Dendam masa lalu telah menghapuskan perkataan ‘cinta’ dari kamus hidup Inspektor Muhammad Afham Nazhan. Sisa yang tinggal sekarang hanyalah untuk memastikan Roy diberkas dalam tangannya sendiri. Kematian kekasihnya beberapa tahun yang lepas perlu dituntut bela!
Detik tengah malam di dalam sebuah hutan belantara. Detik yang sedang bermula segalanya.
Dengan hanya berniat untuk membantu seorang inspektor polis yang tercedera, Cinta Fiska mempertaruhkan keselamatannya demi amalan ‘budi bahasa budaya kita’. Namun, lelaki yang diselamatkannya itu bukanlah jenis yang mengenang budi. Bercakap dengan Afham serupa bercakap dengan hantu. Bahasanya sentiasa keras dan kasar.
“Yang kau tampar pipi aku tanpa kebenaran apasal? Pipi aku ni bayar zakat, kau tahu tak? Suka hati mak bapak kau aje, kan?!” – Muhammad Afham Nazhan
“Bayar zakat pipi ke kepala?” – Cinta Fiska
Masing-masing membawa diri. Afham dengan dendamnya dan Fiska dengan misi pencarian abang kandungnya. Sekali lagi mereka berdua dipertemukan bersama Darish Izuan. Tanpa sengaja, hati Darish terusik. Nama indah Cinta Fiska mula meniti di bibir. Keadaan bertambah rumit bila siang dan malam Fiska pula hanya memikirkan Afham.
“Saya ni dah gila ke? Normal ke setiap detik saya fikirkan tentang awak, Am? Saya dah mula rindukan awak ke? Kalau saya dah tersuka awak, boleh tak awak sukakan saya balik?” – Cinta Fiska
Cinta segi tiga. Darish cintakan Fiska. Fiska pula cintakan Afham. Tetapi, Afham?
Ada banyak sebab mengapa Afham tidak membalas cinta Fiska. Dia perlu mengalah demi kebahagian sepupunya, Darish. Dia buntu dengan kebenaran yang baru saja terbongkar tentang Roy. Tambah pula dengan konflik lampau keluarga besarnya. Tetapi, mengapa semuanya tidak berjalan seperti yang dirancang? Mengapa hanya mulut katakan tidak, sedangkan hatinya sudah bersumpah ‘tiada Fiska bermakna tiada cinta’?
Cinta Fiska datang ke bandar untuk mencari abang kandungnya yang telah lama terpisah. Inspektor Muhammad Afham Nazhan sedang sibuk dengan kes narkotik dan penculikan anak-anak dan penjualan organ. Mereka bertemu dan banyak perkara yang mereka lalui bersama. Mereka mula ada rasa suka. Darish Izuan, seorang guru sekolah, dan juga sepupu kepada Afham juga mula ada rasa suka pada Fiska. Siapakah yang berjaya merebut hati Fiska? Apa kena-mengena abang kandung Fiska dengan Afham?
Serius sakit hati dengan mulut si hero. Macam longkang. 🤣 .
Pertemuan antara Inspektor Afham Nazhan dengan Cinta Fiska disebuah hutan. Ketika Afham melarikan diri drpd diburu penjenayah. Dan Fiska telah menampar Afham kerana Afham tidak sedar. Bermula dr situla peperangan mulut berlaku .
Demi mencari abangnya yg terpisah sejak kecil, Fiska berhijrah ke bandar dan menumpang dirumah kawannya, Najwa. Disebabkan satu insiden, die bertemu kembali dengan Insp. Afham .
Insp Afham terbabit dalam sebuah kes jenayah yg melibatkan pengedaran dadah terbesar yg diketuai oleh Roy. Musuh lama Afham. Kerana Roy, dia kehilangan cinta, dan ia tumbuh menjadi dendam. Dendam demi menuntut bela kematian Insp Syahika .
Darish Izuan. Sepupu Afham. Dia ni jenis lelaki gentleman sikit. Pertama kali bertembung dengan Fiska, dia dah mulai jatuh cinta. And yes aku suka perwatakan Darish ni😁 .
Bila orang kata dah berjodoh tu, kerapla berjumpa. Aturan Allah. Fiska bekerja sebagai guru tadika di tadika milik maksu Afham. Tambahan pula, Fiska menumpang tinggal dirumah maksu Afham setelah dihalau oleh tuan rumah Najwa. Disitula perhubungan antara Fiska-Afham-Darish mulai erat .
