Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cinta Terlebih Gula

Rate this book
“I boleh makan tiga kambing, dua ayam, seekor itik dan separuh lembu.” Ady memberitahu dengan bersungguh-sungguh.

Zahra berpaling dan mengerutkan dahi. Ini manusia atau apa?

“Nak pergi menuai bendang tiga hektar? Nak menoreh lima ekar? Atau nak memancing setengah lautan?” Zahra bertanya.

Ady mencapai tangan Zahra dan mereka berpimpinan seiringan berjalan sama.

“Salah tu. Itulah tahap tenaga yang I perlukan untuk jaga seorang Zahra.”
“Are you sure?”

Senyuman meleret diberikan oleh Ady. Dia menarik tangan Zahra supaya lebih laju mengatur langkah. Dan Zahra mengikut sambil ketawa. Macam budak-budak.

Erk, memang pun budak sikit dari dirinya. Muda tiga tahunkan? Zahra ketawa kecil.

558 pages, Paperback

First published January 1, 2016

4 people are currently reading
43 people want to read

About the author

Lynn Dayana

52 books64 followers
Lynn Dayana atau nama sebenar beliau Roslinda Mohammad dilahirkan pada 21 November 1973 dan dibesarkan di Batu Pahat, Johor. Berkelulusan dari Universiti Sains Malaysia dalam bidang Management (Major in Marketing, Minor in Advertising). Kini bekerja sebagai District Training Officer di Pizza Hut Rest Sdn Bhd.

Beliau sangat meminati penulis-penulis seperti Jodi Picoult, Nora Roberts, Dan Brown, John Grisham, Samsiah Mohd Nor. Jika Benar Cinta ditulis atas dorongan sahabat baik yang kini sudah kembali ke rahmatullah. Dia menjadi editor tidak bergaji. Bermula dengan 7 helai yang dihantar kepada Alaf 21 dan kemudiannya peluang mengikuti kursus, membuatkan saya lebih bersemangat mahu menulis dan berkongsi pengalaman hidup serta rakaman imaginasi yang diharapkan boleh menjadi tauladan kepada peminat dunia novel.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
19 (28%)
4 stars
25 (37%)
3 stars
15 (22%)
2 stars
6 (9%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 30 of 37 reviews
Profile Image for Hajar.
284 reviews
September 6, 2016
3.5*

Saya suka Zahra tapi saya tak suka Ady. Sebab?

1. Awal-awal lagi dia dah menipu Zahra bila dia kata dia tak suka campur aduk urusan kerja dengan peribadi semasa dia kononnya ada 'kerja' di Kota Kinabalu. Rupanya.... (*icon juling mata*)

2. Sanggup ketepikan isteri sendiri sebab nak jaga hati girlfriend. Rasa macam nk kasi renjatan elektrik je. Heh.

3. Walaupun Ady dah dapat pembalasan pada hari dia melepaskan Zahra, saya tak suka dia mempergunakan keluarga diorang untuk dapatkan Zahra semula. Geram bila teringat Zahra lalui kesukaran seorang diri. Siap kena sabotaj dengan si Ady ni. Hmmph!

Kalau nak senaraikan kemarahan saya pada Ady ni memang agaknya sampai raya tahun depan pun tak habis. Haha.

Tahniah dan terima kasih buat penulis. Dalam kegeraman saya pada Ady, saya tak rasa stress sangat membaca bila jalan cerita diimbangkan dengan gaya bahasa selamba yang boleh buat saya tergelak spontan. Mungkin saya boleh mula mencari karya penulis yang lain ni. :)

P/s: Masih terbayang keindahan dan kecantikan pemandangan sepanjang pendakian ke Gunung Kinabalu. Tapi bila teringat peristiwa gempa macam yang berlaku pada Ady dalam kisah ni, saya tak dapat bayangkan macam mana mangsa yang survive tu boleh bertahan dengan cuaca kat atas sana tu. Huhu. Subhanallah.
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
November 15, 2018
1. Kepada penulis Terima Kasih sbb berjaya buatkan saya menangis. nangis byk bukan sikit2 ya. Dah lama tak baca buku sampai nangis2 ni heh.

2. I hate Ady,dari awal cerita lagi mmg dpt rasa aura2 negatif dia dan rasa tak sabar nak tahu apa yg mamat ni sembunyikan. Agak kurang berpuas hati juga dgn titik-tolak kesedaran Ady tu.Terlalu mendadak.

3.Ini pertama kali saya baca karya penulis,jadi saya hanya cuba2 nasib je kalau kena dgn jiwa kira bonus kalau tak kena tiada masalah kita boleh cuba lagi next2 time.

4.Sejujurnya saya tak suka watak-watak org disekeliling Zahra. Ia buat kan saya rasa keseorangan di dunia ini.#teamzahra. semuanya memaksa atau apakah Zahra ni mmg wajar dipaksa baru bergerak. ermm utk watak Mia, I don't get it mcm tu je??.

