Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mahadewi

Rate this book
[1]
Surat Putih untuk Alang

Setelah empat tahun berlalu, ayuh kita kembali menyoroti Muzzammil Muadz dan Nuha dekat rumah kecil di tepi sawah bendang yang permai. Apa pula yang terjadi kalau tiba-tiba sahaja Nuha mendapat tawaran sambung belajar di Kuala Lumpur dan Alang pula jauh di Kota Kuala Muda? Alang Rebus Tak Empuk dan Misi Nuha yang sentiasa kecoh sejak Surat Ungu untuk Nuha (2007) ini tentu anda masih ingat kisah mereka! Dengarlah cerita mereka selanjutnya...

[2]
Panggil Saya Mawar

Sila ‘check-in’ di Rumah Teh Timor dan nikmati dingin petang dan segarnya udara Tanah Tinggi ini sambil minum secawan teh Sutera-Timur dengan sepotong Pavlova. Setelah empat tahun menjadi suami isteri, Wadi Hannan dan Dahlia sudah ada si kecil: Mawar. Apa kata anda kalau rumah peranginan ini ditutup? Bantulah Dahlia membuat keputusan. Bacalah sambungan kisah yang dekat di hati ini sejak Panggil Aku Dahlia (2008) anda kenal...

420 pages, Paperback

First published August 1, 2016

7 people are currently reading
54 people want to read

About the author

Noor Suraya

37 books282 followers
Lulusan Diploma Pendidikan (KPLI) daripada Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI) ini, pernah menjadi pendidik selama 13 tahun. Noor Suraya juga seorang Munsyi Dewan yang aktif dalam dunia penerbitan. Kini Noor Suraya mengetuai JS Adiwarna Publications & Distributors Sdn. Bhd. sebagai Pengarah Eksekutif di samping bertindak sebagai Pengarah Urusan untuk Jemari Seni Sdn. Bhd. Justeru, Noor Suraya juga bertanggungjawab memantau hal-hal yang berkaitan dengan editorial, pemasaran dan komunikasi di kedua-dua syarikat penerbitan ini.

Noor Suraya memiliki ijazah Sarjana Linguistik daripada Universiti Malaya, dan Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Massa/Pengurusan) daripada Universiti Sains Malaysia. Noor Suraya pilih membaca apa saja – daripada teks klasik, cerita-cerita panji dan warkah-warkah lama sehinggalah tulisan-tulisan kontemporari serta teks-teks ilmiah. Cerita kanak-kanak dan komik selalu menjadi ‘pembuka selera’ membacanya. Bidang yang menjadi perhatian khususnya Noor Suraya tentulah hal-hal yang berkaitan dengan bahasa dan linguistik, sastera dan budaya, sejarah (dan sirah), biologi, juga fasal sosiologi serta antropologi.

~ Noor Suraya telah menambah perbendaharaan kata baharu pada pembaca muda melalui penulisannya yang cermat ~

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
33 (49%)
4 stars
27 (40%)
3 stars
7 (10%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 19 of 20 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
January 18, 2020
Full review: 18/01/2020

Surat Putih untuk Alang - 3*

Bencinya bila baca karya Noor Suraya (Kaksu) yang ini. Benci sebab dalam tak semena-mena air mata mengalir. Alahai! Jadi sang ibu memang hati kita automatik menjadi tisu agaknya (Cherina la tu, orang lain tak tahu).

Tapi ya, hidup ini ujian. Selalunya yang paling kita sayang itulah yang pergi dulu. Allahu… SPUA menitip pesan -- semua yang kita ada bukanlah milik kita, bahkan nyawa sendiri pun ehsan daripada Yang Esa. Mudah-mudahan aku sendiri akan sentiasa reda dengan tiap ujian-Nya.

Terima kasih Nuha. Ya, bahagia bukan diukur dengan suami yang kacak, hidup senang mahupun anak yang ramai. Bahagia itu dengan mensyukuri apa yang kita ada. Bahagia itu rasa yang tinggal diam dalam hati bila bersama.

Panggil Saya Mawar - 4*

Aduh! Sakit jantungku mengenangkan Mawar. Dalam kisah seputar Dahlia-Wadi yang bahagia tu tiba-tiba plot twistnyaaa! Seingat aku, ini kali pertama aku baca rentak Kaksu sebegini. Unsur suspense yang menjadi walaupun cuma di hujung-hujung alur cerita.

