Dulu saya anggap hidup saya biasa-biasa sahaja, tidak mungkin diuji atau dilambung ombak kehidupan. Namun ujian Allah petanda sebuah cinta dan rindu buat hamba-Nya, sampai masa dikirim-Nya ujian hati kepada saya, saat itu bersedialah wahai hati.
Move on (Reyna Ibrahim) adalah satu jalan penceritaan yang penuh dengan pengajaran, menggambarkan bagaimana dia menempuh fasa patah hati dan bangkit dari kejatuhan tersebut. Gaya bahasa yang bersahaja dan mudah faham, pasti menarik minat pembaca yang sedang mengalami fasa yang sedemikian. Disulami dengan titipan nasihat dari orang2 yang pernah ditemui beliau, pasti ramai yang boleh ambil iktibar disebalik cerita ini.
Buku ini sesuai untuk para wanita yang sedang bersedih atau mengalami kekecewaan. Buku ini sedikit sebanyak memberi perangsang kepada pembacanya untuk meneruskan hidup. Mengalami kekecewaan bukan lah bermakna kita akan mengalaminya buat selamanya.
Buku ini boleh membantu wanita yang dalam kesedihan, kekecewaan dan kekosongan sebaik saja melalui proses penceraian untuk membina semula semangat dan kekuatan dalam diri serta perbaiki semula hubungan diri dengan pencipta kita dalam mencari arah tujuan dan bahagia dalam kehidupan.
Dah lama usha. nampak tajuk semacam buku untuk yang putus cinta. tapi bila mula baca, yakni isinya mendekatkan diri dengan pencipta. bila diuji wajib rujuk kepada siapa?