Bijaknya Aidan Dzakirin mengambil kesempatan. Mengenali Nadine Saffiyah melalui keluarga si gadis, menjadikan dia mendapat sokongan penuh. Dan apabila lamaran dihulur, Nadine tidak berupaya untuk menolak.
“Kenapa pilih Fi?" “Because you’re too precious to lose.”
Aku pandang ke sebelah kanan. Dia tengah santai baring mengiring menghadap aku.
“Tadi suruh Fi tidur. Ini apa kes nak main pandang-pandang pulak?” “Kumpul pahala pun tak nak?” Ceh! Balik-balik modal tu juga yang dia guna. Dah tak ada ayat lain nak jual agaknya.
Ya! Mereka hidup bahagia walau masih berstatus pelajar di bumi asing. Sebab perkahwinan mereka atas dasar restu keluarga. Tapi, bila tahun berganti, bila kejayaan sudah di dalam genggaman, bila gelaran doktor sudah disandang, mereka diuji dengan segala sifat ketahanan.
“I am starting to feel insecure. Fi takut kehilangan abang.” “Selama ni Fi okey je. Kenapa perlu ada rasa tak selamat tu?”
Dan kerana naluri seorang isteri melebihi apa yang tidak terfikir oleh suami, maka Aidan yang tak bersedia hampir jatuh tersungkur menyembah bumi bila ujian yang diturunkan untuk mereka benar-benar buat Nadine tiba-tiba berubah 360 darjah.
“Aidan Dzakirin, tolong ingat yang sesuatu perhubugan ni ibarat kaca. Kadang-kadang ada baiknya biarkan ia pecah dari menyakitkan diri sendiri untuk cuba mencantumnya kembali.”
Itu kata Nadine, jadi apa pula kata Aidan? Mampukah Aidan melepaskan ‘ventilator’ hidupnya pergi? Mampukah Nadine bernafas tanpa ‘my king’nya di sisi?
Same old, same old. Orang lain dah ramai baca, baru yuni sedar kewujudan buku ini. Terbaik.
Komen yuni terbahagi kepada tiga untuk novel ini. Sebelum, selepas dan ketika THAT incident.
Sebelum THAT incident.
1. Nadine takes everything for granted. Orang lain pun busy. Orang lain pun kerja. Ada ramai je yang berkahwin dan study. Tapi takdelah sampai macam tu sekali. 8 years, Nadine. Not 8 months or 8 days. I wonder where Aidan gets the patient. WOW
2. Komunikasi. Masalah utama untuk pasangan ini adalah kurangnya komunikasi. Busy is the worst reason to avoid from sitting and talk. And then....keep by yourselves, make it worse. C'mon lah.
Basically, sebelum that incident, masalah lebih kepada Nadine. Aidan banyak bersabar tapi apa2 pun ada limit nya.
Ketika THAT incident.
1. One of the reasons for some reader (ME!) to read novel is because we want to run from reality. But why, dear author? Why make it so hard?
Selepas THAT incident.
1. Yuni tak faham. Orang keliling termasuk keluarga sendiri boleh suruh Nadine berbaik semula dengan Aidan dan redha. Like seriously? This is a rape case. Not police and thief or main masak2. It's about the rape victim and her rapist. Just HOW??? can someone close to the victim to suggesting accept it? Plus she gets PTSD yang teruk. I just can't accept it. Kalau kitalah berada di tempat Nadine, you think you can accept, be patient and redha?
2. Sorry but out of three novels, Aidan is the least favorite hero I like. Hmm... Kalau tak silap, Aidan ada bercakap tentang trust dengan Nadine before they get married. Tetapi, do you trust your wife enough to share your problem with her? Not sure lah. Tapi macam perasan author tends to make hero2 dia macam tu. Biarkan heroin terkapai2 untuk mencari kisah sebenar dulu2 punya cerita tentang hero. You think everyone has talent to read mind eh? Tentang Fatin pun senyap je. Langsung tak terangkan. Biarkan Nadine sendiri. Tentang Leia pun gitu. Aiyoyo...
