Jump to ratings and reviews

Vehaen #2

Vehaen II: Rif'At

RIF'AT. Dia kembali ke tempat asalnya untuk mencari keluarganya sementara masih ada kesempatan. Bermula dengan penglibatannya dengan pasukan perubatan dari Malaysia, Rif'at meneruskan hidupnya bersama anak tempatan apabila terjadinya satu serangan yang mengorbankan ramai rakannya. Bermulalah misi pencarian susur-galurnya di bumi Palestin itu.

NAJDAT. Remaja Palestin yang hidup sebatang kara di rumah perlindungan. Dirinya tidak pernah tersenyum sejak dia kehilangan segalanya. Namun semangatnya tetap teguh untuk membebaskan negaranya daripada cengkaman Zionis. Pertemuan dengan Rif'at mengukir kembali senyuman pada wajahnya. Dia merasakan seperti punya keluarga semula.

"Najdat...."

Najdat tidak menjawab tetapi dia mendengar.

"Boleh aku sertai pasukan ketenteraan kamu ini?"

Najdat menoleh sekilas, angguk, namun disusuli dengan syarat. "Selepas kau temui apa yang kau cari."

***

Ainul Farihah yang kreatif berjaya menggarapkan kisah perang dengan teliti dan menarik sekali. Pembaca pastinya dapat merasakan semangat dan keikhlasan setiap pejuang dalam cerita ini. Sebuah cerita yang harus dibaca oleh anak muda Malaysia.

Paperback

First published August 1, 2016

Loading...
Loading...

About the author

Ainul Farihah

15 books213 followers

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
48 (66%)
4 stars
16 (22%)
3 stars
5 (6%)
2 stars
2 (2%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews
Profile Image for jemsblonde.
85 reviews8 followers
September 26, 2026
ya Allah sakitnya buku kedua ni😭💔💔 i literally menangis sedu sedan tengah malam tadi bila sampai part rif’at dah gone and tak sanggup nak habiskan terus. pagi ni baru ada kekuatan nak sambung sampai habis.

kali ni lebih menarik sebab kisah saat saat akhir rif’at di bumi gaza dan journey rif’at nak cari balik family dia. walaupun sekejap dia meluangkan masa dengan najdat, im so happy for him sebab dah dapat syahid yang dia nak tapi sedihnya Allah😔 sedih sangat untuk najdat. hes only 14 but he so strong. fizikal dan mental. scene dia mengaji untuk rif’at di saat akhir tu sumpah banjir teruk.

bila baca cerita ni buat aku sedar betapa kuatnya pemuda anak gaza yang bermati matian nak pertahankan tanah air diorang dan mendambakan hidup mulia atau mati syahid. walaupun dah sedia maklum irl pun diorang memang anak muda yang digeruni zionis tapi buku ni (walaupun sekadar fiksyen) betul betul membuka mata masyarakat yang masih ‘tidur’ dengan kekejaman zionis laknatullah.

sangat amazed dengan penulis yang sangat details dalam merangka cerita tentang peperangan yang berlaku di gaza, sumpah goosebumps gila. all the tactics and strategies was another level punya berani menentang israel haram jadah ni. kadang rasa malu, aku umur 14 masih main main tapi realitinya anak anak palestin ni dah direkrut jadi tentera. Masha Allah.

kesian jugak dekat amrullah dan imran. esp amrullah🥲 sedihnya la takdir friendship diorang ni dah la memasing jauh benua. tasabar nak tahu ending imran dan amrullah ni macam mana pulak
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,624 reviews39 followers
March 22, 2021
TERBAEK. Baca back to back selepas Vehaen Satu Cerita. Vehaen Rif'at ni 391 mukasurat. Setiap helaian memberi pengertian yang lebih banyak tentang betapa kita di Malaysia terlalu beruntung. Mungkin terlalu beruntung hingga ada yang terjerumus ke lohong tak sedar dek untung. Amat sedih.

Pemuda, kanak-kanak, malah ibu bapa di Palestine khususnya di Gaza bertarung nyawa setiap hari. Namun semangat dan Iman yang jitu membezakan mengangkat martabat mereka di mata Sang Pencipta Langit dan Bumi. Benarlah, ujian yang diberikan Allah pasti diiringi kesenangan buat mereka yang beriman dan sabar.