5.Utk Ady saya maafkan awak tak yah tgu 2/3 kali raya pon. Saya puas hati dgn penamat kisah Zahra&Ady.Mungkin disitu lah istilah Cinta Terlebih Gula dorang berdua.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
October 24, 2016
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM26. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Tiada maaf bagi Ady. He was an asshole through and through. Yang menambahkan rasa sakit hati is dengan mudahnya dia mengambil semula hati family Zahra and family Zahra pulak tak habis-habis nak 'push' Zahra untuk memaafkan Ady. Eh, tolonglah! Tolak satu bintang!
Profile Image for Amal Lee.
279 reviews33 followers
December 30, 2024
okay sambung rants sebab dah berkurang sikit rasa emo dekat Ady still lelaki tak guna.

Yang paling I rasa tak boleh brain ialah dengan orang sekeliling Zahra. Dah kenapa semua paksa Zahra untuk get back dengan Ady? Sebab Ady buat baik sikit & dok pujuk dengan bermacam cara dah kena kesiankan? I tak faham betul. Habistu hati Zahra? Semua cakap Zahra buat keputusan melulu & buat keputusan dalam hati masih marah. Ehhh aku lahh. Lupa gamaknya Zahra yang rasa sakit tu. Dahla dari awal kena paksa terima Ady sebab nak bahagiakan hati ibu bapa, Zahra nak jadi anak solehah, lepastu disuruh berbaik semula pun sebab tu juga? (disclaimer, I tak cakap benda ni tak baik tapi hmm please) Zahra ni macam tak boleh nak buat keputusan untuk diri sendiri. Tak boleh ke Zahra nak rasa sedih & terluka sebab jadi macam tu. Macam semua kata Zahra tak redha dengan ujian yang Tuhan kasi. Lepastu dikatakan ego sebab tak boleh nak terima Ady. Cakap senanglah. Kesiannya Zahra.

I rasa dekat sini macam Zahra je yang terlebih2 cintakan Ady. Ady??? huhh macam lebih kepada rasa perasaan bersalah. sorrylah I memang takboleh nak nampak rasa cinta Ady. Dengan grovel yang tak setara mana, dengan lagi gunakan family Zahra untuk buat Zahra rasa serba salah. Mungkinlah kalau ada POV dari sudut Ady I akan cuba untuk faham Ady, sikitlah… malas I nak faham lelebih species lelaki tak guna akal yang diberikan Tuhan.

And I tak rasa reason kenapa Ady buat perangai jadi lelaki tak guna macam tu boleh lembutkan hati Zahra, macam takda kaitan. Okaylah lepas dah dengar reasons kenapa Ady macam tu apa kaitannya dengan Zahra kena buka pintu hati untuk terima Ady semula? Tahu tak dengan kata-kata yang dituturkan Ady tu hmm I rasa mesti Zahra trauma. Lepastu masa Zahra miscarriage tahu tak Ady buat apa? Takdeeee apa apa!! Ehh bertambah traumalah Zahra. Faham manusia ni sentiasa berbuat salah dan khilaf tapi ya Allah sakitnya jadi Zahra. Macam tak ada langsung orang yang bebetul nak faham perasaan Zahra (okaylah kecuali Hafiy, ishh kenapa bukan Hafiy yang pemenangnya dihati Zahra dan ohh Haji Hamdan yang langsung tak memaksa. Hanya nasihat yang diberi). Yang mak Zahra pun aduhai mak cik ntahlah serba salah nak komen macam-macam pun.

Lepastu Mia, cemtu je ke pengakhiran dia? Kata cinta mati ke Mia tapi gituuuuu jee laa eh? Cinta mati bakpe takleh nak terima salah Mia tu??? Dah eloklah hampa dua, dedua tak berguna (hahahha macam banyak gila I guna perkataan tak berguna tapi itulah depa memang layak dapat).

______________________________________________

Disebabkan saya belum dibutakan oleh cinterr, oleh itu I am judging really hard why Zahra get back semula dengan Ady lelaki tak guna. I rooting Zahra dengan Hafiy takpun Zahra boleh je happy sensorang, I mean tak semestinya dengan tak berkahwin tu tak boleh happy, kan?

ps - nantilan I bebel sebab sakit hati dengan Ady tak habjs lagi. Jangan harap I nak maafkan Ady (hahahha sorrylah emosi lebih)
Profile Image for zairaidah.
409 reviews40 followers
June 10, 2024
Bencinya kat Wafi Ady. Bukan sedikit kelukaan yang Ady tinggalkan pada Zahra. Banyak kalau nak disenaraikan memang tak cukup. Geram sangat2. Terlebih gula tu cuma dekat ending je. Yang selebihnya pahit.

Tetapi, watak Zahra ni berjiwa lembut. Siapa sangka dia boleh jatuh cinta dengan suami sendiri. Memang sehabis baik dia nak jadi isteri solehah yang nantinya bila nak masuk syurga dia boleh pilih pintu mana yang dia mahu.

Kepahitan tu Zahra yang nak tanggung sendiri. Bukan tak ada orang perasan dengan perubahan Zahra. Semua orang tanya kau okey tak? Tapi Zahra yang pilih untuk diam.

