karya nampak cukup persediaan, kajian ketiga-tiga penulis ini nampak lebih mantap dan olahan cerita pun memang menarik. Walaupun banyak fakta dan elemen sejarah yang terselit tapi semuanya seronok untuk dibaca. Sejarah dan seram serta mistik yang dikaitkan memang menjadi. Tak bosan, takde rasa nak tutup buku. Perasaan nak tahu lebih kuat menguasai sehinggakan kejap jer boleh habis baca buku ini! Tahniah untuk semua yang terlibat terutama penulis yang perah sehabis baik idea yang mahu dilontarkan...
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
September 5, 2016
saya suka ketiga2 kisah dalam ni, terutama Flo de la mar.

kesemua ada potensi untuk dikembangkan menjadi novel, memandangkan masih banyak yang tak terungkai.

Tahniah untuk semua.
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
July 26, 2022
3 kisah seram tentang Pulau.
Puaka Belulut - kisah dua sahabat yang suka melawat tempat mistik dan seram. Namun pengembaraan mereka ke Pulau Jerejak merubah takdir kedua sahabat tersebut.
Flor De La Amor - kisah tiga sahabat yang bosan dengan kehidupan masing-masing merancang percutian ke Pulau Besar. Bukan sekadar percutian sebenarnya tetapi lebih kepada merungkai tentang rahsia harta karun zaman Kesultanan Melayu Melaka yang dikatakan disembunyikan di sana. Tanpa mereka sedari, kehadiran mereka bertiga ke sana merungkai salasilah keluarga mereka.
Malam Berdarah -. Percutian ke Pangkor buat Zafril dan Leeanna meninggalkan mimpi ngeri buat mereka apabila mereka ‘terperangkap’ dalam Bidara Resort yang sebenarnya telah pun lama ditutup. Mereka diumpan dengan keindahan dan pakej penginapan yang murah. Tetapi tanpa sedar mereka bakal dijadikan korban buat jembalang di resort tersebut.
Rasanya cerita Malam Berdarah ni antara yang paling saspen yang ada dalam novel ni. Tahniah buat semua penulis yang terlibat dalam novel Projek Seram Pulau. Memang best!
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
August 14, 2016
Ketiga-tiga cerita memang best.. Memukau mata untuk terus membaca..
Mujurlah tak ada nak ke Pulau dalam masa terdekat..
Kalau tak memang mengigau lah jawabnya..
Tak puas rasanya membaca hanya 3 cerita..
Pulau memberi mimpi ngeri dan sadis..
Ohsem dan terbaik..
tahniah buat ketiga tiga penulis..
Profile Image for Nur Fatehah.
12 reviews2 followers
Read
September 4, 2016
Setiap cerita menceritakan kisah yang berbeza tentang puaka pulau..
Puaka Belulut- 4.8/5
Flo de la mar- 5/5
Malam berdarah- 4.8/5

Saya suka flo de la mar sebab penulis ada masukkan elemen sejarah. Cerita nya pun x keterlaluan,x sarat,x berbelit2 dan menetapi tema nya iaitu pulau..
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
473 reviews41 followers
August 7, 2025
Puaka Belutut

2 orang sahabat baik yang juga merupakan penjejak paranormal sering ke tapak yang dikatakan keras dan berpenunggu hanya untuk mendapatkan lebih ramai penonton kandungan mereka. Namun tanpa mereka duga ada yang menanti mereka di sebuah lokasi yang bakal mereka tuju.

Cerita ini agak klise dan sudah boleh diagak hala tujunya. Ceritanya agak 'template' untuk kisah-kisah paranormal. Perangai yang menjengkelkan dan suka mencabar, berani tak tentu tempat, lebih mementingkan penonton dari keselamatan mereka sendiri, ada makhluk tidak suka dan banyak lagi. Perincian sebegini sememangnya mudah ditemui dalam kisah yang membawa kisah paranormal.

Flor de La Mar

Syalinda, Hamimah dan Maizura tiga rakan karib yang sudah saling mengenali sejak kecil lagi. Jatuhnya jurnal berkenaan rahsia harta karun ke tangan mereka membuatkan mereka berkumpul kembali dan ingin menyiasat tentang jurnal tersebut. Tetapi apa yang bakal mereka tempuhi adalah bahaya yang mendatang juga rahsia besar tentang diri mereka sendiri.

