Naurah Tihani a.k.a minah cengey berpegang dengan dua prinsip dalam hidupnya. Pertama, tidak ada kawan baik perempuan dan kedua, tidak akan berkahwin dengan kawan baik lelakinya. Persahabatan selama lapan tahun dengan Naurah Tihani membuatkan Dayyan Hawari terlanjur menyayangi gadis itu. Namun, Naurah Tihani teguh dengan prinsipnya.
Cengeynya selama ini rupa-rupanya kerana penyakit. Penyakit yang mendesaknya supaya segera berkahwin. Hidupnya mula huru-hara memikirkan soal jodoh. Namun, kepulangan umi dan walidnya dari Mekah membawa perkhabaran gembira yang Naurah Tihani bakal dijodohkan dengan anak kawan mereka.
Kerana sikap tak ambil peduli siapa jodoh pilihan umi dan walidnya, prinsipnya yang kedua hampir roboh tatkala Hani merasakan Boy dan Hawari adalah orang yang sama. Tapi, Hani bertekad tidak mahu mengenali bakal suaminya sebelum hari akad nikah walau apapun yang terjadi.
“I rasa ada silap faham di sini. Ya. I mengaku yang I memang akan berkahwin tak lama lagi. Tapi bukan dengan Hani.” - Dayyan Hawari
Kenyataan itu seperti melukakan hati Hani ketika mula terdetik rasa sayang kepada Hawari kerana salah sangka. Hawari bakal berkahwin dengan pilihan keluarganya. Lantas, Hani isytihar perang dengan Hawari.
“Awak terima saya bersebab, kan? Awak kahwin dengan saya sebab awak rasa bersalah pada saya. Betul tak?- Naurah Tihani
Curiga kepada suami sendiri kerana masa silam membawa kepada satu jawapan.
“Sebenarnya, saya dah lama cari awak, Hani.”- Boy
Hani membawa diri akibat salah faham. Pada saat ujian melanda, hatinya menjadi seperti tisu yang dicelup air. Lembik.
“The best relationships start off as a friendship first.”- Dayyan Hawari
Masihkah tersimpan rasa sayang Hawari kepada Hani? Adakah Hawari dan Hani akan selamanya bersahabat? Siapakah pula Boy yang sebenarnya? Berjayakah Hani mempertahankan rumah tangganya?
3* Kerana watak lain didalam novel ni..kalau ikut Hani hampaslah nak bagi bintang. hehehe. Jalan cerita kalau ikut flow mmg okay je tapi disebabkan sikap Hani jadi menyampah habis2an. Tak perlu nak jadi pencuri, perompak, pembunuh, penagih, perogol bersiri, pemfitnah ke apa yg sewaktu dengannya untuk dilabel jahat..Jahat mulut, berburuk sangka dan pentingkan diri pun dah boleh buat orang label kita jahat walaupun hakikatnya kita tak lah sejahat mana. Setia yg bagaimana..Apa lah si Hani ni..betullah..harap umur je besar, badannya kecil molek tapi pemikiran dia bab Nilai Hidup ni macam budak 5 tahun. Letakkan kesalahan pada orang yg tak bersalah.
0.5* Untuk sikap Hani yg entah apa2. Turun lagi rating. a. 28 tahun terlampau bijak dalam pelajaran dan mengendalikan pekerjaan tapi terlalu rapuh walau tak tentang perasaan. Action blur. Pernah terjatuh suka kat Hawari tapi kerana prinsip BBF, jadi padanya tak boleh kahwin..dia pendamkan saja perasaan itu dan berharap ia kekal begitu sahaja.
b. Sentiasa mendambakan attention tapi tak pernah mahu menyelami perasaan orang disekeliling dia..All about what she wants and feel. Cakap main lepas dan 48/7 baran. Bila org buat begitu tahu pulak tersinggung dan marah tapi part orang, melebih bercakap tahap kurang ajar dia pun ya juga.. Hingga habis pun begitu except for last 2 chapter.
c. Suka menyampuk apa orang nak cakap dan buat anggapan sendiri. Dan bila buat satu tuduhan bukan inti story yg dia sebut tapi main terjah je eg. apa masalah kau ni ya..kenapa kau buat begini ya..Org pun nak jawab mesti blur lah tak tahu pucuk pangkal cerita. Bila ditanya dia bagi jawapan yg bertentangan atau mengelak dan lari kan diri..Itu je yg dia tahu buat..Kerana itu juga punca perbalahan dan salah faham antara dia, Hawari dan Adam. Last2 malu dan frust sendiri.
d. Kalau dibesarkan di negara Eropah atau Negara Mat Salleh mana, bolehlah saya faham jika dia zero dalam bab pergaulan lelaki dan perempuan..different culture. Dia bukan juga dilahirkan dan dibesarkan kat hutan tanpa melihat dunia luar. Ni hidup kat Malaysia dengan persekitaran yg terkenal dengan nilai murni dan ilmu agama yg dah diterapkan sentiasa, baik dari ceramah radio, tv, masjid, melalui kursus etc..huh!!! Walaupun dia masih merangkak sering juga ditegur oleh family member..dia buat tak tahu je..nampak sangat hati dia sungguh degil dan keras menerima pandangan orang. Baginya, dia sahaja yg betul. Well keluarga dia pun kerja bukan calang2..got to do with Jabatan Islam, jawatan tinggi lagi dan ada yg Ustaz. Dia boleh jawab, Iman tak boleh diwarisi..Mmglah betul tapi kurang ajar. Tak malu ke jawab macam tu..Roll my eyes!!!
