Jump to ratings and reviews
Rate this book

Semusim di Barzakh

Rate this book
Tiada siapa yang pernah menjengah ke Alam Barzakh, melainkan mereka yang telah pergi TIDAK akan kembali. Keadaannya yang sebenar hanya disampaikan melalui apa yang diceritakan oleh Rasulullah SAW, jadi apakah benar Novel ini ingin menyingkap sesuatu yang mustahil?

Adakah ia adalah BARZAKH yang diceritakan? Bacalah dan terokailah hikmah yang sarat di dalam pelayaran bahtera sastera jiwa agama yang telahpun digarapkan. Ia bukan suatu FITNAH atau rekaan, tetapi berdasarkan pengalaman sebenar seseorang.

Anda akan memahami realitinya yang bakal menggugah jiwa untuk kembali mengingati Tuhan dan kematian..

Paperback

First published January 1, 2016

122 people are currently reading
1683 people want to read

About the author

Hadi Fayyadh

17 books215 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
420 (61%)
4 stars
153 (22%)
3 stars
66 (9%)
2 stars
23 (3%)
1 star
22 (3%)
Displaying 1 - 30 of 68 reviews
Profile Image for Mali.
210 reviews
October 4, 2017
"Keyakinan apa? Keyakinan tanpa amal tidak berguna... Seperti pohon rendang namun tidak berbuah, itulah keyakinan akidahmu..."

Agak terkejut apabila dapat tahu yang buku ni ada 43 ratings je on Goodreads. Mungkin sebab buku ni femes di Insta, tapi tak seberapa on Goodreads.

Mengisahkan perjalanan seorang pemuda bernama Fayyadh "Fadh" melalui fasa-fasa alam 'barzakh' setelah 'mati lemas'.

Novel ini bermula dengan watak utama kita iaitu, "Fadh" yang on the way ke majlis reunion universiti dia. Dalam perjalanannya ke Terengganu, Fadh mengalami kemalangan di mana keretanya terjatuh dari jambatan lalu mati kelemasan.

Namun, Fadh diberi peluang untuk menyaksikan kematiannya, upacara pengebumiannya dan apa yang berlaku seterusnya.

Sebelum bermulanya perjalanan Fadh, terdapat beberapa flashbacks di mana kita dapat tahu serba sedikit tentang Fadh. Contohnya, dia menyukai seorang wanita yang cantik akhlaknya yang bernama Humaira. Fadh juga disukai oleh seorang perempuan bernama Aisya. Walaupun hatinya terpaut pada wanita yang solehah, namun 'kealiman' Fadh hanyalah pada rupa demi menambat hati Humaira. Hakikatnya, Fadh termasuk golongan yang minum arak, berzina serta mengagungkan maksiat.

Flash forward, wanita pujaannya telah pun membunuh diri.

Setelah 'kematian' Fadh, dia dijemput untuk menyaksikan alam seterusnya, balasan yang baik; ganjaran, serta balasan yang buruk; azab.

Diceritakan dalam bentuk first person, penggunaan perkataan 'aku', sekian sekian...

SUKA:

Menarik kerana perjalannya umpama adventure-adventure yang terdapat dalam buku-buku fantasi. Terdapat konflik. Memberi kesedaran kepada pembaca agar sentiasa mengingati alam 'selepas'. Terdapat banyak ibrah. Fast-paced so cepat habis. Bahasa yang mudah difahami dan tidak terlalu puitis atau berbunga-bunga. Illustrative, mampu membayangkan situasi yang dilalui.

TAK SUKA:
Overhyped. Fullstop.

Susunan perkataan dan simbol yang berterabur, umpama penulis tidak membuat semakan semula manuskrip, mengejar deadline ataupun editor yang tidak mempunyai komitmen atau kesungguhan dalam melakukan kerja. Nasihat saya: baca manuskrip sekurang-kurangnya 3 kali sebelum publish dan siapkan kerja awal-awal biar tak tergesa-gesa.

Konflik cinta yang agak menggelikan serta tidak berapa berlandaskan syarak.

Gaya penulisan yang agak amateur. Penggunaan ayat yang pendek-pendek serta banyak perenggan yang merangkumi 2-3 ayat sahaja.