Doa banyak-banyak, minta pada Allah. Itu yang selalu dipesan oleh keluarga.

Saya faham lah kalau Ady itu sudah jumpa jalan pulang. Usaha jugak nak memujuk Zahra. Nampak la jugak perubahan positif. Keluarga dua belah pihak pun main peranan. Dan Zahra pun dah tunjuk amarahnya pada Ady. Namun, saki baki cinta itu masih ada untuk Ady. Hai la hati. Susah nak di jaga. Yang itu juga yang dimahu. Memang selalunya macam tu lah kan.

Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
August 30, 2016
Heyyy si tiga huruf ni mmg lah mmg lah buat orang rasa nak lesing je. Nasib baik ada part dia terima desyum desyum dari Aidil.

Cp suka ikatan kekeluargaan Zahra mahupun Ady. Kawan2 pun jenis boleh pakai.. bukan jenis nak kurangkan pahala.

Manis bergula tak sangat.. masih terkawal.. nak sangat ada kisah tersendiri Hafiz ataupun Ayaz. Hafiz ni kira ok lah nama dia ada di awal kisah Zahra-Ady. Tapi Ayaz ni buat cp nak korek lebih pasal dia.. versi buaya dah insafkah dia :)
Profile Image for Suraya (thesuraya).
790 reviews227 followers
March 28, 2024
Reread @ 28032024

"Aku rasa macam aku berdiri di tengah-tengah landasan kereta api. Kaki terikat, tak mampu berlari ke mana-mana. Aku menunggu... menunggu tren yang laju tu untuk datang hancurkan tubuh aku."

I baca ayat ni lagi pun masih rasa nak nangis lagi :( Kesian Zahra :(

Haih. Masih rasa nak marah dengan seketul Wafi Ady. Sakit hati jiwa raga yang Ady bagi dulu tu masih terkesan rupanya. Cumanya, pembacaan kali ni buat Ady ni nampak lagi mysterious. Kali ni I nampak yang Ady tu pun sebenarnya terpaksa, dan mungkin he reached his limit sebab asyik kena mengalah dan kena sentiasa gembirakan orang lain. Sebab tu bila jumpa Mia balik, he chose himself over anybody else. Tapiiiiiiii, perlu ke sampai menyakitkan hati Zahra macam tu sekali, Ady? I nak sangat tau apa dalam fikiran Ady when he did all that he did. I harap LD maybe one day boleh tulis cerita ni from Ady's POV, macam Sara Aisha buat for Amsyar.

Dan I masih marah yang berganda-ganda untuk family Zahra sebab senang je terima Ady balik. Masa Zahra sakit, beria mak Zahra menangis dan salahkan diri sendiri sebab dia yang paksa Zahra kahwin dengan Ady, kalau tak benda ni semua takkan jadi. Tapi bila Ady mintak maaf dan buat baik sikit, beria jugak Mak Zahra ni macam paksa Zahra terima Ady balik. Eh, tadi menyesal? Semua orang paksa Zahra untuk maafkan Ady. Memang la memberi kemaafan tu penting untuk ketenangan hidup, tapi perlu ke berbaik semula? Kalau tak back together again, tak boleh ke? I geram gila part ni. Bagi I, Ady ni kena seksa jauh lagi teruk dengan orang sekeliling dia. Ini tak, semua orang senang je bagi sokongan kat Ady. Kalau bukan pasal ni, I dah bagi 5 bintang kat buku ni.

-------------------------------------------------------
Ini bukan cinta terlebih gula. Ini terlebih cuka.

Dalam review ni, akan ada a few comparisons pasal si Ady tak guna ni dengan si Fuadi drpd novel Jodoh Untukku yang juga adalah manusia tak guna. Ha nama pun nak dekat sama dah. Ady Fuadi. (Maksudnya apa? Maksudnya kita jangan cari lelaki yang hujung nama dia ada bunyi adi ni. Nanti perangai sama hahahahha). Sebabnya, I found out about this book from the review someone made for that book sebab groundwork both of the books lebih kurang. Jodoh Untukku tu best. Sila lah baca if you haven't yet. Semua orang sakit hati (in a good way) baca buku tu hahaha

1. Nak kena cakap yang in terms of the female character and the author's writing style, buku ini tersangatlah best. I suka yang teramat sangat dengan penulisan Lynn Dayana. Will hunt for her books next.

2. I have a soft spot for anyone named Zahra dan Wardah (semua berpunca drpd Kak Syud). Jadi Nur Zahra yang ini sangatlah disayangi. Perangai pun bagus. Bijak pun bijak. Degil yang bagus. Macam kalau suruh list kan top 10 favourite female characters dalam segala novel melayu yang ada, nama Zahra will be up there. Serba serbi lengkaplah Zahra ni in my eyes. Ady je yang bodoh.

