Kerana dirimu seindah pelangi Tuhan, Dalam lebat hujan relaku tunggu kau datang.
Kerana cicak dan katak, Airil dan Maira menjadi musuh ketat yang sangat hebat. Hidup Airil tidak pernah aman dengan kehadiran Maira. Sehinggalah perempuan gila itu menjadikan dirinya tunang secara paksa. Sampai satu saat, Airil terpaksa mengaku yang dia juga turut sama mencintai Maira. Segalanya nampak indah sehinggalah menghampiri tarikh dua minggu perkahwinan mereka.
“Janji dengan aku. Kat hati kau ni, kau akan simpan nama dan hati aku untuk selamanya.” - Maira
“Maira bertahan. Kau boleh. Aku tahu kau boleh. Yakin! Ingat. Aku sayang kau. Aku sayang kau dunia akhirat. Jangan kecewakan aku.” Airil
Kerana kisah lampau, ada yang kembali menuntut hak. Kerana cinta, mereka berusaha menjahit luka yang terkoyak. Mampukah mereka mencantumkan kembali sisa kasih yang tercarik?
AIRIL VS MAIRA: Apa yang mereka perjuangkan… hanya yang mengerti mampu memahami. Dan… hanya yang memahami mampu merugkaikan segala persoalan.
Saya macam tak percaya saya boleh suka cerita Zaman campus..biasanya nukilan kebanyakan novel with this genre agak kebudak2an. So I tend to avoid. Novel ini, eventhough ada juga tapi agak matang dengan cara tersendiri. Macam tak percaya, tak ramai yg review this novel especially young adults yg masih menuntut. Mungkin sebab cover dia kut..Cute..ugly but adorable kan or sipnosis yg agak boring..saya beli sebab baca one of the review which indicate about bunian. Ceritanya, lain dari yg lain. Ni pandangan saya sahaja.
Novel ini ada element seperti : a. Perigi cari timba. b. Kisah orang Bunian. c. Orang asli yg boleh berkomunikasi dengan bunian.
1. Saya abaikan tentang keberadaan kedua ibu bapa Maira semasa insiden buruk berlaku dan cara dia pedajalkan Airil. Sungguh mana2 manusia pun tak boleh terima tindakan Maira. Saya juga abaikan tindakan ibubapa Maira yg terlalu mengikut telunjuk Maira. Saya benar2 ingat Maira ni spoilbrat just bcos she acted like one. Dia seorang anak yg manja dan menghormati orang tua dan paling penting tidak berpura2.
2. Harapkan pagar pagar makan padi. Akhirnya membawa padah kepada dirinya sendiri. Maira, gadis yg sememangnya brutal dan teramat biadab dan kurang beradab..hampir diperkosa.
3. She deserved it. Walaupun kesian tapi mmg rasa nak pukul sampai lebam dan tak boleh bangun lagi si Maira ni. Sengketa yg bermula akibat sikap Maira sendiri terhadap Airil. Maira ada tendency to wake a sleeping dragon up.
4. Biasanya saya amat membenci watak perampas seperti Maira. Boleh pula jatuh cinta dengan Airil musuh ketat lagi padat di campus yg sama hanya disebabkan dia menjadi penyalamat kepada maruah Maira.
5. Tak tahu pula Airil ni ada childhood sweetheart sebab dari awal pembacaan mmg takde indicator for that.
6. Maira, terus bawa Ibu bapa meminang Airil untuk dirinya. Quite unconventional caranya sebab diri sendiri yg melamar Airil depan kedua ibu bapa Airil dan Maira.
Sedalam mana mereka membenci lebih dalam lagi cinta di antara mereka berdua. Tidak sedikit pun Maira goyah semasa diculik oleh orang bunian yg ingin memperisterikannya setelah menyelamatkan Maira bila dia jatuh dari air terjun. Andika dan Aduka, Raja dan putera bunian. Dua dua adalah penyalamat Maira. Satu penyelamat nyawanya dan satu lagi penyelamat hubungan di antara Airil dan Maira. Yg best tentang keduanya adalah mereka mahluk Allah yg taat cuma tetap tidak lari dari melakukan khilaf. (Banyak pulak word selamat ni. Nasiblah Airil tak jadi Kassim Selamat sebab menangis 24 jam berminggu2.)