NOTA:
Kawan cakap best so saya baca. Iklan and promo buku ni di Instagram agak 'over the top'.
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
June 2, 2017
tak tahu nk gambarkan mcm mana perasaan aku ni haa bila dah habis baca buku ni...

tergamam pun ada.
Profile Image for Syazana Syamsul.
6 reviews1 follower
December 2, 2016
Saya kagum apabila penulis mampu terjemahkan gambaran ilusi 'pengembaraan misteri' beliau dengan begitu terperinci seolah-olah step by step dan bukanlah satu perkara yang mudah. Bahasa yang digunakan juga berkesan dalam memberi kesan visualisasi sehingga ada bahagian yang mampu menyentap jiwa dan meremang bulu roma. Hujah hadis dan ayat Al-Quran yang diselitkan insyaAllah memberi manfaat yang besar kepada pembaca. Wajarlah buku ini mendapat anugerah Best Seller.

Namun, pandangan saya sendiri yang langsung tiada bakat dalam penulisan merasakan ada plot cerita yang mengundang sedikit rasa bosan dan terdapat beberapa ‘typo’ yang mengganggu pembacaan.

Saya yakin Hadi Fayyadh mampu menggarap tulisan yang lebih mantap pada bukunya yang akan datang. Teruskan menulis untuk memberi inspirasi kepada para pembaca.

Tahniah!
Profile Image for Cik Nadiah.
74 reviews1 follower
July 11, 2019
Buku ni best. Tapi sebab ada salah kosa kata; cth - keyakinan. Tapi penulis tulis kenyakinan. Format dia pun agak pening jugak masa mula² baca. So dia da potong mood aku da kat situ. Tak check pulak sapa editor dia. Tak reti nak explain. Korang baca la sendiri. Tapi serius buku ni best.
Profile Image for Nur  Raudhah.
87 reviews2 followers
November 14, 2016
Alhamdulillah.. Berjaya habiskan Buku ni dalam satu hari.

Dia (Allah) Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (Al-Mulk ayat2)

Buku ini mengingatkan kita tentang kematian. Dan sungguh bahasanya, membawa kita ke alam yang kita cuba bayangkan melalui teknik visualize.

yang paling penting amal, yang akan menyelamatkan kita dialam barzakh kelak. Dan sungguh ia mengisafkan.

Akhirnya, ia mengajar kita erti taubat sebelum terlambat dan boleh jadi manusia yg paling buruk sejarah silamnya, akan menjadi manusia yg paling baik. Hidayah itu milik Allah.

Tema novel ini ialah khurafat, isu masalah sosial, dan cinta (cinta yang akhirnya membawa kita kepada pencipta).

Membacanya anda akan meneroka ke alam lain. Bacalah dengan bismillah.
Profile Image for Sherry Mahanum.
27 reviews4 followers
November 14, 2017
Overrated.
How this is even on the bestseller lists everywhere is just baffling.
Profile Image for Fatini Zulkifli.
433 reviews40 followers
April 3, 2019
Yang ini lebih baik berbanding "Ketika Azazil Berputus Asa". Namun, tetap tidak puas hati dengan kesalahan tanda baca yang agak memedihkan mata. Bahagian uang menjengkelkan ada pada muka surat 108:

Ia memercikkan larva, lalu mengeluarkan kabus hitam pekat.
.
Saya tak pasti penulis sedar atau tidak bahawa larva itu ulat yang baru menetas.
Profile Image for Khatijah.
119 reviews3 followers
October 30, 2017
Memang benar benar menginsafkan. Selain bahasa penulis yang aku rasa sedikit "off", pengajaran dan ilmu dalam ini sesuatu yang perlu dipuji.
Profile Image for Fatin Amira.
3 reviews49 followers
November 22, 2016
sebuah novel yang melangkaui batasan fikiran manusia biasa. terkagum dengan novel ini kerana dapat keluar dari luar kebiasaan. kalau dahulu novel cintan cintun jadi bahan bacaan pilihan dan selalu menjadi perdebatan tentang kelebihannya, sekarang saya sudah menemui sebuah karya yang sangat menuntun jiwa. novel ini seharusnya berada di pilihan teratas. ia bukan sebuah khayalan atau fantasi, tapi pengalaman seorang hamba Allah yang membuatkan saya berasa turut mengalami apa yang dialaminya. setiap seksaan dan azab itu seakan dapat dihayati dari lubuk hati yang dalam. semoga novel ini dapat dibaca oleh segenap lapisan masyarakat kerana yang pasti adalah mati.
Profile Image for Hisham.
9 reviews
February 22, 2017
Buku yang bagus dan banyak ibrah yang boleh diambil.

