Teh Tarik, Nasi Arab ialah hasil gabungan dua dimensi dan dua budaya yang berbeza. Walau bagaimanapun, ia dapat disatukan kerana hasil gabungan ini walaupun nampak seperti pelik pada awalnya, tetapi lama-kelamaan seperti ngam pula akhirnya.
Apa-apa sahaja yang baik daripada bangsa Arab yang Muslim, maka kita ambillah. Jangan diambil budaya barat kerana bakal mengundang bala dalam hidup. Pada masa yang sama, jangan dilupa kita ini berbangsa Melayu yang beragama Islam. Jika ada adat resam yang tidak menyalahi agama dan baik untuk diamalkan, maka janganlah ditinggalkan amalan itu kerana kita ada identiti tersendiri. Gabungkan yang baik, pasti lebih cantik.
Pada mulanya ingatkan ia adalah satu olahan penulisan yang lebih menceritakan pengalaman penulis ketika berkelana ke negara-negara Arab dan pelajaran yang didapati daripadanya. Apapun ia tetap menarik untuk dibaca. Penulisan yang membincangkan isu akidah yang sentiasa relevan dalam kehidupan masa kini.