Tak suka la Margina bila dipanggil dengan nama tersebut. Har anak Pak Ngah ingat, ini cerita filem P.Ramlee? Jadi bila usul hendak menjodohkan dirinya dengan sepupu tirinya itu datang, Margina putuskan menolak lamaran tersebut.
“You tunggu lamaran siapa sebenarnya, Cik Mar-Gi-Na? Kassim Baba? Atau Ali Baba?” - Har anak Pak Ngah. “I tunggu lamaran ketua 39 penyamun.” - Margina. Gigih Margina membina perisai menangkis serangan jodoh tersebut. Namun bila sebab sebenar Margina dilamar terbongkar, Margina relakan juga dirinya disunting. “Lamaran Har hari tu masih sah atau dah luput?” - Margina “Lamaran I tak pernah ada tarikh luput. Tak ada bahan pengawet dan pewarna. Lamaran I asli.” - Har anak Pak Ngah
Jawapan poyo! Margina membayangkan hidupnya pasti poyo selepas ini. Mana tahu Har anak Pak Ngah mengajarnya makna cemburu.
“Margina mogok masak sebab cemburu. Jadi malam ni cuma ada ikan masin dengan sup sayur.” - Margina “Margina cemburukan siapa?” - Har anak Pak Ngah “Lia. Tengahari tadi Har habiskan masa lama dengan Lia.” - Margina Belum selesai isu Lia, muncul pula Aisya. Aisya janda berhias, merangkap bekas calon isteri Har anak Pak Ngah suatu ketika dahulu. “Aisya tak terfikir nak kahwin semula?” - Har anak Pak Ngah “Hasrat tu ada, tapi mesti Har yang jadi calon suami Aisya.” - Aisya. Margina nak jadi wonder woman! Sekali Margina hembus, Lia dengan Aisya hilang terus dari radar hidup Har anak Pak Ngah.
Oh, Margina lupa. Margina cuma marhaen tanpa kuasa sakti. Sepuluh kali hembus pun, Lia dan Aisya tak bergerak. Kalau sudah begitu, bagaimana lagi Margina mahu bertahan? Lebih-lebih lagi Har anak Pak Ngah itu, hatinya sulit dan persendirian.
OMG saya suka gila dengan Har dan Margina. Maaf hero² PK yang lain, Har naik tangga pertama🤪 Saya suka chemistry mereka. Tak perlu pun babak bercumbuan atau babak 'seksa' atas ranjang bagai, PK berjaya buat saya tersengih² sepanjang bacaan (bukan bermaksud tak ada langsung babak kissing tapi dalam MAR GI NA, babak tersebut kurang dan tertutup gitu)
Har yang romantik dengan caranya sendiri. Lagi² masa dia merajuk tu, cute gila babas🤣 Kata Har, dia jatuh suka ketika Margina masih belasan tahun. Dia simpan dan menanti masa untuk 'dituai' sebab dia sedar dia tua dari Margina. Kurang asam betul ejek Margina Kasim Baba dan hantar bunga tahi ayam sebab sengaja pancing marah Margina untuk tarik perhatian si sunti. Serius cute😆
Sayangnya rasa pendek sangat cerita ni😅 And agak terganggu bila selalu ulang 'Har anak pal ngah'. Endingnya mampu buat saya senyum terharu. Kesian Har, tabahnya Margina.
TQ PK untuk cerita yg sweet dan comel ni. Saya suka sangat². Syabas juga atas perkongsian ilmu tentang solat jamak qasar❤️
P/S bonus cerita Yaya tu tak baca lagi. Nanti kita edit review🌷
Cerita acceptable cuma agak terganggu bacaan bila asyik ulang har anak pak ngah… rasa tak perlu sebut banyak kali har anak pak ngah sebab awal awal dah beritahu har tu anak pak ngah. Lagi satu asyik ulang lelaki melayu-jawa-portugis.
kegemaran akak kalau minum teh o panas biar teh o tu tak pekat dan tak manis. orang panggil teh o jalang. cair jer. tapi bila minum panas-panas memang terasa nikmat. haa... macam tu lah juga karya puan penulis Pena Kayu ini. idea yang sangat simple, sangat ringkas saja. cumanya puan penulis ini tak boleh dinafikan bijak bermain kata. buat yang biasa dengan karya puan penulis ini mesti faham maksud akak.
