Deris ternampak dirinya berada di suatu tempat yang sunyi dan sepi. Seluruh kawasan itu ditutupi semak samun. Ada sebuah pondok buruk di hujung-hujung penglihatannya. Tidak jauh dari pondok yang sudah usang itu ada sebuah lubuk. Langkah Deris ditandu menuju ke arah lubuk bersebelahan pondok buruk itu.
Sampai sahaja di lubuk tersebut, dia nampak seseorang sedang berendam di situ. Seorang lelaki yang bertubuh kekar sedang mandi dalam keadaan membelakangkannya. Deris terpasak kaki di tepi lubuk itu. Dia berdiri sambil memerhati. Dalam sekejap waktu sahaja, antara celah-celah semak berdekatan lubuk tersebut, keluar beberapa orang pemuda dengan bertanjak dan berkeris terus menerpa ke arah lelaki yang bertubuh kekar itu.
Pertengkaran bermula antara mereka. Pemuda bertubuh kekar itu cuba melawan. Tetapi dalam keadaan dia berseorangan, berlawan dengan lima orang lelaki yang bersenjata, akhirnya dia tumpas. Keris telah menemui mangsa. Tubuhnya dirodok hingga terburai tali perut. Kemudian jasadnya ditolak ke tengah-tengah lubuk sebelum pemuda-pemuda samseng tersebut menyerbu naik ke atas pondok buruk yang kedudukannya tidak jauh dari situ.
Seorang wanita sarat mengandung telah dikerumuni oleh lelaki-lelaki samseng seramai lima orang itu. Pergelutan telah berlaku antara mereka hingga akhirnya wanita sarat mengandung itu tewas. Perbuatan keji dan jijik telah terjadi antara mereka. Laknat perbuatan lelaki-lelaki samseng itu!
“Kanda, apakah begini akhirnya nasib kita? Kanda dibunuh dengan kejam tanpa rasa bersalah. Dinda diperlakukan bagai haiwan tanpa rasa perikemanusiaan. Apa nasib cahaya mata kita nanti kanda?
Kanda… dinda bersumpah! Mulai hari ini dinda tidak akan membiarkan anak cucu cicit kita mengalami nasib yang serupa. Dinda bersumpah kanda! Cukuplah kita dihina! Cukuplah kita dianiaya! Selepas ini tiada siapa lagi yang akan berani-berani menganiaya keturunan kita!”
cerita yang dekat sekali dengan kehidupan seharian .. elemen seramnya tidak dibuat2 . lancar saja penceritaannya . ada satu rasa yang 'tertinggal' selepas habis pembacaan ..
tahniah Puan penulis . semoga suksess untuk karya seterusnya :)
Kisah mengenai saka yang diturunkan secara berterusan ke anak cucu hingga menjadi beban dan pengacau.. Syaitan kerjanya menyesatkan dan sentiasa memesongkan..
kau kalau duduk kampung mesti kau akan rasalah. nak-nak kau budak tahun 80an yg duduk kg. mesti ada pngalaman mcm ni. sbb kalau kau dudk bandar mcm key el tu saka ni bnyk dkt club ja. muahaha... so far so good. saka si gayah dashyat tapi deris melia gud la sbb tak nak benda tu. tapi kan kenapa ada nama geng2 tu eh? ahahaa terus rasa tak takut. apahal haziea jadi adik farah? hahaha
Gayah pemilik terkini saka yang diterima daripada arwah suaminya kini menderita dengan penyakit misteri. Anak-anaknya, Deris dan Amelia, telah memujuk ibu mereka membuang saka tersebut. Namun, percubaan mereka ini sering ditentang oleh si abang sulung, Shukri. Shukri merasakan saka tersebut boleh membantu dalam banyak perkara terutama berkaitan hal kewangan.
Perkembangan cerita agak perlahan pada awal pertengahan dan diikuti dengan pengulangan berkenaan beberapa perkara. Tetapi jalan cerita mula berkembang dengan baik apabila penulis menceritakan gangguan yang dihadapi oleh penduduk taman tersebut.
Ada plot twist pada hujung-hujung cerita tetapi kurang memberi impak yang WOW.
3.5 stars. Kisah ini sgt dekat dgn masyarakat melayu yg mmg ada membela sesuatu dari keturunan nenek moyang lagi. Apa yg aku tahu,karya ini merupakan genre seram pertama puan penulis. Tiada masalah dlm penggunaan bahasa, mudah faham. Plot cerita juga tersusun. Waris juga tiada konflik berat. Cuma puan penulis perlu lebih "soul" utk menyeramkan lagi karya dan elak kisah2 yg "mengusik" secara mendatar. Mungkin kalau disuntik sedikit plot twist akN buat karya lebih cemas dan mengujakan. Apa pun tahniah kerana berjaya menghasilkan karya seram pertama. Muah!!