Mawar yang comel, Mawar yang bijak. Fahamlah aku kenapa Mawar dijadikan subjek cerita. Dan, seperti kata Tasneem kalau aku di tempat Dahlia kerjanya menangis saja agaknya 🤭. Entahlah, melihat si kecil diambil darah pun sudah mengalir air mata, inikan kalau tragedi seperti Mawar.

Cuma, tak pasti di awal-awalnya aku agak terganggu dengan monolog Dahlia & Wadi. Rentak yang seakan sama, terasa pelakunya sama saja. Tapi ya, semua itu ditutup dengan langgam bahasa Kaksu yang indah. Tahu sajalah bila Kaksu menulis, nada marah pun dah tak serupa nak marah haha.

Ringkasnya, dua kesinambungan kisah Alang-Nuha & Wadi-Mawar cukup sederhana. Sederhana cara Kaksu tapi masih menusuk dalam hati.

Buku yang baik untuk aku mulakan cabaran GR tahun ni. Moga mood baik ini dapat dikekalkan untuk buku-buku seterusnya 😊
Profile Image for fyzz_records.
167 reviews16 followers
October 17, 2016
ada dua kisah dalam novel ni
kisah pertama sambungan daripada Surat Ungu Untuk Nuha .
kisah kedua sambungan daripada Panggil aku Dahlia .

Mahadewi ~ Kak Su memang suka buat air mata berderai , huhu
tak dapat tahan sedih bila Alang & Nuha kehilangan anak .aduhaii bersabar jela Nuha yea :(

Panggil aku Mawar ~ dalam hidup Dahlia sudah ada Mawar dan akan datang Seroja ,indahnya hidup Wadi dikelilingi bunga-bungaan namun rupanya ade la pulak sang langau datang mengganggu .huh geramnya !

Profile Image for Aida.
71 reviews1 follower
August 17, 2016
Secara keseluruhan, "Mahadewi" adalah sebuah kisah cinta yang sangat dewasa dan... manis. Tidak, tidak. Mungkin "menggetarkan hati" adalah frasa yang lebih tepat untuk hubungan antara Alang & Nuha dan Wadi & Dahlia. Salut untuk terjemahannya yang lancar dibaca, serta bersih. Saya tidak ingat ada typo di buku ini.
Profile Image for SORA.
184 reviews7 followers
January 4, 2024
Bahagian [1] - Surat Putih untuk Alang.

✉️ Mengikuti asam garam kehidupan rumah tangga Alang-Nuha yang masih lagi manis walaupun telah empat tahun berkahwin. Alang yang kuat mengusik Nuha. Nasib baik la Nuha tu dah faham sikap suaminya sebelum daripada berkahwin lagi macam mana.

✉️ Klimaks cerita adalah apabila Nuha telah menghantar sepucuk surat kepada Alang untuk meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati setelah berlaku satu peristiwa. Betullah tidak semua rasa dapat diluahkan melalui percakapan semata-mata. Aku suka dengan watak Alang dan Nuha sebab mereka jenis berterus terang dan jika ada masalah dalam hubungan cepat je mereka tangani. Hadapi masalah bersama dan bukannya melarikan/elakkan diri sehingga menyebabkan hubungan jadi makin keruh.



Bahagian [2] - Panggil Saya Mawar.

🌹Dahlia berubah perwatakannya selepas menjadi isteri Wadi. Pada Dahlia, dia berubah tingkah laku kerana ingin menjadi isteri solehah dan menyenangkan suaminya dengan menjaga tutur kata. Namun, Wadi tidak suka dengan perubahan tersebut. Dia merasakan dia tidak lagi mengenali Dahlia dan dia rindukan Dahlia yang dulu yang sering bertikam lidah dengannya.

🌹Kehadiran watak Sonya Brunt dan Qurratu Ain sedikit sebanyak menggugat emosi Dahlia. Aku rasa Wadi sangat matang dalam melayani karenah Dahlia yang berbadan dua. Wadi aku lihat sangat berusaha untuk menjaga hati Dahlia.

🌹Klimaks cerita apabila Mawar didapati hilang secara tiba-tiba. Namun, Dahlia beruntung kerana dikelilingi manusia-manusia yang begitu mengambil berat akan keluarga kecilnya.

