Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kalau Aku Cinta

Rate this book
Cinta Arianna pada Lutfan yang tak kesampaian buat dia jadi penasaran. Dia jadi lupa yang jodohnya bukan dengan lelaki itu tetapi sudah tertulis nama Affan.

“This is wrong…really wrong.” - Arianna
“Tak ada apa yang salah, sayang. Abang suami Rie yang sah." – Affan

Walau ego sebagai suami sering tercalar, Affan didik hati bersabar. Cintanya pada Arianna satu kekuatan.

“Abang tak nak Rie dilaknat malaikat sepanjang malam." – Affan

Dalam diam, kesabaran Affan memikat hati Arianna. Kerana itu, bila melihat kemesraan Affan dengan Zahra, hatinya jadi cemburu.

“Dia dah jadi isteri abang pun” - Affan

Pengakuan Affan buat hati Arianna terluka teruk. Walhal, Affan cuma mahu menguji. Ditambah pula dengan cerita Lutfan yang Affan mengahwininya kerana iri hati. Kerana tidak mahu Lutfan menang. Bukan kerana setuju dengan pilihan keluarga.

“Whatever the reason is, we both agreed with this marriage. Penting sangat ke untuk Rie tahu apa alasan abang?”-Affan

Sikap Affan yang seolah mahu menyembunyikan sesuatu buat syak wasangka Arianna makin menebal. Untuk membalas sakit hatinya pada sang suami, dia kembali bertemu Lutfan. Dan segalanya terbongkar apabila kereta yang mereka naiki kemalangan.

“Sakit yang aku rasa kat tangan ni tak sesakit apa yang hati aku rasa. Kau tahu tak apa hukumnya seorang isteri yang sengaja berjumpa dengan lelaki lain tanpa pengetahuan suami?” - Affan

Dan segalanya makin berselirat apabila Atiqah muncul membawa cerita sebenar yang semua orang tidak tahu.

Apa sebenarnya cerita sulit yang Atiqah simpan dan siapakah sebenarnya Atiqah di antara Lutfan dan Affan? Apa pula kaitannya Zahra dengan Affan sehingga mereka berdua boleh bertepuk tampar kalau bukan sebagai suami isteri?

546 pages, Paperback

Published July 1, 2016

5 people are currently reading
143 people want to read

About the author

Ridhya Iman

4 books327 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
25 (36%)
4 stars
27 (39%)
3 stars
9 (13%)
2 stars
1 (1%)
1 star
6 (8%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
September 20, 2016
macam berubah pulak gaya penulisan cik puan penulis Ridhya Iman ni.. rasanya yang dua sebelum ni walaupun lebih tebal dari yang ini tapi lebih santai.. yang kali ini terserlah keseriusan kisahnya. ada part yang gedebuk gedebak jugak jantung nak baca.. Hehe..

kalau tengok pada tajuk, akan ada dua tindakan yang boleh berlaku. sama ada terus perjuangkan cinta sehingga dapat miliki ataupun berserah saja.. Alaa... Maknanya sama ada postif atau negatifla.. Macam dua watak utama dalam buku ini, lutfan dan affan. dalam usaha memiliki cinta arianna ada sorang sanggup buat benda bodoh janji dapat miliki arianna dan sorang lagi bersabar, bersabar dan bersabar... Si arianna pulak dah kahwin dengan affan pun sanggup nak simpan rasa cinta pada lutfan walaupun terang-terang ibubapa lutfan menghina keluarganya. Bengong betul arianna! Haa.. Kan dah geram dibuatnya.. Ingat betul sangatla buat affan yang baik tu macam tu.. Dia tu suamila arianna ooiii ... Haa... Ni lah padahnya kalau puan penulis main emosi pembaca.. Hehe..

Olahan cerita yang memang berjiwa beb.. Ada rasa nak hempuk-hempuk si lutfan, ada rasa nak tepuk-tepuk si arianna, ada rasa nak ketuk-ketuk si affan. Ni maknanya apa tau? Semua watak yang dicipta oleh penulis bukan perfect. Ada kelemahan diri masing-masing. Macam kita dalam hidup realiti jugakkan? Takla orang kata, alaa.. dalam novel memangla semua perfect, semua ok.. Ciss.. Cuba baca kalau nak rasa sakit hati ngan kisah ni.. Adoi... Sori, puan. Terover feeling lak.. KALAU AKU CINTA, tahniah untuk puan penulis dan juga buat semua yang terlibat dalam penghasilannya...
Profile Image for Nad.
100 reviews11 followers
June 17, 2017
Awal2 baca macam best jugak tapi makin lama makin lelah dengan perangai Ariana dan Lutfan.. Lutfan yang tak habis2 dengan agenda merampas Ariana dari Affan dan Ariana yg senang sangat terpengaruh dengan cerita2 Lutfan..
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
August 24, 2016
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Agak rumit jugak kisah rumah tangga Arianna dan Affan. Sorang bergurau tak bertempat, sorang lagi pulak berdendam tak bertempat dek cepat sangat percayakan cakap orang lain.

