AAFIYA. Seorang gadis yang tidak memerlukan seorang ‘lelaki’ yang bergelar suami dalam hidupnya. Bukan dia anti dengan lelaki. Cuma bagi dia, perkahwinan itu adalah perkara yang sangat serius dan dia pula masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Oleh itu, dia sedaya upaya ‘melarikan diri’ apabila daddynya cuba mencari jodoh untuknya. Sehinggalah munculnya Qaizer.
Lelaki yang buat hidup dia tunggang-langgang! QAIZER. Sebelum ini tidak pernah terlintas pun dalam kepalanya mengenai sebuah perkahwinan sehinggalah dia bertemu dengan Aafiya. Gadis yang menggugat ketenangannya. Yang bisa menggetarkan hati lelakinya. Ada ‘rahsia’ yang buat dia nekad dan pasti Aafiya adalah jodohnya. Untuk memastikan impiannya tercapai… dia terpaksa menjadi Qaizer yang bermulut manis, Qaizer yang tak tahu malu dan yang pasti Qaizer yang penyabar!
Berjayakah misi Qaizer nak pikat hati Aafiya? Dan apakah ‘rahsia’ yang disembunyikan oleh Qaizer?
“Pabila mamat sweet talker berjumpa dengan minah ‘kayu’… haru!”
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
The best one so far for me by Sha Ibrahim! Rasanya dah lama N tak enjoy novel yang mempunyai jalan cerita yang simple, straight forward tapi oh-so-menarik! Sungguh, there's nothing complicated about Zer & Fiya. One could even say that ia hanyalah kisah arranged marriage yang sering kali ditonjolkan oleh ramai penulis kini.
But for me, kerana simpilicty of the storyline lah yang membuatkan N terhibur. Don't get me wrong, though. Simple doesn't mean ia mendatar. Ia tetap ada konflik dan klimaksnya, just like any other good storyline.
Just when you think all is good and well dalam dunia Zer dan Fiya, bala menjengah tahap benar-benar menggugat hubungan Zer dan Fiya. Hmmm...part ni memang sakit hati teramat sangat. Kalau ikutkan N, memang dah tiada maaf dah. Tapi kalau dah tajuk cerita pun Zer & Fiya, kalau tak menjadi jugak, memang shocking sangat lah.
Good job, Sha Ibrahim! This is not the first novel by her that I read. But it is the first that I awarded 5 bintang!
Kalau ikutkan, karya SI memang tak pernah kena dengan jiwaku. Rating novel terdahulu pun tidaklah pemurah sangat nak bagi banyak. Beli Zer & Fiya sebab tertarik dengan rebiu dan bintang-bintang (walaupun berkali-kali tertipu dengan bilangan bintang).
Besar jugak lah harapan aku untuk Zer & Fiya ni. Tapi nampaknya, emm well, masih lagi sama seperti dahulu.
Entah, mungkin sebab, aku tak suka baca novel yang monolog/ulasannya panjang, dialognya sedikit. Ya, dialog banyak sangat pun tak best juga. Tapi itu lah, perasaan baca novel ini sama seperti situasi bilamana; pertama, ketika menunggu KTM tiba (faham tak perasaan bila terpaksa menunggu tren sampai iutu lama sangat?). kedua, pabila naik KTM dari stesen KL Sentral menuju ke Shah Alam atau sebaliknya. Setiap kali naik KTM, perasaan tak sabar nak sampai ke destinasi itu memang membara. Setiap saat tengok jam. Setiap minit bermonolog, "Ya Allah cepat la sampai." Sama la. Baca buku ni, duk fikir cepat la habis. Nak baca novel lain. Lepas tu mula la baca lompat-lompat. Cari dialog saja.
Orang lain okay saja tapi ada benarnya citarasa setiap orang berbeza.
2.8* or 3*? Entah. I'm sorry SI. Tapi jangan bimbang, SI kan memang ada pengikutnya tersendiri. Jadi, tidak dari saya tapi ya dari anda, mungkin?
