Saya nak jadi macam kucing. Tahu makna setia, tapi cukup berdikari untuk buat keputusan sendiri.
Kucing ada banyak baka. Ada baka American Shorthair yang manja dan sukakan orang, ada baka Bombay yang lincah dan hebat berburu, ada juga baka Snowshoe yang lebih suka bersendiri tetapi amat setia.
Khadijah alias ''''Kat'''' tahu semua itu. Sebagai seorang pencinta kucing, dia suka semua jenis kucing, kenal semua baka dan semua sifatnya. Tetapi apa yang Khadijah tidak tahu, manusia juga ada banyak ''''baka''''.
Ada baka lelaki perfect ten yang akhirnya turun gred zero disebabkan nafsu. Ada baka kawan sampai hujung nyawa yang boleh mengkhianati sesiapa sahaja demi kelangsungan hidup sendiri. Ada juga baka pemuda setia yang menantikan cinta hidupnya yang tidak kunjung tiba.
Jadi, apabila tragedi itu berlaku, semua cintanya untuk manusia dan haiwan kesayangan nabi itu musnah. Dalam usahanya untuk kembali membina semula semangatnya, dengan sokongan doktor haiwan yang kacak lagi baik hati serta pemilik rumah perlindungan kucing yang sukar dimengerti, dia sekali lagi harus berdepan dengan masa silam dan persoalan utamanya. Dia sendiri baka manusia jenis apa?
“No! Pakai baju terbalik, tu silap. Salah masuk lane bila memandu, tu silap. Eja perkataan government tanpa huruf N sebelum M, tu silap. Putuskan hubungan sembilan tahun sebab jatuh cinta dengan perempuan lain? Tu bukan kesilapan. Tu nafsu, tu betrayal.” - Khadijah
“Kadang-kadang orang tak faham, Kat. Orang tak faham yang haiwan peliharaan kita bukan sekadar haiwan peliharaan. It represents more than that." - Doktor Faiz
"Dia macam kucing Parsi, saya ni macam kucing tompok berkudis yang baring tepi jalan.” - FU
A freelance writer, translator, and former movie reviewer who failed to realise her dream of becoming a political scientist, thus decided to write fiction.
Influenced by the works of Tina Fey, John Mulaney, GRRM, and Jane Austen.
She once sent a three-page essay about "The Frog Prince" when she was eight, despite her teacher only asking for a 180-word paragraph.
Has multiple cats, but hates being called a cat mom.
Pernah tak baca cerita yang rasa macam hidup? haaa cerita yang macam inilah! & for the cat lovers sesuai sangatlah nak baca cerita ni. Tapi yang tak berapa nak cat lover pun boleh baca sebab besttttt. 🥹
‘Jadi, apa yang awak perlukan?’ - FU ‘Mancis, to bring the fire back in me.’ - Kat
You’re purr-fect. Meow-rry Me?
Mana nak cari lelaki macam FU yang sanggup menunggu first crush dari umur 7 tahun sampai dah masuk 30an? pastu merajuk sebab that girl tak ingat dia? 🤣
Walaupun saya bukan peminat makhluk Tuhan yang berbulu ini, tapi saya suka ja makhluk yang satu ini kerana arwah abah pernah bela kucing. Dan saya boleh relate hubungan istimewa antara si miaw dengan pemiliknya. Ada satu hubungan yang khusus, hubungan yang hanya tuan dan si miaw aje yang tahu (saya agaklah!)
Ok berbalik pada naskhah ini...
Saya gembira bila saya pilih naskhah ini untuk dibaca apabila saya stuck dan tak boleh nak hadam dengan naskhah yang saya baca sebelum ini. Sekurang-kurangnya naskhah ini berjaya membuatkan semangat membaca saya tidak merudum. Naskhah ini berjaya menetapkan graf bacaan saya tidak jatuh. Yayyyyy for that! :))
YA saya bukan peminat kucing, tapi saya tak ada masalah walaupun hampir sebahagian besar buku ini bercerita tentang kucing. Sekurang-kurangnya saya dapat input tentang kucing, dapat input tentang perangai dan tentang sifat kucing... Oh! Jangan risau, masih ada sisi lain dalam naskhah ini. Masih ada kisah cinta juga kalau adik-adik membaca hanya untuk baca tentang cinta teruna-dara. Cumanya adik-adik akan dapat pakej tentang cinta pada kucing sekali. Baguskan? ^_^
Sememangnya sentuhan penulis masih berjaya membuatkan saya ralit dan sayang untuk tinggalkan buku ini. Walaupun lama saya peram buku ini.... (FYI saya beli buku ini tahun 2016 dan hanya sekarang baru ada keinginan untuk mengadapnya) sekurang-kurangnya saya tak ralat! Yeah, better late than never bak kata Omputih! :)) hahaha . . .