Sebuah kisah yang lengkap dengan elemen thriller dan juga mistik. Apatah lagi diselitkan dengan elemen sejarah. Maklumlah seketul SH tak suka baca sejarah tetapi sukakan kisah sejarah.

SH sudah boleh mengagak siapakah sebenarnya Nenek Rozipah dan juga Sulaiman. Rasa geram je dengan 3 sekawan tu sebab lambat sangat dapat tangkap. Padahal banyak petunjuk yang mereka dapat seawal perjumpaan lagi. Malah SH rasa sebelum itu lagi. Cuma mereka belum mampu menyambungkan semua maklumat yang ada.

Cuma SH tertanya-tanya apa yang membuatkan Syalinda berubah drastis apabila sudah berkahwin. SH rasa tidak salah untuk seorang wanita tetap mempunyai keberanian malahan lebih bagus jika berketerampilan dalam ilmu bela diri di dunia yang merbahaya sekarang ini.

Malam Berdarah

Pulau Pangkor menjadi pilihan buat Zafril dan juga Leeanna sebagai destinasi untuk bercuti dan juga berbulan madu. Namun baru sehari di sana mereka ditawarkan pakej penginapan di sebuah resort baru. Dan ternyata tawaran itu berjaya menarik hati Leanna. Tanpa disedari oleh mereka ada sesuatu yang sedang menanti di sana.

SH tak fahamlah dengan perangai orang yang nak kaya tetapi mengorbankan orang lain. Kalau keluarga sendiri satu hallah. Ini kadang-kala orang yang langsung tiada kena mengena. Mereka hanya berada di tempat dan masa yang salah.

Tawaran yang 'too good to be true' ini bagi SH memang patut diragui. Tidak kiralah dalam bentuk apa sekali pun. Pulangan yang lumayan, harga yang terlalu murah, kesan yang terlalu cepat dan lain-lain lagi. Biasanya banyak kes-kes penipuan juga adalah yang nampak terlalu lumayan ini. Jadi silalah berhati-hati dengan segala tawaran yang hendak kita terima.
Profile Image for Abraham.
2 reviews
October 28, 2017
Tahniah kepada semua penulis! Aku suka dengan jalan ceritanya, walaupun ditempat yang hampir sama iaitu di pulau tapi ketiga-tiga novel mampu memberi gambaran yang berlainan. Kena dengan jiwa aku yang sukakan adventure dan kelainan. Syabas!


Puaka Belutut- jalan cerita yang mudah nak faham dan aku dapat menjiwainya malah aku rasa aku watak utamanya! Seram bagi aku tak berapa sangat tapi persahabatan tu buat aku rindukan kawan-kawan sekolej dlu. Bila aku baca novel ni aku dah imagine yg dia berlaku dekat Villa Nabilla! Syabas penulis!

Flo de mar eh? - Berbeza sedikit dengan Puaka belutut, novel ni lebih kepada perebutan harta zaman lanun dlu. kikiki. memang kagum dengan cerita dari awal sampai akhir, mudah untuk aku faham dan bila aku baca aku dah rasa macam dekat dunia alice in wonderland! Syabas penulis!

Malam Berdarah- pun sama jalan cerita yang mudah nak faham dari awal sampai akhir. Cerita ni serius bagi aku ada seramnya dari kedua novel diatas! Aku dah start meremang start dengan si agent tu offer resort murah! syabas! penulis! korang yg baca review ni diharapkan agar korang beli! tak menyesal!
1 review
November 20, 2022
1. Puaka Belutut - 5/10⭐️ Cerita ni saya tak berapa minat sikit sebab watak utama sangatlah keras kepala. Tetapi, saya rasa cerita ni nak bagi pengajaran kepada orang-orang yang suka nak jadi paranormal sebenarnya.

