Ini bukan kisah yang ada plot menarik, plot twist, Twisties, mahupun Tropicana Twister. Ini sekadar catatan perjalanan harian seorang mahasiswa biasa. Cuma mungkin, apa yang bakal korang jumpa dalam buku ini agak aneh dan luarbiasa.
Buku ini merupakan kompilasi hasil interbiu penulis dengan orang-orang tertentu tentang pengalaman paranormal yang mereka alami sama ada secara langsung atau tidak. Semua nama yang tertera dalam buku ini memang ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
MUHAMMAD SYAHMI HAFIZUDDIN BIN ARMAS adalah seorang pemuda yang tak menyangka dia mempunyai bakat menulis. Apatah lagi dapat menerbitkan sebuah novel. Tapi oleh kerana sejak kecil dah gemar berimaginasi sampai nak gila kepala, akhirnya dia membuat keputusan untuk menyalurkan idea-ideanya ke dalam karya penulisan yang pelbagai sebelum kepalanya meletup. Gemar menulis kisah-kisah yang memotivasikan dan genre aksi ala-ala filem hollywood gitu. Ada menerbitkan beberapa cerpen dalam majalah. Dan novel pertamanya yang padat dengan aksi- TANGKAS.
Tahniah Syahmi untuk buku ketiga ni. Moga terus berjaya lagi~
Apa yang aku suka dengan buku ni adalah kulit bukunya yang cantik. Satu bintang untuk itu. Kemudian blurb yang tepat dan jujur. Untuk orang yang malas baca blurb macam aku masa baca buku, mesti akan rasa pelik apa benda yang aku baca ni. Tapi bila belek belakang, owhh tuan penulis dah bagitahu awal-awal dah yang buku ni bukan karya fiksyen, tiada plot menarik dan lain-lain. Ok boleh dimaafkan. Satu lagi yang aku suka adalah penyampaian cerita oleh Syahmi. Ketiga-tiga bukunya yang aku baca, narasi ceritanya sangat sopan. Jarang kau jumpa perkataan-perkataan carut ni. Bagus budak ni~
Tapi apa yang aku tak suka dengan buku ni...
Permulaan cerita hingga hampir separuh buku, ia sangat hambar. Plain. Macam makan bihun sup tapi sup dia tiada rasa. Rasa nak terbalikkan je mangkuk sup tu. Begitulah rasanya. Hampir 50-60% cerita dalam ni lebih berkisarkan kisah penulis dengan aktiviti di kampus dan hidupnya. Interbiu dan kisah-kisah seramnya cuma sedikit malahan tiada apa yang seram pun. Cerita biasa yang sudah kerap kali kita dengar dan satu lagi adalah Syahmi menggunakan 'abam' untuk menggantikan kata ganti nama yang sedia ada. Memang agak unik, tapi nampak agak janggal dan tak seronok. Orang kampung macam aku selalu jumpa 'Saya' dan 'Aku' saja dalam buku. Tapi itu tak jadi masalah sangat, cuma belum dapat suaikan diri. *gelak*
Buku yang paling aku suka antara ketiga-tiga karyanya masih lagi kuat dengan buku Tangkas. Tapi terus-terang, makin lama, buku Syahmi makin rasa hambar. Revolver masih power berbanding ini walaupun sangat kurang berbanding Tangkas. Apa-apa pun, moga buku seterusnya lebih mantap dari yang ketiga ni~
Berbalik pada yang bagusnya dengan buku ni, adalah penulis ada menyelit nota, komen, tweet dan segalanya mengenai kisah-kisah yang pernah orang lain lalui. Ada yang lucu, seram dan bolehlah. Usahanya untuk menghasilkan buku ini, patut dipuji sebab tulisan buku ini agak kemas.
Jadi kesimpulannya (cewaahh), kepada sesiapa yang mengharapkan sebuah cerita seram yang mana bila kau baca kau takut nak berdiri dari tempat kau duduk atau baring tu, buku ni bukan untuk anda. Sila cari buku lain.
Tapi buku ni masih santai dibaca. Kalian boleh bagi dengan anak-anak dari kecil sehinggalah yang baru nak baligh. Ia bersih, suci dan murni. Manatau boleh dijadikan panduan kalau ada anak-anak yang nak masuk UIA nanti.