Sebanyak mana pun hamba mahu dan mungkin sedang/sudah menyukainya tetapi hamba masih merasa hamba tidak mampu menyukai Awak Sungguh "Perfect" seperti mana hamba MENYUKAI (huruf besar melambangkan kesukaan yang berskala besar) novel-novel Nurul Syahida yang sebelum ini. Mungkin kerana hamba bukan seorang penggemar kucing baik sebelum ataupun selepas membaca buku ini.
Ya, hamba sudah mula insaf dan berazam untuk tidak bercakap dalam kesinisan setiap kali perihal sepupu hamba yang memelihara puluhan kucing diperkatakan dalam acara keluarga, tetapi hamba masih merasa hamba tidak akan menjadi pengemar kucing dalam masa terdekat ini. Hamba punya dua hati yang perlu dijaga iaitu Lemon dan Kerson (sebelum ini dikenali sebagai Cherry tetapi hamba menyedari nama itu terlalu kewanitaan untuk seekor betta jantan) yang pernah diberi kunjungan mengejut bersama pandangan baik-macam-ada-makna di atas rumah kaca mereka oleh seekor kucing liar kelabu yang sampai sekarang enggan pergi dari kawasan rumah. Ya, terima sajalah alasan itu sebagai legit buat masa sekarang.
Namun, Nurul Syahida sememangnya seorang penulis yang sangat magikal kerana walaupun hamba merasa buku ini terlalu 'kekucingan' dan cerita hidup Khadijah terlalu dramatik (anda tahu cerita itu dramatik apabila ada babak di lapangan terbang dan dalam buku ini ia berlaku beberapa kali - haha) tetapi hamba masih mahu terus dan terus membuka muka surat sehingga jam empat pagi meski dalam kesedaran nyata bahawa kurang empat jam selepasnya, hamba harus tiba di pejabat-rosak-penghawa-dingin.
Ya, Nurul Syahida masih punya spark itu dalam penulisannya.
p.s Selain azam di atas, hamba juga berazam untuk menjadi lebih memahami dengan perasaan pembela kucing. Janji!
p.p.s Menjawab kuiz Buzzfeed adalah salah satu kesibukan sia-sia yang sering berlaku dalam kehidupan hamba semenjak dua menjak ini. Begitulah hendaknya persamaan hamba dengan Khadijah. Haha.
Saya suka watak-watak yang manusiawi macam dalam novel ni. Ada kelebihan kelemahan, ada trauma, ada silap percaturan, ada penyesalan dan rasa terkilan. Tidaklah 'perfect 10' belaka.
Dialog-dialog dalam ni pun matang dan rasional. Sesuai dengan usia dan situasi mereka. Kecuali ketika Khadijah berusia 7 tahun. Bagi saya nasihat dia kepada Faiz ketika itu terlalu matang untuk kanak-kanak di usia tersebut.
Disebabkan saya tak baca sinopsis/blurb, saya surprise dengan kemunculan FU dan Faiz. Karakter yang menarik pula tu. Ingatkan konflik cerita akan berlegar sekitar Khadijah-Lokman-Dhaus je.
Dan sebagai pencinta kucing, segala perkara berkaitan kucing menambah lagi keistimewaan novel ni.
Stay up semata2 nak habiskan buku ni. Plot dia seronok sampai tak sabar nak tahu apa jadi. Dan pandai kak Shai buat saspen sampai kita terfikir2 siapa sebenarnya yang end game dengan Kat ni. Tapi dapat agak sebenarnya sebab dapat rasa waktu baca Kat ni ada chemistry dengan siapa, AND I WAS RIGHT! Tapi itulah part sweet2 ofkos la sipi2 je 😆😆 The confession, the proposal, sumpah comel!! Cat lovers should read this book!
Calling for cat adorer and chic lit lovers, because this book is for us.
This is a story about Khadijah (Kat) and her life throughout the 34 years, and all the things that correlated with the cat that she came across at certain points of her life. Just as when everything looks well in regards of the relationships with her closest friends, work, as well as in her love life, everything suddenly took toll on her entirely. Betrayal upon betrayal from humans, but why exactly the betrayal from mere human made her as a cat lover to turn her back towards the cats she once love dearly, made her feels like the cats being the cause of the betrayal? — Due to incident, she seems like a different person. And one point where she 'thinks' she has moved forward, and again, due to a cat, she met a rude guy called FU a cat shelter owner and rescuer, that seems particularly similar to someone that she has forgotten from her past.
This story is a chic-lit about life, friendship, a bit of romance, but mainly, about cats. No, it's not exactly just all about cats and how they relates to Kat's life, but also about how their presence could effect her or us, and how their behaviour much or less are unique, and could be quite similar to us human.
The story itself, taught you that everything that happened, a good or bad for you, could lead the other way around, and create a contrasting outcomes. Sometimes you really need to confront what you fear the most, what pains you before, in order to really let go, untuk benar benar mencapai keredaan.
— and on another note, the tale also sedikit sebanyak pushed onto the topic of social impression and norm, seeing life as an unsatisfactory, but it is whether we gave in into it or to go flight from it, and what's discussed on this story is probably how people went for both, but they took the negative path of it; what the after-effect of it, how it shape you and others, and how it will messed up with you mind badly in terms of developing imposter syndrome and low self esteem.
