Inisiatif untuk mengadakan Hadiah Sastera Selangorkini 2015 ini bermula justeru selepas saya dilantik menjadi Ahli Majlis Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab menjaga portfolio kebudayaan. Sokongan daripada pihak akhbar Selangorkini untuk melaksanakan progra, ini telah memungkinkan ramai penulis sama ada yang muda atau yang mapan untuk melihat penulisan mereka dalam bentuk cerpen, esei dan puisi diterbitkan saban minggu.
Kita telah menerima hampir 200 buah karya penulisan untuk tiga kategori cerpen, sajak dan esei yang kemudiannya dihimpunkan untuk dinilai oleh juri yang diketuai oleh Sasterawan Negara Dato' Dr. Mohd Anwar Ridhwan.
Karya terbaik yang memenangi hadiah utama untuk setiap kategori emnerima hadiah wang tunai berjumlah RM5000 manakala empat karya lagi dipilih sebagai pemenang hadiah sagu hati berjumlah RM1000.
Y.B Tuan Amirudin Shari Exco Pembangunan Generasi Muda & Sukan, Kebudayaan dan Pembagunan Usahawan.
Buku yang diperindah oleh desain yang istimewa ini, menghimpunkan 5 cerpen, 5 puisi dan 5 rencana yang telah terpilih daripada kira-kira 200 karya yang pernah terbit di dada akhbar Selangorkini dari Oktober 2014 hingga Disember 2015.
Ada karya yang sedap dibaca dan kayak menjadi pemenang. Ada karya yang biasa sifatnya. Ada karya yang menyebabkan kita berkata 'wow'. Anugerah seperti ini patut diadakan setiap tahun bagi menggalakkan dan membuka ruang karya sastera dibaca oleh khalayak ramai