"Give me some money and i let her go." -Johan "Kill her Johan. Do you really think that i would care?" -Natrah
Hidup Nadhirah umpama neraka. Sejak kecil menjadi hamba pada takdir yang nyata enggan menyebelahinya. Saat dunianya terasa gelap, muncul insan-insan baharu yang membawa seribu satu episod baru dalam hidupnya.
Keluarga Tan Sri Malik merupakan antara yang paling meninggalkan kesan dalam hidup Nadhirah. Ada yang menghadiahkan senyuman, Ada yang menghamburkan luka malah ada yang meranapkan harapan.
Segala yang terjadi berputar mengelilingi satu titik yang sama. Setelah begitu lama hidup tersiksa akhirnya rahsia yang merantai dirinya terbongkar jua. Nadhirah kecewa. Setelah berkali-kali terluka, dia tekad. Nadhirah mula berdendam. Setiap seorang yang pernah melukainya bakal membayar hutang mereka padanya.
Berjayakah Nadhirah dengan rancangannya? Bagaimana pula kisah cinta yang tersepit ditengah-tengah badai dendam ini antara Nadhirah dan Faliq? Berjayakah Faliq mendapatkan Nadhirah semula? Nantikan...
Best! Aku tak expect sebenarnya yang buku ni akan sangat memuaskan hati aku. Lagipun ini ialah karya pertama penulis. .
"Saya betul-betul berharap yang kita akan bertemu lebih awal" .
"Kenapa?" .
"So that I can protect you. Oh Nad, I wish I was there" .
Sejak kecil, Nadhirah hidup dalam derita. Dia didera, dibenci oleh ibu dan bapa tirinya. Sehinggakan Nadhirah membesar dalam perasaan benci kepada ibunya sendiri. Selepas kematian ibunya, dia tinggal bersama keluarga ayahnya, Tan Sri Malik. Sekali lagi, hidupnya bagai dalam neraka. Dituduh sebagai anak haram, didera, dikurung di bilik di loteng rumah dan hanya mendapat pendidikan di rumah. So, dia tekad lepas SPM, dia akan keluar dari rumah tu. .
Dan beberapa tahun pun berlalu. Nadhirah sekarang dah matang, dan dah kaya raya, hasil perniagaan arwah ibunya di Australia. Dia hanya akan balik ke Malaysia untuk jumpa dengan Tan Sri Malik. Selepas dia pernah mendermakan sebahagian hatinya kepada papanya, dia akhirnya disayangi oleh si papa. Bagi Nadhirah, dia hanya perlukan pengiktirafan sebagai anak papanya dan juga kebenaran kenapa papa tinggalkan mamanya. .
Dan di akhir hayat papanya, barulah dia tahu kebenaran tentang siapa dirinya yang sebenar. Dia hanyalah anak tak sah taraf. Sejak itu, dia mula membenci papanya. Dan dia bertekad untuk membalas dendam kepada seluruh keluarga Tan Sri Malik atas semua penderitaannya selama ini. .
Nadhirah mula buat plan rampasan kuasa syarikat. Bermula dengan hanya 5% sahamnya, dia akhirnya berjaya menjadi pengerusi dengan mendedahkan semua kegiatan buruk abangnya. Mama tirinya jatuh sakit dan akhirnya meninggal. .
Dan kebetulan, Faliq, lelaki yang sangat mencintai Nadhirah, berada di situ dan menyaksikan dendam Nadhirah. Dia akhirnya tinggalkan Nadhirah tanpa sempat mendengar penjelasannya. .
Aku suka sebab rasa macam tengok drama Korea. Dengan isu rampasan kuasa dan dendam. Rasa macam kompleks sangat perasaan Nadhirah. Memang pun, aku yang baca pun rasa terseksa, apatah lagi dia yang mengalami.
Walaupun banyak persoalan timbul, contoh garis masa, dll, tapi satu saja nak cakap, soal nasab, status anak mangsa rogol, hubungan antara perogol dan anaknya, tak boleh dibuat main. Tahu, ini novel. Fiksyen. Tapi kalau orang lain baca dan percaya bulat-bulat, macam mana?