3. Kalau compare dengan personality, sakit yang Ady ni bagi lagi menyakitkan daripada Fuadi bagi kat Ain in JU tu. Sebabnya, before and during the marriage of Ady and Zahra, Ady was so sweeeeeet and so soft and so kind. Zahra yang asalnya keras kepala dan keras hati pun boleh jatuh suka, apetah lagi saya. I like how persistent he was when he wanted to ambik hati Zahra before the marriage. Macam Fuadi, daripada awal lagi dia buat perangai. So bila sakit hati dengan Fuadi, more to rasa sakit hati on behalf of Ain. Tapi sakit hati yang Ady bagi, rasa macam diri sendiri yang kena betray. I had to stop reading sebab rasa nak nangis.

4. Maraaaaaah sangat dekat Ady. Ady yang so sweet and so kind (nampak tak betapa kecewanya saya sampai I stress this point dua kali) boleh berubah out of nowhere and become so harsh and so cold. Dia bukan pukul Zahra la cuma he treated her like a stranger. Takleh imagine what I would do kalau my first Ramadan and Syawal after marriage had to be that sad. Seumur hidup mungkin akan trauma nak hadap Ramadan Syawal dah. Kesian kat Zahra :( Tapi kalau aku jadi Zahra pun, I would've done the same dan diamkan semua benda without the family knowing. I would memendam rasa sorang diri as well. Tunggu sampai Ady sendiri buat tindakan. Hehe I love the pain.

5. Ady kahwin dengan Zahra sebab nak happykan mak. Tapi bila jumpa Mia macam auto hilang perasaan nak happykan mak tu. Cepat sangat berubah hati. Macam Ady ni kemaruk cinta sangat yang dia takleh fikir tindakan dia ni akan lukakan mak dia balik. Ady ni orangnya baik weh, by looking at how he treated the people around him. Ady ni pun ilmu agama dia kuat, tapi bila dengan Mia macam hancur lebur semua boleh peluk bagai. Cinta memang boleh buat orang lupa daratan kot tah la saya tak pernah bercinta (hmm sedihhh hahahahahha)

6. Tak puas hati dengan how fast the family dealt with Ady. Kalau aku la jadi mak bapak Zahra, aku pelangkung dulu kepala si Ady ni. Bagi datang dekat dengan Zahra pun tak boleh after what he did to her. Parents dia patut rasa lebih bersalah sebab kalau diorang tak paksa Zahra kahwin dengan Ady, benda ni semua takkan jadi. Diorang patut tentang Ady ni habis-habisan. Family Zahra ni very tight-knit very best part ni je yang tak best. Memang la si Aidil dah tumbuk Ady tapi cam??? Is that it??? Wah senangnya hidup seorang Wafi Ady. Dah buat taik dengan anak orang, mintak maaf and buat baik cukup? Kau punya torturement tu setakat terdera perasaan tunggu Zahra nak balik kat kau je pun. Tapi Ady ni kira bagus la ada perubahan drpd Fuadi. Fuadi lagi haprak tak guna mintak maaf sekejap je macam diri sendiri buat salah secoet padahal segunung.

7. Geram jugak sebab selain part Ady kata dia mimpi pasal anak tu, itu je sekali Ady sebut pasal anak tu. Tu anak kau kot? Menangis air mata darah la dulu kat Zahra sebab menyesal that you've killed the baby. Ha sama la kau dengan si Fuadi. Dah bunuh anak sendiri pastu macam takde perasaan. Tolol. Lepas Zahra miscarried pun kau buat donno je. Pastu lepas dah sedar diri pun asyik ulang banyak buat dosa banyak buat dosa. I would've liked it better kalau Ady ni sebut satu-satu apa dosa dia kat Zahra, sebut pasal anak and all.

8. Kalau perasan, novel novel yang camni kan, tak pernah lagi bila si suami buat salah and then pujuk pastu reconcile, that the couple would sit and have a talk of what went wrong. Mintak maaf sikit, terpujuk pastu baik semula. Dedua patut communicate apa yang tak betul, apa yang menyakitkan hati, what caused the marriage to be in shambles. Takde perbincangan of what the wife expects from the husband from then onwards. Geram baca.

9. Patutnya cerita Hafiz dan Zahra ni panjang lagi. Biar sampai Ady sakit hati sungguh-sungguh. Kau ingat Zahra yang perfect ni takde sape nak ke? Biar padan muka. Suka gila bila Zahra looked for Hafiz first when she needed help. Padan muka lagi sekali kat Ady.

10. Suka dengan the bits of 1-sentenced poetry (?) dekat setiap permulaan bab. "Dan pabila kau datang mahu mendiami, sedangkan aku mengatur langkah mahu berlari." "Dan pabila resah datang menghuni, walau jenuh diusir pergi." They all sounded so nice and so heartbreaking. Walaupun geram sikit sebab some of it could've rhymed better hahahha kalau saya editor saya tolong betulkan sikit ayat supaya extra sedap bunyinya.

Ha panjang betul membebel.
Profile Image for Mslvoe.
2,060 reviews200 followers
October 21, 2025
Aarrgghhh!! F really can’t stand stories about cheating men. Seriously... after all the pain Zahra went through, they still end up together? Like, why??