📌 Kesimpulannya, pemilihan judul Mahadewi itu sangat bertepatan dengan perwatakan Nuha dan Dahlia.
Profile Image for Mslvoe.
2,061 reviews200 followers
October 1, 2024
Kisah Nuha dan Alang

Sedih. Sedih baca surat Nuha pada Alang bila Nuha kehilangan anaknya. 5 tahun menanti, hanya sekejap sahaja Allah pinjamkan. Insaf weiii baca. Betul apa yang kita ada hanya pinjaman. F sendiri tak boleh bayangkan if terjadi. Semoga Allah sentiasa kuatkan hati hambanya.


Kisah Wadi dan Dahlia

F ingat kisah penyondol. Seriously memang tak sangka tau. Memang F tak jangka langsung. Hebatnya semangat seorang ibu. Alhamdulillah baik² je semua bila baca ending. Suspen giler!
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
August 29, 2021
Ada dua mini novel di dalam buku ini. Satu, kisah Alang dan Nuha (sambungan buku Surat Ungu Untuk Nuha) dan dua, kisah Dahlia dan suaminya, Wadi (sambungan buku Panggil Aku Dahlia).

Sejujurnya kedua-dua buku terdahulu sudah lama saya baca sehingga lupa apa intipatinya. Tetapi membaca kisah dalam Mahadewi, dapat sedikit gambaran cerita lalu.

Suka dengan gaya penulisan Kak Su. Santai sahaja. Tetapi sangat kaya dengan emosi. Oh, terasa geli hati apabila Nuha membebel-bebel dalam hati perihal suaminya Alang. Dan terasa sayunya membaca kisah anak Kak Raniya yang istimewa itu.

Juga terasa sebaknya apabila Nuha kehilangan anak kandung yang baru berusia 60 hari itu. Sungguh, kekuatan dan kesabaran pasangan sangat mempengaruhi emosi ya. Bagus Alang dan Nuha ini. Sangat sabar dan reda.

Kisah Dahlia juga meruntun emosi. Diuji dengan pemergian suami menunaikan haji tatkala diri sedang sarat mengandung. Ditakdirkan anak sulung pula hilang diculik! Tapi Dahlia kekal tenang. Pantas bertindak.

Naluri seorang ibu sangat kuat. Selepas 50 jam hilang, Dahlia berjaya menjumpai anak sulungnya itu. Berdebar membaca bahagian ini. Sudahlah meredah pekat malam mencari anak, tiada pula talian telefon di situ. Tambahan lagi, dia bertindak seorang diri.

Kedua-dua cerita ada kekuatan tersendiri. Satu, perkahwinan adalah penyatuan dua insan berbeza tetapi melengkapi antara satu sama lain. Seharusnya saling memahami, berbincang, meluahkan bagi mengelak konflik.

Dua, tunjang kekuatan perkahwinan ialah meletakkan Allah nombor satu dalam matlamat perkahwinan. Maka ia menjadi pembuka jalan atau pemudah cara sekiranya menghadapi apa jua masalah, halangan, pilihan dan seumpamanya.

Terima kasih Kak Su atas cerita ini.
242 reviews11 followers
March 26, 2017
mahadewi ada dua cerita.yg pertama Surat putih utk alang. bahasa noorsuraya membuai jiwa. sedih bila alang Dan nuha kehilangan ank mereka.
kisah kedua panggil aku mawar. kisah INI buat saya teringin hendak pergi Cameron highland Dan minum Teh Timur dgn mkn scone. kalau cerita tak sedih Dan mendayu bkn noorsurayalah namanya. mawar diculik org. dua kisah yg super best. bahasa Dan plot yg lancar buat saya amik masa yg singkat nak hbskan.
Profile Image for Ain.
138 reviews14 followers
May 1, 2018
Suka sambungannya.Kedua-duanya begitu harmoni.
Namun kisah Alang-Nuha lagi dekat di hati.Kisah Nuha sambung belajar dan masih tiada anak,begitu dekat di hati.Perasaan Nuha yg sedih itu dapat dirasa sama.Namun motivasi Nuha tentang Siti Aisyah,isteri kesayangan Nabi itu,buat aku juga turut sama reda' dgn ketentuan ilahi.Buat aku percaya yg Dia Maha Pengasih dan juga Maha Megetahui segalanya.
Profile Image for Limau Nipis.
666 reviews25 followers
October 22, 2020
Ada dua kisah dinukilkan di dalam buku ni, yang aku kira umpama novel mini.