Cuma agak berterabur dari segi tatabahasa, susun atur, banyak salah ejaan dan penggunaan huruf kecil dan besar yang tidak disemak. Sebenarnya ia agak mengganggu pembacaan.

Sebelum dicetak sepatutnya disemak beberapa kali untuk memastikan susunan teksnya dan yang bersifat teknikal itu kemas dan teratur dan mengikut tatabahasa yang betul.
Profile Image for Lyana Khairuddin.
95 reviews27 followers
February 24, 2017
I read this book as an experiment - to read books that I don't normally feel like reading. I finished reading the book in one sitting, just over an hour. The story has no depth, and is told in a literal manner. The twist to the plot was cliché and while the book meant to educate religiously and is a story of repentance, it was again executed too literally.
1 review
September 22, 2018
Terpanggil untuk membaca buku ini setelah mendapat recommendation dari pengguna FB dan IG yg sgt 'hyped' ttg buku ini. Baca pada 30 helaian pertama, tak ada apa yg menarik,pengenalan sedikit sebanyak mengenai karakter utama, 'Fayyadh' yg merupakan seseorang 'pendosa' tetapi jatuh cinta terhadap seorang wanita cantik yg bercirikan wanita solehah bernama 'Humaira' dan bagaimana ia cuba merungkai kematian Humaira yg tragis sedikit sebanyak dapat diduga,diikuti dgn 'kematian' Fayyadh yg bersifat sementara untuk dia merasai dan melalui 'alam lain' . Jalan cerita taklah begitu luar biasa, berkemungkinan digarap dari pengalaman sebenar,jadi berkemungkinan penulis tidak begitu perlu utk menambah 'perencah' bagi 'menyedapkan' jln cerita.Itu, tak apa. Jalan cerita yg biasa tetapi penuh hikmah sudah cukup utk saya.Cuma yg menganggu pembacaan adalah, kesalahan ejaan atau typo, pengunaan kata yg kurang sesuai,'berbunga2 yg melebih2, sbg cth 'terasa seperti adrenalin terpercik ke dinding'? bagi mengambarkan situasi cemas ketika berhadapan dgn makhluk aneh yg cuba mengganggunya.Ayt melebih2 boleh disingkirkan atau dikurangkan pengunaannya, terasa seperti membunuh mood utk teruskan pembacaan,tidak termasuk typo yg telah disedari sejak dari awal helaian lg. Juga,pengunaan tatabahasa yg salah. Entah kenapa terasa penulis seperti tergesa2 utk menghabiskan manuskrip ini. Saya dapati buku ini telah melalui cetakan sehingga yg ke tujuh belas kali,tetapi mengapa kandungannya masih terlihat salah ejaan,juga, ada beberapa perenggan yg sedikit lari dari alignment dan pengunaan font dan spacing yg kurang tepat, saya tidak pasti apakah tujuan cetakan berulang kali dilakukan jika kesilapan minor seperti ini boleh terlepas pandang. Terasa penulisan seperti ini penulisan bersifat 'jurnal' atau personal diary. Jgnlah saudara/saudari mengambil hati terhadap review ini,ini merupakan pandangan peribadi saya,ikutkan buku ini jika disunting sebaiknya,ia boleh pergi jauh lagi. Saya tertarik dgn petikan ayat ini
" Hati adalah umpama kaki yg sedang berjalan,tidak akan terasa sakitnya lagi kaki yg memijak duri ,apabila ia sudah terbiasa memijaknya,pada permulaannya sakitnya bukan kepalang, namun apabila dibiarkan terus berjalan,walau dengan memijak duri, kesakitan itu akan hilang". Ia memberikan sesuatu makna kepada saya.
Dalam wishlist saya ada terdetik untuk cuba penulisannya yg lain,tetapi saya kurang pasti jika ia satu karya yg berbaloi utk dibaca atau tidak. Saya harap saya silap.
This entire review has been hidden because of spoilers.
112 reviews3 followers
April 12, 2020
Aku nak elak dari komen tapi hati kuat rasa nak komen. Maaf. Panjang jadinya. Kalau penulis sudi baca, aku harap ia komen yang membina andai penulis masih mahu terbit buku lagi.

