Pria berdarah Jawa ini sekadar pemain teater dunia yang lahir dengan sedikit gila; menganggap dirinya sang pemimpi yang akan terus menulis dan takkan pernah penat mengejar mimpi walau dipaksa tersungkur berkali-kali.
Pada pendapat saya, buku ini sangat menarik. Prosa dan puisi yang terkandung mempunyai pemberat tersendiri yang menarik perhatian saya. Gaya penulisan yang simple dan tidak banyak penggunaan bahasa sastra yang keterlaluan menjadikan ianya lebih mudah difahami. Permainan perasaan tentang soal-soal kehilangan, ditinggal pergi dan kekecewaan yang benar-benar nyata. Ada di antara puisi yang membuatkan saya menangis. Beberapa perbincangan juga berjaya saya lakukan bersama teman-teman yang meminati puisi dan telah mendapat kerjasama dari salah seorang dari penulis iaitu Para untuk memperjelaskan lagi maksud puisinya yang kami bincangkan iaitu "Pallet". Secara keseluruhannya buku ini sangat menarik dan sesuai dijadikan bahan perbincangan.
Saya juga menulis review yang lebih kurang sama di IG. Find me at @_ishura_ . Kepada yang berminat untuk memperolehi buku ini, sila hubungi @rumahripta di IG. Boleh tanya detail.
Sudah dibaca untuk kali kedua. Kali kedua baca perlahan-lahan untuk dapat feel orang cakap. Cover cantik. Tajuk pun dah sedih, kau fikir apa? Totally can relate pasal kesedihan, marah, broken, harapan dan sebagainya. Tapi boleh kata sedih in a good way.
Mosyuki; seperti biasa melankolia. Adi Wafi; dah stage malas fikir malas nak layan. Para Jamaludin; u got me at page 58. Elyas Siddiq; umpama persediaan untuk yang lebih berat (first time rasa dan masih belum biasa). Wani Ardy; mata dah berbalam. Tak terkata.
Tengok cover je dah rasa sayu (over). Kalau happy tak feel kot. Bacalah time sedih (sebab cinta) and koyak. Baru syok. Lepas ni nak beli semua buku mosyuki sebab I've just realised that I really like his writings.