Jump to ratings and reviews
Rate this book

Biografi Abu Hasan al-Asy`ari

Rate this book
Abu Hasan al-Asy`ari merupakan anak Ismail yang berketurunan daripada Abu Musa al-Asy`ari, seorang sahabat Nabi SAW yang terkenal.

Walaupun usianya banyak dihabiskan dengan mendalami fahaman Mu`tazilah dan berkemungkinan besar kepimpinan mazhab itu kelak akan berpindah kepadanya. Namun beliau telah ditakdirkan menjadi pembela Ahli as- Sunnah.

40 pages, Paperback

Published January 1, 2016

1 person is currently reading
33 people want to read

About the author

Abul Hasan Ali Nadwi

280 books780 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (62%)
4 stars
3 (18%)
3 stars
2 (12%)
2 stars
1 (6%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Nur  Raudhah.
87 reviews2 followers
December 12, 2018
Selama ini apabila kita mengaji kitab akidatul awam, inilah kitab usuluddin, ummul barahin dan lain-lain kitab tauhid, kita pasti akan terdengar suara tok guru mengulang-ulang nama Abu Hasan al-Asy'ari yang pada awalnya menganuti agama muktazilah dan dibesarkan dengan fahaman muktazilah disebabkan ayah tiri beliau sendiri merupakan mahaguru muktazilah. Namun disebabkan hidayah daripada Allah swt dan kebijaksanaan beliau berhujah, sehingga kini kita mendapat kefahaman ahlus sunnah wal jamaah yang benar.

Saya hanya tahu sekadar asas "basic" sahaja, tanpa mengetahui latar belakang beliau. Kita sebagai penuntut ilmu sepatutnya berterima kasih dengan para asatizah, para alim ulama yang berusaha bertungkus lumus dalam menterjemah karya-karya Arab agar mampu difahami oleh orang awam seperti saya yang masih jahil ilmu agama bahkan tidak mengenali dengan lebih dekat tokoh-tokoh ulama yang telah membersihkan fikrah kita dari fahaman yang sesat.

Buku kecil ini yang merupakan buku terjemahan daripada ulama islam yang terkenal iaitu Maulana Abu Hasan Ali al-Nadwi melalui kitabnya "Rijal al-Fikri wa al-Dakwah fi al-islam". Di dalam buku kecil ini kita akan dapat mengetahui latar belakang, karya-karya bahkan mengenali tahap perubahan akidah Imam Abu Hasan al-Asya'ari.

Membaca dan kenali beliau, agar kita akan rasa lebih menghargai apabila mempelajari ilmu tauhid.
Profile Image for ' Syamil.
236 reviews6 followers
December 6, 2024
Baru tahu abu Hasan al-asy'ari dari keturunan Saidina abu musa al-asy'ari. Ketika ramai terpengaruh dengan fahaman muktazilah kerana ahli sunnah tidak mampu berhujah melawannya. Muncul abu hasan yang asalnya muktazilah berupaya berhujah menggunakan Alquran, Hadis dan ilmu mantiq menyanggah kesesatan fahaman muktazilah.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hanom Taib.
Author 5 books12 followers
September 30, 2016
Fahaman Mu`tazilah mendasar kepada pemikiran umat Islam pada zaman pemerintahan khalifah ke 8 dan 9 Kerajaan Abbasiyyah. Namun Khalifah kesepuluhnya iaitu Al-Mutawakkil telah menentang fahaman tersebut dan berusaha mengembalikan fahaman sebenar. Beliau mengisytiharkan golongan Mu`tazilah yang berfikiran bebas itu sebagai sesat. Golongan ini masih bertenaga kerana pendukung-pendukung mahir dalam bidang kesusasteraan,perdebatan, perundangan dan ilmu-ilmu lain serta memegang jawatan penting dalam negara.

Abu Hasan al-Asya`ri atau nama sebenarnya Abu Hasan adalah seorang insan yang dipilih Allah untuk menegakkan kebenaran. Kelebihan ilmu, kuat ingatan, fasih berucap dan menulis serta seorang pendebat yang mahir umpama satu pakej istimewa untuk beliau. Ditakdirkan sebagai anak tiri kepada Abu Ali al-Juba`ie yang meruapakan pendukung kuat fahaman Mu`tazilah yang terakhir namun semasa usianya 40 tahun beliau mula sedar tentang kecetekan dan keremehan hujah-hujah Mu`tazilah menyebabkan beliau hilang keyakinan terhadap fahaman tersebut dan mula menghuraikan Mazhab Ahli Sunnah.

Apa yang menarik perhatian pembaca ialah beliau menerangkan dan merungkaikan kekeliruan fahaman masyarakat sekiranya ditanya sahaja. Beliau tidak mengadakan majlis perdebatan untuk menghukum atau menyalahkan puak Mu`tazilah. Beliau menggunakan kaedah dakwah yang sangat berhikmah dan menunjukkan tawaduk yang tinggi. Sebagaimana katanya `` Saya menganggap adalah tidak halal walaupun menyebut ajaran dan akidah mereka, tetapi sebaik sahaja ada orang yang menyebut perkara-perkara itu, maka wajiblah ahli kebenaran menjawab serta menolak fahaman tersebut''.

Susunan hidup Abu Hasan al-Asy`ari ini saling tidak tumpah kisah Nabi Musa a.s yang perlu berdakwah kepada bapa angkatnya yang mengingkari kekuasaan Allah, cuba bezanya tokoh tidak mendapat tentangan daripada bapa tirinya. (tiada dinyatakan).

Melalui biografi ini juga pembaca dapat mengambil pelajaran bahawa untuk mencapai kemanisan kita perlu melalui kepahitan dan kadangkala berada dalam kegelapan itu mengajar kita untuk mencari cahaya melalui ilmu dan kefahaman yang mendalam.

Moga Allah pelihara akidah kita. Insya Allah.
Jom baca!
Profile Image for Saif Ibn Mohd.
120 reviews1 follower
December 24, 2017
Alhamdulillah...
Selesai bacaan untuk kali ini.. ini bacaan kali kedua.. buku yg saya beli semasa promosi pustaka cahaya kasturi. tahun 2015

Buku karya Abu Hassan Ali an nadwi ini diterjemahkan oleh Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri. hanya 40muka surat sahaja.

penulis memperkenalkan tokoh ahli sunnah waljamaah yang tersohor dan di gelar imam almutakalimin oleh azzahabi, iaitu Abu Hassan al-asyari.

penulis membentangkan beberapa biografi ringkas mengenai kelahiran dan pembelajaran beliau serta bagaimana beliau muncul sebagai pembela Ahli sunnah, kerana sblm itu imam abu Hassan al-asyari mengikut bapa tirinya Ali al jubbaie seorang yang muktazilah.

Abu Hassan Al-asyari menegaskan tidak ada salah bahkan harus mengunakan istilah2 moden dalam menghadapi serangan pemikiran aqliah golongan muktazilah. dan itu satu kewajipan supaya mempertahankan usul2 akidah umat islam drpd dicemari oleh unsur akal yang melampau. di sinilah point penting yang perlu difahami dlm buku ini.

penulis memasukkan kejayaan dan karya imam abu Hassan Al asyari serta pujian2 ulama terhadapnya spt as-sairafi mengatakan " golongan muktazilah mengangkat diri dgn angkuh, sehinggalah dtg abu Hassan Al asyari melemahkannya."


Sekian...
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.