Novel ini tidak mengambil masa yang lama untuk dihabiskan. Memandangkan bagi saya perjalanan cerita ini agak santai dan tidak terlalu banyak konflik 'orang ketiga' membuatkan saya cukup senang dengan novel ini.
Memang kalau diikutkan, pergaduhan antara hero dan heroin seperti macam tiada hujung pangkal, namun dek kerana unsur humor yang diterapkan penulis melalui kedua-dua watak, menjadikan kisah mereka tampak comel. Suka dengan perwatakan Fiya yang tidak mudah goyah dengan serangan daripada pihak ketiga.
respek dengan kaki novel sebab masih menggunakan kertas putih, cover pun masih kekal putih dan bila muka surat cecah 500++ pun tak rasa tebal. ilustrasi cover pun masih kekal ceria dan cantik.. sebagaimana kulit, begitulah juga isinya. putih bersih takde agenda atau kisah yang tersembunyi melainkan perasaan kasih sayang dan cinta.. Hehe....
qaizer dan aafiya. mereka hendak dipasangkan. ayah aafiya yang bertindak mencarikan jodoh untuk anak gadisnya yang berperangai luar alam. ganas, brutal, kasar dan segala bentuk perilaku negatif yang ada. yang terpuji rasanya cuma hormat pada ibu bapa dan penyayang pada yang memerlukan saja. qaizer tetap mahukan fiya sebagai isteri walaupun pelbagai perkara yang fiya lakukan untuk tidak menerima lelaki itu. keras kepala qaizer agak menjadi...
walaupun dalam pada kasar, asyik bergaduh tapi mereka tetap bertemu, bersemuka adakala keluar makan bersama. unikkan pasangan kekasih sebegini? puan penulis Sha Ibrahim tahu bagaimana nak tarik perhatian pembaca. jarang nak dapat kepuasan bila baca kisah hero dan heroin utama asyik bertegang urat bergaduh dan puan penulis berjaya merialisasikan perasaan itu. cukup suka dengan watak fiya yang tidak tunduk pada kehendak lelaki tapi dalam masa yang sama masih ada hormat. zer pula, hero yang cukup unik, kental walaupun ada sekali dia tersasar.. Almaklumlah, manusia.. Mana ada yang sempurna...
gangguan yang ada sebenar dari diri mereka sendiri bukan pada humaira yang konon menjadi penghalang perhubungan mereka. humaira sekadar menjadi penguat kisah bukan diletakkan sebagai penyebab krisis antara dua watak utama tadi.. sikit jer, fitnah yang dibuat oleh humaira menunjukkan betapa tidak sempurnanya kedua watak utama. siapa kata watak dalam novel semua sempurna?.. panas baran kedua-duanya dan sikap tak nak mengalah, ego tak bertempat ada dalam diri zer dan fiya yang menyebabkan perkahwinan yang patut berlangsung terbatal dengan sendirinya...
kisah cinta yang tak perlu diungkap dengan kata-kata, cukup dengan perbuatan yang dapat menggambarkan jalinan rasa.. Jangan cepat terpedaya dengan fitnah. Jaga hati dan perasaan orang tua walau sayang lebih mana sekalipun terhadap buah hati tercinta...lagi satu, beb... jangan ganas sangat dengan suami boleh tak? ni nak berkickboxing bagai.. Haha!!! Tahniah puan penulis, kisah yang amat mencuit hati dan dalam masa yang sama amat menghiburkan...
i loveee everything about this story. rugi betul lambat beli dan baca, 2019 beli 2020 baru baca.
kisah fiya yg tak percayakan lelaki selain daddy serta adik-adiknya dan zer yg tak pernah terfikir untuk berkahwin sehinggalah diberikan gambar fiya oleh orang tua mereka.
suka jalan cerita dan plot. cukup rencah. buatkan me asyik tergelak, kemudian sedih and finally tersengih sensorang baca hehe. and cerita ni tak heavy read, tak light read. just nice 👍
watak and personality pun sangat menarik. baik dari hero, heroin dan watak sampingan lain. hero yg tak berputus asa, heroin yg kasar tapi tulus. watak sampingan pun semua majnkan peranan yg menarik. sorang pemberi nasihat, sorang supportive, sorang pengusik.