Like always, if you're familiar with the author's storytelling style, you will know how different the impacts things were. She doesn't only tell you a story about a the main character herself, it's an entire storytelling about life itself and every each person around the MC. No matter how small they seem to look, but their story do matter on this novel. We get to no only see how the MC 'grew', but so does the side characters. We were exposed to such an intimate level of attachment to everyone — and due to this by the point of the climax, where betrayals were revealed, you as a reader will feel on the spiritual level on how bad it was. My exact experience from reader POV when everything was revealed? Literal rasa nak muntah, nauseous, and simply awful, sik pernah pernah baca novel sambil berjalan rasa nak meraung nak baok orang jak haha. Entah, sebab kita bukan tahu these side characters on surface level only, we actually 'know' them, and not only Kat, even myself pun rasa kena betray.
In correlation to the characters, let's just say I truly adore every each one of NS's characters, and personally, I simply love to analyze them throughout my reading. This is my third book I've read from the author, and you could absolutely see how well written they were, this includes both the main and side characters, whether good or bad. You can truly see how different every each one of them were, how different their personalities were, and how different they were individually as they all progresses along time. I think they're magical, and I love how you can totally see that, they're their very own person.
Wanted to mention about Kat herself, she's a pretty 'human' character I'd say, that didn't understand that one's selflessness could actually backfire oneself. I makes us think yang kadang-kadang kita tok lupak yang kita sendiri tok pun matters juak. — If you really see what's going on, everything that happened on the final part probably causes by how Kat weren't able to fully grasp the 5 stages of grief. She has never been able to come in terms with everything that happened. One upon one thing datang mengejut, nak process pun she simply can't. Saya sebagai pembaca pun kejut, tapi apa lagik nya nak? Thus, it's totally understandable why she acted like that by the end, makin ditahan makin melimpah. That's how it is.
'Arcs' were were told based on the different cats that Kat has came across throughout her life, and at the same time, became series of significant events related to it. It's so so neat! And I love how these cats arcs taught us so much about cats behaviour, and how it relates to us human juak, thoughtful abis eh.
- MENTIONS OF SPOILER FROM THIS POINT ONWARDS -
Phibu's arc is just wonderful. It took me a while to realise, (compared to Kat's real timeline apa lagik haha) the references on the thing that happened on the early chapters, it was sooo heart-warming to me. Sometimes so small, could impacted someone so greatly, and became so significant onto one's life. Man been pining for an entirety of 3 decades for that same girl, that's loyalty.
I know it's quite different situationally and on the scale of the seriousness, but the Chippy arc when they're little, it reminded me a lot of 'A Silent Voice' manga / film, where it centered on the bully that happened amongst primary school kids, and the trauma and causes behind it. It truly breaks my heart, and this really shows us that these children also have the minds on their own, a legit feelings of sadness, pain and grief. Sometimes as an adult, kita pun sik dapat solve child/youth's issue, sometimes people their age yang banyak berik better influence towards them. On another note, Chippy is a wholesome cat.
The ending was just enough for me. At first I don't really case the betrayer person got a redemption arc or not, sebab even when she left after the incidents, her emails still sounded like it's all about her, as if she's weren't really sorry. And it upsets me. Tapi gladly juak lah that the person and Kat got a proper closure over everything.
One thing I'm abit clueless sikit, but I assume it's like this: surat-surat FU is for her kah? Bukan surat lepas dendam, tapi surat appreciation? That's why he refuses to spoke about it juak kah? Kah? Kah saya terlepas pandang dah sik pandai baca maksud tersirat kah apa haha.
Ok lastly, just wanted to say that love Nurin (rasanya saya suka semua kawan baik MCs dalam karya NS kot), saya pun rasa nak makan ban kacang merah, dan saya sayang kucing. Ehe.
Nevertheless, it's such a fast read, an entire dramatical roller coaster ride juak despite being a 'chic-lit', and if you like cats, please, just grab and read this book okay. And as a fangirl of Nurul Syahida's novel 'Uncle Boss Mama', please read that one as well. Thank you very much.
Fun facts after reading it: 1. The 90' era kids and above would google 'Jems' 'Pizzaz' and 'rotiboy' while 80' era kids would laugh remembering their childhood 2. Especially for kdrama fans, they will craving to watch (or watch again) 'the successful story of a bright girl'. seriously 3. yes, you would want to find a cat and hug it after finish reading the book
as always, two thumbs up for nurul syahida. she always write something that meaningful to her, and of course if someone write with sincerity, it will touch many hearts. for those who knowing her, although only from facebook and blog, would know how she use to love, cry, fight with and for the cats. the character khadijah is a common character, an innocent character that only learn about life reality after having a broken heart or harsh fate. and to stand on humanity and kindness is really not easy. this is a simple story about cats and the people. maybe you will find yourself in one of the human character or maybe the cats characters. i am not going to spoil anything but seriously i reallllllllllllllllllllly love FU. haha. happy reading guys. it really worth.