Tapi Afham kekal dengan sikap cold-hearted dia. Fiska meluahkan perasaan pon, dia reject awal2. Bila Darish mengorak langkah mula la gelabah .
Satu kenyataan yg tak dpt diterima Afham ialah pabila Fiska merupakan adik pada musuhnya, Roy. Agaknya macam mane hubungan mereka? .
Novel ni walaupon melibatkan action, tp ianya lebih kepada romance. Which is hubungan antara Fiska-Afham-Darish. Action ni kiranya pelengkap ceritanya la. Tapi bagi aku, aku suka kisah sebegini. Tidakla terlalu hanyut dengan romance kan .
Tahniah penulis, walaupon agak lambat aku menelaah naskah ini😁 .
Aku tak suka bila Afham terlalu keras kat Ika. Like, kau nak apa sebenarnya Afham??? Nasib baik la Ika ni seorang yang baik hati tau. Terima je Afham walau pun Afham laya dia macam tu. Padan muka Afham kena prank 🤪
Okayyyyy actually novel ni dah bertahun ada kat rak...tapi baru sekarang nak baca 😂❤️ SKSSKSKSK, banyak sangat beli novel sampai tak terbaca pun ! 😫
Okay actually ni 2nd karya yang saya baca dari penulis ni...Sebelum ni baca novel debut penulis 😆 Pemegang watak cinta ! And besttttttt sangatt ! (Still tak move on dgn watak Aakif) 🫣❤️
Okay back to novel niii, adushhh kali kedua fall in love dgn karya penulis ni ! 😫❤️ Suka dgn watak Inspektor Afham HAHAHAHA ! Walaupun mulut dia puaka sikit, tapi yeahhh ! Still suka watak dia 😆 Lepas abis baca novel ni, tetiba rasa macam nak cari abe2 inspektor 😫 HAHAHAHA Gurauuu jew!
Watak heroin dia pun not bad ! Tapi unexpected betul dia boleh lempang si pakcik inspektor tu 😂 Kennot betul dorang berdua tu ! 🤣✨
And suka betul kalau part Afham dgn Fiska 😂 Afham ni nampak je mulut puaka, hati beku, dingin semacam tapi goshhhh...dia punya protective tu...i kennotlerrrr 🫣❤️
Part nak dkt abis tu...haihh nasib baik si Fiska tk kahwin dgn Darish 😩 Kalau tak saya auto merajuk dgn penulis 😂 Dia punya plot twist tu haih ! Bukan Afham je boleh jdi gila, kami yang baca pun jdi gilaaa juga 😂 Dlm hati be like : Jangan kahwin ! Jangan kahwin ! Adehhhh 😂
Plusss...belum masuk lagi pasal Roy. Naurrrr mula2 geram jugak dgn Roy sbb busuk hati sngttt...Tapi bila dah baca2 pstu sampai part dlm penjara tu, auto menangis terokssss gueee 😭 So conclusionnya, pakcik dia yg setannn HAHAHAHA...Haih Geram betul ! 😡😂
Overall mmg sukaaaaa novel ni ! Lepas ni nak try cari lagi karya2 penulis ni 😍❤️ Mmg dh in love terokssss 🫶🏻🫶🏻🫶🏻 Good job Kak Nurrul Shuada ! ❤️❤️❤️
Mengisahkan Muhammad Afham Nazhan, seorang inspektor polis yang sedang memburu Roy, ketua penjenayah dan pengedar dadah. Am sangat rapat dengan sepupunya, Darish Izuan dan mereka menumpang kasih dengan Puan Faridah Hanum, mak ucu mereka. Pertemuan Cinta Fiska dengan Inspektor Am di hutan dan seterusnya selepas itu selalu terjadi perbalahan dan perdebatan setiap kali bertemu muka. Siapa sangka matlamat Fiska mencari Fakrul, abangnya yang terpisah dari kecil berakhir dengan kesedihan. Plot dah ada dan jalan cerita pun dah cantik namun keseluruhannya saya rasa hambar. Garapan dan olahan kurang mantap serta kurang emosi. Banyak monologue dari dialogue dan ada sesetengah bahagian meleret-leret dan berulang-ulang agak membosankan. Bagaimana sampai umi Am boleh dirogol oleh Encik Lokman, ayah Rish? Paparan kurang dijelaskan akan kejadian tersebut. Am dan Darish sebaya ke? Sering dinyatakan umur 30an saja. Terus bilang umur lagi senang atau mungkin penulis rasakan tak penting kut. Cute and sweet romantic Am dan Fiska scenes pun sangat sikit. Apabila Encik Lokman nak kahwin lagi satu, marah dan bantahan Puan Hanim kurang terserlah. Perempuan muda yang nak dimadukan pun tidak diceritakan. Nak tahu juga siapa dan di mana pertemuan Encik Lokman sampai nak kahwin lagi satu. Cuma tahu mereka dah terlanjur saja.