Nadhirah dilahirkan tapi dibenci.. Hidupnya penuh derita.. Duduk dengan mak kandung dia dihina, dipukul dan dia melihat maknya dibunuh.. Diambil oleh papanya, ingatkan berubah bahagia.. Namun derita juga yang bertandang.. Dihina sudah jadi makanan harian.. Dijadikan punching bag, di biarkan kesunyian sehingga Nadhirah bangkit untuk keluar dari penjara kejam itu.. Nadhirah berjaya.. Namun pembongkaran kisah sebenar kenapa dia dibenci maknya menjadikan Nadhirah seorang pendendam.. Papanya mati tanpa kemaafan.. Nadhirah mula membalas setiap kejahatan yang diterimanya..
Tak perlu penerangan mengenai perbuatan tak senonoh tapi penyampaian penulis berjaya menjentik rasa dihati Sha.. Walaupun begitu perbuatan Nadhirah tetap salah.. Cuma kita sebagai manusia tak layak nak menghina, membuli dan mendera perasaan manusia lain.. Yang salah tetap salah.. Sepatutnya dihukum undang-undang..
I shouldn't read this during weekdays. Once started, I can't put it down. Tapi memandangkan hari bekerja, what option do I have? Kan?
Finally finished it today. Alhamdulillah.
Saat Aku Berpaling, marked her debut as an author. A very good start. I can say that she have a talent. She have a bright future. Okey.. Here is my review.
* * * * Tak akan ada sebarang ringkasan yang akan saya berikan berkenaan dengan buku ini. Saya percaya, blurb yang diberikan lebih dari cukup untuk menarik anda untuk memilih buku ini untuk dibaca.
Apa yang boleh saya perkatakan, buku ini - is up to my expectation. Ya, sebagai seorang penulis baharu, Adry Tihani punya bright future. Dia membawakan kelainan dalam penulisan. Lari dari kebiasaan kebanyakan buku yang ada di pasaran yang hanya mempersembahkan kisah cinta semata-mata.
Untuk seseorang yang selalu membaca tulisan yang menjaga adab islami i.e ; tiada persentuhan antara bukan mahram. Membaca tulisan ini, saya harus mengingatkan diri saya jangan membandingkan ini dalam tulisan. Tapi melihat sesuatu yang lebih besar dari itu.
Tulisan Adry berkisahkan pergolakan seorang gadis bernama Nadhirah. Pergolakkan emosi dan mental. Pemotretan watak Nadhirah ditempa baik oleh Adry. Saya dapat melihat gelojak rasa dan gelodak jiwa Nadhirah. Dan apabila Nadhirah mengambil keputusan untuk berpaling dari keluarganya. Itu yang dipotretkan dalam keseluruhan naskah ini. Kemuncak bila Nadhirah membalas dendam pada keluarganya.
Saya cuma keliru di page 45 dan page 54. Persoalan saya kala itu - Sebenarnya, Nadhirah tahu atau tidak bahawa dia adalah anak luar nikah? Seperti ada sedikit kontradiksi di situ. Tapi semakin saya baca, semakin saya memahami; apa yang mahu diketahui oleh Nadhirah dan menjadi persoalan pada Nadhirah, bukanlah sama ada dia anak luar nikah atau tidak.
Tapi sama ada kewujudan dia itu - atas cinta ibu bapanya? Dan hakikat bahawa dia dibenci ibu kandung disebabkan dia adalah benih yang tumbuh dari perogol yang merogol ibunya, itu telah merentap seluruh rasa Nadhirah. Dia mula faham, dia benci ibunya kerana melayannya sekejam itu. Walhal, ibunya harus berdepan dengan hasil dari perbuatan kejam bapanya.
Dan dia terus-terusan didera oleh keluarga ayah kandungnya. Tubuhnya dicederakan, mentalnya didera saban waktu oleh anak-anak ayahnya, dan ibu tirinya.
Saya mengulang pembacaan saya di Page 160 berulangkali. Cuba menghadam. "... Kami sebapa, berlainan ibu, tak mungkin kami boleh berkongsi suami..."
Dan kemudiannya saya tersenyum.