2 bintang yang aku beri adalah khusus untuk kulit buku yang cantik, grafik dan juga reka letak dalam setiap helaian. Sejujurnya, aku beli buku-buku penulis ni sebab kulit bukunya cantik. Ya, aku jenis pembeli yang pandang pada cover. Konten? HANCUS. Aku tak rekomen beli. Elok baca Mastika je. Beli dan kumpul. Lagi seronok untuk dibaca. Rare item dah sebab Mastika dah takde.

Kalau nak baca juga, boleh. Tapi sebaiknya sediakan painkiller. Bersedia untuk sakit kepala dan sakit hati. Ini buku ketiga yang aku baca meskipun ia sebenarnya buku pertama bagi siri ni. Aku baca Azazil dulu dan kemudian Mengintai Aku Di Neraka tu. Kalau dan buku kedua dan keempat pun hancus, dari awal aku tak ada harapan tinggi pada buku ni.

Kelemahan naskah sangat banyak. Penulis adalah editor. Nama penulis juga adalah nama watak utama. Yakni si 'aku' yang hensem, berharta, kaya, influential, pandai clubbing, digilai wanita dan euwhhh! hebat di ranjang kononnya 🤮 Tolonglah. Tolong jangan guna nama sendiri walaupun hanya nama pena. Memualkan.

Dialog tidak kena. Buat lebih research dan pastikan tahu bahasa-bahasa golongan kaki berhibur ni/atau apa saja perwatakan watak yang anda mahu gunakan. Bahasa anda sangat janggal, berlebih-lebih. Ayat tunggang langgang, broken, entah apa makna, puitis tak menjadi, melancholic wannabe tapi turn out a big disaster. Guna bahasa biasa sajalah. Ayat yang tak puitis tapi terang jelas, lebih enak dibaca 🤦🤦🤦

Gunalah khidmat editor yang berpengalaman. Kena tegur tak apa daripada terbitkan naskah Nauzubillah macam ni. Sayang kalau tribe dah ada tapi tak diguna sebaiknya.

Moral dalam cerita ni ada tapi sekitar 5% gitu jelah. Semuanya sebab penyampaian yang tak bagus. Plotholes, asas cerita yang merapu tak tahu hujung pangkal akhirnya lost 😪 Timeline tak jaga. Kesinambungan tak jaga. An absolute failure.

Selesai. Masa untuk makan painkiller. Sekian.
Profile Image for Sarah Azmi.
54 reviews1 follower
August 29, 2021
Susah untuk aku bagi rating rendah but untuk kali ni aku terpaksa kasi 2/5.

1 star aku bagi sebab jalan cerita lebih memudahkan pembaca untuk faham serba sedikit bagaimana 'alam barzakh' itu nanti. Untuk mereka yang baru untuk berjinak nak mulakan membaca buku agama tapi dalam genre fiksyen, aku boleh katakan boleh lah untuk aku recommend baca.

Tapi tidak untuk mereka yang perlukan bacaan yang fiksyen tapi sedikit heavy.

My first thought, i dislike this book that much because of its very amateur writing. Aku merasakan yang author mungkin muda dan baru sahaja mula untuk menulis sebuah buku. But only God knows how much i wanted to drop this. I am eager to finish this because i wanna see some twist.

Lets talk about twist.
The twist is very cliche, in my opinion. Nothing's major.
And, that's it.

I'm expecting more from this book because a lot of my friends recommended this to me and because this book is one of the top-selling books at that time. But i'm disappointed a bit.

The words are so short, very short written, the alignment is messy.
The dialogue of each character is so 'rempit' kind of style. I think i understand how the author wanted to bring out the casual speaking of how the Malays actual talk, but to write it in the writing? I think its a bit inappropriate.

