Novel ke-8 dalam siri Frostborn, bergenre high fantasy (sword & sorcery), di mana world building mengambil inspirasi daripada Tolkien lore dan Arthurian legend. Seperti buku2 sebelumnya, buku ni juga padat dengan aksi2 pertarungan, pengembaraan, serta konflik. Best dilayan untuk peminat2 genre ini.
Buku kali ni menyambung kisah pengembaraan Ridmark Arban dan rakan-rakannya; Calliande (Magistrius), Kharlacht (orc warrior), Caius (dwarf), Gavin (squire), Morigna (sorceress), Jager (halfling thief), Mara (half-elf assassin), Arandar (Swordbearer), dan Antenora (keeper's apprentice). Selepas berjaya memusnahkan Gorgon Spirit, mereka telah terperangkap di dalam kota lama Khald Azalar, dan diburu oleh 2 kumpulan tentera musuh. Tanpa pilihan lain, mereka harus mencari tongkat ajaib milik Calliande yg disembunyikan di situ suatu masa dahulu utk mengembalikan kuasa Calliande sebagai Keeper...