Menghabiskan buku ni seperti saya baru saja selesai menelusuri satu perjalanan hidup yg sangat panjang. Seolah2 saya membesar bersama Khadijah (Kat) dari dia kanak2 sehinggalah mencecah dewasa.
Satu perkara yg buat saya betul2 suka dengan buku ni adalah cara penulisan penulis. Ya, sangatlah sedap dibaca dan penceritaannya terasa sangat 'hidup' tanpa paksaan. Input yg diberikan terutamanya tentang dunia kucing, disampaikan dengan begitu baik sekali.
Walaupun saya sendiri tak berkesempatan nak pelihara kucing sebab ada ahli keluarga yg alah pada bulu dan takut, buku ni jadi 'pengubat rindu' juga.
Banyak ilmu baru yg saya dapat, terutamanya bagaimana baka2 kucing seperti American Shorthair atau Snowshoe digunakan sebagai metafora untuk sifat manusia. Ada manusia yg nampak sempurna, tapi pada akhirnya tewas pada nafsu dan ada kawan yg sanggup mengkhianati kepercayaan yg telah dibina bertahun2 kerana 'cinta'.
Konflik pengkhianatan dalam cerita ni memang terasa 'sesak dada' bila melibatkan orang yg paling dekat dengan Kat.
Saya turut rasa perit bila Kat yg asalnya pencinta kucing tegar terus berubah menjadi 'heartless' dan trauma akibat tindakan orang sekelilingnya 🥹. Watak Kat sangat manusiawi, ada kelemahan, ada rasa menyesal dan tak selalunya 'perfect 10'.
Kemunculan watak seperti Nurin yg rasional, serta Dr. Faiz dan FU yg penuh misteri, juga menghidupkan suasana.
Mesej tentang kemaafan yg disampaikan dalam buku ni sangat matang. Ya, buku ni mengajar saya bahawa memaafkan itu bukan untuk orang yg buat salah, tapi untuk kebaikan dan ketenangan diri kita sendiri supaya boleh terus melangkah ke depan (moving on 🫂).
Plot twist di hujung cerita? Hmm sangat menyentuh perasaan dan membuatkan penamatnya terasa cukup sempurna atau 'pwuerr-fect'! 😚🤏🏻
Secara peribadi, buku ni lebih daripada sekadar kisah kucing. Namun tentang proses mendewasakan diri dan berdamai dengan takdir. Penulis berjaya buktikan yg sebuah cerita boleh jadi 'deep' tanpa perlu bahasa yg berat.
Keseluruhannya, kalau korang cari buku yg boleh rasa macam2 emosi dalam satu masa, inilah bukunya. Sangat berbaloi untuk dibaca dan masuk rak buku korang! 💯
Cerita ini 'cute' dan dalam masa yang sama mengekalkan kematangan gerak cerita. Setiap bab ditulis dengan baik tanpa ada rasa bosan untuk meneruskan pembacaan. Kisah ini bukan sekadar kisah cinta yang semata-mata cinta, tapi membawa kita mengenal erti persahabatan (melalui watak Khadijah, Nurin dan Atie) erti kesetiaan (menerusi watak FU) yang sentiasa menunggu Khadijahnya dan banyak lagi sebenarnya nilai yang diselitkan dalam novel ini.
Secara keseluruhannya, novel ini berjaya membuatkan saya ketawa dan sedih, kiranya lengkaplah rasa yang ada saat membaca novel Awak Sungguh Perfect ini. Tahniah buat Nurul Syahida!
Sewaktu di sekolah rendah, Khadijah pernah membantu seorang budak lelaki yang bernama Faiz yang agak nakal, namun perpindahan Faiz dari sekolah itu membuatkan Khadijah (juga aku. Ke aku je?) lupa pada Faiz dan move on walaupun mereka berjanji untuk berutus surat. Lokman, senior sekolah Khadijah yang mulanya tidak dia dan Atirah sukai, mula menjentik perasaan Khadijah selepas Lokman membantunya mencari kucing kesayangan Khadijah. Kemudian, ketika Lokman di London, ada Dhaus (yang bekerja di farmasi tempat Khadijah melakukan kerja separuh masanya ketika melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah) yang turut mengocakkan kolam ketenangan Khadijah .
Atirah, kawan baiknya sejak sekolah rendah dan Nurin, kawan baiknya sejak sekolah menengah benar-benar mewarnai kanvas kehidupan Khadijah dengan pelbagai warna, warna cerah mahupun warna kelam.
Aku suka dengan penerangan OCD melalui watak Farah, walaupun ringkas namun sungguh bermanfaat. Aku lagi suka dengan penerangan mengenai perihal kucing yang banyak dimasukkan melalui watak-watak serta penerangan yang sangat menarik. Aku bukanlah penggemar kucing, tapi maklumat tersebut sangat bermanfaat. Aku pernah baca mengenai calico cat dalam kelas Biologi dahulu, tidak ingat ketika sekolah menengah atau Matrikulasi melalui guru aku, dan membacanya lagi dalam novel ini, indeed sparked my memory of learning Biology in such a good time. Pencinta kucing pasti akan menggemari maklumat dan penerangan di dalam novel ini.
