Sekiranya anda penulis, penerbit, penjual buku, pustakawan atau pembaca, "Ulasan Buku" ini akan memberikan pencerahan, juga menerangkan kepentingan serta pengaruh ulasan buku dalam spektrum yang lebih luas.
“Pada hari ini gerakkan sahaja jari telunjuk di atas permukaan komputer riba atau telefon pintar, dan carilah apa-apa sahaja. Kita akan segera memperoleh maklumat tentang buku: pengarang, judul buku, penerbit, pengedar, penjual, dan harganya sekali.
Namun bukan butiran-butiran fizikal dan pasaran tentang buku yang menjadi isu besar bagi sesebuah karya. Ada hal-hal lain yang lebih penting tentang buku, yakni maklumat, ilmu, dan kebijakan yang terkandung di dalamnya.” – Sasterawan Negara Dato’ Baha Zainal
Sudah menjadi norma, setiap orang akan membaca ulasan (atau reviu) daripada "pihak ketiga" sebelum membeli sesuatu produk atau perkhidmatan. Ulasan pihak ketiga ini lebih dipercayai daripada kata-kata berbaur iklan si penjual produk atau syarikat perniagaan ... walaupun ulasan itu tidak 100 peratus sahih pun.
Contoh pengalaman sendiri ... Saya dan isteri Fadhilah Nor selalunya menginap di Hotel Quayside jika berada di Bandaraya Melaka. Kalau membaca ulasan di Trip Advisor, Agoda ataupun Booking.Com, banyak ulasan buruk tentang hotel itu, antaranya bising, susah parkir kereta dll.... Tapi kami tetap suka menginap di situ. Maksudnya, ulasan orang lain tidak semestinya sama dengan apa yang kita sendiri alami.
Samalah seperti membaca buku. Buku To Kill a Mockingbird teruk dikritik sehinggakan ada ulasan menarafkan buku itu hanya sesuai untuk bacaan kanak-kanak. Buku The Great Gatsby pun pernah diulas negatif pada tahun 1925. Tup tup buku itu difilemkan pada tahun 2013.
Saya suka membaca novel Imam, tapi ada kawan saya tidak suka novel itu. Katanya watak Imam itu terlalu maksum seperti Nabi pula yang seolah-olah tiada kesalahan dalam hidupnya. Begitu juga saya kurang gemar dengan Ranjau Sepanjang Jalan yang bagi saya terlalu banyak keluh kesah dan sukarnya kehidupan ini. Tapi itulah antara novel terbaik Shahnon Ahmad.
Banyak lagi kisah tentang ulasan buku yang terkandung dalam "Ulasan Buku" ini ... yang merupakan buku pertama saya menjadi Penyusun. Sebenarnya bos saya meminta buku ini disiapkan semasa PBAKL lalu. Cuma saya sendiri yang belum sempat segera menyiapkannya. Ada empat penyumbang rencana dalam buku ini; SN Dato' Baha Zain, Datuk Jaafar Abdul Rahim, Shaharom TM Sulaiman, dan Zulkifli Salleh. Semuanya ini merupakan biblioholisme yang memang selayaknya untuk menulis tentang buku Ulasan Buku.
Turut terkandung dalam buku ini Ulasan Buku ITBM Terbaik bermula tahun 2010 hingga 2016. Maksudnya ada 21 ulasan buku yang antaranya ditulis oleh Nazmi Yaakub, Muhammad Lutfi Ishak, Ery Ismail, Fadli Al-Akiti, Faizal Riduan, Hazwani Rebecca Ilham Rameli, Zalila Isa, Shamsul Amin, Roslan Jomel, Ramlee Wahab dll. Ulasan buku yang unik (dalam bentuk pantun) oleh Nisah Haron pun ada sekali.
Buku ini boleh dibeli di Jualan Garaj ITBM 2016 dengan harga RM23 (daripada asal RM28 - tidak termasuk pos) di Wisma ITBM / www.itbm.com.my / Whatsapp 0192219015 ataupun PM / Whatsapp saya; 0192177204.
Ayat tambahan ... reka bentuk kulit dan susun atur huruf oleh Sinaganaga Lan Benhussain. Manalah tahu ada "selling point" kalau menumpang nama "King of Kaver" ini.
Untuk permulaan 2023, sahaja membaca buku ini dengan tujuan jelas, supaya mendapat panduan dan ilmu baru berkenaan ulasan buku.
Buku mengenai buku adalah antara genre yang saya minat, dan buku ini masuk kategori ini walaupun mungkin agak berlainan sedikit dengan buku tentang buku yang lain.
Buku ini mengumpulkan hampir 25 buah ulasan buku yang memenangi pertandingan ulasan buku yang pernah dianjurkan ITBM. Ala-ala membaca ulasan di Goodreads, tetapi kualiti ulasannya memang baik.
Empat artikel awal sebelum ulasan buku yang menampilkan tokoh-tokoh besar dalam dunia buku di Malaysia selain penyusun buku ini sendiri sangat bermanfaat dan membantu. Saya jumpa apa yang saya cari, cuma tinggal mahu mengaplikasikannya dan mengolahnya untuk menjadi lebih baik.
