Dentang adalah buku ketiga dalam Trilogi Kentang/Tentang/Dentang,. Setiap buku dalam trilogi ini adalah dalam genre berbeza (Tentang adalah esei anekdot, Kentang adalah ilustrasi satira, dan Dentang adalah novel fiksyen) dan boleh dibaca berasingan. Ketiga-tiganya tidak bersambung sesama sendiri.
Novel Dentang adalah kisah coming-of-age seorang watak utama bernama Dentang bersama keluarga dan rakan-rakannya. Buku ini adalah buku Saharil yang paling critically acclaimed.
SAHARIL HASRIN SANIN ialah seorang penulis, ilustrator, dan visual artist berasal dari Pontian, Johor, dan kini bergiat di Kuala Lumpur, Malaysia. Sepanjang kariernya, beliau telah dianugerahkan Selangor Young Talents Awards, Hadiah Sastera Darul Ta’zim Johor, Hadiah Sastera Berunsur Islam, serta lain-lain pengiktirafan. Biodata: http://bit.ly/biodata-saharil
Novel Dentang ni semacam kita tengah baca diari Dentang. Cerita tentang keluarga dia yang berkecimpung dalam Dondang Sayang *cakpung, cakpung* *dentang!* (effect suara tapi pandai-pandai lah bayangkan hehe), kehidupan Dentang di perantauan, selitan kisah rakyat dan kisah cinta aneh yang beralih-alih semacam kita tukar saluran tv tetapi setiap cerita masih difahami. Make sense kata orang kampung saya.
Antara buku yang banyak saya telinga anjingkan dan tanda. Tuan Saharil ada aura penulisan yang unik, one of a kind bak kata orang kampung saya (sekali lagi) dan rawak. 4.8 bintang, sengaja tak bagi lima sebab tak ada yang sempurna dalam dunia ni, *tiber*.
Buku ni sumpah nice and compact. Kau dapat belajar tentang sifat manusiawi, kasih sayang antara keluarga, kawan dan kekasih, belajar untuk terima takdir dan cara untuk sembuh dari luka kehilangan seseorang yang kita sayang, budaya, asimilasi budaya, dondang sayang dan kau akan belajar cara nak hargai keunikan Bahasa Melayu. Semua ni dalam 200 muka surat, yes betul, 200 muka surat.
But obviously, I wish there were more discussion on Baba Nyonya and Bugis culture and asimilasi budaya. I really wish but disebabkan buku pun pendek, it's job well done by the author.
Satu lagi, aku dah masuk bab ketiga, baru perasan, satu bab punyalah panjang, I was like wait a minute, tak terasa pun. Aku ni jenis suka chapters yang pendek. Kalau panjang, rasa buku tu lambat gila nak habis. Tapi disebabkan oleh gaya penulisan penulis yang play with the timeline with such amazing skill, I thoroughly enjoyed reading the story. It requires a shit ton of experience and mad skill to be able to play with timelines like that and yet not confusing at all.
Also, this book is filled with heartwarming quotes which link so perfectly at the end of the book. Eventually, it made me cry a river (well, almost la). Tapi sedih betul. 😭🙃
Thank you to those who have reviewed Dentang and been talking about it non-stop. I truly enjoyed this masterpiece!
Bila baca 'Dentang' ni, emoji-emoji wajah akan silih berganti. Baca sekejap pastu elipsisnya lama. Emosi hiba mendominasi pembacaan.. huhu. Sebak weh. Macam kau selak helaian kulit bawang. Betul la hidup ni macam bunyi dentang tetawak yang berirama dan berulang-ulang dalam rumus matematik. Sebenarnya aku nak bagi 10 bintang kat 'Dentang' ni. Hidup ni memang pahit tapi akan manis di hujungnya. InsyaAllah...