Ya, dalam masyarakat Melayu - ramai yang beranggapan begitu. Kerana Nadhirah menganggap pertalian darah membuatkan dia tidak boleh berkahwin dan berkongsi suami dengan Adelia. Tapi dari sudut syarak, bahkan Nadhirah sebenarnya boleh berkahwin dengan Tan Sri Malik. Bahkan dengan anak-anak Tan Sri Malik. Sekaligus, seandainya mahu, Nadhirah boleh berkahwin dengan Imran. Barangkali, Nadhirah secara halusnya mahu menolak Imran kerana tidak mahu berkongsi dengan Adelia.
Ya, siapa yang mahu bermadu - kan?
Watak utama diperkenalkan dalam sepuluh bab yang pertama. Pertemuan Faliq dengan Nadhirah di awal cerita sedari awal sudah membuka, siapa sebenarnya watak utama cerita. Cuma saya menjangkakan Faliq yang akan memonopoli cerita. Tapi sebaliknya cerita ini dimonopoli oleh Nadhirah.
Adry Tihani, pada saya punya masa depan yang cerah sebagai penulis. She did her homework. I can't see flaws in her writings. Ada kesinambungan antara plot ke plot membuatkan pembacaan saya berjalan dengan lancar. Cuma sesekali tersekat dek sebab kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan kata imbuhan 'di'. Dan buat penulis, saya rasakan anda; seharusnya memberikan lebih perhatian untuk penggunaan kata 'di' sebagai imbuhan awalan dan kata sendi untuk penulisan akan datang. Terlalu banyak kesalahan penggunaan kata 'di' sebagai imbuhan awalan dan kata sendi di dalam tulisan ini.
Selebihnya? Saya gembira membaca tulisan penulis baharu yang sememangnya membuat homework dalam penulisannya. Tugas seorang peguam digarap dengan cantik dan membuatkan saya tersenyum. Kerana saya melihat a real lawyer in action. Bukan sekadar dibuat-buat.
Penangan Nadhirah yang ingin melakukan rampasan kuasa, membuatkan saya tersenyum. Saya teringat drama Korea yang pernah saya tonton. Nadhirah saya bayangkan seperti watak utama drama itu. (Sorry terlupa tajuknya).
Secara keseluruhannya, tulisan ini sesuatu yang worth it untuk dibaca. Lari dari kebiasaan cerita yang pernah kita baca. Ini cerita yang punya rencah rasa yang lengkap. Anda akan merasai apa yang Nadhirah rasakan. Dan percayalah..
Anda akan jatuh hati pada karakter Faliq. Sama seperti saya yang jatuh hati pada karakter Faliq. Cuma saya tidak berminat untuk menekankan tentang Faliq, kerana cerita ini bukan tentang Faliq. Tapi ini cerita tentang Nadhirah dan kelukaannya. Nadhirah dengan kebenciannya. Dan Nadhirah yang akhirnya menjumpai cintanya.
It is worth to read. Dan Adry, Saya menanti dan menjangkakan yang lebih lagi dari anda. I'll wait for your next book.
4.3* Not bad for new author. Locked away at the attic of her father's house, full of old furnitures and pests for years. Store room. Being cut off from outside world and her existence in the household was not made known to the public. Her only respite was a window in enjoying the view of the sky. Reason, illegimate child.
Yes, she was fed and schooled privately by Alana, her bff and private tutor, arranged by Tan Sri. Ridiculed, beaten and humiliated every single day by members of the household. Bullied into doing her elder sister and friends schoolwork and being molested by her brothers. Her only route of escape, getting good results. Finally, she managed to get away and flown to Australia furthering her study.
Bertemu dan bercinta dengan Imran secara jarak dekat dan jauh selama 8 tahun. Impian untuk hidup bersama berkecai bila cintanya dikhianati. Tambah lagi bila dia mengetahui rahsia disebalik ehsan yg ditabur oleh Tan Sri. Itulah kemuncak kesabaran yg semakin nipis hingga hadir dendam dihati.