Overall? I finished this in one day. So, its good.
Profile Image for addreads.
279 reviews25 followers
April 11, 2023
"𝐌𝐮𝐥𝐢𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐡𝐞𝐛𝐚𝐭, 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩𝐢 𝐚𝐢𝐛𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚.."

Tiada sesiapa pernah menjengah ke Alam Barzakh. Kecuali mereka yg telah pergi TIDAK akan kembali. Keadaan sebenar yg kita tahu hanya disampaikan melalui apa yg diceritakan oleh Rasullah SAW. Bacalah kalau nak tambah pengetahuan dan tahu apa perbuatan yg dilakukan di dunia tapi terbalas di akhirat.
⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯
Speechless ... Susah untuk Ad ungkapkan dengan kata-kata. Sepanjang baca memang perasaan & emosi Ad terbawa-bawa sekali. Meremang, berdebar, takut, banyak lah lagi. Memang menginsafkan jiwa setiap insan di sebalik sebuah kisah yg luar biasa. Banyak sangat benda boleh belajar and banyak juga pengajaran. The PLOT TWIST?! Fuhh Ad yg berpeluh tauu. SERIOUS. Besttt

Btw cerita dalam ni bukan rekaan, tetapi berdasarkan pengalaman sebenar seseorang. Kalau pengalaman pun sebegini, macam mana dengan yg sebenar-benarnya? Hanya Dia yg tahu. Baca tauuu korang.

"𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐭𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮 𝐚𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐭𝐚-𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐔𝐉𝐈 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐲𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐚𝐦𝐚𝐥𝐧𝐲𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐚 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐁𝐢𝐣𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚 𝐋𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧."
Profile Image for Akirahanaa.
4 reviews
May 16, 2018
saat pertama kali aku baca buku ini dkt asrama dulu,belum sempat habis dah kena rampas dgn warden katanya buku ini novel,haram baca dkt sekolah .. serius jiwa aku tak faham dgn peraturan mcm tu. mmg nak memberontak jelah rasa bila ada org menyekat hobi membaca aku. and then alhamdulillah tahun ni dpt kawan baru yg ada koleksi karya ustaz hadi fayyadh .riang ria aku nak pinjam semuanya.. bila settle baca semua tuu. terus bermain di fikiran aku.. buku buku ini semua bermanfaat dan sangat sangat bagus untuk dibaca sesiapa.kisah yg membuat kita bermuhasabah dan semakin dekat kpdNYA .tapi mengapa masih menyekat untuk dibaca?undang undang ini kdgnya akn membuat kita tidak tahu apa yg kita tak tahu.
Profile Image for Shafiqahsamin.
206 reviews4 followers
May 27, 2018
Hilang kata-kata.

Sukar nak diungkapkan dengan kata-kata.

Apa yang aku rasa, fikir, lalui. Semua. Aku tak boleh nak ungkapkan. Sungguh.

Baca sendiri. Alami sendiri. Jika kau tak pernah dengar kisah seorang yang mengalami mimpi di alam barzakh, kisah ini akan menjadi sesuatu yang teramat baru untuk kau. Jika pernah, kisah akan tetap baru tetapi at least you knew something.

Seperti yang dinyatakan di muka awal, kisah ini diinspirasi dari kisah sebenar. Hanya inspirasi gais. Jika ini hanya gambaran manusia, bagaimana dengan yang sebenar-benarnya? Hanya Dia yang tahu.
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
December 5, 2019
Fatamorgana yg dikatakan fantasi ia benar. Ianya kenyataan yg hakiki.Dulu dunia nyata akhirat hanya khalayan.Kini dunia hanya khayalan sedangkan akhirat itu sebenar2 kenyataan.