Separuh pertama novel ini bergerak dengan baik, menunjukkan peralihan fasa Khadijah dan temannya dari sekolah rendah, sekolah menengah sehinggalah ke universiti. Watak kawan Khadijah - Atirah dan Nurin sangat membantu, baik dalam perkembangan Khadijah, mahupun watak mereka sendiri yang berkembang dari awal sehingga ke akhirnya. It's such a rollercoaster friendship they had there.
Lelaki perfect ten kalah dengan nafsu, kawan yang mengkhianati dan pemuda setia, perkara yang telahpun dinyatakan dalam blurb, membuatkan aku sangat teruja untuk mengetahui siapa gerangan mereka bertiga ini. Fuh, memang mencabar ya terutamanya bahagian lelaki perfect ten dan kawan yang mengkhianati itu. Sungguh aku tak menjangka begitu jadinya. After all, I understand how this event will bring to even more important and surprising part in her life next. And that make me wonder about my own life as well. Every things that I endure right now will surely bring me to a good next chapter as long as I believe in Allah's plan.
FU dan Dr Faiz - ternyata aku tertipu! Hahaha. It's a good twist, I like! OMG jugak aku dibuatnya bila tahu hal sebenar. Watak Dr Faiz pun best, mencerahkan banyak hal dan menyuntik aura positif dalam hidup Khadijah. Watak FU somehow is different, but very impactful.
Aku menangis bila baca surat terakhir dari Atirah, yang turut dibaca oleh Khadijah. Surat untuk Lokman dari Khadijah juga bagi aku, suatu momen yang mengharukan. Final chapter was so "purr-fect", I love it and laugh also while reading that moment.
membaca naskhah ni ibarat kita sedang selak diari hidup Khadijah satu persatu. kita bukan sekadar membaca kisah dia, tapi seolah-olah membesar bersama dia—menjadi saksi jatuh bangun hidupnya dari umur 7 tahun sampai dia menginjak dewasa.
sepanjang perjalanan hidup Khadijah, dia bertemu dengan pelbagai jenis manusia; daripada orang yang dia cintai sepenuh hati, orang yang dia benci sepenuh jiwa, hinggalah kepada orang yang akhirnya terpaksa dia lepaskan.
malah perpisahan dalam persahabatan antara dia dan Atirah lalui… sakitnya saya turut rasa. sebab bagi saya, dalam dunia ni ada satu perkara yang lebih menyakitkan daripada kehilangan iaitu bila kita hilang kepercayaan pada orang yang paling kita percaya dalam hidup. persahabatan yang terbina sejak darjah satu yang akhirnya telerai kerana pengkhianatan. mana mungkin mudah untuk lupa kesakitan bila dikhianati?
namun itulah lumrah kehidupan. kisah pahit banyak mengajar kita, dan pengalamanlah yang mematangkan kita. dan itu yang jelas kita nampak pada Khadijah. dia memang wanita yang kuat. tapi sekuat mana pun seseorang, kita tetap manusia biasa, punya kelemahan, punya juga silapnya.
dalam segala suka duka hidup Khadijah, mestilah ada manisnya juga. bermula dengan cinta pertama bersama Lokman, pertemuan dengan Dhaus, perkenalan tak sengaja dengan Doktor Faiz, dan akhirnya pertemuan semula dengan Faiz Umar yang memberi penamat yang manis dan sempurna.
dan dia sangat beruntung memiliki sahabat seperti Nurin. dalam hidup ni, kita semua perlukan seseorang yang “knock some sense into us” bila kita hilang arah; sama macam Nurin buat pada Khadijah.
secara keseluruhan, naskhah ini ditulis dengan sangat indah. tak ada bahagian yang terasa janggal atau dipaksa. saya juga suka bagaimana penulis selitkan tentang kucing. banyak fakta baru yang saya belajar walaupun saya sendiri dah lama bela kucing.
akhir kata, buku ni mengajar saya satu perkara; lambat laun kita kena belajar reda dan melepaskan. rasa sakit itu pasti ada, tapi setiap takdir Allah pasti ada hikmahnya.
Nurul syahida has always been my favourite author. Her first book that I read was Valentina Nervosa. But that was another story. As usual, I am not disappointed with this latest book. I had been eagerly waiting for this book and managed to complete reading it in one day, no small accomplishment now that I am working.
What can I say about Awak Sungguh Perfect? It made me want to reread all her books. Sadly I don't have the time for that.
The book is about friendship, young love, betrayal, and lost love. Most of all, it is about the power of forgiveness. I love that Khadijah became heartless. Because I am like that. I love it more when she transforms into a better person because of what she's been through. Betrayal is bad enough, but when your bff did it?
Cat lovers should buy and read this book. Highly recommended.