Saya suka watak Nadhirah yg tidak lemah. Tidak juga kejam. Seorang wanita yg berjaya dengan perusahan hartanah arwah ibunya sebelum merampas hak kuasa di Emerald Groups dengan caranya sendiri. Disalahkan atas kematian keluarga tirinya (mak, bapa dan Ammar), Aidid yg tinggalkan negara dan melucutkan jawatan CEO di Emerald dan juga perpisahan antara Adelia dan Imran. (nak kata tiri pun tak bolehlah sebab mak and bapa dia tak kahwin, so tak tahu nak label apa). Dan disalah ertikan oleh Faliq yg mula jatuh hati kepadanya atas tindakan yg diambil Nadhirah. Dunia luar yg tak tahu menahu akan keperitan dan kepayahan hidup yg dilalui Nadhirah, juga menganggap dia seorang yg kejam.
Lalu Nadhirah membawa diri dan tinggalkan semua yg dia ada untuk kehidupan baru. Bila kekesalan mengetuk hati, Faliq mula menjejaki Nadhirah..Wuah..macam free (tak kerja) dan terlalu kaya si Faliq ni. Macam2 negara disebut.
_________***________
Saya musykil pengakhiran hubungan Adelia dan Imran..diam terus tanpa pencerahan whether putus tunang ke tidak. Sebabnya there's one part where Imran terasa hatinya juga sakit setelah mendengar luahan hati dan tangisan Adelia kepadanya..Ada satu perasaan halus yg mula menjalar dihatinya. Pada hari yg Adelia perlukan kekuatan darinya, Imran tiada disisi kerana dia ke luar negara atas urusan biz.
Yang pasti, susah nak membenci watak Imran yg lemah serta mementingkan harta warisan dari cinta Nadhirah dan suka dgn watak Faliq, hero yg sweet and meddlesome. Dalam pada membenci Adelia yg terlalu angkuh terselit juga simpati. Rasanya Adelia kalau di didik dgn betul oleh bapanya, dia boleh jadi seorang yg sangat penyayang dan sopan. Kerana, keburukan sikap dia hanya dituju pada Nad.
buku ni sangat best bagi aku sebab cerita mengenai heroin balas dendam dengan buat rampasan kuasa pada syarikat musuh dia mungkin dah banyak jumpa dalam drama korea atau drama thai tapi dalam novel melayu memang jarang sangat.
watak Nadhirah sangat menarik bermula daripada orang yg suka mengikut keadaan tetiba berubah menjadi hati kering sebab nak balas dengan pada Tan Sri Malik yg merosakkan hidup ibunya. paling aku suka semestinta dengan watak Faliq sebab selalu prihatin dengan Nadhirah. mungkin tak banyak sangat babak romantik tapi aku suka hubugan antara Nadhirah dan Faliq.
cuma satu benda nampak menganggu tentang status Nadhirah sebagai anak luar nikah Tan Sri Malik, kat sini aku rasa banyak benda yg nampak salah sepatutnya kalau bab hukum agama memang kena rujuk pada yg pakar. lainlah kalau latar belakang watak ni bukan beragama islam atau Tan Sri Malik pernah berkahwin dengan ibu Nadhirah mungkin tak nampak sangat ada isu di situ.
Sebenarnya nak bagi 4.5 bintang so dapat la 4 ya. Buku ini.... Tak bosan sb saya mengadap sehari shj. Dengan jadual busy mmg jika habis buku dlm sehari buku tu best la. Harap penulis kekalkan momentum beliau. Sambil baca teringat style writing sidney sheldon sb brave strong woman kan
NADHIRAH, FALIQ, IMRAN, TAN SRI MALIK, PN SRI MUNIRAH, ALANA, AIDID, AMMAR, ADELIA, TAUFIK, FARHAN, HJ HELMI MAZLAN,HJH HABIBAH, NATRAH, JOHAN, EN ZAKI.
Nadhirah kembali ke Malaysia pada usia 14 tahun setelah kematian mamanya di Australia. Tan Sri Malik mengajak Nadhirah tinggal bersama keluarganya. Kehadirannya tidak disenangi oleh Pn Sri Munirah dan anak² nya, Aidid, Ammar, & Adelia. Apabila setelah lebih 10 tahun dia melanjutkan pelajaran dan pada masa yang sama menguruskan syarikat hartanah milik mamanya, Delta Properties, Nadhirah kembali sebentar ke Malaysia kerana Tan Sri Malik tidak sihat.