1. Yuni suka covernya. Background warna putih dan ada gambar2 yang macam messy tapi still kemas (for me). Ingatkan Yuni pada komik. Jangan tanya di mana kaitan cover novel cinta dengan komik.
2. Sengih kambing Yuni sebab pilih buku yang sesuai untuk mood sekarang. I need a light conflict kinda novel. No need extravaganza thingy. So I did the right choice.
3. Kalau Yuni berada di tempat kejadian dan bukan sebagai kaum kerabat Fiya, Yup, Yuni setuju dengan apa yang Zer buat. Memang Umi bukan Umi Fiya lagi. TETAPI bakal mak mertua dan seorang orang tua, doesn't it ring a bell? Kasar dan kurang ajar dengan orang tua adalah dua perkataan yang amat berbeza. Masih ada orang kasar yang berbudi bahasa jiwa bangsa bila berdepan dengan orang lebih tua waima orang tua tersebut mungkin ada buat salah, atas dasar hormat. Kalau nak kata tak puas hati, no need to bangga diri kata "I don't need to apologize to Umi". So...yeah. Kira baik Zer cuma tampar. Kalau Yuni...Just don't try your limit je lah, Fiya.
4. Tapi suka-suki je tampar anak orang depan parents dia sendiri. Sabar itu kata kuncinya. Seperti Yuni nyatakan dalam #3 di atas, Yuni hanya setuju dengan perbuatan Zer KALAU Yuni bukan ahli keluarga Fiya. Kalau Yuni adalah adik beradik, wowowowowo don't mess with my family, dude. Bakal mertua kamu tu, Zer. Mungkin Yuni emo sikit. Tak se-rational seperti ayah Fiya dan Zer. Tapi faham kenapa adik beradik Fiya back-up apa yang Fiya buat. Lagi2 semua tu hasil usaha murni Si Aira.
5. Jiwa muda kot, tu yg memasing tak boleh kawal nafsu amarah sendiri. Hmm...
6 Thumbs up untuk scene first night. OMG!!! So original. I love such a fresh idea. Me approved.
Weeeee... Akhirnya den dpt peluk dan baca... Hahaha.. Sekian lama rasanya x review dlm GR nie. Xpela. Bit by bit la yer. Maklumlah tambah usia tambah byk responsible tambah kurang masa nak mengreview. Hehehe..
With zer fiya.. Perghhh... Dia mmg bila baca, terus rasa sha nyer specialty. Gaya bahasa yg sempoi tp ohsem. Hehehe. Mmg menyampah sgt wei ngan si humaira. Walau part dia x byk. Tp berkesan giler kehadiran dia. Sakit pula hati kita. Pakkal la member hati baek lagi, kalau dina, sorry naik lori! Mmg rasa dah blh join angah dah. Huhuhu.. Tp konfliks tue, kalau la bukan sbb sayang dan cinta. Mmg xde maaf la bagimu. Berbintang mata hah. Depan family plak. Huhuhuhu..