Menangis teresak2 kita bila baca buku nie…😭 • Rating: 🌟🌟🌟🌟.7 • Kisah seorang wanita, yang cuba untuk sembuh dari kelukaan dan kedukaan akibat pengkhianatan daripada orang2 yang tersayang. Dalam proses penyembuhannya, dia bertemu dan berkenalan dengan 2 orang jejaka, yang mana salah seorangnya mungkin berkait rapat dengan masa silamnya. Dapatkah wanita itu sembuh daripada lukanya, dan siapakah jejaka yang wanita itu pilih untuk bersama? • FL - Khadijah Hurayrah / Khadijah / Kat • Seorang yang baik dan jenis setia kawan. At the same time, dia juga seorang yang garang. Mempunyai 2 orang kawan baik sejak sekolah menengah lagi. Seorang pencinta kucing. • I won’t mention who is ML in this book, because, that would be a spoiler. And I don’t want to spoil anything for those who haven’t read the book. And, yang mana belum baca buku nie, apa yang you all tunggu lagi? Please grab the book and read it. The story is so freaking good. Too good that I sobbed really hard. Too good that I couldn’t put it down…👍🏻 • Buku ini lebih bertemakan kepada persahabatan, pengkhianatan dan kemaafan. Apabila FL dikhianati, her view of the world changed. Dia mula trauma dengan kucing dan juga manusia. Dia lebih suka menyendiri. Malas nak ambil tahu hal orang lain. Dunia dia, kerja, balik rumah, kerja, balik rumah…😅 Daripada seorang yang garang, dia mula menjadi seorang wanita yang lemah…🥺 • Sehinggalah ada seekor anak kucing yang datang ke rumahnya. Dan kembali mengubah dunianya. Hidup FL yang kembali tenang, setelah bertahun cuba melupakan tragedi pengkhianatan tersebut, mula kucar kacir kerana seekor anak kucing…😵💫😵 • Kerana anak kucing itulah, FL bertemu dan berkenalan dengan 2 orang jejaka. Seorang, sangat lemah lembut, baik, suka ketawa, handsome, kaya and really mendengar keluh kesah FL. The perfect guy, orang kata…🥰 • And the other one is the opposite. Sarcastic, panas baran, tak sabar, suka memaksa and sangat misteri. Paling tak disangka, lelaki pertama dan kedua nie, boleh dikatakan berkawan baik…😂😅 • Jalan cerita buku nie simple jer. Tapi, disebabkan olahannya sangat baik, too good sehingga mampu membuatkan kita mengalirkan air mata, so, jalan cerita buku really hits deep in my core. Masa baca buku nie, kita boleh rasa segala sakit, kelukaan dan kedukaan FL…😭😩 • Paling kita suka, the way author build up this story. Tak tergopoh gapah. Author ambil masa untuk menceritakan personaliti setiap characters yang ada dalam buku nie. So, in a way, kita sebagai pembaca, mampu menghayati setiap character yang muncul dalam buku nie. Kita faham, kenapa mereka bertindak sedemikian. Author bukannya bagitahu, ohh, this character is baik. Tapi, author menceritakan bagaimana character itu baik. Dari segi percakapan, dari segi perlakuan. So, kita, memang faham, oh character nie memang baik. • Jadi, apabila FL dikhianati, dengan kita sebagai readers nie pun rasa sakit. Rasa geram. Rasa nak menjerit. Rasa nak marah. Rasanya, kalau tengok muka pengkhianat tue, akan kita tampar berkali2, baru puas hati gamaknya…🤬😡 • Jarang ada buku yang membuatkan kita menangis teresak2. Tapi, dekat bahagian hujung2 tue, especially scene airport and scene surat tue, memang kita dah menangis macam apa dah…😭🥺 Kita boleh rasa, betapa jujurnya FL dalam melepas segala rasa marah dan rasa sakit dia. And finally, she can move on with her life…🥹 • Banyak pengajaran yang kita boleh ambil daripada buku nie. The main one, is to forgive. Bukan senang nak memaafkan. Tapi, itulah ujian buat FL. Ujian buat kita juga kalau dalam hati kita masih ada rasa marah. Memaafkan bukan untuk si pengkhianat, tapi lebih kepada untuk diri kita. Supaya hati kita lebih tenang dan ringan. And, supaya tiada penyesalan di kemudian hari…🥹 • If you love a pain book, definitely give this book a try. This book delivers a really good kind of pain. Pertama kali baca buku dari author nie, kita jatuh cinta dengan penulisannya. Ayat yang sedap dibaca. Kesalahan ejaan yang sangat minimal. Overall, kita 💛💖❤️ sangat dengan buku nie. This book is definitely one of my best reads this year…👍🏻👏🏻 • I cannot wait to read her next book in my collection. Definitley going to buy more of her books. To author, semoga terus menulis cerita2 yang banyak sangat memberi pengajaran kepada pembaca. All the best, author…👍🏻👏🏻
"Lama betul, Khadijah." "Apa yang lama?" "Masa yang saya ambil untuk bertemu awak semula. For this to happen." .
Ni yang aku malas nak try buku penulis yang aku tak biasa baca. Bermula dengan beberapa buku Nurul Syahida yang aku baru je start baca tahun ni, sekarang aku duk gigih memburu buku-buku lamanya. Hahaha. .