Sebuah novel yang menarik yang memberi satu refleksi berkenaan konsep takdir dalam kehidupan. Dimuatkan 3 kisah yang terkait dengan dunia percintaan. Kisah emak, ayah dan Ibu Astrid, Kisah Ringkitan dan Beruang Kaukus, dan cerita Salinda dan Haikal.
Kombinasi 3 cerita yang saling lompat babak diantara satu cerita demgan satu cerita yang menyedapkan novel ini. Gaya penulisannya lebih tearah seperti pembaca sedang membaca kisah hidup seorang Dentang. Dentang yang mempunyai pengalaman dalam 3 kisah yang berbeza.
Malah, penggunaan tanda baca yang membentuk seolah-olah emoji senyum seperti :), muram :(. Ini yang membuatkan novel ini ada keunikkannya tersendiri. Bahkan, jalan ceritannya sarat dengan pelbagai idea dan sebagainya.
Tambahan pula, ditambah dengan pantun klasik yang dimuatkan di dalam novel ini dalam bentuk persembahan Dondang Sayang. Setiap muka surat mesti tersemat kata-kata yang memberi kesan kepada hati sebagai pembaca. Mudah kata, penulis menukilkan "quote-quote" yang menggambarkan dunia percintaan, kehidupan dan takdir.
Penceritaan dalam buku Dentang ni sangat unik. Buku ni semacam diari/journal yang masanya terjadi antara masa lalu dan masa hadapan. Berselang-selang. Ada 3 cerita utama; antara mak & ayah dentang dan ibu astrid, ringkitan dan beruang kaukus dan haikal dan salinda.
Timeline dalam buku ni bercampur aduk. Kejap di depan, kejap di belakang. Tapi akhirnya, semua tanda tanya akan terjawab. Sebab tu aku kagum dengan gaya penulisan penulis. Penulisannya sangat unik. Penulis menggunakan banyak tanda baca dan emoji untuk menyampaikan emosi.
Semua tanda baca tu penulis akan jelaskan penggunaannya jadi aku boleh bayangkan macam mana watak-watak berdialog.
Jadi segala rasa perasaan ada ketika membaca. Sedih, kelakar, gembira, rasa nak menangis, hiba.. 😭 paling terharu bila baca pesanan penuh mak dentang.
Cerita ni bagi aku bukan untuk semua. Mungkin kerana terlalu unik maka pembaca akan rasa bosan, pelik? Tapi, untuk yang rasa okay, maybe akan enjoy macam aku.
Perasaan bercampur-baur. Lucu, sedih. Terkejut juga dengan penampakan emoji dan tanda baca dengan tafsiran daripada penulis sendiri. Peralihan babak yang sangat rawak. Tapi yang uniknya, saya boleh terima dgn smooth semua itu. Satu perkara yang terlintas sewaktu saya mengamati novel Dentang: "GENIUS!".
Semua nasihat emak dentang yang ditulis atas kain bafta kuning, semuanya aku highlights kan. SEMUANYA. Semuanya seakan relate dengan hidup manusia biasa, yang tersangat biasa, macam aku.
"untuk luka menjadi sembuh, engkau kena berhenti menyentuhnya"
"engkau kena sedar hidup ini memang pahit, tetapi hujungnya nanti, sentiasa akan manis, kalau belum manis..maksudnya kita belum di hujung"
"..atau kekal bujang, kalau mahu. Jangan rusuh. Tunggu sahaja takdir siapkan kisah cinta engkau. Tapi kalau masanya sudah tiba untuk engkau berkahwin, engkau kena kahwin sekahwin-kahwinnya. Tiada separuh separuh dalam rumahtangga"
itu antara 3 dari berpuluh ayat nasihat emak dentang.
Ini antara buku yang saya tak mahu habis baca dengan cepat. Saya suka bila Dentang ulang-alik cerita tentang hidup dia, Ringkitan, kawan-kawan dia, Ibu Astrid-- pandai pula penulis selit di mana yang patut dan elok pula terletak cerita-ceritanya dan tak ganggu kisah utama. Banyak emosi dengan kisah Dentang sendiri tapi nasihat-nasihat yang emak Dentang bagi sesungguhnya sangat bagus sampai saya terangguk-angguk sendiri.