Buku ini amat digalakkan dibaca segenap komuniti Muslim khususnya muda mudi. Saya jadi terkedu bila saat mengenangkan betapa penulis Ainul Farihah mampu menggarapnya begitu baik, hingga kita yang membaca begitu terkesan, dapat membayangkan suasana di medan Jihad tersebut. Betapa watak seperti Rif'at dan adiknya mampu membawa seribu kesedaran.
Profile Image for SORA.
185 reviews6 followers
February 15, 2021
"Aku tahu, seorang Najdat ini sentiasa memikirkan masa depan negaranya, sepertimana pemuda-pemuda Palestin yang lain juga. Sedangkan, kau patut tahu ramai lagi pemuda-pemuda di luar sana yang kosong kehidupan mereka. Tidak diuji dengan peperangan. Cukup diuji dengan dunia, itu pun sudah melemahkan sedangkan umat sebetulnya tenat. Aku tidak tipu sebab aku pernah berada dalam kalangan mereka, barangkali menjadi seperti mereka dalam keadaan aku tidak sedar."--Rif'at.

..

Ahh, sentap baca ayat di atas bila memikirkan aku manusia yang sangat beruntung, dikurniakan oleh Allah kehidupan yang bahagia di samping keluarga, tempat kelahiran yang aman tetapi aku tetap banyak mengeluh siang dan malam bila Allah berikan sedikit ujian jika hendak dibandingkan dengan saudara-saudara seagama kita yang diuji dengan peperangan.

..

Lepas baca buku ini memang banyak kena muhasabah jiwa semula.

..

Dunia perlukan lebih ramai anak muda yang berkerut kerana risaukan masa hadapan umat dan bukannya bimbangkan perkara yang remeh semata--m/s 138.
Profile Image for Han.
61 reviews1 follower
June 14, 2025
"Kalau kau tak yakin dengan diri sendiri pun, sekurang-kurangnya yakinlah dengan Allah."

"Orang-orang yg ditinggalkan ini, yg belum direzekikan syahid buatnya, Allah sudah atur sesuatu yg besar buat kalian. Barangkali menjadi salah seorang daripada yg menyumbang bakti kepada kebebasan Palestin."

Buku ini mengetuk minda. Adakah dalam hari2 kita fikiran kita sibuk memikir tentang hal dunia atau kita sibuk memikir tentang ummah? Sehingga ke hari ini Palestin masih dibantai, darah mereka masih tak berhenti mengalir.

"Aku tahu, seorang Nadjat itu sentiasa memikirkan masa depan negaranya. Sedangkan kau patut tahu ramai lagi pemuda-pemuda di luar sana yg kosong kehidupan mereka."

"Dunia perlukan lebih ramai anak muda yg berkerut kerana risaukan masa depan ummah."

Pemuda-pemuda Palestin ini istimewa. Pemuda berjiwa besar. Pemuda terpilih. Tapi adakah kita hanya mahu melihat?

Akhir kalam, Free Palestine.
Profile Image for Hamidah Effendi.
694 reviews11 followers
March 12, 2026
Vehaen 2.0: Rif’at oleh Ainul Farihah

Buku ini memang best — penuh emosi, peperangan, perjuangan, persahabatan, dan pengorbanan sehingga membawa kepada kematian. Saya mula membaca Vehaen dari buku kedua 🤣, tapi tak mengapa, nanti bulan seterusnya akan cuba pinjam buku pertama dan ketiga untuk sambung cerita.

Perjalanan Rif’at ke bumi Gaza ternyata mempunyai agenda tersendiri. Dia bukan sengaja menamatkan pelajaran dan menyertai pasukan paramedik Malaysia yang dihantar ke sana; ada tujuan yang lebih besar di sebalik tindakannya.

Apa pun yang dirancang oleh Rif’at, dia berjaya capai. Sementara itu, terdapat selingan plot yang menunjukkan usaha tentera Gaza menyelamatkan rakyat Palestin yang disembunyikan dalam “penjara ghaib”. Pembaca dibawa menyelami kehidupan rakyat Palestin serta misi mereka. Bersiaplah dengan tisu, kerana emosi pasti tersentuh.