margina, disuruh menerima lamaran har, sepupu tirinya dengan alasan untuk merapatkan hubungan keluarga yang renggang bila ibu margina berkahwin dengan pakcik adenan. margina pada awalnya sememangnya menolak mentah-mentah. cumanya har, hardimin jose tidak putus asa. punya alasan sendiri kenapa dia memujuk nendanya supaya menerima margina. buku ini sememangnya bercerita. walaupun bukan karya terbaik dari puan penulis tapi tetap punya daya tarikan tersendiri. pembikinan naratif bersesuaian dengan selingan dialog cantik tersusun. antara ayat ulang-ulang -> har anak pak ngah, har anak pak ngah mungkin sedikit mengganggu tapi masih tak membantutkan pembacaan.
penamat yang agak sedih dan penamat yang kedua agak luar jangka menjadikan secara keselurihan kisah ini kisah yang seronok dibaca. tahniah puan PK yang berani menerbitkan sendiri karya ini. jodoh, ajal maut sememangnya rahsia Allah. bersyukurlah kerana kita insan terpilih untuk hidup dalam jasad pinjaman dan dapat menikmati kehidupan di dunia ini. segala dugaan dan cabaran dalam kehidupan adalah ujian untuk kita manusia sama ada mengeluh dan menyalahkan takdir atau redha menghadapi dengan penuh keinsafan di hati...
Saya lebih suka karya Pena Kayu yang sebelumnya. Novel ini macam zine atau cerpen saja. Romantik komedi pun suam-suam kuku. Kisah Cik Margina, anak tiri Adenan. Bertahun lamanya Adenan disisih keluarga kerana berkahwin dengan Khalijah, mak Margina. Kini, nenda Dasimah terima Adenan sekeluarga kerana mahu melamar Margina untuk cucunya, Hardimin Jose. Lia sangat bencikan Margina. Sepatutnya Lia yang kahwin dengan sepupunya itu kerana dah lama dia cintakan Har. Fattah pula mendendami Har dan Margina. Tiga tahun Fattah berkawan dengan Margina namun bila lamarannya ditolak, Fattah sakit hati. Keseluruhan cerita dah menarik tapi macam fast forward. Plot dah ada cuma kalau dapat dikembangkan lagi maka sudah cukup perisa dan perencah dalam kisah ini. Kenapa cerita tergantung selepas Fattah membakar rumah Har dan Margina? Apa yang berlaku selanjutnya pada Har dan Margina? Tidak dipaparkan bab ini. The ending is so abrupt macam tergesa-gesa pun ada. Margina selamat melahirkan seorang bayi perempuan dan Har pula cacat. Lia dan Paei dah kahwin ke? Banyak lagi ruang yang masih boleh dibaiki untuk cerita ini. Bonus Yaya Kekasihku langsung tak menarik minat saya kerana tak puas hati dengan epilog Margina dan Har.
Satu lagi novel yang saya tak boleh finalise jumlah bintangnya between 2 to 4. Suka cara penceritaan dan keletah watak-watak yang kata-katanya jujur selamba. Suka dengan pengisian bermanfaat yang disulam dengan warna nada lembut supaya mudah diserap terus ke hati terutama untuk pembaca remaja. Tak ngam dengan Har yang dok hantar bunga tahi ayam nak tarik perhatian Margina, sampai habis tak faham siapa Kassim Baba. Mungkin saja-saja buat lawak nak samakan panggilan gadis naive tu dengan Kassim Baba si penyamun tarbus? Tak faham lorrr. Juga tak berapa boleh suka desakan-desakan Har Anak Pak Ngah untuk sambar Margina dari Fattah, biarpun Fattah tu hatinya warna kelabu. Memang ada penjelasan di akhir cerita, tapi a little too late sebab dah tak suka. Margina terlalu polos untuk Har rasa saya, tak sekufu dari segi pembawakan kot. Rupanya begitu latar belakang seirang Margina, dia tahu ke idak sebenarnya yer? Walaupun begitu, cerita ni kreatif dan gaya penulisan tak menjemukan.
Tahniah Pena Kayu yg menghasilkan novel yg sangat menarik dan banyak tauladan yg boleh di ikuti. Masih adakah lelaki seperti Hardimin Jose @har anak pak ngah yg pandai mencairkan dan melembutkan hati seorg Margina yg degil? .. I keep falling in love with him again and again and again.. ❤ highly recommended..
Story yg santai dan juga sweet. Bukan manis 'leting' tapi kemanisan yg masih boleh di telan. Actually, aku lebih tertarik dgn kisah yaya yg penulis sertakan di akhir novel. Kisah yg menarik untuk dipanjangkan lagi kisahnya.