Overall:
1. Notice bila penggunaan bahasa Inggeris yang makin berkurangan. Terima kasih.
2. Gaya penulisan macam lain sedikit. Buatkan yuni tertanya2, ini novel Xuanza ke? Sebab selalunya (alah baru dua kali je pun, yuni), kena baca dari awal. Tak boleh skip. Ini...baca sinopsis, few chapters belakang, dah boleh agak. Plus review orang lagi. Xuanza ke ni? XD
It is the unexpected that change our lifes forever. . Sepanjang pembacaan, saya asyik berdoa dalam hati, 'Tuhan, tolonglah biarkan mereka bersama'. Fi dan Aidan, pertemuan singkat mereka dari kenalan kepada kawan kepada soulmate. Lapan tahun kemudian, adakah mereka happily ever after?
Perkahwinan bukanlah penentu sesebuah hubungan itu bahagia kerana ikatan perkahwinan menjadi pemula perjalanan baru dalam hidup yang sudah tentu didatangkan 1001 dugaan oleh Tuhan. Dugaan didatangkan sebagai teguran, peringatan dan tanda Tuhan mahu kita kembali kepadaNya.
Fi.. Saya setuju yang permasalahan rumah tangga mereka mungkin juga bermula dari Fi yang sibuk dengan kerja, tiada masa dengan Aidan, mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri.. Sedikit sebanyak, kecuaian Fi membenarkan keretakan hubungan perkahwinan mereka. Namun, selepas segala yang berlaku kepada Fi dan bagaimana dia berhadapan dengan isu dalam dirinya, hanya yang pernah berada di tempat Fi yang akan memahami. Kerana sayanglah, dia ingin berpisah. Supaya, insan yang dia sayang tidak terluka kerana perubahan dirinya.
Untuk mendapat lelaki sebaik Aidan, entah kebaikan apa yang Fi sudah lakukan sehingga Tuhan kurniakan suami sesabar Aidan untuk wanita sehebat Fi. Aidan yang penyabar. Aidan yang rasional. Aidan yang setia. Mungkin dia bukanlah stok pak ustaz yang membacakan doa tidur dan tiga Qul untuk Fi setiap malam, tetapi Aidanlah lelaki paling tepat yang Tuhan kurniakan untuk Fi.
Circle Aidan dan Fi, sangatlah menakjubkan. Meskipun ada dua tiga ekor agas yang hinggap dalam hubungan mereka, mak-abah-mom-baba-abang Fi memang sangat supportive.. Termasuklah kawan mereka yang kadang kala tukang beri nasihat.
To be strong like Fi and to have Aidan by my side... where should I start?
3.5* Saya bukan tak suka cerita ni, tapi kurang gemar..however, I still applaud the author sebab sentiasa ada kelainan dalam setiap cerita yg cuba disampaikan. Persamaan cuma satu diantara ketiga2 novel, dealing with people and their emotions, life after marriage.
Kali ini kita disajikan dengan alam rumahtangga Aidan dan Nad yg bahagia di tahun pertama tapi selepas keguguran hubungan mereka semakin renggang. Percubaan untuk mengadakan anak ditangguh2 dan tidak begitu diusahakan. Nad lebih mementingkan kerjaya dan Aidan terasa diabaikan hingga bila kesederan mampir, Aidan semakin menjauh. Kedua2nya kurang berkomunikasi lebih kepada memendamkan perasaan.
Keadaan sekitaran seperti kembalinya kekasih lama yg ingin menagih cinta Aidan, abang angkat Nad yg sering mencarinya, tidak lupa juga kemesraan antara Aidan dan teman sekerjanya, pembohongan yg dilakukan oleh Nad dan Aidan dan paling penting cinta mereka yg tidak dihiasi dengan cahaya keimanan lebih mengeruhkan hubungan yg boleh dianggap retak menanti belah ni.
Hingga satu musibah melanda diri Nad, Aidan sedar kekhilafan dirinya dan akur bahawasanya dia masih menyintai isterinya, sayangnya tidak dihiraukan oleh Nad lagi. Suffering from PTSD dan perbualan yg dibahaskan diantara Aidan dan teman akrabnya telah membulatkan hasrat Nad untuk minta dilepaskan.
Berjayakah Aidan mengembalikan cinta Nad pada dirinya? The journey is a rocky road for Aidan. Kalau awalnya kita membenci Nad sebab tidak begitu mengendahkan Aidan, (sehingga kereta yg dah ditukar 6 bulan lepas pun dia tak tahu), lepas tu kesian bila Aidan buat perkara yg sama, u will continue to hate her while she is suffering from PTSD.