Paling suka dengan penggunaan emoji-emoji di setiap perenggan-- comel pula bila saya imajin dalam kepala bila Dentang buat muka tanda tembok.
Novel yang sangat menarik dan penuh inspirasi. Barangkali akan baca lagi kemudian nanti.
Huwaarrghhh.. Sungguh aku tak terduga dengan kandungannya. Best dan sangat menarik. Aku mula-mula meragui, apakah isi dalamnya, tentang apa tapi setelah baca ternyata aku jadi melengah lengahkan kerana tidak mau habis dengan cepat. Penulis sangat pandai memikat pembaca samada dengan tanda baca yang comel mahupun jalan penceritaan yang tersusun dan kemas. Kalau aku jenis highligh buku untuk quotes menarik, nescaya buku ini akan penuh halamannya dengan highlights. Memasuki carta buku kesukaan aku tahun ini
"Untuk luka-luka menjadi sembuh, engkau kena berhenti menyentuhnya,"
Semua orang memperingatkan jangan menangis bila saya mahu membaca buku ini. Tapi mata saya berkaca cuma bila Dentang menyanyikan pantun dengan suara pecah-pecah, untuk beritahu yang 'emak sudah boleh pergi meninggalkan kami'. Emak tak usah bertahan lagi.
Kalau nak gugur gugurlah nangka, Jangan terhempap si putik pauh; Kalau nak tidur tidurlah mata, Jangan dikenang - lah kenang - orang yang jauh.
Emak menyahut: "Cakpung cakpung."
"Dentang!"
Ketika itu Dentang tak pasti emak sedar atau tidak, pantun yang Dentang dondangkan itu ditujukan kepadanya.
Kemudian emak membalas:
Pasang rebung kayu meranti, Tepi gelegar burung bersarang; Tidak tertanggung rasa di hati, Nanti terbiar - lah terbiar - kamu seorang.
- Perasaan saya jatuh.
Begitulah tamat seharian berdentang sempena Hari Ibu.
Saya gemar ‘Cerpen-Cerpen Patah Hati’, tapi yang sejujurnya membikin lagi patah hati adalah Dentang.
Sepertimana fikiran kita sering melompat dari satu buah fikiran ke buah fikiran yang lain, penceritaan Dentang menerawang seperti sebuah bual yang panjang melalui emel atau surat, diisi emoji dan penggunaan tanda baca yang punya fungsi special dalam novel ini.
Novel ini terus menerus menyuap pembaca dengan pahit manis kehidupan Dentang semasa muda, kehidupan Dentang bersama teman-teman seuniversiti, dan hikayat Ringkitan dan Beruang Kuskus, diceritakan berselang-seli dengan transition yang lancar.
Paling aku suka tentang novel ini? Gaya bahasa penulis yang effortlessly baku. Antara buku yang akan menjadi rujukan aku kalau aku menulis kelak—kerana penggunaan kosa-katanya yang berbagai dan lembut bunyinya, cocok untuk bercerita.
Baca muka surat pertama, tak paham jalan cerita. Tiba² ada simbol² lain pulak. Jadi, sebelum baca buku ni, sila buka dulu muka surat 199. Hehe. Isi kandungan buku ni seronok. Ralit membacanya sehingga ke muka surat yang terakhir. Tapi di penghujung cerita, sedih sangat. Momen² Dentang bersama Emak beliau. Moga penulis dapat cipta lagi karya sebegini di masa akan datang.