1. Surat Putih Untuk Alang (4 bintang)

Kesinambungan dari kisah Surat Ungu untuk Nuha. Aku suka latarnya, masih lagi mengekalkan suasana kedesaan (atau kukira kampung), aku dapat membayangkan rumah Nuha dan Alang yang berlatarkan sawah. Dan dengan tidak klisenya, Alang bekerja sebagai mandur kilang beras. Alang jugalah yang membanting menuai padi, serta menampi bersama pekerja-pekerjanya. Aku suka pilihan Alang dan Nuha, yang mencintai suasana tenang.

Kak Noor Suraya menggarap kisah kehidupan Nuha dan Alang dengan cantik. Dan apabila Nuha ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya, Alang pula yang ralat melepaskan Nuha.

Dan di celah-celah kisah Nuha menyambung pelajaran, akhirnya air mata aku tumpah di hujung cerita. Nuha dan Alang, bagi aku, adalah dua karakter hebat yang mempunyai kekuatan sendiri.

2. Panggil Aku Mawar (1.5 bintang)

Sejujurnya, aku sebenarnya tidak pernah membaca Panggil Aku Dahlia. Maka aku tidak pasti walaupun ada penulis menyulitkan serba sedikit latar kisah cinta Wadi dan Dahlia.

Aku suka suasana ladang teh yang digambarkan. Rumah Teh Timur, sekiranya tidak silap panggilannya. Dan Mawar adalah cinta hati Wadi dan Dahlia.

Mungkin kerana aku tidak membaca novel asal sebelum aku memulakan kesinambungan kisah Wadi-Dahlia, maka aku tidak begitu menghayati watak-watak antagonis yang dimunculkan dalam buku ini. Kurang rasa, mungkin. Plotnya mungkin perlu diperkemaskan seperti kisah ibu tiri Wadi, yang aku kira tergantung - atau mungkin plot ini tidak harus berada di dalam buku ini. Ataupun perlukah diselitkan kisah Wadi pergi haji, walhal bagi aku, agak kurang relevan dengan pelbagai kisah mini, sehingga novel mini ini nampak berkecamuk.

Fokus kepada Mawar itu juga bagi aku kurang, di atas keriuhan keluarga Dahlia yang menyebabkan aku lebih menumpukan tentang kisah keluarga besar Dahlia daripada si Mawar.

Nampak sangat aku lebih berpuas hati dengan penutup kisah Nuha-Alang, daripada kisah Wadi-Dahlia.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
February 20, 2019
Untuk kawan-kawan yang baru mencari info mengenai novel Mahadewi; buku ini paling best jika dapat dibaca selepas anda baca novel Surat Ungu Untuk Duha dan Pangil Aku Dahlia. Sekarang sudah susah dapat buku-buku karya Pengarang Noor Suraya. Pesan saya sebagai penjual buku, bila-bila anda jumpa buku Kak Su yang anda belum baca atau yang sudah baca tetapi sekarang tidak lagi ada dalam simpanan, beli terus. Sebab? Beberapa buah novel Kak Su ceritanya berkait atau kesenimbungan dari cerita yang lebih awal ditulis. Percayalah... kalau anda sudah jatuh hati dengan satu cerita dari Kak Su, anda besar kemungkinan akan suka cerita yang lain juga.

Okay, back to Mahadewi... lunak sungguh. Mahadewinya ada dua sebab ada dua cerita; Nuha dalam cerita Surat Putih Untuk Alang dan Dahlia bagi cerita Panggil Saya Mawar. Cerita Nuha lebih lemak merdu. Again and again, Kak Su masukkan pesanan supaya si isteri taat kepada suami, bukan buat benda membuta tuli tetapi taat sebab taat kepada suami yang dicintai itu indah sangat. Sudah beberapa kali dalam buku Noor Surata terdahulu yang saya baca, something like this... "isteri yang taat, setia, menggembirakan, melapangkan hati suaminya, selama mana dia menjaga solat dan puasa, semua ikan, burung, malaikat di langit mendoakannya / meminta keampunan untuknya"... how amazing is that? Sesuatu yang begitu besar nilainya demi hidup di fana dan keadaan di akhirat untuk seoarng wanita, dinukilkan dan dianyam dalam karya kreatif. Kalau lebih ramai pengarang di Malaysia buat begini, rasa saya Malaysia dan dunia lebih harmoni.