OMG!! IM TOTALLY MADLY IN LOVE WITH AIDAN 😍♥️ ONE IN A MILLION PUN BELUM TENTU NAK DAPAT LELAKI GINI 😭
Speechless tak tahu nak describe macam mana tahap sweet potong kaki Aidan tu, walaupun hati ini sakit sikit dengan perangai Nadine but takpalah. Pura-pura tak kisah jela.
So, taknak type panjang-panjang, sesiapa yg belum baca tu. Boleh la try. hehe
Ai dah pernah baca buku first Xuanza Kerana Lamaran Itu, dan cara penceritaan yang digunakan penulis memang sangat berbeza! This one lebih santai dan gaya bahasa yang sempoi berjaya memikat hati ni untuk teruskan bacaan.
For me, both Aidan and Nadine didn't make any mistake, they just make wrong choices. SO many wrong choices. Nadine yang terlalu memilih kerjaya dan merasakan si suami seorang yang sangat memahami. Aidan yang memilih untuk tidak membebankan si isteri dengan kisah penat lelahnya membangunkan sebuah syarikat kerana si isteri sibuk dengan kerjaya. Kata kuncinya disini, tidak akan ada sebuah perkahwinan andai tiada komunikasi antara pasangan. Perkahwinan yang suatu ketika dahulunya penuh dengan warna cinta, kini pudar tiada warna.
Suka dengan kisah ni.Walaupun penulis ada menerapkan kisah gangguan 'kecil' dari pihak ketiga, namun si hero bijak menangani situasi sehingga konflik tersebut tidak terlalu meleret. Malah punca sebenar keretakan rumahtangga mereka berpunca dari mereka sendiri. Sebuah naskah yang lain dari yang lain. Tahniah penulis. Keep up the great work. :)
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Every girl needs an Aidan in their live...If there's any fictional character that could teach real men the real meaning of loyalty, it's Aidan Dzakirin.
Pada N, cerita ini baru terasa 'power'nya selepas Nadine dan Aidan berkahwin. Detik perkenalan mereka pada N terlalu meleret dan puitis. Maaf, N memang tak reti nak appreciate bahasa kiasan dan halus-halus ni.
Apa yang Xuanza tawarkan dalam novel Bernafas Tanpamu adalah kehidupan rumah tangga dua insan yang saling mencintai dan bercita-cita tinggi.
Ada masanya cinta tidak cukup untuk menjamin kebahagiaan jika tiada usaha yang diletakkan. Jangan berasa terlalu selamat dengan apa yang ada, kerana boleh jadi ia hanyalah pinjaman sementara.
Life is full of unpredictable surprises. Not all these surprises are pleasant. Make the most out of it and be prepared for the unexpected.
Uwaaaa, how sweet Aidan Dzakirin. Memang typical husband material. Sanggup lakukan apa saja untuk yang tersayang dan sabar nak menghadapi turun naik emosi seorang Nadine Saffiyah.
Masa awal perkenalannya di luar negara dan dalam proses Aidan nak 'mengurat' Nadine selepas dikecewakan Fatin, rasa mcm geram plak. Selalu tanya soalan yang berulang-ulang. Macam 'are you okay?' pastu rasa mcm nak cakap dekat Aidan, tak payahlah berkias-kias. Suka cakap jelah suka! 😂 Rasa mcm bosan sikit baca depan-depan tu.
Tapi bila dah kahwin rasa suka sangat dengan relationships diorang. Sama2 masih muda dan masih belajar. Sama2 tempuh dugaan walaupun ada kesedihan yang datang tanpa dipinta.
Dugaan selepas 8 tahun kahwin pun datang tanpa diduga. Salah Nad sbb busy dgn kerja dan lupa tanggungjawab dekat Aidan. Salah Aidan sbb pilih untuk memendam rasa dan tak mau membebankan Nad dgn setiap masalah dia. Seharusnya, perkahwinan itu jadi satu perkongsian. Komunikasi antara suami isteri tu sangat penting. Biar tak wujud salah faham.
Dan kerana peristiwa hitam yang melanda Nad. Segalanya berubah. Membawa kepada keadaan Nad yg mengalami PTSD. Sedih sangat. Sampai hilang keyakinan diri dan rasa diri tak bermakna lagi. Gila berat ujian Nad. Dan aku tak salahkan dia bila dia minta benda yang Aidan susah nak buat.