Serious menyampah dengan sikap Lutfan. Memang dasar kawan makan kawan. Lebih menyakitkan hati apabila Arianna terlalu percayakan Lutfan.

Profile Image for Jessy.
152 reviews37 followers
November 2, 2017
Geramnya dengan Arianna. Cinta dan setia. Dua perkara utama yang ditonjolkan dalam cerita ini yang perlu ada dalam sesuatu hubungan. Malangnya Arianna berada dalam dilema sama ada mahu mempertahankan cinta pada kekasih pertama ataupun memilih untuk setia bersama dengan suami yang tidak dicintai. Lebih malang lagi, Arianna silap percaturan yang membawa kepada kepincangan rumah tangga sendiri. Dalam sesuatu perhubungan itu, rasa cinta dan setia saja tidak cukup tapi perlu saling mempercayai dan ada komunikasi yang bagus di antara dua pihak. Nasiblah Arianna ditemukan dengan lelaki sebaik dan sesabar Affan.
Profile Image for Ashy Khaira.
519 reviews52 followers
March 22, 2019
Arianna is married to Affan but is still in love with Lutfan,her ex boyfriend.Her marriage is an arranged marriage.Due to the hurt she feels and the love she still has for her ex boyfriend,she cannot accept her fate and forgets all the teachings of her religion.She tries to hurt her husband and does not trust him.

Following her husband's parents visit to their house,their relationship slowly gets better,but Lutfan cant bear to see Anna or Affan happy.he tries to ruin their marriage when the reason why things ended between them was due to his parents snobbish attitude.But what secret is affan hiding about lutfan?who is this atiqah in their lives?how does she affect everyone?an intriguing,romantic relationship
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Lindz.
66 reviews8 followers
August 14, 2016
5 star for this piece. Plot menarik, flow tersusun.
"Cinta dan Setia. Andai perlu memilih antara cinta dan setia, pilihlah setia kerana ia punya pengakhiran yang lebih membahagiakan. Andai diceraikan cinta dari setia, hati akan temui kecewa. Namun jika diberi peluang untuk merasai cinta, hadirkan ia bersama setia kerana cinta yang dilengkapi setia membentuk ikatan yang sangat istimewa".
Beautifully written Ridhya. I so love em!
286 reviews52 followers
August 24, 2016
adessss geram nya dgn arianna ni....affan tu punya lah baik blh plak dia duk kuar lg dgn lutfan tu....kan dh kena...padan muka affan dh tawar hati dgn arianna...geram sgt.....huhuhuhu
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
October 3, 2021
[BOOK 146]

Kalau Aku Cinta by Ridhya Iman.
.

Buku ni mendera emosi aku.
.

Kisah cinta tiga segi. Affan-Ariana-Lutfan. Antara cinta dan setia.
.

Ariana pernah bercinta dengan Lutfan. Tapi disebabkan keluarga Lutfan menghina keluarga Ariana, Ariana dijodohkan dengan Affan.
.

Pada malam pertama, Affan hampir naik tangan pada Ariana. Sejak itu, hubungan rumah tangga mereka menjadi hambar.
.

Selepas 3 bulan, Affan cuba memikat semula hati Ariana. Cuba untuk menjadi suami yang baik. Tapi, Ariana masih mencintai Lutfan.
.

Bagi aku, ketiga-tiga watak ni, memang annoying.
.

Affan yang banyak berahsia sehingga menimbulkan salah faham kepada Ariana. Ariana pula, bila dia kecewa dengan Affan, dia memilih untuk keluar dengan Lutfan sehingga menimbulkan fitnah yang dia curang. Lutfan pulak, memang dasar jantan tak guna.
Profile Image for Jessica.
171 reviews
July 19, 2020
2020 #15
#pkpp

Haa lama dah ikut cerita ni tapi baca full. Novel ke-3 kak Ridhya and hope for next karya.

Pada saya laa kan... Mula-mula salah Affan sebab dia bagi bad impression pada Arianna. Panas baran tak dapat dia kawal sampai hampir nak lempang Arianna.

Arianna ni pula terlalu sayang dengan Lutfan sampaikan dilema betul bila hati dah sayang Affan. Walaupun dia sedar tapi sebab salah faham itu ini pastu sikap Lutfan yang jadi penghasut ... Haa... Lagilah Arianna ni terhimpit.

Ok memang sakit hati... Geram nak mam***. Hahaha... Walaupun Titian Cinta tu banyak konflik takde laa main jiwa. Hahaha...