Nadhirah bertemu dengan Faliq. Dia juga terpaksa putuskan hubungan dengan Imran kerana Adelia. Setelah Nadhirah mengetahui hal sebenar akan status dirinya, dia tekad untuk membalas dendam. Nadhirah berusaha untuk menyandang jawatan Pengerusi Emerald Group. Setelah Tan Sri Malik, Ammar pula mati kerana terlebih dos dadah. Pada hari Mesyuarat Luar Biasa, keputusan undian memihak kepada Nadhirah. Pn Sri Munirah marah sehingga dia jatuh sakit strok dan akhirnya meninggal. Tercapai dendam Nadhirah untuk lihat keluarga Tan Sri Malik.
Novel ini jalan ceritanya tidak memberatkan, lebih kepada konflik dalam keluarga. Penderitaan yang dialami oleh Nadhirah sejak kecil hingga dia SPM. Dipukul, didera, dicabul, dimaki, terseksa dia fizikal dan emosi. Namun semua ini tidak menghalang dia untuk menjadi seorang yang hebat dalam dunia perniagaan.
wow so suprising la this book , eh mula mula memang rasa was was nak beli tapi disebabkan penulis sendiri yang approach masa kat PWTC , dalam segan terambil la juga .now memang rasa menyesal la sikit sebab take time sangat amik buku ni to read .heheh ok laa tu better late than never kan .good job writer .keep it up ! cant wait to see your new book !
Terbayang kehidupan nadhirah..😭😭😭 Full with abuse Emotional n physical When she give her all only to discover insan yg dia sayang tu (tan sri), is one that “start” her story I like her sass bila dia dah tak berpaling n hanya fokus kepada dendam.. sounds kejam? Human can take only as much yg dia boleh pikul.. Suka pengayaan penulis.. Tak bnyk yg putar2..which i like Good one writer!!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Cerita yang menarik juga bagi saya. Ada sesetengah bab saya tak faham bila dia throwback ke zaman sebelumnya. Bagi saya novel ini okay lah. Nak kata yang melekat dengan tangan tak juga. Nak kata tak best pun tidak juga. Bagi saya 50/50 sahaja. Ambil masa 10 hari nak habiskan. Standard saya kalau baca 3 hari dah boleh habis. Apa apa pun saya hargai karya penulis!
Awesome storyline dan disebabkan itu saya dapat habiskan novel ni dalam masa sehari setengah. Watak yang sangat strong perwatakan dia akan menyebabkan sesiapa yang start baca akan tak berhenti membacanya lagi2 kalau baca pakai ebook dekat https://www.e-sentral.com/
jalan cerita menarik. utk 1st buku, mmg boleh tabik pada penulis ni.
cumanya ada beberapa kesilapan imbuhan, tertinggal perkataan.. rasanya editor kena lebih peka dengan benda2 kecik tapi bg impak yang besar pada mood pembaca.
Novel ni bagi saya menarik sebab watak utama dalam novel ni adalah seorang perempuan. Nadhirah bangkit dari seorang yang lemah menjadi seorang yang sangat kuat. Tetapi, silapnya adalah dia menjadi seorang pendendam. Sesiapa pun yang baca mesti akan rasa tak puas hati dengan apa yang jadi pada Nadhirah. Mungkin bagi sesetengah orang novel ni klise tapi olahan cerita penulis ni agak menarik. Macam mana Nadhirah yang selalu dimaki dan dicerca menjadi seorang yang kuat dan berjaya dalam hidupnya. Walaupun dia ada tersilap sedikit disebabkan dendam. Watak hero dalam cerita dimainkan oleh Faliq dan Imran. Namun saya lebih suka dengan watak Faliq yang lebih macho berbanding Imran. Tak banyak konflik yang melibatkan kedua-dua sebab seperti yang saya beritahu novel ni fokus pada Nadhirah.
Secara kesuluruhannya, novel ni sangat best dan sekali dah start baca memang sangat susah untuk berhenti. 😘