Masa ni kesian giler jugak dekat Aidan. Dia memang suami yang setia dan sentiasa meletakkan perasaan dan hati Nad di tangga utama. Kalau lelaki lain rasanya dah tinggalkan Nad. Tapi Aidan membuktikan bahawa dia lelaki yang bukan pentingkan nafsu semata. Cinta dia dekat Nad lebih daripada itu. Kalau ada laki spesies Aidan ni sila simpan dan jangan tolak dekat orang lain. Hehehe
Overall, aku suka. Sampai menitis juga air mata baca kisah diorang ni. Nak baca sambungan kisah diorang ni dlm BB tapi buku dah sold out. Takpelah. Hopefully diorang masih ada kesempatan utk dapat little precious untuk jadi peneman ke hari tua.
Last but not least, I love this quote so much when Nadine told to her hubsy, life is not always a bed roses. Sometimes you have to expect the unexpected in life.
Aidan dan Nadine bertemu di luar negara. kali pertama pandang Nadine dah jatuh cinta. tapi tanpa dia tahu si aidan ni dah berpunya dan kekasih hati dia ada di malaysia. Tapi dah nama jodoh itu sangatlah luar biasa kisahnya kan.
Aidan dan Nadine akhirnya bercinta dan akhirnya berkahwin. Bukan mudah sebenarnya untuk Aidan nak bersatu kerana Nadine punya abang abang pelindung yang amat sayang pada dia. berpeluh juga aidan kena soal selidik. hahaha. part ni kelakar bagi aku. Seorang aidan punya banyak rahsia yang dia sembunyikan pada Nadine. salah satunya aidan ni kerabat diraja. dan of course keluarganya berada. tapi sayany di sebalik title dan kekayaan yang ada aidan ni kurang kasih sayang dari ayah dan ibu. dia hanya menumpang kasih sayang dari keluarga angkat yang berkhidmat sejak dia kecil. Makna kata aidan lebih sayangkan keluarga angkat lebih dari family dia sendiri.
selepas beberapa tahun berkahwin. Nadine akhirnya bergelar doktor. Aidan makin mencipta nama dengan bangunkan perniagaan sendiri. perkahwinan yang dahulu berseri tapi suram kerana tiada cahaya mata. kerana kesibukan masing-masing nak bina karier perkahwinan itu nampak hambar. mereka ibarat orang asing. yang akhirnya membawa haluan sendiri.
sudah lumrah manusia, saat kita berasa kehilangan baru kita akan sedar dari realiti. satu peristiwa telah mengejutkan mereka dari lena yang panjang. peristiwa yang merubah kehidupan aidan dan nadine buat selamanya. Disinilah kita kan nampak macam mana aidan bangkit demi untuk nadine. aidan perlu kuat untuk dapatkan kembali nadine nya. nadine yang di anggap sebagai nyawanya.
peristiwa apakah yang melanda hidup aidan dan nadine? adakah aidan dapat memujuk kembali nadine yang tidak mahu menghadapi realiti yang terbentang di hadapan mata? atau adakah berpisah itu adalah yang terbaik buat mereka? segalanya terjawab dalam novel ni. tahniah penulis.
Life isn't always a bed of roses. sometimes you have to expect the unexpected in life. yes, the unexpected that change our life forever.
'Life is not always a bed of roses. Sometimes you have to expect the unexpected in life.'
jujurnya, pd awal pembacaan aku sangkakan Bernafas Tanpamu hanyalah kisah sweet2 and light conflict gitu...
tapi aku silap!
rasanya dah lama aku tak baca novel yg konfliknya berat mcm ni. kisah yg sgt2 berat bg aku.
aku tak tahu nk slhkan siapa sebenarnya punca pd terjdnya kedinginan hubungan mereka sbg suami isteri. kdang2 aku rasa slh Nadine, kdang2 aku rasa slh Aidan.
atau sebenarnya kedua2nya slh.
Aidan dan Nadine yg sibuk kejar cita2 sampai tak sedar hubungan mereka semakin renggang dari hari ke hari.
dan sampai satu thp, mereka diuji lg dgn sesuatu yg tak disangka. ujian yg sgt berat utk Nadine dan Aidan.
tak tergambar betapa terlukanya hati Aidan dan sakitnya Nadine masa tu.
masuk jer part kejadian pahit yg menimpa Nadine tu, memang sebak sgt aku rasa. rasa kesian sgt2 kat Nadine, dan kat Aidan pun.
aku x slhkan Nadine 100% bila dia rasa dia x mampu lg teruskan hubungannya dgn Aidan. sbb bkn senang nk hilangkan trauma, kan?
tp itulah... setiap kejadian tu ada hikmahnya, kan. ujian dr Allah tu dtg dr pelbagai bentuk. ujian itulah yg akn buat manusia bangkit dr rasa sakit, buat manusia kenal erti tabah bila rasa susah.