Aku sebenarnya tak dapat nak habsikan baca pun. Apa yang aku buat selepas aku baca suku buku adalah hanya selak-selak dan tengok sekali lalu.
Aku kecewa dengan fixi sebab terbitkan buku macam ni, macam tak nak jaga kualiti brand diorang je.
Buku ni mostly mengandungi scene2 interview penulis pada rakan2 dia untuk cerita hantu. Tapi seriuslah, mana seramnya? Kebanyakannya hanya cerita seram yang cliche dalam masyarakat melayu.
Aku adalah peminat kisah seram, tapi honestly elemen seram yang diterapkan dalam cerita ni langsung tak menjadi. Yang seram hanyalah cober buku ni je.
Penulis jugak banyak menceritakan rutin dia sebagai pelajar, WHICH WAS VER BORING TO READ, sebelum sampai ke babak intervew rakan. So aku tak nampak point dia buat flow macam tu.
Saya suka buku TANGKAS karya penulis jadi agak surprise bila baca tulisannya yang terlalu santai begini. Firstly, kata ganti nama narrator saja saya sudah kurang gemar tapi tak apalah-- itu small matter.
Sinopsisnya amat tepat-- memang tak ada langsung plot menarik. Jadi begini saja;
1 bintang untuk semangat penulis interbiu kawan-kawan dan kumpul kisah seram (walaupun yang agak sudah biasa di dengar/baca) untuk manuskrip ini. Tidak ada yang terlalu istimewa cuma mungkin satu dua yang saya belum pernah dengar/baca. Kisah masuk universiti seperti diari penulis sendiri lebih kepada entri blog saya rasa, tapi terima kasih untuk sedikit suntikan humor di setiap aksara. Terhiburlah juga.
1 bintang untuk ilustrasi cover buku dan book mark yang cantik (bagi saya).
Bukan buku yang akan diingati atau dibaca buat kali ke-2.
Cara penceritaan oleh penulis dan bahasa yg santai buatkan aku x rs bosan baca novel ni..wpun tema dia sama je kisah hantu yg cliche dan dah biasa sgt aku dgr..tp x smua lah..ada jugak yg berjaya buatkan bulu roma aku meremang wpun skjp je..huhu...cuak jugak woo...tp diselang seli ngn lawak yg berjaya mengurangkan sikit keseraman kisah dlm novel ni..huhu...
just nice. kisahnya simple. takde lah plot pusing sana pusing sini. buku ni jln ceritanya smooth jer...
ade jugak kisah paranormal dlm ni yg pernah aku dgr dr mulut2 org, ade jugak yg tak(dan pelik)... tp ade jugaklah satu dua kisah yg buat bulu roma aku meremang.. fuhhh.
apa2 pun, good job to writer atas karyanya yg ketiga ini.
Starting yang agak boring. Part tengah sampai ending dah okay kot.
Still rasa disturbing dengan ustaz yang ada bela pontianak 2 ekor tu. Like seriously? Imam masjid kot takkan bela hantu even though hantu jenis tak kacau orang, ke imam cikai cikai? Hahaha.
If I not mistaken, author ada cakap one of his adik study kat UIA PJ. If yes, why not dia tak interbiu adik dia jugak. Mesti ada kes mistik jugak.
Cerita Sab paling interesting kot for me walaupun pernah dengar jugak kes mcm dia before this. Tapi still seram gila babeng, lembaga berjubah muka monyet. Boleh pulak tegur baru pindah ke kak? Bila fikir balik kelakar pun ada jugak. Hahaha. Dah macam monyet Journey to the West 😂
P/s: Bulan Ramadan pun ada jin/syaitan jugak eh? Sebab pernah baca artikel apa tah, depa sebenarnya tak kena ikat pun. Hurmm wallahualam.