Menutup buku ini dengan melepaskan nafas yg terpekung. Berat,sakit,perit dirasa dengan kesan visualisasi sendiri.
Diri terbenam dlm pelayaran dimensi fasa yg bakal dituju. Bila-bila masa.
"Deep" lagi dalam. Sedalam neraka yg jaraknya jauh ibarat sedekad perjalanan,hitam dan kelam.
Profile Image for Norsyuhada Rhsm.
9 reviews1 follower
August 8, 2017
Satu bahan bacaan yang menarik. Saya bersetuju dengan salah satu komen di sini, menyatakan banyak kesalahan2 kecil (punctuation mark, capital/small letter) sedikit sebanyak mengganggu pembacaan. Pengakhiran yang tidak dapat dijangka, dan pembaca dapat mengikuti dan menyelami situasi yg diceritakan. Terima kasih.
Profile Image for Idasya Idot.
4 reviews10 followers
Read
April 6, 2020
My Reflection?
I don't want to die without any AMAL / any preparation.. :-(
Every single sins will be judge by God, and nothings will help you other than your amal.. Allahu Akbar..:-( & AMAL with RIAK will never ever count..:-(
Do every good deeds and do it for God sake..
& Remember..TAUBAT, seek for God forgiveness.
Profile Image for totesintobooks.
370 reviews15 followers
March 25, 2017
Bagus buat amaran untuk ibuk-ibuk dan bapak-bapak di luar sana yang ingin mengetahui azab Allah yang akan dihadapi kelak. Kami harus takut agar kami bisa memperbaiki diri dan mempersiapkan diri untuk ke Alam Barazakh dan yang sewaktu dengannya. Walaupun hanya seperti satu gambaran, ia penuh dengan pelajaran. Bagaimana kami akhirkan hidup kami adalah terpaling penting skali. Jangan lah putus harapan apabila dia uji. Harus terus ikhlas dengan amalan kami.
Profile Image for Nurul Farahin.
36 reviews1 follower
July 24, 2017
Bahan bacaan yang mengerikan dan menginsafkan. Isi yang baik. Tetapi terlalu banyak kesalahan ejaan dan format penulisan (font, spacing ) mengganggu mood pembacaan. Harap penulis dapat memperbaiki kesalahan-kesalahan tersebut di masa akan datang.
Profile Image for Auni B.
73 reviews4 followers
October 16, 2017
Cara penulis menggambarkan perjalanannya di dimensi lain sangat merangsang visual, menarik. Namun jalan ceritanya dapat diagak dengan mudah. Kesalahan ejaan, susun atur agak menganggu. Namun usaha yang bagus untuk bawa kelainan. Keep it up!
Profile Image for Khairul Shafee.
53 reviews2 followers
August 23, 2020
Bolehlah memberi sedikit sebanyak keinsafan apabila habis membaca buku ini. Jalan ceritanya agak biasa. Tapi saya bagi 4 bintang sebab ia meningatkan diri kita tentang bagaimana nasib kita di alam sana.
Profile Image for Adrini Chia.
218 reviews
May 8, 2024
This book absolutely changed my life for a moment lol, and the author posted my review on his ig before, now I cringe at it but at the time it was life saving, close to 10 years later as I write this I don't even remember it anymore LOL
Profile Image for cik_ngoh.
34 reviews
February 5, 2017
Menginsafkan. Tahniah penulis. Cuma ada beberapa typo dan penulisan perenggan kurang kemas yang agak mengganggu pembacaan. Apapun tahniah dan semoga terus berjaya.
Profile Image for Wan Syaqira.
111 reviews1 follower
December 22, 2017
Disebabkan saya baca Ketika Azazil Berputus Asa dulu sebelum buku ni, terdapat banyak kekurangan dalam buku. Dan buku Ketika Azazil Berputus Asa jauh lagi bagus daripada buku ni. Memang sakit mata lah tengok perenggang tunggang langgang. Ada typo lagi. Ni memang takde QC atau salah printing?
Profile Image for Ir Shakinah.
7 reviews
January 15, 2018
Sangat memberi kesan kepada pembaca. Bila dibaca pada waktu malam dan keseorangan, boleh menitis air mata dan rasa takut dan insaf sangat.
4 reviews
July 22, 2018
Best sangat...buku ni mengisahkan seorang jejaka yang terjebak dalam satu misteri bunuh diri rakan beliau...

Seram jugalah😖😖😖

Hope you Enjoy...
Profile Image for rahimeenkhalim.
4 reviews
August 18, 2018
"Bermimpi di malam hari, terjaga pagi..
Sedar diri masih dalam mimpi duniawi"

Novel fiksi berupa realiti 👍🏼
Displaying 1 - 30 of 68 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.