Jump to ratings and reviews
Rate this book

Jangan Biar Dia Masuk #2

Jangan Biar Dia Masuk II

Rate this book
Rakaman orang minyak terbakar di Istana Budaya telah mencetuskan viral di media sosial. Sekaligus mengheret Ain dan Liana ke kancah sumpahan. Pertemuan dua gadis itu dengan Maya telah membuka satu episod baru yang lebih menakutkan. Sementara itu, Suraya dan Defi terus menjadi pelindung Maya sehingga nyawa mereka jadi pertaruhan. Siri kejadian rogol dan bunuh yang kembali menggemparkan negara, menguatkan hujah akan kemunculan semula Haris. Keprofesionalan Inspektor Intan sekali lagi teruji.

Penghijrahan Ambarsari dan Ambarwati mengikut suami masing-masing ke Tanah Melayu membawa sekali petaka Kepulauan Jawa. Di sini, mereka bertemu semula dengan musuh lama, Lanang. Selain serangan orang minyak, dunia kejahatan bunian menjadikan kampung yang didiami dua beradik Ambar itu porak-peranda. Keadaan semakin kacau-bilau dan mereka tidak mampu lagi melindungi diri sendiri.

Dua keturunan celaru. Dua keturunan semakin terdesak. Dua keturunan berdepan dengan kematian. Sandiwara syaitan terlalu ramai pelakonnya. Siapa lagi yang mereka boleh harapkan? Mampukah semangat gamelan Ambarsari melawan? Mampukah Maya kali ini berdikari dan berjuang untuk nasibnya sendiri?

544 pages, Paperback

First published June 1, 2016

13 people are currently reading
256 people want to read

About the author

A. Darwisy

21 books147 followers
Anuar Darwisy

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
194 (75%)
4 stars
49 (18%)
3 stars
11 (4%)
2 stars
2 (<1%)
1 star
2 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 54 reviews
Profile Image for M Haris.
15 reviews9 followers
October 1, 2016
Dah tak tahu apa nak cakap lah pasal buku ni, sempurna dari segala aspek. Jalan Cerita, tulisan dan bahasa semuanya terbaik lah. Anuar Darwisi never disappoint.....
Profile Image for Atie Attyra.
64 reviews5 followers
October 17, 2016
Pengembaraan cerita Jangan Biar Dia Masuk II dinoktahkan pada jaml 11:30 pagi, Isnin, 17 Oktober 2016.

Apa yang perlu dikatakan dan dituliskan... SUPERB!
Walaupun melelahkan apabila membaca jalan cerita ini tapi memberi satu kepuasan sebagai peminat cerita seram dan mistik.
Sama macam lelahnya membaca nukilan novelist tersohor RAM.

Dalam saga ke-2 ini, lebih banyak watak yang diwujudkan dan apa perkaitan antara watak.. Itu yang melelahkan kerana perlu ingat siapa dia dan apa hubungannya... Jalan cerita yang lancar dan membuatkan kita faham... walaupun babak imbasan dan masa kini berselang seli. Tapi oleh sebab dah biasa dengan novel gaya ini, tidak menjadi masalah.

Pelbagai emosi dapat dirasai bila membaca naskah ini.
Marah, geram, sakit hati, kasih sayang dan sedih semua ada..
Perasaan kasih sayang antara Sari dan Wati amat2 dicemburui.
Mata berkaca tatkala Wati pegi meninggalkan semua yang disayangi. Rasa seolah-olah ada disitu.

Perasaan benci yang teramat2 pada watak yang pandai berlakon hingga ramai yang tetipu.. Bukan 1 tapi 2.. Huh!! Geram.. rasa macam nak aje pegi tembak mereka.

So tahniah pada penulis novel ini Anuar Darwisy atas naskah yang semakin hebat. Berapa bintang nak kasi ek??

9.5 / 10 *

Cuma kalau boleh bila buat novel yang banyak gunakan bahasa lain, mungkin lebih baik diletakkan indeks di bahagian belakang supaya kami dpt faham apa maksud perkataan ini..Nak faham erti sesuatu perkataan tu kekadang akan membuatkan pembacaan terencat sedikit.