Cerita Kedua, Panggil Saya mawar, kurang dari segi romantika nya namun lebih pula dengan elemen mencemaskan. Saya tidak sangka pula orang itu yang membuat jahat terhadap keluarga Dahlia-Wadi, saya fikir yang seorang lagi. Apa saya tulis ni? Sila dapatkan bukunya dan baca... dan ingat pesan saya tau, baca dulu buku Surat Ungu Untuk Nuha dan Panggil Aku Dahlia.
Terima kasih baca nukilan ni.
Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
February 7, 2017
Kisah Mahadewi yang beza nilai juang nya dalam melayari kehidupan sebagai Ratu sang Suami. Nuha yang cengeng dan Alang yg suka menyakat. Rendang itik tu very interesting kerana tak ku jumpa hidangan sebegitu di Kota Singa. Cara Alang dan Nuha memakmurkan tali silaturahim antara keluarga juga amat aku gemari. Rindu benar suasana kampung dengan keluarga berkumpul. Tasmania dan long distance relationship masa Nuha belajar buat Alang jadi orang. hehehe.. Alang rambut afro manis lah bila kita imagine. Tapi warkah Nuha buat Alang rapuh jua. Kisah Alang Nuha kita jadikan satu pengajaran dan pengalaman. Biar orang lain kata bila nak dapat anak... rezeki datang dari Allah. Dia saja tahu. Kita tak payah nak pertikaian. Kita usaha dan berdoa banyak2.

Putri Dahlia yg tabah bersama Wadi yg sentiasa membuat Dahlia senang menjadi sebahagian daripada rusuk kirinya. Untung ditemani Mawar yang comel. suka baca cara Dahlia yg sarat mengandung membuat pengorbanan. Ada musuh dalam selimut di kalangan mereka yang dia percayai sebagai pekerja. Sebak sedih dan geram bila baca bahagian 50 muka surat akhir. Dengarlah dendangan Allahyarham Sudirman bertajuk ayah dan ibu baru tahu maksudnya. ini persepsi sayalah kerana saya dan suami juga dalam lindungan umur mereka. tak mahu cerita banyak banyak. kena baca buku ni bagi semua peminat penulis tersohor ini.
Alang dan Nuha melalui pelbagai rintangan. Begitu juga Wadi dan Dahlia. Note to self: Selalulah bersangka baik dengan Allah. Kerana Dialah sebaik baik perancang. Tetapkanlah hatiku, Ya Allah. Buatkan aku sayangkan Mu lebih dari aku sayang diriku sendiri. Aamin.
Profile Image for Along Norhamira.
85 reviews6 followers
December 14, 2017
Sambungan 'Surat Ungu Untuk Nuha' & 'Panggil Aku Dahlia'.

Buku tu dua2 dah hilang, lepas baca Mahadewi, aku jadi teruja nak beli balik dua-dua buku tu untuk jadikan koleksi peribadi, nak simpan sebagai kenang-kenangan dan bacaan santai di hari tua nanti :)

Bagi aku, semua karya Kaksu memang wajib dikumpul oleh kaum wanita melayu sebab dia ajar banyak benda melalui penulisan dia.

- Cara jadi wanita sopan santun
- Cara nak jadi wanita solehah
- Cara nak masak pelbagai resepi
- Cara ajar hati untuk redha dengan segala ketentuan Illahi
- & cara nak didik hati untuk anggap semua benda yang kita milik itu hanyalah pinjaman Allah, bukan milik kita sepenuhnya.

Indeed,
The life is temporary,
And ...
The life is a combination of our ups and down,
And...
We have to prepare for the worst.

p/s : sebenarnya, dah 4 buah novel Kaksu aku hilang. Huargghhhh!!
Profile Image for zairaidah.
409 reviews40 followers
December 11, 2017
Surat Ungu untuk Nuha
~Kena cari balik and baca balik sebab dah lupa... huhuhu
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
August 24, 2024
[BOOK 73]

Mahadewi by Noor Suraya.
.

Bacaan Julai 2024.
.

Buku ni ada 2 cerita.
.

1. Nama Saya Mawar by Noor Suraya.
.
ni merupakan sambungan kepada buku Panggil Aku Dahlia.
.

Siapa masih ingat betapa lamanya penantian Dahlia sebelum dia dan Wadi berkahwin? Jenuh tunggu weh.
.