2. Flor De La Mar - 10/10⭐️ Cerita ni memang terpaling sukalah, sebab dia terselit dengan sejarah Melaka tentang Pulau Nangka, Pulau St Paul dan Pulau Besar yang adanya tempat penyimpanan harta karun rahsia yang sudah dikaburkan oleh ilmu perghaiban. Cerita ni takdelah seram mana, tapi saya berasa sangat seronok semasa membaca.

3. Malam berdarah - 10/10⭐️ Cerita ni pula, saya sentiasa bertukar emosi dari marah, sedih, gembira, lega dan banyak lagilah. Disebabkan dendam, dia (Izreen) sanggup buat ape-ape saje nak balas dendam demi bapanya dengan membuat perjanjian dengan iblis. Habis semua mangsa yang tak bersalah habis di bunuh oleh jembalang. Watak utama, Zaf dan Lea sangat tabah menghadapi kehidupan seterusnya begitu juga dengan Sara yang masih kuat menempuh hidup tanpa suaminya disisi. Tak lupa juga, hero cerita ini Dato' Reza, saya sangat kagum dengan pengetahuan ilmu agama yang begitu teguh yang ada pada beliau.
Profile Image for Hamidah Effendi.
367 reviews2 followers
April 13, 2025
[Ulasan Buku: Pulau]

Buku Pulau hasil karya tiga penulis hebat yang tak asing lagi dalam dunia penulisan. Tiga cerita berbeza dalam satu naskhah—dan setiap satunya menyampaikan mesej yang mendalam.

Antara pengajaran yang boleh diambil:

• Dengar nasihat. Bila orang dah beri amaran, jangan buat main. Tempat misteri, seram—elakkan. Jangan sampai menyesal. Kita memang akan mati satu hari nanti, tapi bukanlah dengan sengaja cari bahaya.

• Usah kejar yang bukan milik kita. Selagi sihat, gunakan kudrat dan usaha untuk yang halal dan berkat.

• Jangan terpedaya dengan yang nampak mudah atau murah. Tak semua yang nampak senang itu selamat. Bila di tempat orang, berhati-hatilah. Selidik dulu, bertanya tak rugi apa-apa.

Apa yang menarik, buku ini bermula dengan kisah seram yang buat bulu roma berdiri, disusuli dengan pengembaraan mendebarkan, dan ditutup dengan thriller yang kejam dan penuh debaran. Penuh mesej, penuh emosi. Oh ya—jaga kata-kata, kadang itu yang bawa padah.

Highly recommended untuk pencinta cerita yang ‘lain macam’.

#UlasanBuku #BukuPulau #BacaanMenarik #Thriller #Seram #Adventure
Profile Image for NANIEYYY BIBLIOPHILE.
18 reviews1 follower
January 17, 2025
Dalam novel ini,terdapat 3 cerita yang ditulis.Personally ,cerita nyer sangat menarik dan flow cerita yang tersusun.
PUAKA BERLULUT / NAIM TAMDJIS 
Bagi , kekuatan cerita ini datang dari segi penceritaan penulis yang menyusun rapi dialog, jalan cerita, suasana suspen. Ika rasa penulis berjaya mengolah cerita dengan baik dan pembaca dapat memahami dengan sekali baca.
FLOR DE LA MAR/ S.KAUSARI 
Honestly, bila baca karya beliau. rasa mcm ada sesikit similarity diantara cara dan konsep S.Kausari & Helmy. Sebab depa akan mcm selitkan dengan sejarah. Dan rasa macam konsep cerita ni ala ala Indiana Jones.
MALAM BERDARAH/ILLYA ABDULLAH 
suka cerpen ni sebab walaupun semua kejadian hanya berlaku dalam satu malam dan agak klise la jugak bila sebenarnya start baca dapat mcm predict apa akan jadi in next scene.
66 reviews3 followers
April 2, 2021
sekali ada tiga kisah projek seram pulau dalam buku ni dari berlainan penulis! mmg baikk punyaa. baca sambil pusing2 atas katil mmg layannn, baca kat e-book jee. korang pun boleh baca e-book nahh aku share link https://www.e-sentral.com/book/info/8...'
Profile Image for Lin.
145 reviews6 followers
December 26, 2018
Boleh la.. Ada 3 kisah seram oleh penulis berasingan
Profile Image for SS.
517 reviews5 followers
May 17, 2018
PUAKA BERLULUT / NAIM TAMDJIS