Tengok sinopsis dekat Goodreads, penulis kata cerita ini bukan kisah yang ada plot menarik. Jadi, aku tak adalah nak expect tinggi sangat. Okay la cerita dia. Macam baca diari harian seorang yang menggelarkan diri dia sebagai 'abam'. Cerita hantu dia 10% menakutkan; 90% tak menakutkan. Pujian yang aku boleh bagi, aku suka penulisan dia. Kelakar, comel dan sopan-santun untuk seorang penulis lelaki Fixi yang kebanyakan penulis lelakinya kuat mencarut. (Yang kuat mencarut dan banyak letak scene 18sx tu, korang tak malu ea kalau mak ayah dan anak cucu kau baca novel kau?) Bagus la penulis ini sebab letak islamic reminder. Tak lupa tanggungjawab sosial dalam menulis buku ini. Ada la semangat UIA - the torch bearer of the ummah gittew. Sebenarnya masa baca novel ini, aku cemburu juga dengan islamic brotherhood penulis ini dengan kawan-kawan diorang.
(Emmm... boleh ya buat duit melalui pengalaman hidup orang lain? Macam tak ikhlas pula berkawan. "Okay... Hari ini aku nak jumpa dengan Jenab sebab nak tanya dia pernah jumpa hantu tak. Kalau pernah, boleh jadi bahan novel aku. Boleh buat duit.")
Secara jujur, banyak skip sebenarnya. Haha. Baca part cerita hantu saja. Bab 10 dan Bab 12 paling best. Memang selalu dengar juga cerita-cerita seram dari UIA. ada dua kisah yang saya tak boleh lupa.
1. Pelajar perempuan tengah study, tiba-tiba dari tingkap, seorang pakcik guard tanya dia. "Dik tak tidur lagi." Dengan selamba pelajar itu jawab, "belum lagi. tengah study. Esok nak exam." Habis tu pakcik guard tu senyum dan pergi. Tiba-tiba baru pelajar tu teringat bilik dia tingkat 3. Jadi, macam mana pakcik guard tu boleh lalu kat luar tingkap. Terus histeria.
2. Pelajar perempuan ni tengah study juga. Habis tu ada orang ketuk pintu bilik. Dia tanya, "Sapa tu?" orang dari luar jawab, "Orang sebelah!" dia pun bangun dan buka pintu. Rupanya memang orang sebelah. Maksudnya orang tu ada sebelah badan je.
Walaupun buku ini tidak seperti yang saya jangkakan, saya ucap tahniah pada Penulis. Teruskan menulis dan perjuangan. Tahniah sekali lagi :) Mesej-mesej positif yang ada juga amat baik sekali.
membaca karya terbaru syahmi, apa yang boleh aku katakan banyak nostalgia mase belajar di universiti dulu teringat balik.. tb ler lebih kurang. rasanya, sume student lebih kurang jer lifestyle nye.. cite hantu kolej ni memang antra yang feymes ar kan...
aku suke dengan kejujuran naskhah ini, ada part yang sedikit meleret -duhuraikan berlebihan, ada bab yang xde kaitan pun dengan hantu pun tp still leh layan. gigih gak ak scroll fb die nak tngk betul tak die de pos pasal kwn die nak cr jodoh tu.. n google pasal #tipsmasukU tu..hahah
can just finished it in one sit. honestly cerita ni tak berat and banyak benda kelakar. ayat yang bersahaja. takde unsur 18+ ke apa and i really love it !
cuma spoil part ending and hampir ending coz dah banyak part dia cam cerita balik and most of the stories macam sama je. takde unsur seram dah. and part yang cerita seram uni dekat twt tu pun dah start rasa bosan sebab keep on macam copy paste. macam abam cakap takde kredibiliti lah gituh but dont know 🤷🏼♀️ kalau lagi banyak pengalaman lagi best macam starting of the book. untuk kepastian buku ni betul atau tak, saya pun tak dapat sahihkan. tapi abam cakap betul hm betul lah kot
Abam ni penuntut UIA. Bila dah seorang kawan buka kisah seram, Abam buat keputusan untuk interview kenalan yang lain dan dapatkan pengalaman mereka menghadapi dunia mistik ni. Kisah seram pula macam-macam jenis. Ada kisah seram di asrama, kolej kediaman, rumah sewa, rumah sendiri, highway dan paling tak tahan, surau dan masjid pun ada.