CIK MAR.GI.NA Yang Aku Tunggu Bonus YAYA Seperti Kekasihku Karya Pena Kayu
Novel ini mengisahkan tentang Hardimin Jose dn Margina. Har anak pak ngah kata Margina , Cik Mar.Gi.Na Kassim Baba kata Har. Itulah panggilan mereka pada satu sama lain. Bila Har datang hendak meminang Margina , Margina menolak sekeras-kerasnya lamaran tersebut. Alasannya banyak antara nya kerana dia tak mengenali siapa Har yang bagi Margina seorang yang "annoying". Bila Margina terdengar kenapa dia dipinang, dia menerima lamaran tersebut. Namun perjalanan perkahwinan mereka ada pasang surutnya dengan kehadiran Lia, Fattah dan Aisya. Dalam melalui cabaran perkahwinan, akhirnya wujud rasa sayang Margina pada Har. Tragedi datang saat mereka sudah mula menyayangi. Adakah bahagia untuk kisah cinta mereka?
Yaya pulak seorang penulis novel yang kehilangan kekasih hatinya, Faiz Ilyas yang tak diketahui nasibnya semasa berkhidmat sebagai doktor di Palestin. Namun Yaya tetap menunggu Faiz dengan setia. Muncul pulak Andre atau Muhammad Zayn Andre yang menyerupai Faiz . Siapakah menjadi pilihan Yaya? Nampaknya yang ni kita kena pujuk cik penulis menyambung kisah mereka
Novel Pena Kayu kali ini lain dari novel2 sebelum ini.. ayat2 yang santai dan kelakar rasa seperti menonton filem P.Ramlee.. kalau suatu hari nanti novel ini akan dijadikan drama heronya mesti cari yang handsome tetapi kelakar.. bila hero yg dikenali sebagai Har anak Pak Ngah memanggil margina dgn nama Cik Mar.Gi.Na Kassim Baba, membuatkan Margina amat marah dan membenci Har, tetapi bila bertemu dan bertentang mata dgn Har, Margina akan terpegun dan lupa perasaan marahnya.. Jika Hero lain akan meggunakan bunga yg wangi untuk memikat pujaan hati, Har pula menggunakan bunga tahi ayam untuk memikat Margina.. bab bunga ni menjadikan novel ini lain dari yang lain.. oleh itu saya dengan mudahnya memberi 5/5 bintang utk pena kayu.. Selain kelakar, novel ini ada juga unsur2 islamik kerana Har anak Pak Ngah ialah bekas pelajar Pesantren Assogiri.. pelbagai perasaan ketika membaca novel ini..lucu, sweet, marah, sedih & gembira.. Tahniah pena kayu
This is THE Pena Kayu that I love. Saya suka Cik Mar.Gi.Na. Saya suka Hardimin Jose, ketua penyamun tu juga In fact, semuanya tentang ketua penyamun tu..sangat memikat kalbu Kalaulah dalam realiti kita semua dipertemukan dengan lelaki seperti Har anak Pak Ngah tu, this world will not only be a better place but also much, much sweeter :) Kehidupan kita tak selalunya indah tetapi dengan Har anak Pak Ngah, rasanya senang aje nak petik bulan bintang di langit tinggi tu..beruntung Margina tu Dan pasangan ni..sangatlah padan...jumpa juga Margina dengan lelaki yang menyelinap masuk terang-terangan mencuri hati dia..maklumlah Har tu penyamun terang-terangan :D PK..harap teruskan momentum penulisan seperti ini This is YOU !! Love it so much.
Untuk Yaya..tunggu full novel lah baru ada review ;)
Suka cerita ni. Mengisahkan Har yang jatuh cinta pada margina dari zaman margina remaja lagi. Sejak itu, Har menyimpan impian untuk mengambil Margina menjadi isterinya dan menunggu sehingga Margina habis belajar utk memulakan langkahnya. Sejak itu, Har selalu menghantar bunga tahi ayam kpd Margina dan menggelar Margina sbg Marjina Kasim Baba. Har melamar Margina, ttp ditolak oleh Margina. Selepas mendapat tahu yg tujuan Har berkahwin untuk merapatkan semula hubungan keluarga ayah tirinya dengan nendanya yang putus sejak ayah tirinya berkahwin dengan ibunya, Marjina menerima lamaran Har. Suka dgn Har selepas berkahwin, banyak mengajar Margina tentang kepentingan sedekah & byak ajaran yg lain. Seorang suami yang setia dan sangat penyayang. Cuma sedih bila part ending. Kesian Har, ttp kasih sayang Margina tak pernah putus untuknya.