Apa pon menghiburkan. Nasib Affan memaafkan Arianna. Lastly... Bahagia. Tapi cam sekejap jek bahagia dia.
Profile Image for Izzati Aisyah.
264 reviews40 followers
August 23, 2016
Done reading this story. Hati turun naik gak bila baca. Susah betul nak faham hati perempuan ni sebenarnya. Memilih untuk setia kepada suami takut cinta kepada kekasih dikhianati tetapi memilih untuk terus mencintai kekasih takut ketaatan kepada suami itu diingkari. Naskah ketiga dari penulis yg agak sukar utk dilepaskan bila dah baca. Banyak pengajaran yg berguna dan bukan menceritakan ttg kemanisan dlm berumah tangga semata. Datang ujian yg menuntut kesabaran seorang suami dlm mendidik isteri agar terus setia dan melupakan cinta lama yang punya rahsia tersendiri. Affan yang berkemungkinan dlm dunia ni ada satu dlm sejuta. Walaupun bermacam benda yg Arianna lakukan, walau dah lukakan hati dia tetap jugak maafkan Arianna. Tapi nak memaafkan tu bukan mudah. Bukan sengaja, tapi luka dlm hati hanya Allah je yg tahu. Lama2 Arianna mula sedar tentang cinta dan setia bila dia dapat rasa pengorbanan dan baiknya seorang suami yang cuba memahami dan mengajar Arianna berusaha utk memelihara rumah tangga yg dibina bukan atas dasar cinta pada awalnya.

Saya suka jalan cerita KAC walaupun watak Lutfan dlm ni agak menjengelkan sbb tak reti bahasa still kacau isteri orang walaupun diri sendiri ada tanggungjawab yang lebih besar kalau nak diikutkan. Banyak elemen suprise dalam KAC yg saya pada mulanya agak dia ni perwatakan sebagai seorang 'ni' padahal watak lain yg jadi macam 'ni'. So kat situ pandailah penulis kaburkan mata hati saya. Kat belakang2 cerita tu baru tahu kebenaran yang tersusun cantik. Kalau nak tahu selanjutnya kena baca ya? Tak rugi beli karya RI ni. Bagi saya memang best.

Banyak jugak ayat2 or qoutes menarik dan ini adalah quotes yg saya suka.

"Cinta dan setia. Dua patah kata yang memberi makna yang cukup berbeza. Cinta hadir dalam bentuk perasaan dan setia itu wujud melalui tindakan. Andai perlu memilih antara cinta dan setia, pilihlah setia kerana ia punya pengakhiran yang lebih membahagiakan. Andai diceraikan cinta dari setia, hati akan temui kecewa. Namun, jika diberi peluang untuk merasai cinta, hadirkan ia bersama setia kerana cinta yang dilengkapi setia membentuk ikatan yang sangat istimewa." - Luna Jiwa

Dalam cerita ni jugak mengambarkan seorang heroin yg minat membaca novel dan orang yg guna nama samaran LJ ni adalah orang yg dekat je dengan Affan. Tapi mula2 tu agak orang lain. Sasaran tak mengena.
Profile Image for Sadatul Akma.
13 reviews2 followers
September 18, 2016
Tak pernah kecewa dgn karya Kak Ridhya Iman. Her 1st novel i've read is Temuduga cinta. The story is santai, and tak pernah move on pun dari kisah cinta Uzair & Ain. Then i read Titian Cinta, the story is quite good, but heavy story is not so me.hehe
But Klau Aku Cinta pun not bad. Mmg the best. Indahnya hidup kalau semua lelaki mcm Affan. Selalu kita dihidangkan dgn lelaki yg ego,isteri cuba pikat hati suami. Ini sebaliknya, watak Arianna cukup membuktikan mmg perempuan dilahirkan dgn akal yg pendek. Bertindak tanpa berfikir. In life,miscommunication mmg mslh t'besar.And mmg xsangka kisah sbnr Lutfan & siapa Atiqah mmg mengejutkan dihujung2 cerita. Apa2pun mmg xmenyesal baca kisah ni. Always look forward utk karya2 Kak Ridhya Iman yg akan dtg :)
Profile Image for Lailee Dee.
197 reviews16 followers
September 1, 2021
" nak letgo novel ni RM10 include postage.. berminat bolehla PM

Arianna & Affan.. Walaupun mereka bersatu tanpa cinta tetapi watak Affan bagiku lebih mendominasi. Arianna watak isteri yang masih ragu-ragu dengan perasaan sendiri walhal sudah bersuami. Tidak berkenan dengan wataknya yang seakan lebih mempercayai Lutfan berbanding Affan. Sanggup keluar berdua dengan Lutfan walhal sudah bersuami. Kalaulah kemalangan Itu tidak berlaku , pasti masih ada kesedihan & keperitan yang masih ditanggung..
Profile Image for Annakarenina.
142 reviews15 followers
October 21, 2016
Novel ketiga Ridhya Iman kali ni agak nipis sedikit berbanding 2 buah buku yg lepas. Tema cerita yg diketengahkan agak interesting dgn kisah percintaan Ariana & Affan, fitnah yg ditaburkan si Lutfan, serta pergolakan dlm perkahwinan Ariana & Affan. Novel ketiga penulis kali ni agak serius berbanding yg lepas2 dimana walaupun agak tebal namun penuh santai dan ada sedikit lawak2nya.

Well apa2 pun semoga puan penulis teruskan perjuangan dlm bidang penulisan.
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
October 24, 2016
ting tong sekejap baca. ngeeee... dah ku kata, paling penting ialah komunikasi dan kepercayaan dalam sesuatu perhubungan. yg tue gak la nak lack. mmg menjadi lah jawabnya. huhuhu
Displaying 1 - 14 of 14 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.