Jump to ratings and reviews
Rate this book

Matriks

Rate this book
Matriks... Dunia yang sering kau impikan.

Dunia tanpa peraturan.

Dunia di mana pemimpin tidak berkuasa.

Dunia di mana fantasi jadi realiti.

Dunia yang membutakan kau... Yang membuatkan kau lupa bahawa kau manusia dan tak berkuasa. Bangun dan berdiri bersamaku.

Aku Ralph. Dan aku seorang gamer.

Paperback

First published January 1, 2016

2 people are currently reading
18 people want to read

About the author

Aiman Quinto

1 book2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (66%)
4 stars
1 (8%)
3 stars
3 (25%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
December 5, 2016
diluar jangkaan!

saya suka dengan olahan penulis, memaparkan isu2 semasa secara fiksyen begini.

mengenai dunia matriks, game yang dicipta supaya manusia saling berbunuhan.

jalan cerita yang ringkas, tapi padat. penuh dengan aksi mendebarkan.

apa yang menarik mengenai buku ini :

1. plot yang pantas, tidak meleret2 walaupun banyak sub plot nya.. mula2 ingat da habis sampai firaun tu, rupanya ada lagi (ye lah, buku ni nipis je...)

2. hubungkait dengan dunia hari ini yang disampaikan secara tersurat, relate dengan isu2 semasa.

3. watak2 yang agak kukuh perwatakkannya, rasanya tidak ada watak yang benar2 dibenci, masing2 demi kelangsungan hidup.

4. ala2 maze runner pun ada, yugioh pun ada... tapi mengikut acuan malaysia.. good jobs!

5. ending yang..... wow!

tahniah untuk penulis!! saya tunggu karya anda seterusnya!
Profile Image for vnouraa.
80 reviews1 follower
April 2, 2017
Baca cerita ni, teringat korean movie - Fabricated City. Memang la takde kaitan langsung pun. Tapi, still pasal game. Saya terbayangkan MATRIKS divisualkan seperti mana Fabricated City. Mesti best tengok.

Tak reti nak komen panjang-panjang. Tapi, saya suka je baca cerita ni. Latar tempat pulak banyak kat Jepun berbanding Malaysia. M/s 157, SMK Alor Akar, bukan sekolah ni ada kat kuantan ke? Part yang paling tak suka & geram bila budak lelaki, Tsukasa tak mampu nak buat apa-apa bila kawan dier Cindy kena... Boleh terima lagi, kalau penulis lelaki yang tulis, tapi serius tak boleh terima kalau penulis wanita yang tullis adegan macam tu dalam novel. Tak geli ke? Tak malu ke?

Nak bagi spoiler pun, macam tak patut. Tapi, ending dier, pandai la penulis buat. Takde la staright forward sangat nak sampai ke bahagian TAMAT.

Mula-mula, serius ingat watak utama, Ralph ni, robot ke apa? Rupanya tak. Ralph tu ambik daripada sempena nama sebenar dier - Aiman Asyraf (Raf - Ralph).
Profile Image for Rosmarie Rogue.
8 reviews2 followers
December 21, 2017
Matriks memang menarik untuk dibaca. Tapi bagi saya mungkin lebih sesuai jika dibaca dalam format komic. Jalan cerita Matriks tidak rumit tetapi unpredictable. Memang rancak dan sukar untuk dilepaskan dari pandangan. Tapi saya masih tidak berpuas hati dengan penceritaannya.

Matriks banyak bermain dengan emosi watak-watak. Saya sedar dari awal penceritaan bahawa penulisan Matriks seperti kurang jiwanya. Amat kekok bagi saya bila membaca cerita seperti ini. Kerancakan mungkin melampau sehinggakan tertingal huraian yang sepatutnya. Semua ini membuatkat Matriks pudar bagi saya. Mungkin juga kerana banyak babak-babak yang hendak di mampatkan ke dalam satu buku, sesuatu mesti dikorbankan. Agak sedih juga bila terjumpa typo di sana-sini.

Ini cerita penuh aksi, untuk semua yang termimpi untuk hidup dalam fantasi.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.