Setiap kali membaca karya Saharil Hasrin Sanin selalu muncul pertanyaan, dari mana Saharil menemukan kalimat-kalimat tepat yang mengalir dengan lugas dan tidak menjemukan? Gaya penulisan Saharil sangatlah khas, bahkan sangat mudah dikenali, ia selalu berhasil menyelipkan humor dalam situasi sedih tanpa mengurangi emosi sedih yang ia bangun. Diksi dalam satu paragraf tidak pernah terlalu panjang, namun tidak menghilangkan unsur puitis dan mudah dipahami.
Saya jadi teringat salah satu kalimat dalam novel Filosofi Kopi, Dee Lestari; “Seindah apa pun huruf terukir, dapatkah ia bermakna apabila tak ada jeda? Dapatkah ia dimengerti jika tidak ada spasi? Bukankah kita baru bisa bergerak jika ada jarak? Dan saling menyayang bila ada ruang?” Dan Saharil saya rasa berhasil mengaplikasikan hal ini dalam novel Dentang yang ia tulis.
Ini sebuah pengalaman membaca yang luar biasa, di mana pembaca bisa dibuat tertawa, dan menangis dalam waktu yang hampir bersamaan.
Sebuah novel yang sarat dengan emosi. Banyak juga info menarik seperti budaya Bugis yang mengiktiraf 5 gender, dondang sayang, terapi muzik untuk penyakit Parkinson. Kiranya novel ini bukan novel kosong tak ada inti. Dan gaya penulisan yang unik kerana banyak tanda baca seperti emoji dan rekaan penulis yang memberi satu kepuasan baru dalam membaca. Haha. Dentang bercerita tentang orang di sekelilingnya yang rasanya pada pandanganku, orang-orang yang disayanginya. Menariklah senang cerita!
Gaya penulisan menarik. Ada banyak kisah yang menjadi yang melatari kisah utama iaitu Kisah tentang keluarga Dentang berhadapan dengan ibu yang sakit serta ayahnya dan Dondang Sayang.
Kisah cinta Faisal dan Salinda serta cerita tentang Ringkitan dan Kusou turut menjadi penyeri untuk menyampaikan maksud kisah utama.
Pertama kali diperkenalkan tanda-tanda bacaan yang baru diperkenalkan dalam novel ini seperti tanda Tilde, tanda Tembok dan Elipsis.
DENTANG Penulis: Saharil Hasrin Sanin Terbitan: KS Media --------------------------------- Perjuangan, Kematian, Kepiluan, Perhubungan digarap dalam teknik penceritaan sastera moden Saharil Hasril. Ini merupakan buku yang dicapai sewaktu GTLF2022. Saharil cuba memperkenalkan banyak perkara antara ingatan sewaktu di London dan Kampung Serkam – dibolak balik tetapi tidak menggelirukan. Sesekali bait bait dondang sayang yang kononnya lantunan ayahnya menghias lamunan cerita yang ingin disampaikan. Cakpung! Cakpung! Dentang! Pembaca akan terbuai tentang kain Bafta, Kain rentang iklan Milo, Beruang Kuskus dan tempayan Momu serta perhubungan cinta antara Haikal & Salinda. Jangan gusar bila Saharil menggunakan banyak daftar tanda baca sebagai ekspresi tulisan dan bahasa tubuh, ada selitan semi akademik di belakangnya bersebelahan monolong sang ibu untuk Dentang, setelah tamat bab 5. Ia enak dibaca, mahu dikatakan santai juga tidak, terlalu sastera menekan juga tidak. Hias kulit Kinstugi Jepun adalah tepat tentang bagaimana kelukaan lalu mampu dipositif indahkan oleh tiap individu yang semakin tajam pemerhatian. Dentang ketika ini diedarkan secara talian oleh KataPilar Books.
selesai membaca Dentang versi 2021 pd 19/12/2021. Bagi aku karya penulis ni sgt lain daripada lain serta sarat dengan pengajaran dan nasihat tentang kehidupan. Berlatar belakangkan watak utama Dentang, penulis bijak menyusun cerita diselang selikan dengan kisah lain yang kena pada tempatnya dan langsung tidak mengganggu jalan cerita utama. Kisah ibu Dentang juga sgt menyayat hati dan meninggalkan kesan dalam jiwaku. Tak tahu nak ulas lebih lagi, yg paling penting terlalu sedap ayat-ayat dalam buku ni sampai aku rasa nak tabbing je semua. 😂. Tahniah buat penulis, buku yg berbaloi dibeli dan disimpan jd koleksi. Teruskan berkarya.
