Jump to ratings and reviews
Rate this book

Daftar Semula Cinta

Rate this book
Ini kisah tentang Nadhirah. Dia merupakan seorang anak, adik, sahabat dan cikgu di Pusat Disleksia. Rona hidupnya sedikit berubah apabila dia dan lelaki itu bertemu.

“See. You are too cute, Nadhirah. Sampai I tak boleh pandang tempat lain.” - Syed Adwan

Takdir memang sudah tertulis yang mereka akan berjumpa lagi dan lagi. Nadhirah berada dalam dilema apabila rakan baiknya meluahkan perasaan.

“Aku nak Adwan jadi boyfriend aku. Suami aku.” - Siti Hawa

Syed Adwan bin Syed Salleh. Dalam hidupnya tiada yang lebih penting selain ibunya, Puan Maimun. Walaupun bapanya masih hidup, kehadiran lelaki itu sering mendatangkan pergaduhan di antara mereka kerana rahsia silam.

“Kenapa you baik sangat? You patut fikir pasal diri you sendiri. Kenapa perlu nak susahkan diri untuk orang macam I?” – Nadhirah

“Sebab you jodoh istikharah I.” – Syed Adwan

Nadhirah semakin keliru apabila Syed Adwan memberinya sebuah buku berjudul Aku Nikah Akan Dikau sebagai hadiah. Judulnya sebagai tanda perasaan lelaki itu kepadanya. Kekeliruan terjawab apabila rahsia tentang Siti Hawa terbongkar.

Hidup mana yang tidak ditimpa masalah. Kadangkala yang mahu dielak itulah yang terjadi. Apa yang ditakuti Syed Adwan sudah pun berlaku. Bapanya, Syed Salleh juga menyukai Nadhirah. Apa yang sedang berlaku ini? Situasi yang membuatkan kisah biasa ini menjadi luar biasa.

573 pages, Paperback

First published January 1, 2016

1 person is currently reading
17 people want to read

About the author

Afifah Yusof

2 books11 followers
Juga dikenali sebagai Nuriffa

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (28%)
4 stars
2 (14%)
3 stars
6 (42%)
2 stars
2 (14%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
February 23, 2017
Best citer ni.

Takde kisah CEO, takde fasal kereta mewah, takde cerita fasal perfume berjenama, takde sebut fasal kecantikan/kekacakan yang berlebih-lebihan.

Ini kisah kekeluargaan. Kisah keluarga yang pincang yang meranapkan seluruh kepercayaan dan kisah keluarga yang dipenuhi kasih sayang. Juga kisah setiakawan. Sanggupkah berkorban demi cinta? Sanggupkah mengabaikan nilai persabahatan kerana permasalahan mental?

Nak tahu lebih lanjut, beli/pinjam dan bacalah sendiri. Heh.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.