Ini adalah koleksi pengalaman A. Samad Said semasa beliau mengikuti satu rombongan muhibbah ke India pada tahun 1963 yang diabadikan dalam bentuk warkah kepada isterinya.
Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said ialah Sasterawan Negara 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan "Anugerah-anugerah Menulis Asia Tenggara" (SEA Write Awards).
Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Institusi Victoria, Singapura (1956). Seorang yang berminat dalam penulisan sejak di bangku sekolah, beliau telah menulis banyak karya yang terkenal, termasuknya novel-novel berikut:
* Salina * Langit Petang * Sungai Mengalir Lesu * Hujan Pagi * Bulan Tak Bermadu di FatehpurSikri. * Adik Datang * Cinta Fansuri
Antara antologi puisinya ialah Suara Dari Dinding Dewan (2003), Dirgahayu Dr. Mahathir dan Rindu Ibu (2004).
Antologi Esei terbaru adalah Ilham Di Tepi Tasik (2006).
Datuk A.Samad Said pernah juga menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir.
A. Samad Said membawa kita perjalanan menelusuri bumi India melalui warkah-warkah yang diutuskan kepada isterinya yang tercinta, Salmi Manja di tanah air.
Tulisan-tulisannya puitis disulamkan bahasa kerinduan yang mendalam - tambahan pula isterinya sedang sarat mengandung anaknya. Apa yang saya suka, A. Samad Said menulis dengan begitu terperinci - idiosinkratik beliau tentang latar tempat, keadaan manusia serta suasana membuatkan kita terbuai dengan kembaranya.
Warkah-warkah ini juga saya anggap penting disebabkan ia melakar sejarah dan keadaan sosial setempat (di India) pada zaman itu selain peristiwa-peristiwa sastera dan kesenian yang dihadiri beliau. Kita juga berpeluang membaca catatan tempat lahirnya sasterawan terkemuka, Rabindranath Tagore di dalam warkah yang ditulisnya.
Himpunan surat peribadi dari seorang suami kepada isterinya ketika mengembara ke luar negara. Saya tidak tahu sama ada memang selepas kahwin, suami memang menulis ringkas2 saja kah? Hahah... Kalau surat cinta pastinya panjang berjela. Tapi saya tetap suka membaca warkah2 ini. Kerana berlatarkan tahun 1963, ketika Malaysia masih dalam proses penubuhan. Tentang pengembaraan. Tentang rindu dendam seorang suami dan seorang ayah... Saya amat menghargai catatan seperti ini. Mungkin kerana surat2 ini bukan fiksyen agaknya... Rasa kelainan. Naskah ini sukar dimiliki, kalau ada pun harganya pasti tinggi. Saya bersyukur kerana menemui naskah ini di perpustakaan universiti. Alahai.. Selepas bergraduasi pastinya saya akan rindukan perpustakaan universiti...huhu
Bought this book at KLAB 2026 because i saw his son promoting it on social media. Expectation nya tulisan Pak Samad yang romantis, ternyata tentang trip nya ke India selama 3 minggu dan 25 surat beliau hantar ke isterinya yang sedang sarat mengandung. Sangat comel, dengan ejaan lama. Him updating his wife what he bought during the journey, so cute. Ada satu yang saya rasa comel masa dia tulis yang dia bawa gambar his wie and kid, tapi apa lah ertinya gambar sebab still can't hug and kiss them both.
Walaupun buku ini nipis dan pendek pendek je surat suratnya, Pak Samad tetap membawa kita menjelajah ke India. Menceritakan tempat tempat yang beliau singgah buat saya rasa nak pergi Calcutta. Terutamanya nak visit rumah Rabindranath Tagore.
Satu lagi buku yang diterbitkan semula. Himpunan warkah Pak Samad kepada isterinya, Salmi Manja (Al-fatihah), ketika beliau menyertai rombongan Muhibah ke Indian pada tahun 1963. Selain berkongsi segala aktiviti yang berjalan di sana, cuaca, makanan, orang-orangnya, tempat yang menarik dan memberikan inspirasi, Pak Samad juga menyalurkan rasa rindu yang membuak melalui surat-suratnya.