****mudahan banjir di beberapa kawasan cepat surut & dipermudahkan urusan semua mangsa banjir.
Buku Dentang berupaya buat aku pandang dunia dari sudut berbeza. Cuma tak tahu berapa lama kesannya. Ada interrobang, elipsis, emoji-emoji dalam ruang udara. Tak nampak dalam bentuk fizikal yang boleh dipegang tapi ada. Comel >,<
Serupa macam masuk dunia anime pun ada.
Tapi comel cuma selitan. Syahdu, berat, pedih, manis, redha, dan tenang. Saharil bagi penekanan manis di hujung. Tapi kesan pada aku lebih kepada tenang di hujung.
Bacaan akhir tahun aku yang penuh bunyi, emoji, tanda baca, dan dentang! :')
Dan berterima kasihla Salinda ada seorang kawan yang bernama Dentang. Tabah dia teman kau nangis.
Secara jujurnya, di awal pembacaan - saya langsung tidak bersedia dengan kecamuknya pengisian novel ini. Tanpa amaran, penceritaannya melompat ke sana ke sini tanpa bab khusus.
Akhirnya dalam gabungan kisah-kisah yang bercampur baur, terselit sesuatu yang indah. Naskah yang sarat dengan isi tersirat. Kisah Dentang yang merindukan si ibu yang telah pergi meninggalkannya bersama pesanan-pesanan buat meniti kehidupan serta sebuah Momu yang telah di Kintsugi sebagai pengubat rindu.
Termuat juga kisah yang diceritakan oleh si bapa yang mana secara tidak langsung sedikit sebanyak turut terkait dengan pesanan gemulah si bonda.
Semua orang akan melukakan engkau, semua orang akan membuatkan engkau kecewa. Termasuk orang yang paling engkau sayang. Yang itu engkau tak boleh nak elak, Dentang. Yang boleh engkau buat adalah memilih, luka daripada siapa yang engkau sanggup tahan.
Dentang bukan sekadar bunyi.
Cakpung Cakpung Dentang!
Nota : Membaca naskah ini menyebabkan saya mencari kisah Ringkitan dan Beruang Kuskus serta sudah turut meminati lagu Titiek Sandhora - Merantau dan Tante Cerewet. Terima kasih penulis!
Kerana Dentang, segala kerja terhenti setengah jalan. Kerana Dentang jugalah, mesej-mesej hari ini dibalas lambat. Kerana Dentang, mata bergenang dengan lebat. Kerana Dentang jugalah, jiwa saya terubat dengan satu hakikat - buku tempatan tak kurang hebatnya.
Seorang kanak-kanak yang mendewasa dengan pesanan arwah ibunya, dendangan Dondang Sayang bapanya dan Dongeng Ringkitan dan Beruang Kuskus; itulah tema buku Dentang ini. Babak yang membuatkan saya mengongoi, tersedu-sedan adalah pabila Dentang (nama panggilan watak utama) berpantun kepada emaknya yang tenat, cuba berkias dalam menyatakan hasratnya. Hasrat Dentang dalam pantun kepada Emak : Emak sudah boleh tinggalkan kami. Sudah tidak perlu menanggung sengsara sakit. Pergilah Emak, kasih Tuhan kan terus melimpahi. Dentang, terima kasih menyerikan cuti pertengahan semester saya (dan merobek jiwa saya sedalam-dalamnya)
This buku tentang kehamilan is so damn good that i cry. Totally not because of hormones. Kalau pelakon-pelakon drama selalu persuade orang untuk tonton drama sebab katanya 'ada kelainan' and end up the same old plots. Tapi kalau orang kata buku Saharil perlu dibaca kerana 'ada kelainan' well, orang tak sebut ada kelainan itu pun, aku tahu mesti lain punya! And selalunya most writers yang aku pernah baca (not that a lot pon) they have specialty. Kalau puisinya bagus short story nya biasa. Kalau short story nya bagus novella nya hambar. Tapi Saharil semua benda bagus ni dah kenapa *interrobang*. Up next, Cerpen-Cerpen Underground.