Aidan... he is a good husband. seorg suami yg sgt setia di sisi isteri. mana lg nk dpt suami yg betul2 baik mcm Aidan ni? Dan Nadine... akhirnya dia sedar jugak yg selama ni dia yg x bersyukur dgn apa yg dia ada. Allah dah kurniakan suami punyalah baik, takkan still nk butakan mata lg kot?
Disebabkan baru je lepas baca novel yang mendera emosi, ku sengaja pilih novel Bernafas Tanpamu ni. Kononnya santai-santai je kot. Tak memeningkan kepala. Tapi... .
First half of this book memang sweet je. Aidan yang baru berkenalan dengan Nadine di bumi Ireland. Dan perkenalan mereka akhirnya membawa kepada perkahwinan zaman belajar. Ni memang sweet je. Dan penulis berjaya buatku cemburu dengan pelajar oversea. Dorang dapat travel ke Europe dan banyak lagi tempat menarik. Serius dengki. .
Tapi bahagia mereka tidak berpanjangan. Dugaan pertama, mereka diuji dengan anak. Bagi Aidan, anak ialah punca rezeki. Sedangkan Nadine masih belum bersedia. Dan di saat Nadine mulai bersyukur dengan kehadiran baby nya, dia keguguran. .
Dan 8 tahun pun berlalu. .
Sepanjang 8 tahun, banyak yang dah berubah. Sekalipun mereka masih cinta, rasa cinta kian pudar. .
Aidan masih lagi kekuatan Nadine. Di saat Nadine bergelut dengan housemanship, Aidan ada. Sampailah Nadine hampir bergelar specialist, Aidan sentiasa ada. Tapi, Nadine took Aidan for granted. Nadine tak pernah sedar yang Aidan dah makin berjaya. Aidan dah ada cafe sendiri. Dah ada new penthouse. Disebalik kejayaan Aidan, Nadine tak pernah ambil kisah. .
'Life is not always a bed full of roses.' .
Kerana satu tragedi, Nadine mengalami Post Traumatic Stress Disorder. Dan bukan mudah untuk Aidan bertahan. .
Sambil baca novel ni, ku tak perasan yang tetiba je air mata dah mengalir. (Sejenis hati tisu) .
Novel ni hanya cerita tentang Aidan dan Nadine. Takde langau yang significant. Tentang masalah miscommunication dorang. Ku tak tahu nak marah kat sape. Aidan yang sepatutnya boleh je cerita kat Nadine tentang kejayaan dan juga penat lelahnya. Tapi, dia diam. Semata-mata tak nak bebankan wanita kesayangannya. Nadine pulak terlalu mementingkan kariernya sehingga mengabaikan Aidan. .
Dan ku faham perasaan Nadine selepas tragedi tersebut. Perempuan lain dengki ngan Nadine kerana berjaya berdiri di sebelah Aidan. Sedangkan Nadine sendiri hampir mengalah. Kerana terlalu sayangkan Aidan, dia merasakan dia tidak layak untuk lelaki sebaik Aidan. .
Dan ku sayang Aidan sangatttt. Dia sangat setia. Di saat isterinya dalam keadaan fragile, he's still by her side. Sangat memahami dan menerima kekurangan Nadine. .
"You vowed to fiercely love me in all my forms and I vowed to love forever, every single day of forever. Then, I promised to walk thousand miles with you, and you promised, you will walk together with me no matter how rough the road may be. We promised to stay true to one another and that we could get through any obstacles in our paths. "
u deserved my 5 stars dear miss writer. hasil yg ditunggu2 and am satisfied with the outcome. hasil yg matang from xuanza and to me her best so far. plot and jln cerita yg sgt kemas and beautifully describe each n every scene. seperti berada bersama2 watak dlm novel ni n sbb itu la emosi pembaca sedikit haywire these couple of days. sgt terkesan! kudos dear writer. am officially n undeniably your die hard fan. Keep on writing...I'll be waiting with my 'arms' wide open...
