Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sangeetha

Rate this book
This novel narrates the story of Sangeetha, an old Indian woman in love with Darus, an old Malay man. This great work of an author, Azizi Abdullah, brings the reader to their lonely world. This is the story of love and sympathy of two different cultures brought together by the presence of traditional music.

561 pages, Paperback

First published January 1, 2006

8 people are currently reading
103 people want to read

About the author

Azizi Abdullah

68 books117 followers
Dicedok dari Ujana Ilmu

AZIZI HJ.ABDULLAH (Hj. Azizi bin Hj. Abdullah) dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda Kedah, pada 4 April 1942. Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota Kuala Muda, Kedah sehingga darjah enam. Kemudian belajar di Sekolah Agama Dairatul Maarif Al-Wataniah,Kepala Batas Seberang Perai. Azizi mula menulis ketika di sekolah agama, kira-kira dalam tahun 60-an.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
19 (32%)
4 stars
21 (35%)
3 stars
13 (22%)
2 stars
3 (5%)
1 star
3 (5%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for anna.
70 reviews18 followers
March 25, 2020
560 mukasurat yang kerap mengulang perihal merbuk yang asyik ‘beraw-aww, tertekuku-tekuku, beraur-aurr dan berkong-kong’, tentang rumah limas potongan Perak orang berada dan halaman sekeliling yang diceritakan begitu rinci, tentang kepikunan dan ketuaan dua watak utamanya, dengan perjalanan yang sangat perlahan, penceritaan yang terlalu ‘wordy’, ada sesuatu mengenai novel ini yang terus memanggil untuk membacanya sehingga tamat. mungkin nilai kesusasteraannya. mungkin mengenangkan bagaimana suatu masa dahulu, begitu ingin memiliki naskhah ini, puas mencari tetapi tidak pernah kedapatan. sehinggalah dijumpai tersusun antara banyak buku yang dijual lelong semasa ke sebuah kedai makan ketika makan malam bersama taulan. ya, terus beli. kemudian bertahun pula menyimpannya di rak buku, sehingga akhirnya selesai juga dibaca.

menyimpang daripada andaian awal bahawa ini adalah kisah cinta terhalang antara kaum pada zaman pasca perang, novel ini mengenai kisah cinta yang melibatkan dua kaum yang berbeza, pada usia tua mereka. cinta yang terpendam, yang tidak diluahkan; yang mungkin berputik daripada kesetiaan, kejujuran dan ukhuwah.

ada kalanya timbul rasa segan dan agak mual membaca sesetengah bahagian, tentang orang tua mengelamun, melayan berlebihan perasaan dibuai cinta, namun penulis merentap watak-watak daripada lamunan berlebihan kepada hakikat diri masing-masing, sekali gus menyelamatkan pembacaan.

agak lelah untuk memahami falsafah cerita ini – tentang Tuhan, tentang hidayah, tentang kesempatan yang tak selalunya sempat. pengakhirannya sangat ringkas dan tiba-tiba, bagaimana ia dapat menyeimbangkan penceritaan yang berjela-jela dari halaman pertama? tetapi, itulah: semuanya seimbang. walaupun sedikit-sedikit timbul rasa jemu dan tidak sabar membaca novel ini, terkesima dalam mencari rumusan sendiri di pengakhirannya. ada rasa kosong itu, dan bertanya sendiri, ‘mengapa begini?’ ‘beginikah akhirnya?’

berhasrat beri 4.5 bintang, tapi goodreads ‘tidak membenarkan’. tak mengapa, lima bintang tetap juga layak.
Profile Image for Luqman.
26 reviews2 followers
March 22, 2020
Sangeetha. Demikian tajuk novel buah tangan Allahyarham Azizi Hj. Abdullah tentang cinta terpendam antara dua orang tua berlainan bangsa, adat, dan agama yang tidak terluah oleh kata-kata. Cinta terpendam itu datang tak diundang. Datang bersama-sama kasih dan kasihan.

Tahun 2007, novel ini hangat di pasaran. Merata tempat dicari; kehabisan. Seorang teman baik menghadiahi sebuah. Katanya ditempah dari jauh. Terima kasih buat teman baik saya ini.
Profile Image for Najibah Bakar.
Author 9 books350 followers
July 20, 2008
Bersediakah kita menghadapi hari tua? Sejauh manakah kebosanan hari tua dapat kita gambarkan apabila kita belum melaluinya.

Kalau mahu tahu, cubalah hayati Sangeetha. Buku ini sangat berjaya menghidangkan kepada pembaca tentang kebosanan hari tua yang dihadapi sendirian tanpa sanak-saudara, sahabat handai dan rakan taulan.

Malah menghabiskan buku ini pun suatu kebosanan yang simbolik, bahawa menghabiskan hari tua tanpa apa-apa matlamat, tanpa siapa-siapa, adalah suatu kebosanan yang panjang.

Cukupkah sekadar gambus, tabla dan dagga untuk menemani hari tua kita? Cukupkah sekadar apa-apa sahaja yang pernah kita cintai di alam yang boleh disaksikan tapi sementara ini?

Sebetulnya ini baru kali kedua saya membaca buku Azizi Ali selepas Kawin-Kawin dan saya akui kehebatannya sebagai penulis.

Saya percaya bukan senang menulis sebuah novel tentang orang tua dan menggambarkan kebosanan hidup mereka, ditambah lagi dengan segala pengetahuan tentang muzik tradisional India dan Melayu, serta segala petua tentang burung merbuk.

Meskipun kata penulis dahulu sewaktu ditemuramah Syed Munawwar; beliau cepat sekali berjaya menghabiskan penulisan Sangeetha, nikmat ilham daripada Allah.

----------------------------------------------------

Saya mahu menukarkan buku ini dengan buku-buku lain yang diterbitkan sekitar tahun 2005-2007 - seboleh-bolehnya dari karangan penulis mapan setara Azizi juga. Sesiapa yang berminat mungkin boleh diatur pertukarannya, secara pos atau bertemu di mana-mana sekitar Shah Alam sekalipun. Terima kasih.



Profile Image for Naimisa.
19 reviews3 followers
July 3, 2009
Sebuah novel yang paling membuatkan anda berasa jemu mengikut dan menyelami dunia kepikunan orang tua.

Perjalanan cerita hanya dalam peralihan dua watak utama iaitu Derus dan Sangethaa....

Pun begitu, nilai kesusasteraannya yang tinggi dan 'berat' menyebabkan proses menghadamnya menjadi begitu lambat berbanding dengan karya Tukya yang lain.
Profile Image for Nor.
Author 9 books105 followers
September 21, 2010
Kisah cinta yang tidak mengenal usia serta bangsa. Pengarang mengukirkan kisah cinta dengan cukup halus dan amat menarik.
Profile Image for Madnwar.
10 reviews
September 22, 2016
kisah cinta yang berat.. penuh emosi.. ketika membacanya dalam kepala memutarkan lagu Isabella..
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.