Selesai membaca Dentang, tulisan Abam Sado Saharil Hasrin Sanin. (Lamanya dah beli baru je selesai baca bulan lepas T_T)
Tahniah Saharil. Novel ini terlalu unik. Terlalu banyak ayat-ayat yang menyentap emosi keibuan saya. Terlalu banyak humor yang buat saya tertawa besar, walau belum sempat air mata saya kering kerana ayat-ayat sebelumnya.
Salah satu jenaka sinikal dalam Dentang yang saya sangat suka: "Walaupun kisah ini berlaku sebelum kedatangan media sosial, berita tentang kemanusiaan Kusoi tersebar luas dengan cepat" Oh, how not to laugh out loud???
Dentang, Sebuah novel yang mampu menyentuh perasaan pembaca. Sebuah novel yang mempunyai pelbagai tema-kasih sayang, kekeluargaan, kehidupan, kesenian dan budaya serta percintaan. Sebuah kisah tentang kasih sayang ibu-bapa kepada seorang anak dan kasih sayang anak kepada ibu-bapa. Sebuah novel yang penuh dengan pengajaran tentang kehidupan dan perjalanan sebuah kehidupan.
– 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼 – Dentang mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Dentang, mengharungi hidupnya yang pelbagai rencah. Ayahnya seorang nelayan dan juga penyanyi Dondang Sayang manakala ibunya pula disahkan menghidap kanser. Diselitkan juga kisah Ringkitan, perempuan jelita yang berkahwin dengan seekor beruang dan juga Salina, wanita yang menangis tidak henti-henti.
– 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓮𝔀 – Fuh lain dari yang lain taktiau nak habaq. Kita tak menangis baca buku ni tapi rasa sebak go thru pages by pages lagi lagi belah belakang 🥺
Awal awal pembacaan ni kita selalu konfius “eh tiba flashback”, “alamak dah kat overseas pulak” tapi masuk page 20+ tu dah ngam ngan rentak dia. Baca buku ni rasa macam kita ada dalam kepala Dentang, sangat ‘loud’ & sangat random (sama macam fikiran kita T_T). Kita bagi contoh nak tunjuk random satu ya, Dentang tengah cerita dia berjalan dalam orang ramai, nampak pokok teringat kat kayu tetiba teringat kat wand Harry Potter, eh tiba terpikir wand tu diperbuat dari kayu apa. Ha begitu sekali random nya 😭☝🏻
Plot ceritanya pula bagi kita biasa biasa sahaja. Pasal manusia biasa dengan kehidupan biasa dan ujian hidup yang biasa, such a slice of life genre, kan? ☺️ Tapi apa yang menariknya ialah perkataan dan susun ayat dalam buku ni. Pembaca bukan setakat baca cerita fiksyen semata tapi ikut berfikir apa pesanan mak Dentang, apa buah fikiran Dentang and open to much more perspectives of life.