Nak sangat tahu perkembangan dari tanah seberang selepas Marid tahu siapa sebenarnya Cempaka.
Nak sangat tahu kisah Waris.. Aku terbayangkan Waris dalam drama Kau Ku Seru hihihiih...

Akhir kata... (amboiii.. macam ucapan plak ek)...
Semoga kita semua dikuatkan iman.. Semoga kita terselamat dari godaan iblis..
Profile Image for Pak Badrul.
Author 3 books6 followers
July 31, 2017
Lepas baca JBDM yang pertama aku memang teruja nak baca sekuelnya pulak. Sepatutnya giliran buku lain dulu tapi JBDM 2 terpaksa potong que. Ahahaha... Selalunya kisah sekuel mesti kurang skit ummphnya kan berbanding yang pertama? Tak kisah la movie ke buku ke. Tapi tidak buat JBDM ni. Yang kedua ni aku habiskan lebih cepat daripada yang pertama sebab aku bernafsu nak tahu perkembangan plot kisah orang minyak ni. Huhuhu... Buku yang kedua ni selain menyajikan kesinambungan cerita yang sangat best turut memperinci sejarah susur galur keturunan semua watak dalam JBDM. Watak-watak baru di kalangan makhluk bunian diperkenalkan dalam JBDM 2 yang menjadikan sekuel ini berbaloi untuk dibaca. 10 bintang untuk buku yang kedua. 10 jugak untuk yang pertama. Semuanya 20 bintang. Dah, pegi beli buku ni kat kedai. Buku ni seram tau. Kelakarnya pada muka surat terakhir je. Jeng.. jeng.. jeng...
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
December 6, 2016
serius, sebenarnya paling risau nak bercerita tentang novel penulis hensem Anuar Darwisy nih. Sebab utama kalau pembaca ikuti dari awal anuar menulis, karyanya semua, DIULANGI.. semua berisi, berilmu dan punya banyak mesej yang hendak disampaikan. Bukan sekadar dalam buku seram bahkan dalam semua karya beliau walaupun menaungi penerbit yang berlainan. Kekuatannya menyerlahkan betapa penulis ini mengkaji, menggali dan melakukan homework yang bukan sedikit. Bahkan terpaksa juga menerima 'gangguan'. Ingat senang ke nak cantumkan logik semasa dengan kisah diluar jangkauan fikiran? Itu yang ada dalam JBDM11 ini..

Berbalik pada kisah asal orang minyak di JBDM, setelah 2 tahun berlalu, terjadi semula gangguan orang minyak. Tapi kali ini kematian yang lebih drastik digambarkan pada setiap mangsa. Maya dianggap medan magnetnya kerana kematian yang berlaku sememangnya berhampiran dengan di mana maya berada.. Imbasan kembali yang ada terselit diantara waktu semasa membuatkan pembaca lagi berdebar hendak tahu apa yang bakal terjadi seterusnya. Kali ini terselit kisah bunian pula, bagaimana ambarsari tersesat masuk ke perkampungan yang didiami oleh kaum bura yang jahat dan kaum srigading yang baik.. Bila kembali ke dunia nyata dapat dilihat perbezaan waktu.. Anak ambarwati pun dah berusia 17tahun walhal semasa mereka pergi menyelamatkan ambarsari, sirih baru saja dilahirkan..