Bab permulaan mungkin agak perlahan, tetapi selepas hospital diserang, semuanya bergerak pantas dan penuh ketegangan. Saya sangat menikmati babak-babak ini 😭💪💪💪. Semangat Rif'at dan keberanian 'adiknya' memberi inspirasi — satu peringatan bahawa perjuangan mempertahankan bumi Palestin masih berterusan.
47 reviews1 follower
Read
June 9, 2023
Kata Rif'at kepada Najdat :

Aku tahu seorang Najdat ini sentiasa memikirkan masa depan negaranya sepertimana pemuda-pemuda Palestin yang lain juga dan kau Najdat, patut tahu ramai lagi pemuda-pemuda di luar sana yang kosong kehidupan mereka. Tidak diuji dengan peperangan. Cukup diuji dengan dunia, itu pun sudah melemahkan sedangkan umat sebetulnya tenat. Aku tak tipu sebab aku pernah berada dalam kalangan mereka, barangkali aku pernah menjadi seperti mereka dalam keadaan aku tidak sedar ~ Rif’at
..........
This novel is such a masterpiece💯.. rasanya dah lama tak baca novel yang mixed feelings macam ni, boleh buat orang nangis. Tak terfikir nak baca novel ni, randomly pinjam kat library, little did I know this novel remind me of Palestine, Allahuuu rindunyaaa :')
Novel ni juga ajar agar jangan takut untuk mati :”)

Jarang dapat baca novel melayu yang highlight tema perjuangan Palestin yang diolah dengan baik macam ni... btw Rif'at tu nama watak utama dalam novel ni. Idea asal penulis dan manuskrip tentang babak perang dalam novel ni dah wujud sejak beliau darjah 6 lagi, mind-blowing!

Moga Allah lindungi rakyat Palestin dan kurniakan syurga tertinggi buat mujahidin dan syuhada' yang telah pergi, terima kasih penulis bawa pembaca semua ke Bumi Gaza! Moga Allah kurniakan saya rezeki ke Bumi Gaza One dayyyy🤲
Profile Image for Rodhiah Rahman.
97 reviews21 followers
November 16, 2018
⭐️4.5.
Cuma sedikit terganggu dengan penggunaan ‘mereka-mereka’ yang berulang dan pengulangan perkataan ‘itu’ dalam satu perenggan/ayat yang sebenarnya boleh diganti dengan perkataan yang lebih baik.
The rest?
A masterpiece. As expected from Ainul Farihah.
Karya yang membuka mata, dan seharusnya dekat dengan hati dan jiwa, terutamanya bagi orang Islam.
Profile Image for lysareading.
343 reviews43 followers
December 12, 2024
Vehaen II: 🥲🍉📈🫂🏹🗡️👬🏽😭

Mengikuti perjalanan Rif'at dibumi Palestin, bersama sukarelawan paramedik Malaysia dgn misi untuk menghulurkan bantuan di sana. Pada buku Vehaen I, kita dah tahu matlamat Rif'at ingin ke 🍉 kenapa kan, jadi Lysa ternanti-nanti apa yang bakal terungkai dalam buku Vehaen II. Sesungguhnya, awal-awal lagi I dah menangis.

Medan perang. Penemuan keluarga. Pengorbanan. Persahabatan.
Everything screams pain, anxious, grief, miracle, happiness and lots kena digest okay...

Sebelum I share tentang Rif'at, I bersemangat nak share tentang cara penulis attract I dgn situasi Gaza & karakter-karakter dalam buku ni. Apa yang kita selalu lihat di alam maya:#isnotreal bom sana sini, 🍉 berlari mencari perlindungan, cedera parah, kehilangan keluarga...tetapi, kita jarang lihat 'kebangkitan' kan? That's what the author shows us & yessss, she shows, not just yapping tell.

Mungkin bagi kita ini fiksyen tetapi ini konflik yang realistik.