Ada satu perkara unik pasal penulisan Dentang ni tau which is author suka guna tanda baca as emoji and I enjoyed it very much! 🤣 Rasa macam tengah tengok anime tapi dalam bentuk novel Melayu tradisional gitu. Contohnya kita selitkan kat bawah: 🔍 Tilde untuk tanda bisikan : ~Macam mana keadaan mak kamu~ 🔍 Interrobang : ⁉️ 🔍 Ellipsis : …
– 𝓡𝓮𝓴𝓸𝓶𝓮𝓷𝓭𝓪𝓼𝓲 – Pembaca yang inginkan something fresh & new, nak soothing & comforting words regarding life tapi dalam bentuk fiksyen, baca lah Dentang, highly recommended! 🥺
Awalnya, memang tak boleh diagak, apakah isi kandungan buku memandangkan tajuknya sangat ringkas.
"Dentang" ?!
Namun digagahkan diri juga untuk tetap menghabiskan bacaan memandangkan buku ini sebelumnya didapatkan secara percuma dari seorang rakan, berbanding buku-buku lain yang kebanyakannya memerlukan pitih untuk memilikinya. Kulit muka depannya juga menimbulkan 1001 tanda persoalan.
Jadi sayang jika tak dibaca.
Satu hal yang membuatkan saya rasa bacaan kali ini agak menarik daripada bacaan buku-buku sebelum, kerana penulis menyelitkan beberapa tanda baca yang dicipta untuk menambah kepada penceritaan. Katanya, "banyak kali perkataan dan ayat ayat tidak terluah dari bibir, makna yang mahu disampaikan hanya membentuk di dalam fikiran, lalu tercerna di wajah, menjadi raut dan setiap kali mahu menulis, apabila mahu menceritakan semula bahasa-bahasa raut wajah seperti itu, saya akan beri tanda baca [ ] kerana ada kalanya, perbuatan boleh jadi lebih bising daripada kata-kata."
Tambahan, penulisan buku ini membuatkan pembaca perlu ada kemahiran membanding beza antara yang realiti, mitos, dan masa lalu. Tak semena-semena dalam penulisannya tentang kehidupannya di London, penulis tiba-tiba membawa masuk situasi masa lalu yang mengingatkan Dentang tentang penyakit barah yang dihidapi emaknya serta kaitan hidupnya dengan satu hikayat dongeng "Ringkitan dan Beruang Kuskus".
Dan, memandangkan Dentang yang merupakan nama kepada watak utama buku ini diambil daripada bunyi tetawak dentang-dentang-dentang macam bunyi jam tepat waktu, maka penulis banyak memasukkan elemen-elemen dan ilmu berkaitan seni muzik dalam penulisannya, kerana tema utama buku ini sebenarnya berkisarkan tentang Dondang Sayang yang dipersembahkan oleh ayah Dentang bersama kumpulan budayanya sambil Dentang yang memukul tetawaknya.
Agak "blur" di awal pembacaan, kerana masih belum mendapat rentak dalam memahami cara penulisan penulis. Namun, seiring waktu berlalu, buku ini akhirnya dapat dihabiskan dengan penuh rasa puas atas segala emosi dan ilmu yang dikongsi penulis.
Terkadang, rasa macam "reconnect" dengan jiwa penulis.
This is a masterpiece. At first, I picked up the story as a curious reader. Enter Dentang's mom, or more like as her story unfolds, I found myself reading as a fellow cancer patient. Every scene revolving around Dentang's mom were very close to my heart. Saharil Hasrin Sanin wrote it so vividly yet so honestly. I can relate so much that I've forgotten it's fiction.
Salinda and Haikal cracked me up like it's nobody's business! Haikal is probably too madly in love, that he accepts whatever shizz being thrown at him. Salinda, with her terrorism approach towards Haikal, is probably the foolest of fools in love. She just can't think normal. Heh. I love to see the friendship and loyalty among Dentang, Salinda, Haikal and Moana. They're family not connected by blood.
Dentang's Dad and Ibu Astrid, now that's an interesting venture. To me, they're the icon of broken things recognizing each other. A kindred spirit of suffering and acceptance. I was thrilled watching their story panned out. The surprise - you've got to give it to Saharil for peak surprises, like bang, he suddenly throws it at you with no assalamualaikum - was nice. You can literally smell the salty sea breeze as it happens.
