Buku sempoi tentang Illustatated Guide to Korean Culture.
Cerita pasal sejarah, budaya, makanan, seni, pakaian, permainan Korea, dsb.
Den berkenan nak baca buku ni sebab ianya ada gambar-gambar berwarna warni dan penerangan ringkas.
Ada sesetengah maklumat tuh buat den teringat kepada KDrama dan KMovie yang den pernah tengok.
Bila baca tentang:
🥘Korean Cuisine paling teringat dekat cerita Jewel In The Palace.
🍙pembuatan kimchi, teringat dekat Lee Min Ki yang sakit patah pinggang tolong ahjummas buat kimchi dalam KDrama This Is My First Life
🖌️asal usul huruf Hangeul yang dibangunkan semasa zaman King Sejong, den teringat kepada perjuangan King Sejong dalam The Deep Rooted Tree yang mana hasrat beliau untuk buat tulisan Hangul ditentang oleh ramai scholars dan bangsawan. Ini antara KDrama sangeuk (historical) yang terbaik den pernah tengok.
🎎 Dinasti Joseon, teringat kepada Yi Bang-won dalam KDrama My Country: The New Age.
👹topeng yang dipakai semasa perayaan, teringat pada KDrama The Clown King
🐯harimau yang menjadi simbol kekuatan dan haiwan mistik, teringat pada lukisan harimau yang ditukar di dalam KDrama Knight Flower.
💃kegemilangan KPop (disebut tentang Bing Bang, Girls Generation dan Rain), den teringat pada BTS, Blackpinks dan KPop Demon Hunters.
✅shamanism, teringat pada KDrama Head Over Heels dan KMovie Exhuma.
Buku santai yang boleh dibaca sekali duduk.