Yg buat saya tersentuh dlm cerita ini bila ia menggambarkan derita Airil semasa kehilangan Maira. Tidak pernah putus asa mencari walau dibelasah teruk oleh orang asli dia tetap kembali. Walau ramai yg menganggap bahawa Maira telah meninggal tapi naluri Airil kuat menyatakan Maira masih lagi hidup. Sendu habis. Especially bila Maira menceritakan doa Airil didepan Kaabah agar mereka diketemukan kembali, hidup atau mati for closure dan Maira yg berada di alam lain mengaamiinkan doanya. As, pula kembali menagih cinta tetap ditolak mentah2.
Walaupun telah berkahwin still ada ragam 'Tom and Jerry' in them. And panggilan kau aku sungguh tak berapa sweet but it get sweeter overtime when mereka beralih kepada abang dan sayang..Tak sangka Airil ni teramat manja dan penyayang. Cuma saya agak terkilan bila dia terlalu cinta dia macam jadi pak turut je pada tindakan Maira..tidak keterlaluan..sikap brutal Maira yg tak sepenuhnya terhakis. Still buat saya kejengkelan. Saya abaikan je sebab mungkin itu cara dia untuk bermanja dengan Airil.
Akhir sekali apa yg saya suka adalah keakraban hubungan dua buah keluarga yg saling memerlukan dan happy go lucky. Sentiasa ceria dan memberi sokongan saat musibah menimpa keluarga mereka.
Membaca bab awal saya rasa novel ini lain dari yg lain.. belum jumpa lagi heroin yg ganas mcm maira ni dlm novel2 lain.. pada hari pertama pendaftaran dah buat kecoh.. maira ni bukan sahaja ego dan bermulut puaka, tetapi agak ganas dan tidak takut langsung dengan lelaki walaupun lelaki itu lebih senior daripadanya.. kerana cawan kertas yang jatuh membasahi muka dan bajunya, maira salah sangka dan menjadikan Airil musuhnya.. kerana sikapnya juga, dia hampir diperkosa tetapi Airil pula yg menyelamatkannya.. sejak itu benci bertukar menjadi sayang.. Maira yg ganas bertukar menjadi maira yg sengal, kerana Airil tidak menerima cintanya dia sanggup membawa ibu bapanya untuk meminang Airil. Mulanya Airil menerima dgn terpaksa, tetapi akhirnya dia dapat menerima sepenuh hati. Kejadian Maira jatuh di air terjun & diculik oleh orang bunian amat menyedihkan. kali pertama baca cerita yg ada org bunian.. Pelbagai usaha dilakukan utk mencari Maira, masa ini lah Maira yakin Airil juga amat mencintainya.. kerana cinta mereka kuat mereka tetap bersama walaupun terpaksa tempuhi pelbagai halangan... tahniah Jen Nj..
permulaan kisah jer dah buat hati panas menggelegak. mana datang perempuan yang teramat kurang ajar ni? ingat dunia ni semua bawah kaki dia? maira, manusia yang nak semua perkara mengikut katanya. apa yang tak berkenan semua dilawan tanpa memikirkan perasaan orang lain. termasuklah ketika bergaduh dengan airil. ada saja benda yang tak betul hinggakan pensyarah pun tahu yang mereka tidak boleh rapat, asyik bercakaran. angkara cicak, maira balas dendam dengan katak pada airil. angkara katak, airil mengamuk merosakkan telefon maira dan kemudian motor airil pula terjual. bila dah melampaui batas, airil membuat report yang menyebabkan maira disumbat dalam lokap..
permulaan kisah yang memang agak brutal dan dapat memakukan pembacaan. serius, rasa menyampah, sakit hati, meluat semua dah keluar awal-awal. ntah apa punya manusia maira ni. cik puan penulis Nurul Jannah Jen NJ bijak menangkap tumpuan pembacaan.. bila sampai maira mula menyesal dan berusaha mencari perhatian airil, rasa kat sini dah agak slow sikit. kira pembaca bolehla nak tarik nafas lega, santai-santai baca sambil gelak-gelak dengan kepoyoan maira..
cumanya, hmmm.. akak jer rasa ni tau. pembaca lain mungkin ok, boleh terima sebab memang akak tengok ramai kata best. bila start masuk kisah bunian, graf keseronokan pembacaan akak sedikit demi sedikit menurun. dah lebih pada rentetan kisah cinta tak berkesudahan. tapi, yelah. kawan akak ada yang kata part tu lah yang jadi makin best. ok.. selera masing-masingkan..
overall idea memang best, olahan memang menarik, dialog dan naratif semua di susun cantik. dalam kehidupan ni, tak semua kita nak akan dapat dalam genggaman. ada masa kita akan rasa kecewa. apa salahnya terima kekecewaan dengan rasa rendah diri serta bersyukur mungkin sebab tu bukan bahagian kita.. dan lagi, hak orang jangan diganggu beb! tak eloklah kalau dalam hati dah pasang niat buruk tu.. Apa dosa katak dan cicak, jangan buli haiwan ya!.. Haha!!.
