Filipina (2010) USD18 juta saham dijual….. Thailand (2010) USD55 juta hartanah dilupuskan….. Indonesia (2010) USD35 juta aset dicairkan….. – Financial Intelligence Unit, Interpol
– – –
SAFWAN HAMDAN – seorang pegawai kanan Bank Kebangsaan Malaysia, terjebak dengan jemaah rahsia yang menjanjikan kebangkitan dan kembalinya kegemilangan Islam di bumi Nusantara. Namun, apabila hampir menjadi korban dalam suatu insiden letupan terburuk di Jakarta, Safwan mulai sangsi dengan perjuangan jemaah itu. Dia nekad mencari kebenaran.
Sekeping nota ringkas menjadi kunci segala persoalan.
Kemunculan ARISYA secara tiba-tiba di dalam hidupnya menjadi tanda-tanya.
Sementara itu satu persatu penama di dalam nota misteri itu menjadi sasaran pembunuh upahan di Jakarta, Bangkok dan Kuala Lumpur .
Siapakah dalang di belakang tabir jemaah misteri itu??
Safwan perlu merungkai satu konspirasi kompleks dan berbahaya yang bakal menggegar pelosok Nusantara.
Syauqie M.K. was born in Pendang, Kedah. Studied Business (Finance) at University of Nebraska-Lincoln, USA.
Syauqie M.K. huge interest in books started at the age of nine. Having raised in poor family he had to dig into uncle and elder brother's old & torn school books / novels to pursue his interest. Thus, reading more matured books beyond his age.
Preferred genre - thriller, crimes, suspense, conspiratorial thriller, espionage, etc.
Then he started to realise "Maybe I can write a book like this!"
"TERORIS: Aku Bukan Teroris" was his first book published in 2016.
He is now pursuing a few more books with similar genre.
Tajuk : Teroris Penulis : Syauqie M.K. Genre : Thriller / Aksi Terbitan: SO Publishing
PRO 1. Menepati genre. 2. Byk info (ilmu) dan maklumat-maklumat tambahan.
KONTRA Ejaan 1. m/s 274 – 'dar...ipada' = daripada
IMBASAN SEMULA 1. Teknik imbasan semula yg agak mengelirukan bila penulis hanya menyatakan tarikh. Pembaca perlu membuka semula halaman atau bab yang sebelumnya utk kepastian sbelum meneruskan pembacaan.
WATAK 1. Watak terlalu byk dan ada sesetengah watak membawa dua nama watak yg berbeza. Ia agak mengelirukan pembaca tambahan pula watak-watak yang lain mempunyai nama yg hampir sama.
ULASAN
Naskah yg tidak menghampakan.... Sekiranya anda peminat James bond, Transporter, Italian Job...sy sarankan anda membaca karya ini.....sy tak ckp sama, cuma itulah gambarannya... Sebuah kisah 'crime thriller' yang mengetengahkan ketaksuban idealogi yang membawa kepada kemusnahan sesebuah negara yg menjadi sasaran. Byk adegan-adegan letupan yg menarik minat sy utk terus membaca. Meneliti setiap perancangan dan backup plan yang diaturkan oleh 'watak2 jahat'. Buat peminat thriller, adegan romantis tu ada, cuma sgt 'halus' dan ia takkan menggangu penumpuan anda. Sekiranya penulis mengurangkan watak, menyusun kembali 'imbas semula' sejujurnya, sy akan 'paksa' penulis utk siapkan sekuelnya minggu depan jugak!!!...hehehe
not bad not bad ... ada part monolog pada setiap karakter ... something jarang dijumpai dalam novel. lagipun ada guna italics font so tahu ler monolog ... tersenyum bila part Shafwan dan Arisya masa kat Kedah .. hehe kecoh betul family Safwan .. yer la teringin ada menantu ...
mungkin betul kalau nak berjuang ke arah islam, kena tengok cara dan gayanya. jangan ler follow sembrono tanpa periksa terlebih dahulu tapi mana kan kita tahu sebab benda macam ni boleh di kaburi oleh "so called islamic leader". ketua pasti akan kata saya jujur, saya bawa anda ke jalan benar tapi .. ermm lain pula cerita. kesian ler pada kamal mati secara sia-sia juga ler .. isteri kehilangan suami dan anak kehilangan ayah dan juga rumah tiada ketua keluarga untuk dipimpin. eh ni dah terlebih simpang.
kira baca novel ni boleh buat movie dalam minda ... author ada letak sound efek .. hebat .. hehehe ... sekali lagi mana ada author letak sound efek .. pembaca kena figure sendiri .. hehehe
anyway, ingatkan ada sinambungan tapi rasanya ... Abi Yacob sudah buat penamatnya, menghantar surat pada Safwan .. good end ...