Buku ini khas untuk penggemar kucing. Yang tak suka kucing macam aku pun, boleh je baca. .
Dulu, masa usia 7 tahun, Khadijah ni pernah la kena peluk dengan seorang budak lelaki bernama Faiz. Lepas tu, dorang terpisah. .
Dan Khadijah yang semakin dewasa, mula bercinta dengan Lukman. Berkawan rapat dengan Athirah dan Nurin. Dan cintanya kepada kucing tetap sama. .
Dan segalanya berubah apabila dia dikhianati. Pengkhianatan yang menyebabkan dia hilang kekasih, kawan dan juga cintanya kepada kucing. .
Dulu, pantang nampak kucing, dia akan kasi makan, belai. Sekarang dia ignore je. .
Sehinggalah ada satu anak kucing yang buatkan hidupnya sekali lagi berubah. Mulanya dia ignore. Tapi disebabkan kucing tu cedera, dia bawak pergi klinik Dr Faiz. Dia harapkan yang lepas kucing tu sembuh, dia dah takkan jumpa kucing tu semula. .
Dan kucing tu diserahkan kepada FU. Tapi Khadijah ni duk teringat-ingat. Dan syarat untuk dapatkan semula kucing tu ialah dengan jadi volunteer di Rumah Kucing. .
Berjayakah trauma Khadijah diatasi? Dan siapakah antara Dr Faiz dan FU yang merupakan Faiz sewaktu kecil dulu? .
Cerita ni tidaklah tebal sangat, tapi merangkumi seluruh kehidupan Khadijah daripada usia 7 tahun sehingga 34 tahun. Dan tidak terlalu menekankan aspek cinta, sebab Khadijah bercinta ngan heronya pun kejap je. Tapi lebih kepada kehidupan Khadijah, persahabatannya, traumanya yang setiap aspek tersebut, akan diselitkan dengan cerita kucingnya. .
Jalan ceritanya menarik dan kucing menjadi tema utama dalam karya ini. Kucing bukan sekadar haiwan peliharaan, tetapi menjadi penghubung antara semua watak sepanjang perkembangan cerita.
Kisah ini mengisahkan Kat, gadis yang sangat menyayangi kucing. Melalui dunia kucing, dia menemukan sahabat sejati dan cinta yang tulus. Cerita bermula sejak Kat kecil hingga dewasa, penuh dengan kisah persahabatan, pengkhianatan, dan dendam. Cinta sebenar buat Kat hadir lambat, jadi pembaca perlu bersabar menanti perjalanan panjangnya. Sebelum itu, dia perlu melalui “dunia penumbuknya” — penuh dengan ujian, persahabatan, percintaan, dengki dan akhirnya, penyatuan dua hati.
Kekuatan karya ini terletak pada gaya penulisan penulis yang tidak terlalu “jiwang karat”, tetapi realistik dan matang. Penulis menulis dengan tujuan, bukan sekadar bermain emosi. Ia mengingatkan pembaca bahawa hidup sebenar tidak semanis drama Korea, dan setiap kebahagiaan datang selepas perjuangan. Tambahan pula, penulis sering menyelitkan ilmu dan nilai kehidupan dalam tulisannya — menjadikan pembacaan bukan hanya menghiburkan, tetapi juga memberi manfaat.
Kesimpulan: Awak Sungguh Perfect ialah kisah penuh realiti tentang persahabatan, kasih sayang, dan ketabahan seorang gadis bernama Kat, dengan kucing sebagai penghubung takdir. Penulis berjaya menyampaikan mesej bahawa dalam hidup, cinta sejati dan kebahagiaan tidak datang mudah, tetapi hadir selepas luka yang mengajar erti sabar dan ikhlas.
Selesai baca buku 573 halaman dalam satu malam. Tajuknya seperti cerita cinta (romance) yang cliche, tetapi, tidak.
Lapan puluh lima peratus ceritanya tentang kucing.
Cerita tentang pengkhianatan sahabat dan bf, hanya beberapa helai halaman sahaja. Tapi, saya suka cara olahannya.
Fokusnya lebih kepada ujian-ujian yang Tuhan dah susun kepada watak utama. Dan bagaimana ujian-ujian itu membawa kepada hadiah sabar yang sangat bermakna.
Pembinaan karakter watak, walaupun watak kucing sangat baik. Setiap watak ada perkembangan. Dan, ia selari dengan masa yang beredar, beserta ujian-ujian Tuhan terhadap mereka.
Saya beli buku ni di Jualan Gudang Karangkraf, dengan harga RM5 sahaja.
Kepada penggemar kucing, pada saya, buku ini wajib ada di tangan kalian. Perasaan ketika membacanya, memang sampai. Bergelombang dan bercampur segalanya.
RM7 jika beli sebuah. RM5 jika membeli tiga buah (boleh campur dengan judul lain).
I love it Cerita penuh dgn emosi tapi x stress sangat mungkin sbb bukan conflict rumah tangga. Hanya cinta separuh jalan.