Hahaha... the brutality of kickboxing... Aafiya ni androgeny, cool, and I really like her. Dia firm and personally she is that sort of women I admires. I don't quite like the leading man start dia jalan tangan. Humaira: jgn mentioned ahh irritating walaupun akhirnya dia ok at the later part. 4 stars coz it's a fun read and I am glad I took it from the library shelves randomly
Buku ini kelakar ada, annoying pun ada. Bagi aku dalam buku ini, watak Qazier is literally nightmare for me yang macam aafiya. Paksa kahwin lepastu paling tersakiti 😭
Taktahu kenapa aku slow sangat nak baca buku ini even kelakar and menarik jugalah cuma few pages nak habis itu tiba aku jadi makin menyampah sebab main tarik tali. Kalau aku jadi aafiyah memang aku taknak dah si Qazier 😭
cerita yang menyentuh pelbagai topik berkaitan hubungan pernikahan. plot dan jalan cerita yang memang seronok. selitan pengajaran dan nasihat yang padat. tetapi, perumpamaan sebuah perhubungan yang agak tidak sesuai.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Really enjoyed reading! Qaizer Zahar bertekad untuk memikat Aafiya. Aafiya seorang gadis yang dingin dan kasar. Tetapi dalam menyampah, dia mula cair dengan ayat-ayat manis Qaizer. Mengenali Aafiya, Qaizer semakin tertarik. Dia semakin nampak sifat Aafiya yang penyayang, hormat kepada orang-tua dan bertanggungjawab. Akhirnya, Aafiya jatuh cinta dengan dirinya. Lalu Aafiya melamar Qaizer. Qaizer tidak kisah. Dia mahu melangsungkan perkahwinan mereka dengan segera. Tetapi pada suatu malam, adik susuannya, Humaira, telah memfitnah Aafiya didepan kaum keluarga mereka. Aafiya ditampar oleh Qaizer. Terlerailah majlis perkahwinan mereka. Qaizer akhirnya sedar bahawa Aafiya tidak bersalah lalu minta maaf. Tetapi Aafiya sangat dingin. Qaizer pergi untuk menenangkan diri. Aafiya terluka. Setelah 3 bulan baru, Qaizer pulang untuk mengejar Aafiya. Aafiya terima lamaran Qaizer tetapi sikapnya telah banyak berubah. Qaizer berkecil hati namun dia tidak mahu melepaskan Aafiya lagi. Dia bertekad untuk teruskan perkahwinan mereka kali ini. Qaizer dibiar untuk uruskan perkahwinan mereka sendirian. Stress sangat! Tetapi setelah mereka diijabkabulkan, Qaizer diberi satu kejutan oleh Aafiya. Akhirnya, dendam Aafiya terbalas. Tetapi selepas itu, mereka dapat memulakan hidup baru bersama. Rupanya, ada rahsia yang disimpan Qaizer. Mereka pernah jumpa 3 tahun lepas dan kerana peristiwa sedih itu, Qaizer telah jatuh cinta pandang pertama dengan Aafiya.
Qaizer zafar....dia bknnya mat romeo, dia bkn playbuaya mahu pun kasanova....dia seorg usahawan muda yg berjaya...google je nama dia pasti segala kejayaan dan psl diri nya diceritakan....namun demi cinta nya pd aafiya dan demi utk memperisterikan seorg aafiya, qaizer menjd seorg mat romeo dan si muka tembok....perkenalan mrk tidak seindah mn....ibarat kucing dan anjing...si mulut puaka bertemu si mulut longkang.....namun krn mulut manis si qaizer itu lah yg akhirnya mampu meruntuhkan tembok tinggi di hati aafiya... Kedua2nya benar2xjatuh cinta...dan ia merupakan perkhabaran gembira bt kedua keluarga....namun disaat majlis perkahwinan bakal menjelang, sesuatu tlh terjd ant aafiya dan qaizer hinggakan aafiya menarik diri dari meneruskan perkahwinan mereka.....semuanya berpunca drpd fitnah yg dilemparkan oleh humairah....qaizer pergi, aafiya berubah....dpt kah mereka akhirnya bahagia??? Atau kisah mereka menjd ibarat "pelamin angan ku musnah"??? Dan siapakah HUMAIRAH durjana tu????
Buku pertama 2017. Lain org lain citarasa. Memulakan bab awal dgn pergaduhan. Lps tu bergaduh lagi. Otak dahlah tgh stress. Memang tak berapa laju nak baca. Saya suka penulisan sha.kali ni saya bagi 3.5 bintang.