tak bosan novel ni ... serius tak bosan .. walaupun ambil masa 4-5 hari nak habis .. busy katakan, so terpaksa slow baca. kalau baca cepat, cepat ler habis stok buku melayu .. hahaha ...
best. action thriller. cemas masa baca. setiap plot buat jantung dup dap DUP dap. lari Dari novel cinta. novel Kali ni menceritakan tentang safwan yg baru join satu kumpulan jemaah. dia diintip oleh inspector arisha. Dari situ mereka menjejak suspect yg dikehendaki oleh polis
Cemas, Bunuh, Jenaka, Aksi, Bijak. semunya ada dalam Teroris. Penulis Syauqie MK berjaya menghasilkan sebuah Naskhah yang mendebarkan dan menghiburkan. Terbukti penulis berusaha membuat kajian untuk dijadikan bahan didalam Novel ini. The details are flawless
Sebalik ketengangan jalan cerita ini, babak2 lucu antara Safwan dan Arisya semasa mereka balik ke kampung di kedai juga berjaya membuat saya ketawa
Congrats to the writer for a job well done. Yes, I am not the Teroris.....but you are!
Unsur debar dan teknik yang baik untuk 'pacing' novel genre begini. Walau bagaimanapun, ada ruang penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk pergi lebih jauh. Syabas buat penulis dan penerbit!
Genre yang aku suka. Penyamaran yang aku dah tahu dari awal. How? Nice try tuan penulis. Nanti tengok sekuel macam mana. Aku masih menunggu khabar gembira ini. Menyesal jugak tak baca awal-awal. Remy Ishak paling sesuai pegang watak utama setelah aku ambil semua faktor hingga titik akhir. Boleh dah buat filem ni.
Penulisan yang baik, jalan cerita yang menarik. Cuma terlalu banyak perkara yang pada aku melelahkan untuk dibaca. Cerita dia tak selaju cerita Jangan Cari Pasal dalam Krisis Charlie. Tak apa, buku pertama kan.
Aku suka penghujung cerita neh, laju penulis abiskan setiap watak. Ada sambungan aku rasa. Sebab perjuangan AY masih belum selesai.
Jalan cerita dipenuhi dengan saspens dan misteri. Siapa kawan dan siapa musuh, semuanya samar-samar terlihat.
-----
Safwan Hamdan- watak utama. Bekerja sebagai pegawai kanan di Bank Kebangsaan Malaysia dan terjebak dalam satu kumpulan jemaah yang menamakan diri mereka Jemaah Nusantara.
Arisya - Gadis misteri yang muncul dalam hidup Safwan Hamdan. Bijak dan mempunyai daya tarikan yang tersendiri, Arisya bagaikan sinaran yang menerangi jalan gelap yang dilalui Safwan, menariknya keluar dari segala kekusutan.
DSP Hakim - Seorang yang sangat dedikasi dalam tugasanya.
Datuk Khaled - Timbalan Gabenor I Bank Kebangsaan Malaysia dan juga salah seorang pemimpin dalam Jemaah Nusantara. Dendam lama yang tersimpan di hati membuatnya sanggup memanipulasi Jemaah Nusantara demi kepentingan peribadinya.
Shamsul Bahari - Anak angkat Datuk Khaled. Licik dan memiliki agenda yang tersendiri.
Kamal - Apabila jihad disalah tafsirkan, manusia yang bijak juga boleh hilang pertimbangan dan kewarasan akal.
-----
Ini bukan kali pertama saya membaca cerita bertemakan 'Teroris'.
Namun, cerita Teroris yang ini jauh berbeza dengan cerita Teroris yang saya pernah baca dahulu.
Kekuatan cerita ini bergantung banyak kepada plot yang kompleks dan jalan cerita yang lain daripada yang lain. Karakter setiap watak, walaupun menyerlah dan memiliki keperibadian masing-masing, masih agak terikat dengan plot. Walaupun begitu, saya sangat menggemari watak DSP Hakim. Kecekalan dan kesabarannya dalam menjejaki JN amat saya kagumi.
Gaya penulisan Tuan penulis juga sangat smooth dan mudah difahami. Tuan penulis membuat kajian yang menyeluruh untuk plot di dalam cerita. Dan sebagai pembaca, saya mendapat banyak info dan pengetahuan baru ketika membaca naskhah yang sungguh berkualiti ini. Syabas kepada Tuan penulis! Tuan telah menambah seorang lagi peminat tegar novel Tuan.
Akhir reviu, saya menyukai novel ini. Harapan saya ialah melihat novel ini dibaca oleh lebih ramai orang dan seterusnya mendapat adaptasi filem agar saya boleh lihat DSP Hakim menunjukkan aksi-aksi yang hebat di panggung wayang.