Penulis seperti dengar suara hati pembaca sbb setiap perasaan/perbuatan khadijah mmg puas. Mmg sepatutnya dia buat mcm tu, mcm ni. Sedih tp bila part dia balas dendam syok. Mcm cerita korea pun ada.
Kawan sbnrnya mmg unpredictable. Aku sendiri pernah brp kali dikecewakan oleh kawan. Jd cerita ni agak tersentuh sbb org yg kita syg, anggap seperti adik beradik sendiri akhirnya buat kita sedih.
Perjalanan cerita seperti mengimbau zaman dulu yg menggunakan friendster atau myspace, ym, sbg media social yg famous dulu. Umur pun lebih kurang kan.
Penghujung kita blh agak mcm mn. Yg penting happy ending.
Pemilik kucing akan bersetuju dengan semua yang diperihalkan tentang kucing dalam novel ini. Rasa sangat related, terutamanya bab 'kehilangan'.
Kisah persahabatan, kesetiaan dan pengkhianatan. Semuanya bersatu dalam novel ini. Terasa sakitnya sampai ke tangkai hati. Ada perkara-perkara yang kita tidak tahu, dan terjadi dalam realiti hidup yang takkan kita tahu sampai bila-bila, namun perlu diterima dengan hati yang redha walau hakikatnya telah hancur dan rabak.
Khadijah yang dahulunya sentiasa memelihara kucing, sudah tidak mahu lagi memiliki kucing. Pengkhianatan bukan sahaja daripada kekasihnya, malah sahabat dan kucing peliharaannya sekali.
Bagaimana Khadijah hancur lebur dan bagaimana dia akan menyembuh akhirnya.
Best. Novel ini harus dibaca, walau kalian bukan pemilik kucing.
Pada awal hingga pertengahan novel agak banyak penceritaan tentang kucing (tapi tetap pada tahap boleh bawa berbincang). Mungkin pencinta kucing akan suka. Walaubagaimanapun, gaya penceritaan masih menarik. Oh well, she's Nurul Syahida kot.
Saya suka bila Kat berubah menjadi sedikit trauma, negatif dan hati kering selepas dikhianati. Ianya realistik (that's the another reason I love Nurul Syahida's novel, it's more realistic).
Secara detail, saya bagi Penulisan 4/5 * Jalan cerita 3.3/5 * Karakter 3.3/5 *
Keep writing Nurul Syahida!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Worth buying-itulah apa yang aku nak ungkapkan lepas aku tamatkan bacaan awak sungguh perfect tepat jam 1.25 pagi td.memandangkan aku juga boleh dkatakan seorang yg sukakan kucing,byak ilmu yg boleh dicedok dari novel ini bukan saja membuatkan pembaca terus berfikir dan berfikir tp juga cukup segala rasa bila menghadam naskhah ini.dan aku agak tertarik dgn plot twist pada akhir babak.Tahniah penulis.tidak sabar menunggu karya seterusnya.
Efen pun bukan suka kucing tapi blh baca untuk menambahkan ilmu. Awal2 dh sangkut dgn Faiz tetiba dia hilang mcm tu je. Ingatkan dia muncul balik, rupanya org lain iaitu Lokman. Ada rasa syok, sedih, geram bila part 1 tu(Lokmok).
YaAllah, mati2 sy ingat Faiz tu Faiz kecik dulu rupanya salah. Oh FU, thanks hiburkan Khadijah dgn perangai taksemegah tu.
Thanks sebab hiburkan Efen juga. Love sangat cerita ni
Bila bercakap tentang kucing, novel ni salah satunya yang menjadi asbab kepada sebuah cerita kehidupan. Dari sekolah rendah hingga alam pekerjaan. Dah tentu, berkisar tentang keluarga, persahabatan dan percintaan. Tentang kemaafan dan 'moving on'.
Watak utama pencinta kucing. Beberapa bab akhir, ada cerita tentang rumah perlindungan kucing.
Oh ya. Penamat dia buat aku teringat lagu yang berlegar di tiktok,
'Berlarilah kemana pun. Jika kau milikku, kau milikku.' 😂
Sy suka..buku ni lama dah diperam..sbb belum ada mood nak baca...tp sekali dh baca 2 hari..habis..worth to read...bg yg minat novel santai2 yg tak membosankan, boleh la try baca..n sy antara peminat novel Nurul Syahida sejak novel Soalnya Hati lagi..
Saya menikmati turun naik cerita ini. Rasa cute je awal-awal cerita, lepas tu geram & emo sampailah saya rasa tenang & sayu disebabkan oleh surat Kat kepada Lokman. Cuma saya rasa kurang sentimental on Kat & FU’s relationship.
Kisah seorang gadis yang memelihara kucing dari zaman kecil membawa ke dewasa.Cerita tentang kehidupan peribadinya dan juga kucing yang pernah di peliharanya. Sangat menarik jalan ceritanya dan boleh dikaitkan dengan pecinta kucing di luar sana.