1st time baca karya Nurrul Syuada. Memang kene dengan penulisan. Banyak pov dan tak mengelirukan.
Suka dengan watak Ika yang suka menjawab kata-kata Am. Nampak lah dia xlembik sangat. Jenis lepas cakap. Comel dia kat situ.
Sedih part Ika jumpa abang kandung dia. Scene diorang sikit sangat. Nasib abang kandung dia malang sangat. Hilang keimanan dalam diri disebabkan uncle jahil diorang tu. Ya Allah geramnyaa!!
Nasib lah ending Fiska dengan Am. Dah frust dah baca waktu Ika nk kahwin dengan Rish. Sampai kita pon tak perasan Rish akad nikah nama orang lain. Haih kalau kahwin dengan Rish memang tak habis baca lah.
Seronok baca cita ni. Nak tahu apa jadi selepas tu. Cuma tak selesa nak bacanya setiap kali Am dengan Ika pegang tangan walaupun xde ikatan yang halal dan waktu Am tengok rambut Ika dekat hosp macam xrasa berdosa pulak. I hope author ambil serious tentang isu ni lepas ni. Teruskan berkarya author
This entire review has been hidden because of spoilers.
emosi bercampur baur baca novel ni. nak kata best pon tak, nak kata tak best pon tak. mcm hilang rasa. tak tau la kenapa.
novel yg aku beli, page 43-74 hilang dari radar. jadinya tak tau la ape jadi dan menghilangkan mood masa awal2 pembacaan.
novel ni pada aku, xboleh skip2 baca. kalo skip, dah lost track ape yg jadi kat Am n Fiska. menarik sebab kita semangat nk tau siapa penjahat tu, ape kaitan dgn Fiska. aku ingat pakcik Roy tu bapak Rish. meleset lak ramalan tu.
kadang2 terbayang lak novel Melur Jelita sebab Am ni pegawai polis. cumanya tak berapa hot mcm hero kak Melur la. hehehe...
Siapa sangka merayau dalam hutan dapat jumpa dengan bakal jodoh si pakcik polis yang hesmes... Huhuhu...
Cinta Fiska:Ok, nama dia unik... Orangnya pun unik... Selamba je perwatakan dia... Happy go lucky and murah dengan senyuman... Tapi rupa-rupanya banyak simpan kesedihan... Terpisah dengan abang kandung dari kecik memang menyedihkan... Tapi lagi sedihnya bila dapat tau yang abang dia tu rupa-rupanya orang yang paling dikehendaki polis sebab banyak buat jenayah besar dan pernah bunuh bekas kekasih si polis hensem tadi... 😭
Afham:Perwatakan dia yang cold and serious rupa-rupanya time dekat luar je... Tapi bila dalam rumah, lagi-lagi dengan mak ucu dia dengan si Darish tu.. Hmm... Meloya buruk je kerjanya🤣...Kemain lagi benci dekat si Fiska tu last-last jatuh cinta jugak....Tula orang cakap, jangan benci sangat nanti suka!... Walaupun layanan dia dekat si Fiska dingin gila tapi kadang-kadang tu sweet gila and dia ni kadang-kadang boleh jadi sangat protective... Sanggup buat apa-apa je demi keselamatan Fiska and pernah derma darah utuk Fiska... Sumpah fall in love gila dengan Afham...
Darish:Mula-mula lagi dia dah suka dekat Fiska... Tapi nak buat macam mana bila cinta dia tak berbalas... Dia nampak yang Fiska dan Afham sebenarnya suka satu sama lain... And dia sanggup mempertaruhkan cinta dia demi kebahagiaan Afham... Siapa sangka Afham yang selama ni dia cuma anggap sebagai sepupu rupanya Adik beradik kandung sebapa dengan dia?! Darish memang marah la bila tau... Lagi-lagi sebab selama ni orang tua dia benci dekat Afham sebab cakap yang umi Afham tu tuduh Daddy Darish ni rogol umi dia... Padahal memang betul pun... Dasar pakcik! 🙄...Mak dia pulak bila dah tau barula nak berdrama air mata mintak maaf... Nasib baiklah Afham ni baik...
In conclusion, love Afham's character which is Cold yet Warm... 😘😘😘
This entire review has been hidden because of spoilers.