Jump to ratings and reviews
Rate this book

BANGKIT

Rate this book
Pemenang pertandingan novel Sarawak anjuran Buku Fixi.

“Kitak okay, Tihah?” tanya Omar.
“Kamek okay. Cuma kamek risau jak. Kamek blur sik tauk kenak semua tok terjadi. Apa salah kamek? Banyak gilakkah dosa kamek sampe dapat nasib kedak tok?” Fatihah sayu. Mak Limah merangkulnya. Tangis esak Fatihah cuba ditahan. Fatihah pasrah.
“Kamek sik pasti juak apa yang jadi, tapi kamek akan protect kitak sigek family. Kitak boleh harapkan kamek. Iboh risau gilak okay?” kata Omar. Dia masih cuba menyembunyikan hal sebenar. Makhluk-makhluk ghaib itu, dia tahu akannya. Dan keberadaan mereka di situ untuk menyerang Fatihah juga diketahuinya.

279 pages, Paperback

First published August 1, 2016

4 people are currently reading
36 people want to read

About the author

Appy Mohd Hapizan

1 book3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (22%)
4 stars
3 (8%)
3 stars
10 (27%)
2 stars
11 (30%)
1 star
4 (11%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
October 2, 2016
1.70* untuk Bangkit! Moga encik penulis akan terus bangkit di dalam bidang penulisan. Masih banyak yang perlu diperbaiki!

Nantilah review~

02 Oct 2016

Tahniah sebab menang di dalam pertandingan novel Fixi ini. Bukan senang nak dapat peluang untuk tulis dengan Fixi. Jadi syabas!

Memang jauh kualiti buku ini jika ingin dibandingkan dengan buku Delirium (Pemenang novel Sabah). Tapi jika difikirkan balik, ianya satu kesilapan besar untuk membandingkan kedua-dua buku ini. Appy masih newbie di dalam penulisan dan Sahidzan pula boleh kira sebagai senior dalam dunia penulisan untuk para newbie. Jadi memang tak patut langsung nak bandingkan kedua-dua mereka!

Sebenarnya ada bahagian yang aku rasa tidak perlu pun diceritakan. Nampak agak meleret. Pertarungan yang berlangsung tak buat adrenalin aku naik pun.

Tapi idea dan tema penulis boleh dikira baik. Cuma cara penyampaian/ narasi penceritaan masih belum kukuh dan mantap. Nampak kejung. Tapi tak apa, semua tu masih boleh diperbaiki. Inikan buku pertama. So jangan sedih-sedih! Ambik sebagai pengajaran untuk hasilkan yang lebih baik kelak.

Rasanya aku lagi suka kalau bahasa Sarawak tu betul-betul guna bahasa Sarawak pekat. Tapi just buat kurungan kat tepi dialog tu untuk terjemahankan dialog tu dalam bahasa melayu. Itu lagi menarik. Kita boleh belajar sikit-sikit bahasa orang lain. Tapi sayang... tiada!

Kaver boleh tahan.

Apa-apa pun moga terus sukses Appy! Masih panjang perjalanan awak di dalam dunia penulisan ni. Jangan putus-asa ya!

Peace!
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
November 14, 2016
In case review ni panjang sangat >> https://www.youtube.com/watch?v=GtAcN...

2.5 stars. I'd love to give 3 stars to be honest but I have several issues. Oh well ~

Okay ni review ringkas saja. Akan ada diskusi panjang di grup Peminat Buku FIXI Malaysia, so nak bagi sneak peak of my review. Buku ni ideanya menarik. Rasanya kalau diolah guna scenes lain dan potong scenes yang berulang (a.k.a makan, mandi, solat, pegi keje, secret recipe, org admire yg tiba2 hilang *cough).

Characters need to exist only if it helps to move the plot. Walaupun hanya utk mati tp natijahnya menguatkan watak utama. Okay, okay nak jot down nota je. Nanti panjang review ni, spoiler!

Keyword:-
Consistency, logic, plot holes, telling vs showing.

Tu benda2 yang jadi musuh mana2 penulis. Jadi untuk seorang penulis baru dengan idea gempak gini, boleh diterima. Ada beberapa plot holes yang nampak usaha penulis untuk tampung. Tapi ada yang terlepas pandang.

WAIT, THIS IS STILL A SNEAKPEAK OF MY FULL THOUGHTS THOUGH XD.

UPDATE: 12/10/2016

This is my full thoughts from our Peminat Buku FIXI (Goodreads group). Let's join the discussion!

Pendapat sy tak bermakna saya boleh tulis lebih hebat daripada penulis dari segi plot atau writing <3

Ringkasnya, Bangkit adalah novel fantasi yang bertemakan Sarawak. Watak utamanya, Fatihah, sahabat baik- Nurul, Omar sebagai the knight in the shining armor (macam lagu 1D XD) dan lelaki bersayap - Raqib (reminds me a lot pasal bangsa Polip dalam buku RAM).