About Dentang. He came across as an honest person. Mature beyond his years. And also funny with a sprinkle of resigned acceptance. His inner monologues are gems (Saharil is a genius for leveraging emojis here). His pantun exchange with his mom made me cry buckets. His obsession to finish Ringkitan and her beruang kuskus of a husband tale is mad hilarious. I found myself too invested in them.
All in all, this has been a spectacular read. You can enjoy Dondang Sayang pantun while reflecting on life. Life is not meant to be perfect, its trials and tribulations are flavours that made us a living human. Do read Dentang, especially the letter at the end. You'll find respite (some or a lot, the dose will depend on you) from your worries and woes, I assure you.
*cakpung* *cakpung* Dentang! Hands down to one of the best books I have read this year. Aku terpengaruh untuk membeli buku ni lepas nampak ramai rakan-rakan komuniti buku di Twitter yang dah baca Dentang. Pada awalnya, aku pun tak faham buku ni nak cerita pasal apa. Penggunaan-penggunaan emoji dan simbol tanda baca yang boleh dikatakan agak baru bagi aku membuatkan aku keliru dengan cara penceritaan Dentang ni. Tapi, ini lah yang membuatkan Dentang unik dan lain daripada yang lain.
Dalam buku ni, boleh dilihat penulis memartabatkan alatan-alatan tradisional seperti tetawak dan yang seangkatan dengannya dalam budaya Melaka. Dentang juga membuka mata aku untuk menghargai seni tradisional yang berada di Malaysia terutamanya persembahan Dondang Sayang. Rasa sedih bila tradisi-tradisi kita hanya menunggu untuk ditelan zaman.
Semasa membaca Dentang ni, aku kerap kali mengimbau kenangan-kenangan menghadiri persembahan tradisional semasa aku masih kecil. Terlalu banyak input dalam Dentang yang berkisarkan realiti kehidupan bermasyarakat, keluarga, persahabatan dan kasih sayang. Jalan cerita yang *raw* membuatkan buku ini lebih seronok untuk dibaca dan dihayati.
Nampak je Dentang ni nipis tapi penuh dengan nasihat-nasihat yang tersurat mahupun tersirat. Paling menarik apabila setiap perenggan diselitkan dengan irama pantun dondang sayang, terserlah rasa klasik. Paling terkesan dalam Dentang ni semestinya nasihat-nasihat yang ditinggalkan oleh emak Dentang, rasa syahdu sungguh. Dont ever hesitate to buy Dentang, it is a great book.
Ada beberapa buah buku yang membuatkan saya menangis termasuklah buku ini. Tetapi tidak dapat dinafikan juga saya memang seorang yang mudah menangis. Pernah sekali saya menangis sebab >> Dentang menceritakan tentang Dentang, tetawaknya dan ibu yang sakit. Ada beberapa watak lain yang penting tapi dirasakan tempelan kerana kekuatan dialog dan kata-kata penuh makna di antara Dentang dan ibunya. Benar diperkatakan, tiada kesetiaan yang lebih utuh berbanding kesetiaan di antara seorang anak dan ibu. Buku ini mengajar kita bahawa, kadang kala, ada masanya begitu sukar untuk meluahkan sesuatu atau menggambarkan sesuatu, maka cara terbaik untuk memberi respon adalah melalui emoji-emoji. ^_^ >_< ^o^
Pasang rabung kayu meranti, Tepi gelegar burung bersarang, Tidak tertanggung rasa di hati, Nanti terbiar -lah terbiar- Kamu seorang Cakpung, Cakpung, Dentang!
Sedikit emoji untuk terjemahan jalan cerita Dentang 👨👩👧🎶🧓😷💔👦👧💔💘👫💍🤰💔🤰👶
This entire review has been hidden because of spoilers.