Gangguan orang minyak berterusan. Inspektor intan dan suraya dapat mengesan yang maya sememangnya dalam bahaya kerana orang minyak memang mencarinya. Gangguan demi gangguan. Bermacam-macam peristiwa yang membuatkan mereka risau. Bermacam andaian yang keluar tentang kebangkitan orang minyak dan kenapa serangan dan keadaan mayat lebih mengerikan. Bila kaitan mula makin kuat, orang minyak, ular jadian dan bunian maka makin berdebar pula nak tahu siapa syaitan yang bertopengkan manusia sebenarnya. Sukar hendak meneka walaupun andaian ada. Ada juga yang tersasar.. Suka dengan lenggok bahasa jawa yang terselit bersama dengan terjemahannya. Indah dan puitis sebenarnya... Makanya, betulke haris hidup kembali? Selamatkah maya? Apa jadi pada cempaka yang disukai oleh mansur dan hayati yang gilakan mansur?.. Watak memang banyak tapi semua main peranan penting dalam hidupkan jalan kisah JBDMII ini... Akak tak berani nak hurai lebih-lebih kisah tapi sebaliknya akak syorkan pada pembaca lain cari buku ini dan kalau boleh baca kedua duanya supaya lebih faham siapa tiga beradik ambar, apa kaitan dengan keturunan muliati.. Siapa nenek sirih, siapa lanang dan siapa pula kembar waris dan wadi?? ... Dan serius. Ianya bukan kisah hantu seram semata tapi ianya kisah manusia yang bertuhankan syaitan yang lupa pada kebesaran ALLAH yang Maha Esa. Kenapa hendak bergantung harap dan janji pada syaitan yang menyesatkan? Terima kasih buat penulis hensem Novelis A Darwisy untuk kisah yang hebat ini... Errr... Agak-agak ada trilogi ke? Macam tak setel jer nih....
Profile Image for yulia.
60 reviews9 followers
February 19, 2022
[Saja ulas even buku lama. Buku ni TW rape ya. ⚠️⚠️Banyak scene rape yang bagi aku kejam boleh membuatkan pembaca terutma wanita menjadi beremosi ]

Mula bosan sikit sebab tebal, jalan cerita macam berselirat, nak kena brain satu satu apa yang dah jadi sebab dia libat kan 3 keturunan ambar, keturunan wong menyak si Lanang. Di campur pulak dengan latar dua zaman berbeza, iaitu zaman 1930 dan zaman 2016 bersilih ganti setiap bab, ditambah pulak dengan watak2 baru kaum bunian, kaum bura(ular jadian) dan watak hayati dengan emaknya kalsom yang memuja raja ular, bersangkut paut sehingga menjadi waris wong menyak kacuk ular. Aaa sudah..Pening. Watak ain dan liyana pun ada.

Ntah la org lain baca okay ja, maybe aku ni jenis lambat nak digest sesuatu info, jadi kadang pembacaan tu terhenti kejap untuk aku berfikir, menelaah balik susur galur keturunan & imbas semula peristiwa lepas. Manakan taknya, ni sekual kedua dari jangan biar dia masuk 1 yg aku baca dah lama. Lupa habis apa yang dah jadi dalam buku satu.

Ada beberapa persoalan yang bermain dalam kepala, katanya wong menyak kena jadikan mangsa ke 40 dari "sigaring nyowo" untuk dia terlepas dari sumpahan org minyak, tapi mangsa ke 40 tasdik adalah haryati, patutnya si turasih kan baru cukup syarat. Ke sebab dendam tasdik dekat yati, membuatkan yati jatuh dalam golongan sigaring nyowo juga?

Kedua, yang dalam buku 1 tu, yang merogol semua mangsa siapa sebenarnya? Ibrahim atau Haris? Sebab selepas peristiwa wong menyak dalam buku satu, dua tahun selepasnya ada lagi mangsa baru tapi ada kesan lubang patukan ular. Oke betul la ibrahim dalam buku kedua. Tapi dalam buku satu tu haris ke atau ibrahim? yang terbakar dalam istana budaya tu siapa pulak.

ketiga, ambarningsih tu dah mati kan? kenapa pulak bila seru boleh hidup balik? kalau mati tu mati la. Kenapa boleh masuk ke badan usu mira? siapa boleh explain.

4 bintang sebab bagi aku adarwisy deserve selepas berjaya buat aku takut ke org minyak nak ke tandas malam2 pun aku risau memikir ke orang minyak ada menunggu . Aigo.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,523 reviews1 follower
September 2, 2016
Bila baca sambungan JBDM ini rasa banyak persoalan dan misteri terungkai..
Bukan sahaja memberi rasa seram, malah memberi sedikit pengetahuan..
Membentuk sedikit kekuatan dan ketahanan..
Novel yang susah nak digambarkan..
Namun sangat memberi kepuasan kepada hati dan minda..
Bacalah.. Tekuni cerita ini..
Ambil mana yang baik untuk dijadikan panduan dan pedoman..
Hayati dan selami penderitaan watak..
Namun tepislah yang tidak baik..
Letak kan disempadan jadikan ianya tauladan..
Semoga kita semua tidak akan terpesong..
Seperti mana Haris kuat menjaga dirinya..