Dan buku ni menceritakan kehidupan bahagia Wadi dan Dahlia bersama anaknya Mawar yang sangat comel keletahnya. Dahlah masih belum bercakap banyak. Tapi kalau orang bercakap dengan dia, dia akan cakap yang 'nama saya Mawar' dengan pelatnya.
.

Sehinggalah muncul semula penjahat dalam buku Panggil Aku Dahlia.
.

Masa ni, semua orang memainkan peranan penting dalam menyelamatkan Mawar. Terutamanya Dahlia, walaupun dia sedang sarat mengandung pada masa tersebut.
.

Suka!
.

2. Surat Putih Untuk Alang by Noor Suraya.
.
Cerita ni merupakan sambungan untuk Surat Ungu Untuk Nuha yang masih belum aku baca.
.

Tapi takpe la, kita baca je la sekuel dulu pun.
.

Buku ni sedih ya.
.

Nuha dan Alang hidup bahagia seadanya. Mungkin disebabkan selepas 4 tahun kahwin, mereka masih belum dikurniakan zuriat, Nuha rasa sunyi. Tambah lagi, Nuha rasa rendah diri kerana dalam kalangan keluarga Alang, hanya Nuha yang tiada ijazah.
.

Maka, Nuha minta untuk sambung belajar. Comel je Alang yang sebenarnya tak sanggup berpisah dengan Nuha, tapi kerana sayang dia relakan.
.

Dan dalam kesibukan belajar itu, Nuha mengandung.
.

Dalam pada bahagia yang mereka rasakan, hadirnya duka.
.

Serius sedih. Aku yang sekadar baca ni pun dah basah baju dengan air mata, apatah lagi Nuha dan Alang kan.
Profile Image for Mohamad Nasrul.
194 reviews5 followers
March 30, 2024
Penutup yang sempurna untuk mahadewi - Nuha dalam Surat Ungu Untuk Nuha dan Dahlia dalam Panggil Aku Dahlia.

Surat Putih Untuk Alang - sebuah kisah saspen dan meruntun hati. Mereka kehilangan sesuatu yang berharga, namun Tuhan menggantikan sesuatu yang lain yang indah buat Nuha dan Alang.

Panggil Aku Mawar - sebuah kisah yang menghiburkan terutamanya dengan keletah Mawar - anak sulung Dahlia dan Wadi, juga dengan watak-watak sampingan yang turut mencuit hati, sehinggalah ke kemuncak cerita yang menyaksikan sebuah kejutan buat pembaca.


Saya suka susunan plot yang dikarang kemas dan indah. Unsur saspen yang dibawa membuat pembaca tidak senang duduk. Memang mendebarkan.

Laras bahasa penulis tidak dapat disangkal lagi, begitu nyaman membacanya. Seperti angin damai kampung di Kuala Muda itu, juga seperti dingin Tanah Rata yang mempesona.
11 reviews1 follower
August 28, 2016
Mahadewi satu lagi karya yang tidak menghampakan dari pengarang Noor Suraya untuk peminatnya. Surat putih untuk Alang merupakan sambungan dari Surat Ungu untuk Nuha. Satu kisah yang menggambarkan perjalanan hidup rumah tangga antara Alang dan Nuha. Ada kisah sedih dalam hidup mereka tapi mereka tetap meneruskan kehdupan mereka dengan penuh redha.
"Panggil saya Mawar" pula sambungan kisah Panggil aku Dahlia. Bagaimana Dahlia dengan Wadi hannan dan anak mereka yang bernama Mawar dalam menghadapi cabaran dari insan yang berdendam dengan Dahlia. Kedua-dua cerita ini tidak mengecewakan saya sebagai pengikut novelis Noor Suraya.
Profile Image for Art.
27 reviews2 followers
December 9, 2018
Ada 2 cerita berbeza sambungan cerita terdahulu dari surat ungu untuk Nuha dan panggil aku Dahlia. Lenggok dan gaya bahasa agak sama tapi sambungan untuk surat ungu untuk Nuha aku rasa sedikit membosankan pada hati aku tapi tidak berlaku pada sambungan cerita panggil aku Dahlia. Kedua-duanya membuat sesak didada dan airmata datang tanpa perlu undangan.
Displaying 1 - 19 of 20 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.