Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sedangkan Kiblat Pun Berubah

Rate this book
Buku ini adalah hasil kompilasi tulisan penulis di laman maya. Sebanyak 30 artikel dimuatkan, semuanya bertemakan tadabbur/penghayatan dalam kehidupan. Tidak kiralah sama ada ia penghayatan terhadap situasi yang berlaku dalam kehidupan penulis, mahupun ayat Quran yang dibaca mahupun hadis yang dikupas serta kisah-kisah Nabi yang diceritakan, semuanya mempunyai nilaian yang tersendiri.

Penulis telah mengupas dari sudut pengalaman penulis sendiri dan mengaitkan setiap pengajaran yang didapati daripada tadabbur itu dengan kehidupan sebagai seorang manusia, dan juga aktivis yang bergiat aktif di medan dakwah dan tarbiah.

Gaya penulisan yang santai serta mudah dibaca menjadikan buku ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Walaupun bukan sebagai buku rujukan ilmiah, tetapi sebagai percikan hidayah serta pengubah paradigma pembaca. Untuk memastikan ia tidak tersasar daripada mesej Islam yang sebenar, buku ini telah pun disemak oleh editor syariah yang bertauliah.


Sedangkan Kiblat Pun Berubah, apatah lagi hati dan hala tuju hidup kita. Mesej penulis jelas, kita semua ini manusia terpilih. Sedar ataupun tidak, itulah hakikatnya. Allah telah memilih kita menjadi Muslim, kerana itu berimanlah dengan sebenarnya dan jalankanlah tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita, iaitu menjadi abid dan khalifah-Nya.

190 pages, Paperback

First published July 1, 2016

17 people want to read

About the author

Inspector Saahab

4 books7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (42%)
4 stars
7 (50%)
3 stars
1 (7%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Farah Mohd Noor.
31 reviews64 followers
January 3, 2017
"Seseorang itu akan ketemu dengan apa yang dia cari"

Alhamdulillah, diberi kesempatan oleh-Nya, untuk menghadam mesej-mesej yang dibawa oleh penulis. Semoga Allah memberkati penulis dan penulisannya.

Buku ini sesuai untuk daie yg mencari apa-apa yg dirasakan semakin pudar, yang mencari dimana salahnya aku merasa kosong begini ? Dan juga pada yang ingin lebih lebih lagi memaknai tarbiyyah dan dakwah yg sedang dibawa.

Susunan tajuk didalam buku pula sangat membantu pemahaman dan membina fikrah secara berperingkat. Tadabbur-tadabbur penulis sangat membuka minda dan hati, I would say it's refreshing, intriguing and reflecting.

Ikutkan iradah hati nak juga memasukkan semua key points dalam review, tapi nanti dah tak jadi review la pulak, jadi buku terus hehe. Semoga review yg tak seberapa ini dapat dijadikan sebagai promoter factors untuk yg lain membaca Sedangkan Kiblat Pun Berubah juga.

Let me end this with something that caught my eyes in the book;
"Setelah itu, bangkit dan teruskanlah hidup dan menghidupkan, teruslah berlari sehingga kedua kakimu berpijak di syurga-Nya"

Semoga bermanfaat. :)

Profile Image for Saiful Hadi.
7 reviews
August 26, 2020
"Detox"
That is the first word that comes in mind after reading the introduction part. Yes, a detox needed after a while, to get a few things back on track. If you find yourself, deviating from the path you know you should be on, then this book is a light reminder or a good starter for you to change things.
I would like to share a line that hit me really hard. Maybe because it's been a while since we appreciate the things happening around us. From the book, in Malay, Anis Matta said: " As a Muslim, we should always find the 'sky's perspective towards the events happening on earth".
MashaAllah, what wonderful thing to say. In times where we judge the things happening around us, or maybe to us, and starting to think about how bad life is or how unfair the world is, remember to always take a step back, and view things from a different perspective. Know that all the things that happened is with God's intervention, and He has never ever left us behind. Kudos!
Profile Image for Muhammad Hazarul Azmeer.
2 reviews
September 7, 2017
Dalam perjalanan kita mengejar redha Allah. Kadangkala kita tidak sedar pun kita tersilap memilih jalan.
Apakah petanda kita tersilap jalan?
Petanda kita tersilap jalan:
1. Rasa special bila ada rakan atau senior kita dari sekolah yang sama berjaya mendapat top player atau berjaya pergi ke angkasa.
2. Kita ingin semua orang tahu bahawa orang berjaya itu sama sekolah.
Jika anda merasakan kejayaan Malaysia mendapat pingat emas terbanyak membuat kita rasa perlu dihormati dari negara2 sekeliling.
Ketahuilah cukuplah kita berbangga dengan menjadi seorang Muslim, tak perlu mencari kehormatan, kemuliaan dan afiliasi lain.
Apakah kehormatan yang tertinggi selain daripada menjadi hamba Allah.
Khazanah di dalam al-Quran sudah cukup untuk kita membezakan apa itu kehormatan yang sementara vs kehormatan yang berkekalan.
April 1, 2019
Satu buku yang membuka minda tentang Al-Quran dan hadis. Persoalan-persoalan yang tidak pernah muncul di fikiran, tercetus apabila membacanya.

Sangat menarik apabila penulis mengaitkan kisah nabi musa dengan nabi muhammad.

Begitu besar sekali hikmah Allah menceritakan Kisah Nabi Musa kepada Nabi Muhammad
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.