Jump to ratings and reviews
Rate this book

3 Kertas, 3 Krayon, 3 Pensel Warna

Rate this book
Sejak blog saya menjadi viral, saya sering terima pelbagai soalan daripada ibu bapa. Antaranya, macam mana nak atasi anak tantrum? Kenapa anak orang pandai, anak saya tak pandai? Anak saya ketagih gadget, apa saya nak buat? kenapa anak orang lain baik, anak saya pula degil? Jadi, saya sediakan semua jawapannya berdasarkan pengalaman saya membesarkan anak saya, Ashraf Haikal. Dan antara penyelesaian untuk soalan ini, hanya semudah 3 kertas, 3 krayon dan 3 pensel warna.

480 pages, Paperback

First published January 1, 2016

17 people are currently reading
76 people want to read

About the author

Adlil Rajiah

5 books13 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
32 (49%)
4 stars
27 (41%)
3 stars
5 (7%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 18 of 18 reviews
Profile Image for Emmy Hermina Nathasia.
530 reviews
June 24, 2018
Buku yang amat bagus, penjelasan ringkas dan mudah difahami, ada contoh dan tip, serta perkongsian pengalaman. Ada ulasan daripada guru pakar pendidikan awal selepas setiap bab. Saya amat menyarankan setiap ibu bapa atau individu untuk membaca buku ini.
Profile Image for Aiza Idris (biblio_mom).
622 reviews211 followers
January 15, 2022
Baca penulisan Puan Rajiah ni rasa macam tengah borak dengan kawan-kawan je. Banyak benda tentang pendidikan kanak-kanak boleh dipelajari dalam ni. Secara peribadi, saya suka sangat dengan isinya mungkin sebab saya sudah/sedang lalui fasa2 pembentukan anak saya dan sudah/sedang melaksanakan tip di dalam buku ini. Kalau nak kongsikan bahagian mana yang saya sendiri mahu tekankan pada ibubapa untuk amalkan semasa mendidik anak, terus terang saya katakan terlalu banyak.

Berkenaan teknik rewards, saya agree to disagree. Teknik ini mungkin tidak sesuai digunapakai kepada setiap anak kerana setiap anak adalah individu yang berbeza. Bagi anak saya, teknik rewards ini hanya saya gunakan pada bulan Ramadan setiap tahun. Hadiah hariannya hanyalah stickers. Saya tidak amalkan sepenuhnya kerana saya mengenali beberapa individu yang apabila remajanya, tidak mahu melakukan ibadah tertentu kerana dirasakan “tiada rewards” untuk itu. Contohnya satu hari berjaya puasa, rewardsnya adalah RM1. Tamat puasa 30 hari, dapatlah RM30.

Ibu bapa perlu mengenali setiap anak terlebih dahulu dan lihat teknik parenting apa yang paling sesuai bagi setiap anak. Cumanya, saya sangat menyokong kaedah mendidik yang Puan penulis gunakan. Bukan kerana kaedah kami begitu serupa, mungkin atas faktor sekeliling saya di mana saya lihat, kaedah-kaedah ini amat berkesan dalam membesarkan anak-anak yang baik akhlaknya, pintar akalnya dan boleh dikatakan soleh dan solehah. InshaaAllah.
Profile Image for Haryati Abd. Halim.
239 reviews15 followers
February 10, 2017
1. Boleh dikatakan buku ni manual bagaimana mengalihkan tumpuan anak2 pada gagjet.
2. Aktiviti yg dicadangkan praktikal.
3. Aktiviti yang boleh meransang tumpuan atau focus anak
- memanah
- memasukkan bola dalam bakul atau jarring
- memasukkan air ke dalam botol dengan menggunakan span
- 'maze' dengan menggunakan straw dan kotak kasut serta guli
Profile Image for Nadia.
110 reviews53 followers
August 25, 2021
Kenapa bermain itu penting?
Itulah lumrah dan hak kanak-kanak yang tak sepatutnya disekat, kerana mereka sebenarnya belajar lebih banyak dan lebih baik ketika bermain!

Buku keibubapaan ini sangat menarik, praktikal, banyak tips dan info yang sangat berguna khususnya buat ibu bapa yang memiliki anak berusia 7 tahun dan ke bawah.
Walaupun bukunya tebal, kandungannya penuh warna warni dan bergambar, juga sangat santai!

Terdapat 4 bahagian utama:

1. Tip keibubapaan. Antara yang menarik adalah cara elak anak tantrum di tempat awam, potty training (cerai lampin), cara elak anak ketagih Ipad atau Tab, tanam minat membaca, kenali anak-anak, dan banyak lagi.
2. Tip Pakar Psikiatri
3. Idea aktiviti kanak-kanak. Banyak idea yang menarik seperti bina DIY game books, memory game, belajar nombor dan matematik mudah, aktiviti meransang 5 deria anak dan banyak lagi. Saya suka bahagian ini, banyak idea yang kreatif dan permainan yang ibu bapa boleh buat sendiri di rumah. Tak perlu berbelanja besar untuk games mereka, jimat!
4. Resepi untuk kanak-kanak.

Sangat sesuai untuk ibu bapa, bukan sahaja membantu untuk lebih mengenali anak-anak, malah ibu bapa juga dapat belajar untuk menjadi ibu bapa yang lebih sabar, peka dan faham akan keperluan emosi, intelek dan fizikal anak-anak.
102 reviews2 followers
September 3, 2021
Buku keibubapaan yang mudah untuk dihadam. Gaya bahasa juga mudah dan santai. Banyak tip yang dikongsikan oleh penulis dan juga pakar psikatri.