Namun ada tekaan saya yang tersasar..
Watak yang kusangkakan baik rupanya musuh dalam selimut..
Mujurlah masih ada yang baik dan bertekad melindungi..
Novel yang sangat memuaskan..
Walaupun mengharapkan lebih panjang lagi namun Sha puas..
Puas dengan JBDM II.. Sangat Puas..
Terima kasih pada Penulis..
Semoga akan terus berkarya..
Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
October 10, 2016
apa nak kata ya ..

kalau yang no 1 hebat , yang no 2 lebih hebat lagi penangannya ..
dah mula baca , langsung tak boleh berhenti . sudah nya satu malam saya habiskan baca ..

nak ulas panjang2 kang tak best pulak orang lain nak baca ..
cumenya nak cakap , siapa tak baca rugi sbb novel ni memang best

Tahniah Tuan Penulis . Semoga suksess untuk karya seterusnya :)

Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews85 followers
November 13, 2016
67
Tak perlu diulas panjang jika sesebuah naskhah itu dalam kategori TERBAIK. Bukan senang untuk menghasilkan sebuah naskhah kesinambungan yang bagus sebaik naskhah pertama apatah lagi naskhah seram. Tapi... A.Darwisy berjaya membuktikannya. Malahan JBDM2 lebih punya aura. Tahniah buat A.Darwisy.

p/s : dapat 5 bintang sebab ada Jep. :p
Profile Image for fatin.
196 reviews3 followers
August 5, 2024
best juga buku kedua ini cuma rasanya lebih enjoy season 1 sebab nampak lebih menarik. Sejujurnya buku kali ini memang menekankan rasa cinta dan kejahatan orang minyak itu sendiri. Ada yang sanggup jadi hamba syaitan hanya kerana nikmat dunia yang sekejap. Memang berbaloi and tbh, aku tak sangka dua lelaki itu dalang ya? Dasar. Ending dia aku puas hati juga.

Buku kali ini macam tengok cerita western and malay genre yang di mixkan sebab imaginasi author memang tinggi! Cempaka itu terbayang Maya Karin weh HAHAHAH.

Best buku ini, aku nak try buku lain pula. Memang boleh aku cakap penulis ini favourite akulah 🫶🏻🥰
Profile Image for Lady Sofea.
40 reviews
October 30, 2016
Alhamdulillah.. sebelum nk tls review nk ng 5 bintang pada sekuel ke 2 JBDM ni. Tahniah pd penulis. Ternyata antara karya terbaik beliau. Jln cerita yg mantap. Ketelitian serta lenggok bahasa yg menarik. Mudah untuk dihadam. Walaupun byk watak² baru yg wujud dlm naskah ke 2 ni, ianya masih menarik minat sy utk membacanya. Keterujaan yg tak bertepi sb terasa sentiasa ingin tahu apa dan bagaimana kesudahannya. Keturunan wong menyak yg difikirkan dah tak berwaris rupanya masih ada. Pada yg belum membaca sila² lah. Tak rugi pn. sekalung tahniah. 5/5 untuk JBDM2.
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
November 20, 2016
sekian lama menunggu akhirnya dapat juga novel ni dan dah selesai menghabiskan pembacaan.

tahniah penulis! bahasa awak memang buat saya teruja nak habiskan naskah yang ini. saya suka segala isi ceritanya. tentang wataknya yang diperincikan. sejak dari awal saya dapat rasa haris tak bersalah. kewujudan ibrahim menguatkan lagi sangkaan saya.