Idea ni bagus, sebab dia gunakan dongeng Puteri Santubong, Puteri Sejinjang sebagai penggerak cerita. Mulanya, terkejut dan tak sangka jugak sebab FIXI boleh terbitkan buku ni.

1) Ianya urban, tapi taklah urban macam pergaulan bebas macam dalam kebanyakan buku FIXI. Salute sangat kat pihak FIXI sebab consider komen-komen kami kat goodreads (ramai yang tak selesa... sebenarnyalah. Urban bukan sekadar pergaulan bebas *peace!). Lagi terkejut, buku ni lagi Islamik dari #Murtad. Tambah level keselesaan membaca, kalau dari segi itulah.

2) Salute lagi sebab FIXI boleh terbitkan fantasi yang seperti ini - yang menggunakan idea dari segi legenda. Betullah, FIXI memeriahkan lagi industri buku dengan menerima idea-idea segar dari penulis.

OK dah pasal tu XD

SPOILERY SECTION! Read on your own risk!

Profile Image for Hasmah Khairi.
7 reviews1 follower
September 16, 2016
I expect tinggi untuk novel ni tapi kind of frustrating. Banyak sangat penceritaan waktu bertarung dan kadang-kadang cara pertarungan seakan berulang. Bahasa sarawak yang digunakan pun agak aneh. Maybe dah diedit supaya non sarawakian pun faham. Cerita agak slow, only helaian terakhir ada momentum buat truskan pembacaan. Maybe cerita ni ada sambungan, but i harap sambungan nanti biar betul macam buku org sarawak (kalau ada).

I respek cara writers nak commercialize kuching sarawak sbb tempat yang di mention dalam buk kebanyakan nya tmpat yang must visit kalau datang ke kuching. Keep it up.

Congratulation on writers effort and for bangkit.
Profile Image for farahxreads.
717 reviews261 followers
March 21, 2022
Sebuah kisah fantasi yang dilatari dengan sejarah fiksyen Puteri Santubong dan diselangi dengan babak babak yang penuh aksi antara golongan manusia bersayap putih dan golongan manusia yang bertuhankan syaitan. Satu idea yang menarik, tetapi perlaksanaannya banyak lagi yang perlu diperbaiki. Penulis pandai menulis babak-babak aksi, bila baca rasa smooth saja, tapi tidak ada rasa emosi itu, tidak ada rasa mencemaskan. Permulaan cerita bagi saya agak meleret dan ada babak dan watak yang saya rasa tak penting pun untuk perkembangan cerita, macam kewujudan karakter Shafiq. Watak juga bagi saya tak ada ‘depth’ jadi susah untuk saya relate secara emosi dengan watak-watak di dalam buku ini. Geram juga bila tiba-tiba macam ada konflik baru bila saya ingat semua dah punya closure, pengakhirannya juga seakan-akan tergantung.

Tapi apa apapun tahniah penulis untuk karya ini, teruskan berkarya!

Rating sebenar: 2.7/5 bintang.
Profile Image for Adrianz.
146 reviews22 followers
October 11, 2016
Tajuk mmg sesuai ngn isi cerita..tp keseluruhan jalan cerita agak slow..bila tiba bab Nek Ya bgthu asal usul Mak Lampir bru aku dpt hadam plot cerita ni...cuma aku mmg terkilan dan kecewa sbb dialog bahasa Serawak tidak spenuhnya neutral..byk dicmpuraduk ngn bhs Melayu..lps bbrp bab brulah nampak sikit dialog bhs Srwk yg kemudian diterjemah scr terus dan diletakkan dlm kurungan (wpun ada sedikit kesilapan translation di situ..huhu). Penamat novel ni agak tergesa2...mgkin bhgn babak lawan nya agak meleret2 dan berulang2. ***Komen ikhlas dr pembaca Melayu sejati Srwk..kmk yakin ktk boleh improve gik novel ktk akan dtg...iboh lalu nyerah kalah k...ne tauk ada gik rezeki ktk next novel kelak lgik bgus dr nok first...insyallah :)
Profile Image for Haliza.
81 reviews
March 29, 2017
BANGKIT - Appy Mohd Hapizan

Sy x pandai nk komen pasal penulisan, bintang yg sy bg tu sbb sy suka cter nie, seronok baca n rasa nk tahu kesudahan Fatihah, adakah sekadar di situ shj ??? Janji cter yg ditulis x bosan mmg syoklh. Best wlupun sekadar fantasi ker dongeng ker, mmg best.

Bangkit nie berkisar pasal keturunan Puteri Santubong yg diburu oleh musuh lama, mereka telah dijaga satu bangsa, makhluk Allah juga. Dlm pd berhati2 hadir plak bahaya lain dr manusia bertopeng syaitan. Ikutilh kisah yg buat sy teruja nk tahu nie ttg mcm mner mereka menghadapi bahaya n rahsia yg disimpan oleh mereka. Rasa dikianati dr slh seorg keturunan Puteri Sejinjang mmg sangat menyakitkan. Ntah kenapa rasa tu meresap dlm hati sy. Sakit sgt... Opst itu x bermakna sy keturunan Puteri Santubong hahaha. Terus terang ada byk rahsia yg berkait yg menjdkn ianya menarik. Nyawa jd mainan dek dendam yg diwaris semenjak dulu.