Penulisan yang sangat matang…its feel real because this is what actually happen in marriage life…communication is key and assume we are ok and pretent like nothing happen the next day its not good..itu yg writer cuba sampaikan..they been together for 8 years because both of them assume we are ok..but actually we not..imagine changes dlm partner pon kte tak tau.. big applause to the writer…i salute you!!! 😍
Selesai membaca naskhah ini. Fokus utama dalam novel ini saya kira komunikasi dan kepercayaan antara suami isteri itu sangat penting. Jangan pernah disimpan apa pun rahsia. Kalau tidak, nescaya rumah tangga akan goyah. Bagi saya penulis berjaya menulis kisah ini dengan baik sehingga saya benar-benar membenci sikap Fi. Namun ketenangan si hero membuatkan kisah cinta mereka 'seimbang'. Tahniah buat penulis!
Best.. permulaan semasa mereka bertemu Dan berkahwen. Peetengahan cerita semasa mereka Ada krisis. Kurang komunikasi.. kemuncak cerita bila Nadine diuji. Pasangan yg saling memerlukan antara Aidan Dan Nadine. Walau Nadine berubah slps peristiwa hitam, Aidan tetap setia. Cerita yg pnh konflict Di pertengan cerita Dan berakhir dgn bahagia Di penghujung cerita. Kesabaran Aidan berbalas juga
Kawin awal time belajar.. Aidan mmg suke sgt ngn Nadine.. dgn restu keluarga dorg di satu kan.. byk agt dugaan dan cabaran dorg nk kene tempuh utk capai kebahagiaan..
Sadis btul cerita dorg nie.. dri satu ke satu.. mmg btul laa communication tu penting..
Whole story ok..best. rasa geram dan kesian ada. starting yg sy boleh rasa tingling di awal perkenalan aidan dan nadine. aidan yg gentleman, nadine yg berama-rama perutnya. lepas dah nikah, sy dah xsuka dgn nadine. first, rasa loya bila dgr perkataan 'cucu'. pdhal sebelum nak nikah tu pandai pla berkata sebuah perkahwinan itu apa. kedua, dah pregnant, dia xsuka sb xready lg fizikal dan mental. oo patutlah rasa loya dgn ayat cucu tu. erm... bila dah masuk fasa perkahwinan seterusnya, sy masih rasa geram dgn nadine.. nak tampar pn ada. buat sy teringat karya ingatkn dia tentang setia, perangai c isteri yg lbh kurang sama dgn pekerjaan pn sama. yet, aidan masih seorang yg gentleman yg cool wpun diuji dgn hebat. untunglah nadine dpt suami spt aidan. tahniah penulis..
Apabila kerjaya melebihi rumahtangga... Apabila dekat terasa jauh... Apabila mata tak mampu lg menzahirkan cinta... Apabila bicara kian sumbang... Sesungguhnya mereka perlukan ruang untuk melihat dengan jelas duduk perkara. Namun sayangnya, kerana ruang itulah, mereka beroleh duka & luka yg lebih dalam.
Dan.... Ketika bersama lebih menambah luka sesama mereka... Jika berpisah mereka seakan hilang udara... Akan pulihkah emosi mereka? Masihkah ada cinta sesama mereka?
Sesungguhnya mereka terleka... alpa dalam memburu matlamat duniawi...hingga terabai yg tersayang di sisi.
As usual, u can never expect anything from this writer's novel. There must be some element of surprise in the plot. At first the feelings of falling in love , all the sweetness of young love then as time goes by, u get so comfy with each other that u just take things for granted that it affect your relationship. However , their love is still strong despite it all. I was able to follow through all the emotions and left me with enough satisfaction to appreciate the story Good job ms writer
* Cerita yang agak best walaupun bila Aidan & Nadine dah kahwin rasa macam baca 'Ingatkan Dia Tentang Setia' sikit. Tapi sikit la mungkin sebab kerjaya yang sama. * Bila berlaku 'kejadian' tu rasa macam terfikir mungkin macam tu la apa yang orang yang pernah lalui rasa. Ada rasa empathy dengan watak Nadine & Aidan. Thumb up Xuanza sebab buatkan pembaca rasa apa yang mangsa rasa (walaupun kadang-kadang sakit jugak hati dengan perangai si Nadine tu..huhu) * Watak kawan-kawan pun best - Acab, Rais, Tim & Salwa.