5 bintang. kalau disambung lagi selepas ini, mungkin hilang ekskulisfnya cerita ini. biarlah habis di sini ya.
Profile Image for Nadhiah Aida.
512 reviews27 followers
November 27, 2016
novel seram terbaik ... memang terbaik ... perfect ...
segala puzzles, segala persoalan segala pertanyaan .. eh semua lebih kurang
kalau baca ni memang takkan sangka dan .. weiii serius serius
selebih tu .. baca ler ... hehehe
Profile Image for Nur Ainn.
68 reviews1 follower
July 12, 2017
klau ada 10 bintang,nk bg 10 jugak kt novel ni,ternyata sgt2 tidak mngecewakn...mngambil masa utk abiskn hnya kerana musim raya,klau x mmg 2 hari je boleh abiskn baca sbb skali baca susah nk letak smula...tahniah penulisss!!!!👍👍👍
Profile Image for Atirah Ghazali.
75 reviews2 followers
June 8, 2022
Maya join ekspedisi Gua Tempurung utk mengatasi rasa takut terhadap peristiwa org minyak terdahulu. Di situ dia bertemu dgn Ibrahim selaku ketua ekspedisi tersebut yg gemar mengusik Maya. Namun lain yg jadi bila Maya diganggu oleh bayangan hitam Haris, org minyak yg disangka mati dalam siri pertama. Keluarga Maya juga diganggu oleh semangat Ambarningsih yg ingin bangkit semula. Defi dan Suraya maklum akan hal ini dan bertindak utk melindungi Maya sehingga nyawa mereka menjadi pertaruhan.

Nik Hafiz menjejaki isterinya Ambarsari yg hilang manakala Nik Hazran dan sahabatnya Mansur dan Talib pula mencari suami isteri tersebut menemukan mereka dgn kaum srigading dan kaum bura dari perkampungan bunian. Perbezaan masa antara dua alam tersebut menjadikan mereka hilang selama 17 tahun di dunia manusia sedangkan hanya semalaman di alam bunian dan Sirih, anak Ambarwati dan Nik Hazran telah pun remaja. Hayati yg menaruh hati pd Mansur mengikut nasihat emaknya, Kalsom menuntut ilmu pekasih ular cintamani namun ilmu tersebut memakan tuan. Rupa Hayati jadi hodoh dan bersisik spt ular.

Tasdik dan Lanang menyerang keluarga Ambarwati semasa ketiadaan Nik Hazran. Dlm cubaan Tasdik memperkosa Sirih, Wati terkorban dibunuh Lanang manakala Lanang pula dibunuh Turasih. Tasdik bertindak melepaskan Sirih dan menculik Turasih serta membawa mayat ayahnya lari dari situ. Turasih berjaya melarikan diri dan Tasdik yg mengejar bertembung dgn Hayati yg kebetulan lari dari rumah slps bergaduh dgn emaknya. Tasdik yg menyangka Hayati adalah Turasih bertindak merogol Hayati dan akhirnya dibunuh oleh Kalsom. Tetapi benih sumpahan wong menyak hidup dlm perut Hayati dan bergabung dgn baka ular Hayati menjadikan insan tersebut berbahaya. Baka keturunan gabungan sumpahan inilah yg mencetuskan ketakutan krn setiap gadis yg dirogol dan dibunuh akn dihisap darahnya.

Maya diculik oleh org minyak, Defi pula ditemui dlm hutan dan koma akibat kecederaan teruk di kepala. Ibrahim yg menyukai Maya bertindak sbg pelindung dan Haris yg kembali semula juga ingin melindungi Maya. Siapa sebenarnya syaitan bertopengkan manusia menjadi tanda tanya.

Cerita yg sangat-sangat menarik pada aku. Tiada langsung part yg bosan. Yg pasti ada ilmu dan pesanan yg diselit sekali.
This entire review has been hidden because of spoilers.
80 reviews1 follower
August 21, 2025
setiap kali saya pandang JBDM dan JBDM2, saya akan ingat fav character saya😔😭walaupun ditakdirkan dia terkorban akhirnya. tapi momen dia pergilah adalah saat yang sangat menginsafkan + menghibakan😭.

JBDM2 ni bukan bercerita tentang orang minyak saja, tapi ada terselit tentang bunian yang mana disebut sebagai srigading dan kaum bura (makhluk separuh manusia, separuh ular), menjadikan JBDM2 kalini lebih bahaya petakanya. ada kaitan yang kuat kenapa cerita orang minyak ini dipadankan dengan cerita bunian, dan kudosss to the writer yang berhasil menjadikan ia satu cerita yang cukup rencahnya dengan semua cerita tersembunyi tentang susur galur keturunan maya, suraya, defi dan haris.