Aarrgghhh F stress baca

Bila Zahra was the one begging, Ady acted all cold and heartless. Tapi bila Zahra finally tegas dan move on, semua orang pulak sibuk nak suruh dia terima Ady balik. Dah kenapa? Takda lelaki lain ke?

Honestly, Zahra deserves someone better... someone who truly loves and respects her, not someone who only realizes her worth after Ady knows the truth about Mia dan his arwah abang.

I’m so done with this kind of storyline. Alaaa cakap je.. F ada MAK nak kena baca. Sure menyirap.. issshhh
Profile Image for Eisya.
188 reviews4 followers
November 13, 2022
3.8

1. Suka dengan ayat pendek setiap permulaan bab.. ia seperti memberi gambaran buat setiap bab.. contoh bab satu ‘dan apabila taufan datang menyerang perisai pun hilang tanpa mampu dikesan’..

2. Kenapa semua memaksa zahra terima ady.. Bila badai melanda kesian zahra telan semua sendiri..sebab zahra tak mahu kecewakan org sekeliling.. tp hati sendiri terluka… haish memang sakit hati betul dengan ady…

Bila start konflik dgn ady susah nak letak buku sebab geram dan tak sabar nak tau apa yang terjadi seterusnya.
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
February 7, 2017
3.7*
Saya suka dgn endingnya..mmg nak hantok aje kepala si Ady ni..Mia...mmg padan dgn muka mu!! Tapi kenapalah Sofia dtg lambat nak jelaskan hal tentang Mia. Patut datang lagi lewat..at least sebulan ke..Biar Ady menyesal habis2an..dan suffer at the hand of Mia's underhandedness..Big fat liar..attitude too bogus. Ending untuk Mia tak perit..Grrrr..

Apapun saya masih boleh take in sikitlah perubahan Ady..sama teruk dgn Fuadi treat Ain dlm cerita Jodoh Untukku. Di sini curang disana tidak jujur..Sekurang2nya di sini dapat juga rasa manisnya dan cara Ady mengejar Zahrah boleh juga feeling2 sikit..Di sana hampas habis. Ain terlalu mudah memaafkan. Fuadi pun takde memujuk begini.. :( Saya rasa kalau nak compare these two men, agaknya Fuadi lah teruk. Jahat dalam iman. hehehe.

Kesimpulannya, no matter how teruk people in ur life treated u there are some who went thru worse. And there are some who are more patient and forgiving than I am.

As much as I want Hafiz-Zahrah relationship to go on to new level, tetap juga simpati dengan Ady..dan keluarga Zahrah..walaupun nasihat2 mereka bagus, tapi saya juga rasa tertekan seperti Zahrah..Terlalu berharap for their reconciliation. Ada bagus dan tak bagusnya..it depends..the cut was deep..Healing process pun singkat..dah dipaksa untuk memaafkan. hmm..
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
December 31, 2016
Dah lama baca tapi baru up kat GR.
.
.
.
Ini merupakan novel penuh yang pertama dari penulis yang aku baca. Sebelum ni, aku pernah baca satu cerpen beliau iaitu Aku Bukan Cupid dalam Antologi Cinta Dia dan aku boleh hadam cerpen tu dengan baik sebab kisah tu pendek je.
.
.
.
Masa Zahra tak dapat hadiah hari jadi tu, aku takde la rasa sedih beria. Masa dia minta 'hug' dari suami dia tu pun, aku tak sedih jugak. Hati batu ke apa. Haha. Yang buat aku sedih ialah masa dia keguguran dan suami dia tu langsung tak jawab panggilan telefon, SMS, WhatsApp dan sebagainya. Leka sangat dok ulit bakal isteri baru. Nyampah den! Haha.
.
.
.
Keseluruhannya, aku boleh terima cerita CTG ni dan boleh hadam dengan baik. Mujurlah pengakhirannya begini dan bukannya begitu.
.
.
.
p/s: Maaf la. Dah tak reti nak buat review yang panjang berjela. Skill dah lari maaaa.. :D
Profile Image for Sakura Lina.
139 reviews4 followers
April 8, 2017
For me bukan terlebih gula tapi dah bermacam perisa yang ada. Mood aku semasa membaca naskhah ni macam orang yang ada mood swing dah. Sekejap senyum sorang-sorang,sekejap serius,sekejap rasa nak marah,sekejap rasa sedih dan sampai satu tahap aku nangis.. Dah lama x nangis bila baca novel. Conclusion,naskhah ni cukup perisanya. Cuma I really hate Ady character. Ingatkan ada twist. Mana tau kot-kot penulis nak tukar watak hero kepada Ayaz or Hafiz. Tapi dah termaktub hero tu Ady. Walau mengjengkelkan macam mana pun karekter dia,at the end hero akan bertaubat dan insaf. Hero akan bersatu dengan heroin semula. Nama pun hero kan.
Profile Image for Rinn Ramli.
158 reviews40 followers
March 19, 2019
Ady membuatkan gula dalam kisah ini hilang fungsi manissstnya. Ady lebih kepada garam yang sedap pada makanan jika secukup rasa. He's definitely not sugary. 😅


Agak peliklah kalau kita tak benci dia bila baca kisah ini. Dia kahwin dengan Zahra utk menjaga hati ibu yg telah kehilangan anak pertama. Dia mahu menjadi anak yang menggembirakan hati ibunya. Namun kenapa lukakan hati itu dengan memilih Mia?

