Kata mereka, aku hina dan tak layak jadi baik, masa silam aku jahat. Aku senyum. Aku sabar. Aku pekakkan telinga. Mereka tak tahu, aku punya matlamat ingin terbang ke syurga. Kenapa perlu fikirkan expectation orang lain. Sedangkan expectation Allah lebih penting. Kuatlah! Kau tidak keseorangan.
Tajuk : Expectation by @thebingkisanhati Genre : Anecdotes/Non-fic Bil m/s : 171
"Kita semua adalah pendosa & kita semua berhak ke syurga." - TheBingkisanHati • 'Expectation membawa kita menelusuri bagaimana perjalanan seseorang dalam mendepani proses penghijrahan. Satu buku yang menarik untuk dibaca terutama sekali untuk individu yang mungkin dalam proses atau ingin berhijrah. Salah satu sebabnya adalah kerana ianya adalah pengalaman daripada penulis sendiri. Boleh dikatakan apa yang disampaikan oleh penulis dalam naskhah ini hampir menyamai dengan apa yang kebanyakkan individu berhadapan ketika. Membuatkan timbul satu frasa dalam hati kita dengan berkata "You're not alone"; ujian setiap orang mungkin berbeza-beza tapi cukup untuk memberi kita secebis kekuatan untuk terus berada di jalan hijrah ini. • Disebabkan buku ini ditulis oleh seorang wanita, penumpuannya lebih kepada situasi atau konflik yang dialami oleh kaum wanita sendiri. Penghijrahan tu tak semestinya melalui cara pemakaian sahaja malahan akhlak, tutur kata serta cara pergaulan boleh juga dianggap sebagai aspek penghijrahan. Perubahan tak semestinya perlu dilakukan secara drastik. Pemahaman tentang hijrah itu yang paling penting. • Selain itu, pengisian buku ini aku kira lebih terarah kepada motivasi atau mental support. Jadi, ianya boleh dikategorikan sebagai bacaan ringan kerana tidak terlampau padat dengan fakta.
Himpunan catatan rambang berunsur nasihat yang ada kalanya terlalu repetitif dan tidak tersusun. Baik dari segi point mahupun perkataan. Barangkali diolah sedemikian rupa atas dasar sasaran pembaca.