Semua tanda soal dari siri buku pertama Jangan Biar Aku Masuk terjawab dalam buku kedua. Dan siri kedua ni memang makin mengganas dalam segala segi (unsur mistik, the plot, everything!)
Profile Image for Puteri Nor.
Author 6 books43 followers
October 20, 2021
Syabas! Jelas, penulis banyak membuat kajian.

Seperti ulasan saya yang terdahulu ke atas novel Ngauman Cindaku, diharap ada usaha untuk menterjemahkan JBDM II (serta novel prekuelnya) ke dalam bahasa Inggeris, sekali gus memasarkan kedua-dua naskhah ini ke peringkat antarabangsa.

Nota:
Ada sedikit kesilapan pada nama watak, tetapi tidaklah sampai mencacatkan cerita. (Semoga dapat diteliti semula dan diperbetulkan oleh pihak editorial bagi edisi yang baharu.)
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
October 15, 2018
1. Kegigihan aku membuka google mencari makna makna bahasa yang digunakan sepanjang pembacaan. Bila membaca HP mesti ada di sebelah senang nak google makna. Sebab aku jenis nak tau semua benda. So sangat gigih ya!

2. Aku bukan jenis pembaca yang hanya membaca sahaja, Aku jenis yang masuk didalam setiap cerita yang aku baca. Kalau watak itu penat berlari, Aku juga akan penat sekali. Ada satu part yang bulu roma aku meremang tiba tiba sampaikan mak mertua aku nampak dan bertanya 'ully baca cerita apa tu'. Ko rasa?? Nilai sendiri.

3. Buku dua dua neh tebal amat. Tapi sikit pun kau takkan rasa bosan membacanya. Sila beli.! Banyak aku nak bg riview, tapi nanti IG aku jd blog pulak nanti.

Apa aku boleh cakap, 3 kali aku ke Jualan Gudang Karangkraf tahun neh. Lalu lalang didepan 2 naskah neh. Tapi hati rasa berat. Kali ke-3, aku sambar juga bukan kerana gambar Ariel Zafril disitu ya. Tetapi kerana auranya.

YESSSSSS!!! AKU TAK LANSUNG RASA KECEWA SELEPAS MENGHADAMKAN CERITANYA dan boleh dikatakan ini antara naskah kesayangan aku.

Tahniah Nua untuk segala research yang dibuat. Terima kasih kerana telah membuatkan kepala saya sentiasa bekerja sepanjang membaca karya awak. Seperti biasa, tiada riview beria. Nak full view sila beli.. Tak rugi babe..!!!
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
467 reviews43 followers
December 24, 2022
Kisah keluarga Ambarwati dan Ambarsari diteruskan lagi dalam buku yang kedua ini. Walaupun jauh merantau bersama suami tercinta, sepertinya masih terus terikat dengan musuh lama. Tak cukup dengan itu dunia kejahatan bunian turut menambah sengsara.

Disangka sudah aman tanpa gangguan wong menyak, hidup Maya sekali lagi diganggu ketenangannya. Haris dikatakan muncul semula. Keluarganya turut diganggu. Defi dan Suraya tetap dengan tekad mempertahankan Maya meski nyawa jadi galang gantinya.

Pace yang laju tidak kurang hebatnya dari buku yang pertama. Makin banyak plot twist namun masih boleh dihadam.

Sang penjahat makin licik makin sukar dikesan. Geram pulak rasanya. Orang yang disangka baik rupanya dia biang keladinya.

Namun sedikit kecewa dengan pengakhiran cerita. Macam tak cukup umphh.. Macam ada yang kurang. Rasa macam agak terburu-buru cerita ini dihabiskan.

