Ketahuilah sebahagian anak muda masyarakat kita sudah ramai yang jauh dari agama dan akhlak mereka surah runtuk. Maka, tugas kita adalah memberi harapan kepada yang mendambakan cahaya. Berikanlah apa yang kita ada. Harta di tangan tidak berkekalan, kudrat yang ada jangan dipersiakan dan yang memberi tidak pernah menjadi rugi.
1. Saya tidak kenal dengan nama Mufarwa Farid, yang dikatakan orang dari industri motivasi.
2. Kebetulan, dalam seminggu ini saya meluahkan di FB tentang perasaan skeptikal terhadap program motivasi yang bagaikan tidak punya objektif jelas. Pengisian yang lemah dan hanya lebih kepada permainan emosi.
3. Buku ini pula, tak keterlaluan kalau saya katakan tidak lebih daripada catatan diari harian mengisahkan pada tarikh ini dan itu, apa yang terjadi dalam hidup penulis.
4. Benar, ada cerita pengalaman yang boleh dijadikan ikhtibar tapi sangat lemah penyampaiannya, seperti membaca satu daripada 1000 perenggan.
5. Tajuk buku memberi tanggapan bahawa kisah yang dicatat adalah perkongsian pengajaran hidup, sebaliknya lebih kepada catatan fakta peribadi.
Kemaskini; Boleh rujuk posting di FB tentang motivasi "nangis-nangis" seperti link di bawah. Saya musykil dengan ukuran "bila ramai menangis, bermakna program motivasi itu berjaya". Dan catatan posting ini "menyokong" pendapat saya.
Penulisan yang bagus cuma tajuk macam tak 'wrap' elok dengan keseluruhan konten buku. Buku ni lebih kepada catatan penulis sepanjang membina syarikat consultant motivasi. Banyak juga bahagian yang nak angkat bakul sendiri (tak salah, cumanya ada cara yang lebih baik untuk sampaikan kelebihan/ pujian orang kepada kita tanpa nampak gebang bila baca).
Tak rate untuk buku ni cumanya aku faham sebab apa buku ni rating macam tu.
Anda akan bersama penulis mengikuti liku-liku dan pengalaman beliau dalam menubuhkan sebuah syarikat motivasi. Ambil lah apa sahaja kebaikan dan pengajaran yang anda temukan dalam buku ini.
Penulis menrakamkan pengalamannya sehingga berjaya mendirikan syarikat dalam usia yang maish muda. Tetapi cara penceritaannya perlu diperbaiki. Macam baca diari pun ada. Dua bintang sahaja kerana membosankan
Waktu terbaca tajuknya, aku ingatkan ini buku motivasi. Ternyata ini buku pengalaman penulis ketika menjadi seorang penceramah motivasi & fasilitator kem. Agak menarik kerana pengkisahan perihal penceramah motivasi memang tidak pernah ada lagi dalam dunia pembukuan, jadi aku sangat banyak peroleh ilmu-ilmu baharu.
Di setiap pengalaman yang penulis nukilkan, ada terselit beberapa tips, potongan hadith dan ayat-ayat al-Quran di dalam setiap bab. Tips yang diberikan sangat umum, iaitu perkara penting dalam mengurangkan liabititi sesebuah syarikat, cara menambat hati anak remaja untuk memberi perhatian kepada pembelajaran kita, teknik bersyukur yang sebetulnya, cara memartabatkan semula Bahasa Melayu di media sosial dan banyak lagi.
Aku tertarik dengan beberapa glosari yang berkaitan dengan aktiviti kem motivasi. Aku pernah dengar tentang golongan pelajar yang fasilitator pecahkan, iaitu golongan Poyo, golongan Mikrofon Rosak dan golongan Monyet. Penulis menjelaskan ketiga-tiga golongan ini dengan baik sehinggakan aku boleh memahami corak perangai masyarakat yang tentunya sentiasa ada di mana-mana.
Serius sangat menarik buku ini, lagi-lagi apabila setiap potongan hadith yang penulis tuliskan kebanyakannya hadith yang agak kurang diketahui oleh semua orang.
Be A Giver: Bahagia Dengan Memberi by Mufarwa Farid
Bacaan keempat untuk tahun 2020. Tertarik dengan naskhah ini kerana tajuk nya dan rekabentuk kulitnya yang bagi saya cantik ☺️ . Namun begitu, bagi saya pengisian nya lebih kepada catatan perjalanan penulis; dan bukan mengenai hakikat memberi dan hikmahnya. 😅 Agar tersasar apa yang saya jangka dan isi buku ini. . Ada diselitkan pengajaran juga. Cuma bagi saya, masih ada ruang untuk penambahbaikan. . Penilaian peribadi : 2.7⭐️/5⭐️
Gaya penceritaan yang lemah. Lebih kepada catatan diari pengalaman beliau berceramah motivasi. Tiada kepelbagaian dalam penyampaian cerita. Dari mula sampai akhir, agak membosankan. Tajuk tidak sesuai dengan kandungan.
Banyak sangat pengajaran yang saya dapat. Tak menyesal beli buku ni ❤️ setiap akhir bab mesti ada quotes dan gambar yang sesetengah orang sahaja akan faham 🦋
Jujurnya saya agak kecewa dengan buku ini. Tajuk dan isi buku langsung tidak serupa. Ingatkan di dalamnya akan dinukilkan kata atau kisah motivasi tentang menjadi seorang pemberi malangnya ia tidak lebih daripada kisah catatan peribadi hidup penulis. Tidak dinafikan ia menarik dan diselang-seli dengan peringatan dan kata-kata nasihat tapi saya kurang jelas dengan arah tujuan buku ini.