First. Suka cover novel Airil Maira ni. Comel. Katak & Cicak. 😍 Jarang la ika nak baca novel yang tajuk dia nama hero & heroin. Tapi ika pilih nak baca yg ini sebab penulisnya. Ika teringin nak baca karya penulis. Thanks to PNMeReader.
Second. Berkenaan watak. Heroin(Maira) dia mula-mula tu ada sejenis perangai yg tahap kurang ajar gila eh. Dgn siapa pun dia akan bantai. And dekat tempat dia belajar tu mangsa dia Airil. Mcm mcm la dia buat dkt Airil tu. Kesian pulak. End up, dia sendiri terfall in love dgn Airil. Airil pulak cam konfius la dgn perangai Maira ni. Takkan la disebabkan kejadian tu. Berubah 360 drjah terus perangainya. Mmg ada perubahan tapi dia rimas sebab Maira kejar dia pulak. Haha.
Storyline yg tersusun. Ika puji. Ika rasa senang bila baca. And unexpected storyline yg terselit. Mcm cerita bunian tu. Dan part tu menarik bagi ika sebab ika rasa part ni menguatkan lagi storyline. Dan part Maira & Airil pergi daki gunung. Menarik juga. Part Azhar. Okay la ada few parts yang ika rasa menarik utk dibaca hehe.
Overall, utk percubaan ika baca karya penulis buat pertama kali ika boleh kata ika suka dan nak baca yg lain juga.
Kisah tentang Maira ngan Airil ni memang sweet gila daripada dorang bermusuh sampai larh dorang suami isteri sah. Maira dah start suka ngan Airil semenjak Airil selamatkan dia daripada kene ummm ngan si Mat Dip dan Duan(watak antogonis). Si Maira ni pergi pinang Airil sebab dia nak Airil sorang jerh and dah jatuh cinta ngan musuh dia. Which is RARE arh tengok perempun pinang lelaki gytu. Larh apa susahnya Maira kan orang kaya mesti senang arh untuk dia dapat apa dia inginkan tu. Pada mulanya si Airil memang GERAM GILA ngan tindakan Maira sebab time tu kan dia kekasih sepupu dia sendiri which Asmirzah atau lebih dikenali sebagai As. Tapi lama kelamaan dia terima larh Maira sebagai tunang dia time tu. Bila si Maira hilang tanpa jejak dekat gunung, mula larh si Airil menanggis, bersusah payah carik Maira yang hilang selama SEBULAN pulak tu, sanggup dipukul oleh Tok Batin(orang hutan asli), siap berdoa depan dekat Kaabah(Mekah) supaya dia bertemu semula ngan Maira and so on so from there aku tahu si Airil dah sayang gila dekat Maira. Sebenarnya ingatkan Maira dah arwah ke apa rupanya dia dekat Alam lain which is Alam BUNIAN. Which FIRST TIME aku baca novel yang dikaitkan dengan Bunian. Lagi lagi bunian tu selamatkan Maira kene hempas dari gunung sebab bunian(Aduka) tu suka dengan Maira. Tapi dia jugak telah melamarkan dirinya sebagai Azhar(abang kandung Airil yang hilang dan muncul balik) sebab salah satu sebabnya ialah dia nak dapatkan Maira balik sebab adiknya(Andika) pulangkan Maira dekat Airil and so on. Taknak cerita lebih panjang sebab dah TERLALU PANJANG dah aku type. Apa-apapun CONGRATS kepada penulis JEN NJ sebab cerita ni LAIN daripada yang LAIN! Can't wait to see more of your novels.
Sorry to anyone that prefers malay review but I only have english words in mind for this one
So the most thing i hate about this book is the characters.. the main characters are so bad. I never like Maira since the first page of the novel. For Airil, i was rooting for him at first but the time when he leaves his long relationship and instantly falling for Maira is just- and don’t remind me of the fact that Airil was in a long time relationship with his own cousin? I know some of you guys might have no problem with this but it’s my personal opinion and I don’t support “cousins to lovers” relationship.
Other than the characters, I just don’t think half of the novel worth my time to read. Maybe it’s because of the characters that makes the whole novel a turn off.. I think that’s all i can say about the book. I honestly hope that the author can be more thoughtful and creative for the characters and the plot.
This entire review has been hidden because of spoilers.