Bagi aku, kisah ini bukan happy ending sekiranya Zahra end up dengan Ady. Ingat kata2 Hafiz ya... "kalau tak ada Mia, mungkin ada yang lain". 😁

Isssk Zahra, jangan mudah jatuh hati lagi dengan Ady okay?
Sure fine whateverr
Rinn

🤗😁😋😂
Profile Image for Azizah.
386 reviews6 followers
November 15, 2018
3.5 *

Banyak yang nak diluahkan tapi macam hilang segala kosa kata.

Sedih, pedih, terluka - itu Nur Zahra

Yang patut dihentam, dicincang lumat - itu Wafi Ady

Yang paling cool - Haji Hamdan. :)

Pengajarannya, mak2 jangan mengada-ngada nak kenen-kenen anak-anak ye. Eh! :)

GRC: #43/15
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
November 18, 2018
Sedih! Zahra dipaksa nikah dengan Wafy Ady. Mula-mula mereka kaku tapi selepas beberapa bulan bila mereka baru mula untuk rasa bahagia, Ady mula beralih arah. Zahra yang ingin menjadi seorang anak, anak menantu dan isteri yang soleh memendam semua sendiri. Ady berlaku kejam hanya untuk menurut kata Mia. Akhirnya, Zahra keguguran. Ady tidak tunjuk rasa menyesal dan terus merancang untuk majlis pernikahannya dengan Mia. Bila akad termetrai lalu terlerailah ikatan pernikahan antara Ady dan Zahra. Hafiz menolong Zahra dengan caranya sendiri. Rahsia Mia terbongkar pada hari mereka bernikah. Ady lafazkan cerai pada Mia pada hari itu juga. Mia adalah punca keluarga Ady kesedihan selama ini. Semasa edah, Ady dan semua dikeliling cuba untuk menyatukan mereka kembali. Tapi Zahra masih berjauh hati. Dia cuba penuhkan masanya dengan berbuat amal. Hafiz sentiasa ada untuk beri sokongan. Tapi siapa akhirnya yang jadi pilihan hati seorang Zahra? Cinta pertama atau Hafiz yang sentiasa ada? Ada cubaan apa lagi yang perlu dia lalui sebelum mengecap bahagia?
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
March 21, 2020
Suka cerita ni tapi saya benci Ady. Boleh ke nak benci hero? First time rasanya benci hero. Bila tak suka tegarnya Ady sakitkan hati Zahra. Sampai saya pun terasa ngilunya hati bila Ady buat macam tu. Tapi bila Ady dah sedar dia tersalah memilih kaca, begitu mudah jugak Ady dapat memenangi hati semua. Bagai Ady tak pernah bersalah sebelum ini. Haih! Bila melibatkan hati dan perasaan ni memang rumitkan.
Apapun tahniah Lynn Dayana atas kelahiran CTG ni. Memang suka sangat hasil tulisan beliau dan ternanti-nanti karya beliau yang seterusnya. Keep writing babe!
Profile Image for Jaja  A.
148 reviews27 followers
December 26, 2016
hurmmmm..sgt la x masuk dlm jiwa ini..frust dgn sikap keluarga zahra dan zahra sdr...mudah benar kesalahan si ady dimaafkan...satu pujian si ady sedar diri utk tidak memadukan zahra..sesungguhnya sblm bermadu kau dah tak adil baiklah dilepaskan si dia...di manakah maksud cinta terlebih gula?sorry
Profile Image for Ju Muharam.
72 reviews1 follower
October 9, 2016
Title novel tersangat lah sweet tetapi disebalik nya penuh dengan air mata.. Sob! Sob! di buatnya.. kisah Zahra yang tersangat lah sabar..
Tahniah penulis.. Awesome...
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
July 25, 2020
Hmmmm.. betul ke Lynn dayana yg buat cite ni. Aku tak suka Ady!!!! Jalan cerita yg banyak longgarnya. Entah, nak bagi rating 1 star, kesian pulak sebab kak Lynn ni my favourite author. :(
Profile Image for Ungu Karmila.
73 reviews3 followers
June 12, 2022
December Roll Up (3)