Entah kenapa tetiba sy jd perihatin nk tahu bahasa srwk hahaha, sbb dlm nie ada yg ckp pekat (mujur ada terjemahan), ada yg campur2. Penat gak sambil baca nk berckp srwk tp seronok sbb dpt jd org srwk celup jap hahaha

#bukufixi
#fixi
#bangkit
#appymohdhapizan
#thrillerthrill
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
May 10, 2017
maaf la, memang lama untuk menghabiskan naskhah ini.

jalan cerita, idea sebenarnya ok.. cuma, dari segi olahan dan plot agak meleret.

malah, jika bab awal2 dipendekkan tanpa cerita yang tidak sepatutnya, mungkin ruang untuk mengembangakan plot selepas kematian marlissa dapat dilakukan.

secara peribadi, seeloknya naskhah ini ditamatkan dengan kisah pertama, hanya memberi sedikit intro untuk sequel berikutnya. sebabnya, bab2 akhir kelihatan terburu2 untuk dihabiskan dan tidak dihuraikan sebaiknya, macam semua adalah kebetulan, kebetulan n kebetulan...

apa pun, tahniah untuk penulis sebab menag.
Profile Image for Hamidah Effendi.
370 reviews3 followers
July 7, 2025
Ulasan Buku Bangkit oleh Appt Mohd Hapizan

Jalan ceritanya sebenarnya menarik dan ada potensi, tetapi kali ini penulisannya agak huru-hara dan tidak kemas. Saya berasal dari Sarawak, jadi bila penulis memilih untuk menggunakan dialek Sarawak dalam dialog — saya tiada masalah. Cuma harap ia digunakan dengan betul dan tepat. Jangan hancurkan dialek itu sehingga kedengaran janggal dan dibuat-buat. Saya sik kelakar macam ya bah... buruk alu cara kelakar ya...

Dari segi plot, saya rasa ia perlu dikemas kini semula. Ada beberapa bab atau elemen yang seakan tiada kaitan langsung dengan jalan cerita utama, seolah-olah disumbat masuk tanpa fungsi yang jelas.

Label unsur seram dan thriller pun agak mengecewakan kerana saya langsung tidak merasainya sepanjang pembacaan. Tiada debaran, tiada rasa cemas, tiada kejutan.

Secara keseluruhan, saya sedikit kecewa dengan buku ini, namun saya masih mengharapkan ada penambahbaikan dalam karya-karya akan datang daripada penulis. Chaiyok!
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
October 4, 2021
Idea dah menarik, tetapi cara penulis menyampaikan ceritanya agak mengecewakan aku. Ada babak yang diterangkan penulis dengan sangat bersungguh, walaupun ianya tidak perlu. Terus cerita jadi berjela dengan penerangan yang kosong. Satu percubaan yang baik. Harap karya penulis seterusnya lebih bagus dari yang ini.
Profile Image for Ungu Karmila.
73 reviews3 followers
June 12, 2022
September Exposure

Bil:1

Bangkit
Appy mohd hafizan
280 ms
Fixi

Review ringkas:

Karya pertama penulis yg mmg layak dipilih sbg pemenang pertandingan novel swk.bhs yg santai.mudah difahami..plg best..kene jiwa sy..hihi..
Cuma..sy sdkt terganggu dgn pgunaan bhs swk yg bcmpur dgn bhs baku,diolah dlm bntuk dialog..
Bangkit adalah sebuah cerita kebangkitan musuh lama,yg mencari pewaris kturunan puteri gunung santubong utk kebangkitan roh yg telah mati,manusia pnyembah syaitan.
Dlm ms yg sm,mcari pewaris keturunan puteri sejinjang utk dihapuskn.
Well said..crta ini seolah2 tiada pghujung..mb sy x puas bc kot.
Selamat maju jaya buat penulis.

"Kau mmg waris puteri santubong..keberanian dan kekuatan kau telah hapuskan manusia pnyembah syaitan.nampaknya perjuangan kami..telah benar2 sudah tamat,"-ms 206

★★★★
Profile Image for delimatulis.
81 reviews1 follower
January 9, 2021
The idea is there (very fresh & interesting I might add) but the plot is messy, draggy and gets boring as the reading progressed. Too much emphasis on conversations / mundane activities of the characters. (and what's with the sequel?? could've finished the whole thing as a stand alone imo if not for the fillers). Could've been better. I'm aware that this is the author's debut novel so I'll look forward to more improved works from the author. Kudos & cheers!
Profile Image for KAE.
17 reviews
June 13, 2024
DNF

Plot meleret, rasa penat nak habiskan.

BTW, kamek siktauk la kenak dialek Sarawak nya pelit bagi kamek. Mungkin tegal kamek urang Malaya...

Come back better <3
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.