Selain kisah seram, Abam selitkan juga kisah kehidupan pelajar UIA. Bukan apa, buku ni lebih ke arah jurnal hidup Abam di UIA. Tapi kalau cerita straight je kisah hidup dia buat assignment ke projek ke, bosan pula kan. Tu yang Abam selitkan kisah mistik. Dan bila dah banyak sangat mistiknya, maka jadilah jurnal ke alam mistik gitu.
* * *
1. Saya tertanya-tanya juga apa maksud kompartment yang Abam selalu sebut ni. Tak dapat bayangkan bilik yang macam mana. Jadi lepas guna khidmat pakcik Google barulah nampak. Beza sungguh dengan bilik kediaman saya masa belajar kat uni dulu. Kelebihan kompartment ni tahap privasi tinggi la tapi kalau duduk sorang-sorang, seram juga. Uni saya dulu ada 3 jenis bilik; bilik dengan 2 katil bujang, bilik dengan 2 katil double decker dan bilik dengan 1 katil bujang. Semua bilik tu saya dah rasa.
2. Abam kata cerita dalam ni kisah benar. Jadi saya tanya rakan sekerja merangkap ustaz merangkap imam masjid dan apa yang rakan saya maklumkan yang kena ikat time Ramadhan setan besar je, setan kecik-kecik ni tetap merayap cuma bila big boss kena ikat, diorang ni macam hilang arah la. Dan dia kata lagi sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Maknanya tak yah la sibuk nak membela/berkawan hatta jin baik sekalipun.
3. Ayat dalam buku ni dikarang ibarat jurnal la. So semuanya sempoi dan ringkas ja. Ada macam-macam isi dalam ni yang kadang-kala boleh buat keliru juga. Sebab saya ingatkan Abam nak koleksikan kisah seram di uni je tapi masuk juga kisah seram yang takde kait dengan uni pun. Most kisah seram ni saya pernah dengar/baca. Takde la bosan pun sebab macam terpikat dengan garapan tu.
4. Buku ni lebih ke arah kisah kehidupan Abam sebagai penuntut di UIA. Kat blurb tu pun dah maklumkan. Jadi bagi yang expectation tinggi melangit nak cerita seram tahap Ju-on tu sila beralih ke tepi ya.
5. Saya pernah baca teori yang waktu makhluk mistik ni merayap ada tiga kemungkinan iaitu:- a. Waktu siang nak bertukar malam a.k.a. senja (antara 7:00 ke 8:00 malam) b. Tepat jam 12:00 malam c. Jam 3:00 pagi (tak pasti tepat atau asalkan 3:xx pagi semua boleh)
Saya pilih (a) sebab time ni la mak saya paling berkeras larang kami 3 beradik jangan masuk tandas atau keluar rumah dan tutup semua pintu tingkap. Kira perintah berkurung la ni.
6. Jangan terkejut kalau makhluk ni boleh baca ayat al-Quran sebab diorang pun mahkluk Allah juga. Cuma mungkin diorang baca dengan niat mengejek je la. So kalau kail panjang sejengkal, sila cari orang yang ilmu lebih tinggi sebelum lautan nak diduga.
Terima kasih kepada penulis sebab buat saya imbau kembali kenangan di zaman uni dulu. Dah la uni tu kat tempat jin bertendang. Alhamdulillah sepanjang 4 tahun kat situ, hidup saya aman je.
Kenapa 1 bintang? Jawapannya ialah aku rasa tulisan dalam buku ini tak patut publish. Ada banyak tulisan lain lagi yang lebih layak. Tulisan ini masih banyak kelemahan dan sesuai jadi bacaan di Wattpad saja. Sori.
disclaimer : ulasan ini dirangka pada ketika aku dekat beberapa bab terakhir. aku tetap gigih cuba habiskan jugak buku ni walaupun... you'll know why.
atp, its ⭐⭐. Peroidt. sebab apa?
ini sekadar catatan perjalanan harian seorang mahasiswa biasa.
Technically, this is a diary-like story. ataupun journal/catatan penulis dalam usaha beliau mengumpulkan cerita-cerita mistik dari rakan-rakan dan kenalan beliau untuk dimuatkan dalam buku ni.
bila part penulis ceritakan semula pengalaman masyarakat awam/rakan-rakan beliau its ok lah. Tapi bila penulis masuk cerita2 random tentang kehidupan/aktiviti seharian beliau, its not annoying but i'm not enjoying that. sebab in real life pun i'm not the kind of person yang give a damn 'bout your life.