Tapi secara keseluruhan memang mantap. Memang best. Yang dah baca no 1 tu kena teruskan jugak dengan yang no 2 ni tau. Yang dah baca no 2 ni tapi belum baca no 1 pergi cari cepat. Baru lengkap pembacaan anda.
Profile Image for Annakarenina.
142 reviews15 followers
October 21, 2016
Di awal pembacaan sy merangkak2 utk mengingat kembali jln cerita yg terkandung dlm JBDM1 sbb tak sangka JBDM2 akan keluar dan paling menyedihkan sy dh letgo JBDM1 (ohh my bad haha). Sekali lagi tuan penulis berjaya membuat sy teruja utk tahu apa nasib watak2 yg terkandung dlm JBDM2. Rupa2nya apa yg kita sangka dlm JBDM1 bukanlah yg sebenarnya. Pandai sungguh penulis A.Darwisy twistkan jln cerita JBDM2. Smpai sy sendiri tak dpt meneka mana satu baik mana satu jahat. Selepas JBDM2 ni sy ternanti2 apakah kisah yg bakal digarab dlm novel A.Darwisy seterusnya.
Profile Image for Nur Azmin.
13 reviews1 follower
July 18, 2017
taktau nak describe macam mana selepas baca buku ni. mungkin antara buku paling best pernah aku baca. jalan cerita dia sangat hidup and sampai sekarang tak boleh move on dengan cerita ni. lol. btw ending dia sangat unexpected tapi aku happy sebab mereka disatukan heheh. penulis memang bijak memanupulasikan otak aku. at first ingat si kawan ain tu yg jahat tapi .. hahaha sangat tak terduga dia yang dalang disebalik semua tu.

Harap sangat ada sambungan, nak tau apa jadi dengan turasih, mansur, waris, hadi, nik hazran, and sirih.
Profile Image for Fadhila Ismail.
24 reviews1 follower
May 27, 2017
Lebih banyak kerutan di muka berbanding riak wajah tenang sepanjang membaca buku ini. Itu menggambarkan yang setiap babak dalam buku ni mempunyai kisah dan konflik yang tersendiri. Good job, penulis. Anda dah berjaya buat saya sukar untuk hentikan pembacaan. Karya yang superb and worth reading sebab diselitkan sedikit ilmu jika dibelenggu dengan kejadian mistik. 5 bintang tak cukup bagi sy. Saya bagi 10 bintang!
Profile Image for Nuur Syahidah.
160 reviews
March 6, 2017
buku kedua ini lebih banyak menceritakan apa yang terjadi pada masa dahulu. Apa yang terjadi dengan Ambarsari dan Ambarwati selepas lari dari kampung Tenung Bulan.
.
.
.
Untuk kali keduanya, Maya diculik lagi, huhu.
.
.
keseluruhannya, penulis bukan sahaja mempunyai jalan cerita yang bagus, malahan bahasa-bahasa Melayu yang jarang kita dengari , banyak digunakan. Good job !
Profile Image for Ubi.
314 reviews
September 8, 2020
Tak puas baca sbb rsa banyak lg cerita tak hbs. Macamana suraya boleh jd sebatang kara? Dua buku ni cerita pasal permulaan dan penghabisan keturunan org minyak yg ambil masa dekat 100 tahun. Mmg sangat best!
66 reviews3 followers
April 2, 2021
entahlah tak tahu nak kata apa, takde cacat cela kat buku ni dari buku pertama sampailah buku kedua ni, aku pun baca kat e-book je sambil2 tunggu ktm nak balik kerja tu sempat lah baca, nah korang pun boleh baca kat phone je https://www.e-sentral.com/book/info/8...'
8 reviews1 follower
January 7, 2017
Karya penulis ini belum pernah lagi mengecewakan hati.

Tahniah!Tahniah!Tahniah!

Tak sabar menunggu karya terbarunya.
Profile Image for Sakura Lina.
139 reviews4 followers
May 8, 2017
Tak nak komen apa-apa. Biarlah hanya bintang yang berbicara..
Profile Image for Obsidian Black.
8 reviews1 follower
August 23, 2018
Sinopsis mcm crita hantu biasa tapi bila baca penuh suspen n thriller. Olahan penulis betul betul luar biasa. Ternyata a.darwisy tidak pernah mengecewakan
Displaying 1 - 30 of 54 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.