Masa baca buku ni, dah semangat nak hasilkan ulasan buku yang lebih baik. Antara tips penting mengulas buku, jangan biar lama jarak antara menamatkan bacaan buku dan mengulas. Walaupun sekarang ni saya agak kalut untuk mengulas buku, tetapi demi mengamalkan tips ini saya gagahkan juga menulis ulasan ringkas ini.
Buku yang baik untuk yang berminat untuk menjadi pengulas buku yang baik.
Suka sekali dengan buku tentang buku. Bermotivasi membaca kata aluan dari Tuan Khir Ngadiron dan penyusun buku ini. Peranan pengulas buku bukan sekadar meringkaskan apa yang dibaca tetapi membuat analisis kritikal, perbandingan dan seumpamanya.
Daripada 12 buah buku ini, hanya tiga buah pernah saya baca. Lalu, bakinya yang diulas sangat membantu saya mengenali buku-buku tersebut. Lagipun jarang saya telaah buku falsafah dan sastera menjadikan pilihan bacaan saya kurang pelbagai.
Ulasan buku yang terkandung dalam buku ini ialah pemenang ulasan buku anjuran ITBM sendiri. Nukilan unik dari Puan Nisah Haron turut termuat pada akhir bahagian buku.
Ada buku yang sudah dibaca, ada yang belum. Ada panduan untuk mengulas, ada ulasan yang baik, ada yang lewah, ada yang menarik. Harus ada lagi pertandingan mengukas buku supaya kualiti ulasan dan gaya persembahan dapat dipertingkatkan. Dalam masa yang sama dapat kita lihat evolusi Facebook - dari status yang ringkas, status yang terhad kemudian beranjak kepada status panjang berjela-jela
Sebuah buku yang sangat baik. Rasa nya ini first time saya baca buku terbitan ITBM.
Dalam menuju ke arah negara maju, sesebuah negara perlu kepada industri buku yang maju. Ianya bukannya sekadar bisnes,untung rugi perniagaan buku, ianya tanda aras masyarakat sesebuah negara.
Selalu kita dengar slogan, "bangsa membaca,bangsa berjaya"
Tapi dalam buku ni tertulis, "Bangsa yang kurang menzahirkan ulasan, pembicaraan atau review buku adalah bangsa yang kurang membaca meskipun celik huruf.
Tidakkah faktor transformasi sikap mental - berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif - menjadi prasyarat bagi menjayakan segala program transformasi ekonomi negara, malah kemajuan fikiran rakyatnya sekali. Bukan sekadar aspek ekonomi dan kebendaan" - Baha Zain, sasterawan negara -
Pengulas pulak ada dua jenis pula. Pengulas vs pengkritik buku?
Baca dah, ulas buku dah, ulasan tu pula sekadar meringkaskan bab sahaja atau mengkritik buku?
"Industri buku memang memerlukan pengulas buku yg berwibawa untuk menbawa pembaca kepada dunia ilmu dan dunia perbukuan yg lebih serius.
Walaupun kita memerlukan pengulas buku,tetapi kita lebih memerlukan pengkritik buku. Kelihatan nya pengulas buku memang menentang (versus) pengkritik buku,tetapi kedua dua nya saling membantu bergantung pada kehendak khalayak.
Namun begitu industri buku yg rancak harus seimbang dengan pembentukan pengkritik buku" - Jaafar Abdul Rahim, Mantan pegawai perancang bahasa DBP-
Dalam buku ni juga tuan Zulkifli salleh yg mempunyai pengalaman mengulas 80 buku sejak 1980-an berkongsi pengalaman dan tips untuk menjadi pengulas yang baik.
Dan dalam buku ni juga terdapat koleksi ulasan buku terbaik yang pernah memenangi tempat pertama,kedua dan ketiga dalam pertandingan ulasan buku ITBM pada 2010- 2016.
Ulasan dan kritikan yang baik mampu memberi nilaitambah kepada buku yang diulas, bukan setakat menyimpulkan isi buku ataupun menceritakan apa yang ditulis secara ringkas. Pengulas perlu mahir dan mempunyai pengetahuan mengenai perkara tersebut.
Dalam naskah ini terdapat contoh-contoh ulasan yang baik dan juga teknik asas untuk mengulas/mengkritik buku - boleh digunapakai untuk meningkatkan kualiti ulasan. Juga pertama kali saya membaca ulasan dalam bentuk pantun. Menarik.
Bagi pengulas kodi macam saya, ada dua saja tujuan saya mengulas buku di GR (selalunya bias dan dipengaruhi emosi). Dan apabila membaca ulasan, itu juga yang saya cari. Apakah buku yang ingin dibeli itu berbaloi dengan harga ataupun tidak.
Bagus buku seumpama ini diterbitkan. Malah perlu lebih banyak buku ulasan dan kritikan terhadap buku dihasilkan di Malaysia. Cuma kadang-kadang agak tertanya-tanya kriteria sebenar pemilihan pemenang selepas membaca buku ini.
Namun saya suka kata-kata guru saya dalam Kata Pengantar. Mungkin juga sebab saya berpihak.