4.5* Hawari, Adam dan 3 abangnya. Hawari walaupun cinta dah dizahirkan dan dilafazkan tetap juga berkata jujur..Sama juga Adam. Tapi Biasalah nak menanggani bakal Mak orang bersikap lima tahun ni perlu kesabaran yg tinggi. Saya tak salahkan Hawari kerana jatuh cinta dgn sahabat sendiri dan berahsia tentang kehidupannya. Saya tak salahkan Adam kerana sangsi dengan kejujuran Hani sebab Hani tak buat apa2 untuk yakinkan dia bahawa dia setia dan sayangkan Adam. Abang2nya, kesemuanya penyanyang dan pemurah tapi among 3 of them, Angah pendengar yg setia.
HAWARI saya dedicate this song to him. Parah by Radja Band. Kerana that is what he felt toward Hani. Sangat tepat dan padat based on olahan cerita ni.
5* Saya beri kredit pada author untuk information bab Premature Ovary Aging and seangkatan dengannya. Useful for all ladies.
Lain orang lain pandangan. Sejujurnya this novel is the least that I like among her 3 novels that I read. This novel especially written about Hani solely. Dan saya rasa trauma yg di hadap Hani walaupun kecil agak serious jugalah hingga kulit dia hampir rosak. Tapi kalau nak di bandingkan dengan apa yg heroin novel lain hadap this is considered mild as dah lama selesai dan alhamdulillah selamat. Bagi saya masih boleh dimaafkan dan lupakan saja.
Jalan ceritanya tak berapa menarik perhatian saya. Ingatkan happy ending dia is Hawari and Hani happily ever after sebab saya baca sipnosis dia cakap more to Hawari instead of Boy. Tapi last last bila baca Hani dan Adam yang happily every after. Tapi suka pengorbanan si Hawira terhadap si Hani. Demi sayangkan Hani lebih daripada seorang kawan baik, dia lepaskan cinta hatinya ke hak orang lain. Saya paling menyampah dengan watak Hani sebab tak tahu nak bersyukur dapat kawan baik macam Hawari pada cerita awalnya dan tak pandai jaga hati orang. Kesian Hawari terpaksa hadap kerenah Hani. Taknak cakap lebih takut spoil mood orang yang nak baca nanti kalau dok cerita panjang dekat sini.
Sebuah karya yang kurang mendapat tempat di hati saya. Pembacaan pun perlahan dan saya mengambil masa agak lama untuk menghabiskan novel ini. Dua watak utama, Naurah Tihani dan Dayyan Hawari menerajui keseluruhan cerita. Pembaca dipaparkan dengan persahabatan mereka berdua dan bagaimana rapatnya mereka sebagai kawan baik. Cuma cinta Hawari dipandang sepi oleh Hani dan Hawari pasrah. Namun begitu, Hawari sentiasa ada bersama Hani walau Hani telah berkahwin dengan Dr Adam Yusuf. Cemburu Adam dengan tingkah Hani dan Hani pula sakit hati dengan Dr Zulaikha yang selalu mengejar suaminya. Penceritaan yang banyak monologue menjadikan keseluruhan cerita terasa hambar dan kurang jiwa. Jalan cerita dan isi cerita dah menarik tapi kurang mantap. Ada sesetengah bahagian yang meleret-leret dan berulang-ulang agak membosankan. Apa yang paling saya suka tentang karya ini ialah ikatan kekeluargaan yang diterapkan dalam keluarga Hani. Begitu juga dengan isu sakit puan tentang ovari dan early menopause dapat menambah ilmu pengetahuan pembaca.
Minah cengeh hati tisu...tulisan aifa batrisya..antara cinta dan persahabatan,kepercayaan dan pegangan.. Naurah tihani(hani) dan dayan hawari(wari) 2 sahabat baik berlainan jantina...yang mana perhubungan mereka menjadi salah faham orang sekeliling...
Hani yang baru tahu dia ada penyakit menyerahkan soal jodohnya kepada org tuanya...dan dia memilih pilihan keluarga..
Siapa sangka Doktor Adam Yusof aka boy aka mamat jambu batu adalah suami pilihan keluarganya.. Iya lelaki yg menyebabkan dia hilang keyakinan utk berkawan dengan kawan perempuan..sebab itulah sahabat baiknya wari mnjadi teman baiknya selama 8 tahun...
Mcm mana perasaan wari setelah hani bergelar isteri org..hani mnggangap dia kawan tapi dia pula sebaliknya...
Mcm mana perhubungan hani,wari dan adam...jom baca novel ni...part akhir2 nanti pasti mengalir air mata..good job buat penulis Memang terbaik novel ni