09/12/2017

Cinta Terlebih Gula
Lynn Dayana
Penerbitan Poreng Kertas
576 ms

Kisah Wafy Ady & Zahra yg berkahwin atas plhn keluarga. X mudah mngharungi segala dugaan rumahtgga yg dibina tnpa mngenali sesama sndiri terlebih dahulu.
Krn itu,Zahra mngupah Hafiz,pnyiasat persendirian utk mnyiasat siapa Ady.
Semua nya ok,tnpa sdr, Ady berubah hati. Part ni mbuatkn sy mnyumpahseranah watak Ady!! Hnya krn wanita yg konon nya mampu mbahagia kn dia &betapa tega nya wanita itu,mnhancurlumatkn prsn wanita lain,isteri Ady,plhn keluarga Ady. Betapa tega nya Ady mjatuhkn talak saat akad nya sah bersama Mia,wanita yg mnjanjikn bhagia utk nya. Tp..yg dikejar x dpt,yg dikendong berciciran. Padan muka, Ady!! Tamak sgt kan??ahhahaha..
Spt judul nya,mmg terlebih gula..kembar gula,lori gula tertumpah..hgga bisa mnarik perhatian semut..ehhehe..tp..ia bkn kbykn kisah cinta yg klise..ada part thrill nya..
Satu persatu rahsia terbongkar..Mia yg disanjung punya kaitan dgn kematian abg sulung Ady. Kehadiran Iqram,ank Mia yg dijaga Sofea,sepupu Mia..mngundang tnda tya. Ady bergelar duda 2x,x smpai tempoh 24 jam. Org tamak mmg rugi!!
Ending nya..mngharukan.
Karya penulis ini sntiasa buat sy angau.

★★★★
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
November 12, 2019
🗓Tarikh Bacaan Kali Pertama: 26.09.2016-28.09.2016
My Ranting: 4🌟

novel pertama yg saya baca setelah lama (sebulan lebih) bercuti.. hehe!! :)

Selesai baca.... terasa mula2 baca cam banyak garam yg tumpah dari gula... huhu!!

Banyak terfikir kenapa?.. kenapa?.. kenapa?... Andy ni... apa yg dia rahsiakan... Oh!! no... please jangan terjadi yg tak sepatut... Oh!!! nooooo.. bila semakin jalan cete tidak henti untuk d baca...

Tapi bila tiba gula yerrr dah tertumpah... Oh!!! apa ni???? kenapa banyak sgt yg rebutan si zahra... siapa yg zahra pilih??? dlm hati ckp no... no... no... he he!

Macam2 persoalan bermain d minda sepanjang pembaca... Penulis suka mendebarkan hati pembaca seperti saya. Tapi saya suka :) sebab penulis banyak memainkan perasaan pembaca spt saya. haha!!

Good job!! saya suka... ;)
Profile Image for Lindz.
66 reviews8 followers
August 3, 2016
penanda aras untuk manusia bernama linda: kalau bole khatam buku in a day, wajib sunat harus dibagi buku itu 5 bintang. ohsem much.
Hence CTG deserve my 5 star recognition. permulaan yg santai..tersenyum2 mcm org sewel...masuk scene aft marriage dh suam...then d hot boiling moment...oh my...tk terungkap dgn kata. derita sorang yg bernama Nur Zahra dek penangan Wafi Ady. Pengakhiran yg dikira boleh diterima walaupon ada tanda2 mau menolak Ady dari puncak gunung kinabalu..
Lynn...this is ur 2nd book i've read (1st was ABC) now am on a mission...to hunt down every book you've write. Officially a fan. keep on writing sister n i doakan Allah memberikan kesihatan yg baik utk Lynn bcoz am not ready to stop reading hasil nukilan such talented writer like you.
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
May 15, 2020
Cinta terlebih gula. Tapi napa kurasakan mcm terlebih pahit je.
1. Benci dgn Ady.. Huh lelakiiiii
2. Benci jugak dgn Zahra.. Np baik sgt.. Mcm tu je maafkan Ady.. X berbaloi langsung.. Eee geramm
3. Benci sbb penulis berjaya huru-hara kan hidupku sepanjang pembacaan!

Walau endingnya manis, tapi tetap ku geram. Full stop!
33 reviews6 followers
June 1, 2017
tak boleh nak bg bintang penuh sebab

1. Ady menyakitkan hati

2. Ady bijak berhujah mengenai agama tapi memandang ringan hukum...hukum bersentuhan dan berpelukan dgn mia yg tak halal baginya

3. Saya team hafiz

4. Kesakitan ady yg didebik tu tak sesakit apa yg zahra alami

Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
October 21, 2016
blank otak habis baca novel ni... nak menaip pasal novel ni pun blank. nak susun ayat pun blank. bawak lelap dulu kejap tapi bila bangun balik abis entah apa-apa yang ku buat. sampai salah-salah sebab asyik dok fikirkan kesiannya zahra.. asyik dok fikirkan bodohnya ady.. (ooppss.. sorry, bad word)..

puan penulis cantik lynn dayana , anda julang perasaan pembaca dengan rasa happy, rasa suka, rasa lucu, rasa bahagia tetapi... Baru perasaan rasa semua itu nak teguh berkumpul dengan aman anda puan penulis,... hempas kami pembaca ni ke tanah!! Sakit, amat sakit rasa itu... Kenapa?? Kenapa?? Kenapa anda puan penulis, memporak perandakan perasaan kami pembaca ini? Sama rasa sakit dengan zahra.. Kasihan dia...