Ada sebahagian yang I can relate sebab I was once a student, those add/drop subject, uni life routines, how he spend his semester break and stuffs. But since its not giving much impact on the whole story so its giving a boring vibe yet I managed to finish the whole book.
Kesantaian penulisan buat aku rasa buku ni more like a diary or a blog post, which is memang aku suka la. Tapi too bad cerita-cerita dalam ni agak cliche bagi aku. And macam kat komen-komen bawah cakap. Aku turut merasakan terganggu bila part yang citer tok imam bela kak ponti, dah la sedap pulak tu nama dia woi. Pastu part yang dia dok rumah tu, panjang lak citernya pasai mengemas bilik apa sume pastu citer adik rupanya ponteng sekolah sebab sakit lutut. Sebab apa yang aku expect dari awal sampai akhir harus la cerita pasal dia interbiu kengkawan dia berkenaan cerita hantu (da nama tajuk 'interbiu' so aku tak expect lain la ).
Tapi aku bagi bintang jugak sebab aku selesa dengan gaya penulisan penulis je (antara sebab aku dapat habis buku dalam masa sehari). Semoga penulis terus berjaya.
Ideanya bagus untuk menghasilkan penceritaan secara santai cuma hasilnya tidak memuaskan. Membosankan, macam kau baca diari atau status facebook seseorang yang hambar bercerita. Maaf. Dalam kes buku ini betul pepatah orang putih 'dont judge book by its cover', kulitnya cantik tapi end up isinya tidak seberapa. Ini buku pertama tulisan Syahmi yang aku baca, jadi aku tidak tahulah penceritaan beliau yang sebelum ini macam mana tapi buku Interbiu ni tidak kena dengan citarasa aku, untuk yang baru nak berjinak-jinak membaca secara easy going boleh la kot. 1 bintang untuk cerita biasa-biasa, 1 bintang lagi kredit untuk pereka bentuk kulit.
setting diari/travelog/perbualan dengan kawan tentang pengalaman supernatural.
Ada cerita yang boleh skip, ada yang menarik, ada yang okay. Idea untuk novel tu ada cuma maybe kekurangan 'rasa' sahaja sebab pages every pages elemen dia mendatar sahaja. Baca kisah seram di twitter lagi seram (sesetengah lah)
Masih berbelah bagi nak kasi rating tiga ke empat bintang? Awal-awal kita baca Bab dua ke tiga, cerita interbiu dia masih suam-suam kuku. Tapi bila dah masuk Bab 20+ keatas, makin baca makin seram. Penulisan yang sangat sempoi. Mana tak sempoi, sampai resepi sardin roll pun di share olehnya. #review41
Ini bukan novel tapi buku yang mengumpulkan temubual penulis mengenai kejadian paranormal serta bercerita mengenai kehidupan beliau dan kawan-kawan beliau.. Ada sesetengah bahagian kelakar, ada yang seram dan ada juga yang boring.. Tapi masih menarik dibaca.. Satu kelainan yang menarik..
Seram tapi lawak. Aku cakap seram sebab mungkin aku letakkan diri aku dalam cerita ni. Sebab apa? Sebab sesetengah cerita dalam buku ni berlaku dalam keluarga aku sampai sekarang. Tentang mensyirikkan Allah. Good job to writer!
aku suka gila dengan novel ni!Santai 2 aje sambil minum kopi.(hehehe) xder kopi pun...disebabkan aku baru jumpa buku nie waktu PKP haritu,so lmbat skit aku review hahaha.Since baru masuk sklah
Agak random buku ni haha. One time duk baca pasal some chilling stories then tiba-tiba pasal penulis mengemas rumah dia secara detail dengan adik dia yang claim ada knee pain. I was like wuattt.
Most stories are cliche, as me myself had been living in different hostels for a few years now but still, I'll close this book around 11pm and tried distracting my mind with something else haha so good job Writer? anyway yang buat aku tergelak bila story pasal kawan penulis yang langgar pontianak haha.