Banyak juga aktiviti yang dikongsikan oleh penulis untuk menarik minat anak belajar. Anak kecil dan bermain berisah tiada. Jadi sambil bermain pun anak- anak boleh belajar. Banyak aktiviti yang kita boleh aplikasikan berdasarkan contoh aktiviti yang diberikan oleh penulis.

Anak ketagih gadjet? Ada juga tip dan aktiviti yang dikongsikan oleh penulis dalam buku ni.
Profile Image for Mohd Hafiz.
59 reviews1 follower
February 26, 2021
Alhamdulillah. Banyak ilmu berguna dalam buku ini, yang merupakan hasil dari pengalaman dan kajian penulis utama, Adlil Rajiah. Turut dimuatkan adalah ulasan berfakta dari kajian oleh ahli dalam bidang keibubapaan, Najmi Haniffah. Tentunya ilmu sebegini diperlukan oleh setiap ibubapa, agar usaha membesar dan mendidik anak tidak dilakukan secara mengikut sekadar logik dan nafsu. Mengetahui hakikat sifat keanak-anakan anak-anak tentunya sangat membantu kita menjadi lebih tenang menghadapi kerenah mereka. Masa berlalu, anak-anak semakin hari semakin membesar, agar tidak menyesal di kemudian hari, yang terbaik adalah kita carilah ilmu-ilmu keibubapaan sekadarnya.
Profile Image for Faridahyunos.
144 reviews6 followers
September 12, 2020
Alhamdulillah a good book to help me improve my way of parenting.. Easy to understand and is written in simple words..
Profile Image for Rynn Saidi.
4 reviews1 follower
December 13, 2016
The book is informative. Some info are not covered in other parenting books like topics on multiple intelligences, child energy type, child psychiatrists' opinions, etc. What I really don't like are the layout and language used. The layout is like for young reader. Too much empty space in a page. Hence why I finished reading the whole book (480 pages) in one day. Language-wise, I dislike the jokes the author made between the lines. I know she wants to make it a lighter reading for everyone but sorry, not my kind of humour
Profile Image for Nurul Amirah.
109 reviews4 followers
August 4, 2018
Saya rase,sesiapa ade plan untuk membina keluarga perlu membaca buku ini.penting utk kita fahami keperluan mendidik seorang anak bermula drpd ibu bapa itu sendiri.bukan berharap pada pengasuh/guru tadika mahupun sekolah.dont just shove ur phone/ipad/tab in front of ur babies’ face just because u dont want to trouble urselves with their nature to paly around.please.nuture them naturally.
Profile Image for Hijrah.
62 reviews4 followers
July 18, 2019
Memandangkan ada permintaan untuk review😉
Here goes my review:

Its a good book and good insight for those whom search for quick reading and understanding of parenting and children.

Ideas of activities with your children are great and easy to diy.

Recommended for every busy parents whom wish to learn more about parenting 😊
Profile Image for Fuka-chan.
146 reviews
November 23, 2017
Great book on early child education. Aku tertarik dengan cara penyampaian penulis yang tak boring, so relatable dan reka letak buku yang menarik. Penuh tips tips berguna dan a lot of eye opener knowledge for children’s psychology. Recommended for young parents.
Profile Image for CikguKaykayAlkhair.
87 reviews1 follower
November 19, 2016
perkongsian yang membina dan bermanfaat. paling suka cara2 diy buku untuk elakkan anak dari gadget!
1 review
Read
January 1, 2017
Buku parenting yang santai dan berisi, ianya tentang bagaimana membina komunikasi yang baik dengan anak.
Profile Image for Alie.
19 reviews
June 12, 2017
Terbaik! Banyak tips untuk ibu bapa dan guru-guru yang boleh dipraktikkan. Memang menarik.
Profile Image for Noor Hidayah.
73 reviews6 followers
July 20, 2017
penyampaian yang sangat santai dan mudah difahami. pengalaman penulis boleh dijadikan panduan dalam membentuk anak-anak.
2 reviews
July 29, 2017
Parenting skills is not just being parents.
Profile Image for Hafizi.
75 reviews
May 3, 2019
Buku yang mesti dibaca oleh setiap ibu bapa yang mempunyai anak yang masih kecil.
Profile Image for Muhd Fariz Ismail.
11 reviews
July 31, 2017
Metod penyampaian berjaya dilaksanakan secara santai dan bersahaja. Namun, ia mampu memberi kesan positif kepada para pembaca. Amat menarik apabila dapatan kajian-kajian ilmiah daripada jurnal-jurnal yang jarang sekali dibaca oleh pembaca awam oleh kerana terhad atau bahasa yang tinggi, dapat dikongsikan oleh penulis di dalam buku ini dengan baik.

Buku ini harus dijadikan sebagai salah satu bahan pembacaan awal buat bakal-bakal ibu dan bapa yang sedang menunggu kelahiran cahaya mata. Ia mampu memberi kesediaan kepada mereka apabila anak-anak mereka mula membesar. Para ibu bapa yang telah punyai anak-anak pun turut perlu membacanya sebagai pencetus idea dan motivasi.
Displaying 1 - 18 of 18 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.