~ love is like a bubblegum. sticky all the time - aidan ~ life isn't always a bed of roses. sometimes you have to expect the unexpected in life -nadine
i would say, cerita ni best cuma mcm ada kekurangan sesuatu.
this is soooo ideakretif's signature. full of english quoates. however, dear editor, please be more sensitive with your grammar.
your target market is teenagers, youngster. they can improved their english by reading your book. therefore, please proofread carefully before printing.
i dont follow the writer so i din know her background. but she is very familiar with all the medical lines. good to know, new field of knowledge for me.
#bernafastanpamu #xuanza #ideakreatifpublication Buku yang takkan menyesal saya akan grab adalah dari XUANZA...1st time baca novel dia kerana lamaran itu..aku dh fall in lovee!!! Hey dalam sweet mawit poyong kaki tahap gigabite ada kesedihan dan pengajaran yg cuba dia smpaikan..dlm bernafas tanpamu mula2 humphhh tahan laaaaa kesweet an dia yeee..jgn kena kencing manis...bila dh pertengahan adehhhh sedih ya ampunnnn... Aidan yang sgt sweet dan cool...mr brooding yg drop dead handsome guy...pertama kali bertemu dgn nadine saffiya buat hati nad aka fi bergetar lari tempo nya.bila dh tau mr brooding dh berpunya alahaiiii sedih ya amat.!! Bila si fi cuba menjarakkn diri mereka mr brooding pulakkk terasa hati.tapi sekali dia dh melamar hambik kau.ayat sweet tahap langit kesembilan kauuu.bole pulak di approve oleh 5 bodyguard dia..siapa lg kalau bukan abah,along,angah,acik n alang dia..hehehe..apa jampi dia bg xtau la..tp lepas 8thn perkahwinan mereka jarak antara mereka makin jauh.sorg selalu on duty almaklum la doktor.sorg lg asik outstation busy run business sndri.bila mereka cuba memberi ruang xdisangka kejadian hitam berlaku..hati kata cinta tapi mulut minta dilepaskan...mampukah nadine bertahan tanpa mr brooding hot and sexy guy dia..mampukah aidan dia bernafas tanpa sugar dan bubblegum dia?
Kejayaan,harta dan duit bole membunuh ikatan kekeluargaan dan hubungan seseorang..demi kejayaan mereka makin jauh..tanggungjawab diabaikan..heh tgk sajalah betapa nadine xambil peduli hal suami dia..smpai dh pindah office hingga suami dia ada cafe punnn dia xtau..jgn la workaholic sgt smpai tanggungjawab kita abaikan..once u lose them nothing u can do to have them back..spend time la dgn fmly sementara mereka masih ada...huh ni buku motivasi ke apa ni...hahaha.. Thanks sis ilove this book soooo much!!! 10/10
Persamaan yang ketara antara ketiga-tiga novel penulis ini... haisshhh... hero yang sangat kaya-raya, macho, kacak, bergaya. Apapun... setiap seorangnya unik.
Untuk novel ini... perkara yang berlegar dalam kepala saya selepas jumpa perkataan TAMAT... satu hadis: Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: “Jika aku boleh memerintahkan supaya seseorang sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahkan seorang perempuan sujud kepada suaminya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi).
Life isn't always a bed of roses. Sometimes, you have to expect the unexpected... and be prepared for it... bersyukur dan redha... *something unexpected from this writer, congratulationssss
Finished after 3 days? Been searching for a novel to read at mph found this book read synopsis partly convinced by the publisher idea kreatif. So far their novels have different kind of story .
Give it a try and pay. Wow! This book is filled by so many life lessons n quotes that will open your eyes, get in mind and reflect. More realistic with a roller coaster ride of marriage life . Recommended!
sedih.... walau bahagia tahap langit ketujuh bila depa masih belajar, tapi yang lagi melekat kat dalam otak, reality yg hits depa. aduhai.. sampainya hati... nanges nanges nanges.. mmg benggongla ko wahai aidan, nak merajuk bagai tahap kena penendang dah nie.. sakit kot. hati, jiwa, perasaan. huhuhuhu
"Rasa bila tak dipedulikan itu lebih teruk daripada rasa benci. Sekurang-kurangnya, bila mereka benci, maknanya mereka masih sedar tentang kewujudan kita."