HeartsApp ini lahir dari usaha mengumpulkan beberapa kalam nasihat yang di kutip daripada para guru dan masyaikh penulis.
Kebanyakan kalam nasihat ini menjurus kepada pendisiplinan hati dan rohani kerana manusia terdiri daripada elemen zahir dan batin.
Namun dewasa ini, kebanyakan manusia hanya menumpukan bahagian zahir atau luarannya sahaja dengan mengabaikan elemen batinnya yang berupa pembangunan rohani, pembinaan hati dan penjernihan jiwa.
Seharusnya kita tanam dalam diri jika mengharapkan ketinggian dan kemuliaan di sisi Allah di dunia dan di akhirat, maka utamakanlah sesuatu tempat yang dipandang Allah pada diri kita iaitu HATI.
Kita akan tinggalkan dunia ini dan perhisaban dan perhitungan akan diambil seorang demi seorang. Seluruh apa yang terkandung dalam hati akan diselongkar Allah dan akan didedahkan di hadapan kita.
Hari tersebut ialah hari yang tidak lagi akan bermanfaat seluruh harta kekayaan dan anak-anak kita. Hanya yang akan selamat pada hari itu adalah yang datang berjumpa Allah SWT dengan hati yang sejahtera.
Satu cerita atau sub point kecil yang menarik perhatian saya, ialah "selagi mana urusan dunia bukan masalah besar".
perbualan saidina Ali dengan seorang pemuda yang dilanda kesedihan.
"Apakah engkau datang ke dunia bersama dengan masalah-masalah ini?"
tidak.
"Apakah kau akan meninggalkan dunia dengan membawa masalah-masalah ini?"
"tidak jugak" jawab pemuda tersebut.
"lalu, kau harus bersedih atas apa yang tidak kau bawa saat datang dan tidak mengikutimu saat kau pergi? Seharusnya hal ini tidak membuatmu bersedih seperti ini. Bersabarlah atas urusan dunia. Jadikanlah pandanganmu ke langit lebih panjang daripada pandanganmu ke bumi dan kau pun akan mendapat apa yang kau inginkan". (saidina Ali)
blurb diatas adalah antara kisah, atau nasihat yang saya kira kena dengan jiwa saat ini.
Buku ini lengkap dengan tulisan bewarna dan ilustrasi yang menarik. Ada cerita mengenai dalwah, perjalanan menuntut ilmu dalam mencari guru yang mursyid, nasihat yang kontemporari kena dengan jiwa namun masih mengekalkan bahasa seorang pendakwah yang bil hikmah.
Genggalam dunia dengan tangan, jangan di dalam hati.
Buku yang penuh dengan tarbiah serta nasihat dalam membimbing umat Islam ke arah yang lebih baik. Ayat-ayat penulis sangat lembut dan penuh dengan elemen kasih sayang , hal ini secara tidak langsung dapat menyantuni para pembaca dalam tugas dakwahnya. Semoga usaha penulis ini diberkati dan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT. 😊