Walaupun dibedil, orang-orang yg bersama dgn Rif'at ni bangkit melawan tau, even siap plan strategi & mereka masih mampu bergurau senda untuk mati syahid dan yakin, yakin dgn apa yang Allah swt dah janjikan. Tapi bak kata Amrullah, kita tembak melalui doa. Mashallah I baca kan, I rasa malu dekat sini. Betapa ceteknya I perihal 🍉, jadinya, buku ni untuk pembaca muda sangat sangat membuka mata & beri pendedahan dgn apa yang terjadi.

Rif'at pula dekat dalam ni kan, nampak dia happy 🥹 idk how to describe it. Dapat pula jumpa Najdat, baru belasan tahun tapi org-org situ respect dekat dia sbb dia tactician. Omoo I ada soft spot dgn Najdat ni! 🥹 Protect Najdat at all costs!! Kawan-kawan Rif'at yang masa dia kecil pun ada jumpa. Senang cerita, I love all the characters interaction. So, buku ke-2 ni mmg I suka compare to yang first 📈 You could see the huge improvement in terms of the writing. If nak tgk my annotation video, boleh tgk tiktok i.

I guess, I'm yapping too much here 🥹 But seriously, Vehaen II ni I susah nak move on. Sesiapa yang re-read, goodluck. Sediakan lah tisu balik. @maneswordworks #vehaen #vehaentrilogi
15 reviews
February 9, 2026
rate buku : 5/5

Buku yang ditulis oleh Ainul farihah tak pernah membosankan! saya sangat recommend buku ini

Buku ini sangat sesuai untuk zaman sekarang bagi menyedarkan pembaca tentang isu di Palestine.

Jalan cerita yang lengkap, Islamic Dan pelbagai iktibar boleh diambil oleh pembaca.

saya rasa sepanjang baca buku ini perasaan bercampur aduk seperti berdebar, sedih, kagum Dan menimbulkan rasa syukur and insaf.

Berbanding buku pertama iaitu Vehaen : satu cerita, boleh dikatakan saya lebih menikmati buku ini.

Saya gembira dapat mengenali watak Rif'at dengan lebih mendalam Dan perjalanan dia ketika berada di Gaza. Selain itu, terdapat banyak ayat-ayat/ scene yang menyentuh hati saya sehingga menangis. Kalau tak menangis ketika baca karya Ainul farihah memang tak sah.

Kalau ada peluang lagi saya akan habiskan buku series ini. Lagi satu, I was in a book slump and buku ini buat saya ingin sambung membaca!!
Profile Image for suhey.
17 reviews1 follower
March 1, 2025
zaman sekolah dulu dah pernah baca, probably tahun 2015. ceritanya, sedih gila buku ni ya allah. sumpah dah lupa jalan cerita dia lepastu terpaku waktu baca, tutup buku, tarik nafas, sambung baca. repeat the cycle. overall buku ni best!! kudos to Ainul Farihah, sedetail ini beliau boleh cerita keadaan di Gaza. memang respect.

apa pun, tak ready nak sambung Vehaen 3 tanpa Rif’at 🫠
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Az3an.
182 reviews4 followers
February 5, 2025
Terlalu banyak watak. Sampai dah tak ingat yang mana satu.

Mungkin sebab genre perang bukan kegemaran, terpaksa baca laju-laju part2 berperang tu.

Scene Rif'at pergi tu memang sedih.
Profile Image for Nad.
474 reviews1 follower
May 8, 2025
Alamak sebaknya baca ni. Bila satu satu watak mati syahid. Sumpah sedih dan sebak.
Profile Image for Ctriko.
299 reviews7 followers
August 1, 2017
... Bak kata penulis hebat ini, moga jadi asbab untuk kita kembali muhasabah jiwa dan raga dan mendekatkan lagi aku denganNYA. Juga asbab untuk celik sejarah atau isu Palestin-Israel.
RIF'AT Memang T.E.R.B.A.I.K
Profile Image for Nur Nadiah.
5 reviews2 followers
November 17, 2019
Buku ni mungkin boleh menjadi asbab pertama bagi mereka yang tak pernah tahu tentang kemelut yang berlaku di tanah arab untuk lebih ambil tahu. Kisah cerita yang sangat menyayat hati dan membuatkan manusia sedar, kematian itu pasti walaupun pertemuan baru teradi
Displaying 1 - 19 of 19 reviews