Bagi ika, kekuatan cerita ini datang dari segi penceritaan penulis yang menyusun rapi dialog, jalan cerita, suasana suspen. Ika rasa penulis berjaya mengolah cerita dengan baik dan pembaca dapat memahami dengan sekali baca dan bukannlah sampai kena baca ayat yang sama berulang kali. Jirin dan Misran ni buat ika rasa mcm ika pun ikut dieorang berdua untuk jelajah Pulau Jerejak tu sama sama. Macam yang ika cakap, banyak fakta menari


FLOR DE LA MAR/ S.KAUSARI

Honestly, bila baca karya beliau. Ika rasa mcm ada sesikit similarity diantara cara dan konsep S.Kausari & Helmy. Sebab depa akan mcm selitkan dengan sejarah. Dan ika rasa macam konsep cerita ni ala ala Indiana Jones. Hehe. Adventuree. Ika paling tak suka dengan watak Linda. Annoying hokey. Phew.

Apa pun, ika rasa kalau novel ni lebih banyak diolah oleh penulis, akan lebih banyak yang boleh dicreate and watak watak akan lebih menyerlah lagi. Dan, mungkin penulis dapat menghasilkan novel solo dengan cerita ni.


MALAM BERDARAH/ILLYA ABDULLAH

Ika suka cerpen ni sebab walaupun semua kejadian hanya berlaku dalam satu malam dan agak klise la jugak bila sebenarnya start baca dapat mcm predict apa akan jadi in next scene. Tapi tetap ika suka. Mungkin, sebab ika suka baca benda benda yang klise ni. Eh?

Menariknya, ika suka bila permulaan cerita mcm bila agent offer resort dengan harga yang murah. Which is, brilliant starting. Penulis berjaya pancing pembaca untuk tahu lebih lagi. Ika suka bila mana penulis jugak berjaya menghasilkan banyak watak yang berlainan dan kita tak keliru dengan watak yang begitu ramai dalam satu resort tu. Dpat rasa feel seram tu. And ika suka cerpen ni. Enough! Huhu.

Profile Image for Atie Attyra.
64 reviews5 followers
January 4, 2017
Tarikh 3 Jan 2017, waktu petang akhirnya tamat aku menelaah novelet PULAU ni... lebih kurang seminggu lebih. kira laju gak la...
Ada 3 cerita dalam novelet PULAU.

1-PUAKA BELUTUT oleh Naim Tamdjis
================
Jalan cerita yang pada saya agak ringan dan simple.
Saya tertarik kepada cerita di Pulau Pangkor berbanding cerita utama novelet ini kerana pada saya ianya lebih seram dan sampai kepada saya.
Cerita tentang Puaka Belutut nih semacam terbahagi kepada 2. Satu mengenai puaka itu sendiri dan tuan empunya. tak banyak yang dapat diketahui atau difahami ttg ini. Satu lagi mengenai makhluk yang mengurun watak utama, Jirin. Apa kaitan antara 2 ini. Ke aku yang memang tak faham.

2 - FLOR DE LA MAR oleh Salleh Kausari
=================
Cerita yang mudah difahami dan berkembang dengan baik.
Walaupun pada saya cerita ini tidaklah seram sangat dan ianya lebih kepada sejarah dan ala2 indiana jones..
Namun saya terhibur.. tapi sakit hati gak dgn Linda.
Apa yg buat Linda berubah karektor dr seorang yg lasak kepada seorang yg penakut.
Rasanya kalau cerita ini dikembangkan menjadi novel solo dan memasukkan pengembaraan ke 2 lokasi lain mesti lagi gempak dan juga masukkan watak2 makhluk yg hitam.

3 - MALAM BERDARAH oleh Illya Abdullah
===================
Cerita utama hanyalah cerita 1 malam yang panjang.
Bagaimana satu demi satu nyawa diambil.
Cerita yang mengerikan namun mudah difahami dan diikuti.
Cuma persoalan kenapa Sufian tidak suka pada Leeanna...
Kenapa epilog menceritakan ttg 1 lagi pasangan yang menjadi mangsa.
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.