Kasihan zahra, kenapa paksa dia berkahwin? kenapa paksa dia menerima seseorang di saat dia bebas tidak terikat dengan sesiapa? Kenapa ady? Ady yang muda darinya, ady yang awalnya penuh bergula, ady yang konon akan menggembirakan hidupnya tapi ady yang akhirnya masih pandang pada mia? Inilah dia, sebab rasa sayang dan patuh pada ibubapa zahra merana.. Tetap menyalahkan dirinya kerana tidak menjadi anak yang baik. Tetap menyalahkan dirinya kerana tidak menjadi isteri yang baik. Walau telah cuba sedaya upaya menahan rasa hati.. Akhirnya....

Novel yang amat menarik, yang amat terasa segala rencahnya, yang amat buat pembaca rasa libang libu... Tahniah puan penulis, CINTA TERLEBIH GULA boleh diangkat antara novel terbaik tahun ini.. Maaf kalau yang lain rasa agak melampau... Terimalah hakikat sebab perasaan ku dah rosak nih!!
Profile Image for Faiz Md.
24 reviews
December 25, 2016
Dari dulu aku minat penulisan Lynn Dayana. Dia aku letakkan sama level dengan Samsiah Mohd Noor dan Andrea Hirata yg banyak aku jadikan rujukan n pengaruh dalam penulisan aku. Bagi aku, kalau aku nak baca novel pop zaman sekarang, nama LD yg aku carik dulu dekat rak buku.

LD lebih dari penulis yg lain untuk aku. Dia ada gaya, ada soul, ada rasa. Trademark dia yg paling aku salute, dia mampu buat kita jadi lapar hanya dengan bercerita menu makanan atas kertas. Novel dia juga selalunya ada hint2 thriller yg cukup rencah. Dia jugak antara penulis yg ada stail romance dan sweet tahap dewa bagi aku.

Kudos to LD atas keberanian dia utk memilih penerbitan secara indie kali ni. Jugak utk team #PorengKertas .
#CintaTerlebihGula tunjukkan sisi lain LD yg berat dengan jiwa, eksplorasi karakter dan bahasa yg memukau. Pada aku, LD dah sampai tahap yg sangat selesa kali ni sebagai seorang penulis dengan stail dan jenama yg tersendiri.
Last mata aku berair baca novel, bila aku baca Bulan Berbisik by Samsiah Mohd Nor dan Sang Pemimpi (Andrea Hirata) dulu. And ia berulang lagi malam tadi. Suka dengan perkembangan karakter Ady yg sangat jujur dan 'menyakitkan.' Salute jugak pada monolog2 Zahra yg dah macam roket dituju tepat ke hati.

Tahniah. Tahniah. Tahniah!
Profile Image for Rafiah Sarifuddin.
6 reviews1 follower
September 15, 2016
Novel LD yg pertama sy miliki, terpikat pd teasernya.

Tahniah Lynn Dayana ....terbaik, sungguh syahdu .walaupun berderai air mata, smooth n cool.. dan cukup rencah yg disulami dgn kasih sayang kekeluragaan.

Penyerahan diri kpd YG KUASA, bahagia balasannya, walau badai yg melanda.
Redho dgn ketentuan ALLAH tuntutan hidup.
Ady dan Zahra , kedua2 patuh pd permintaan ibubapa..demi untuk mengembirakan keduanya..namun datangnya ujian dr ALLAH untuk menilai tahap kesabaran dan penerimaaan hambanya..
Penulis berjaya menjadikan Zahra seorng isteri yg tabah tiada sebutir pun letupan bom tatkala semua rahsia ady tersingkap dan juga sewaktu keputusan yg meruntun jiwa dibuat..Amalan Zahra dgn beristighfar dan berzikrullah dan bnyk berdoa , mengadu pd yg SATU membuatkn hati bertambah sayu.

Siapa yg tak galau perkahwinan yg berusia 3 bulan sudah terlerai dlm tenang..
Namun kita percaya ajal maut , jodoh pertemuaan adalah ketentuanNYA.. Kita hanya merancang..KUN FAYAKUN..

Pengajaran: Sabar, Redho,positive..ambil ikhtibar dan boleh kah kita cool mcm zahra bila suami menolak dia dan ingin berkahwin lain?..
tak rugi beli..
82 reviews36 followers
August 31, 2016
From the start, I can feel Zahra's feelings, her anxieties , her insecurities abt Ady and throughout the story I felt all her emotions. So, its not surprising I was truly into the story. I shared her sadness , her troubles and her loneliness.
Geramnya tk terhingga dgn Ady, so indecisive.
The relationship within their families and friends are so endearing. Its just so sweet when the secrets are all out , everyone is so supportive of Zahra.
Its understandable why Zahra is the way she is after the incident but as her families and friends point out what is meant to be is meant to be. Allah wills it to test u , redha and ikhlas is how u face the test.
Overall, I am kind of glad it ends the way it is , I am satisfied even though after what Ady has done because Ady does learn something too and turned into a better person.
Displaying 1 - 30 of 37 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.