Jump to ratings and reviews
Rate this book

Juak

Rate this book
Peperangan mendesak Van Yin, seorang remaja Vietnam melarikan diri ke Malaysia lalu menadji anak angkat keluarga Akub. Dia menjadi akrab dengan Fatimah kerana sama-sama menjalankan kerja-kerja seharian serta membela seekor kerbau, Juak dan seekor lembu, Mun. Malangnya suatu hari Fatimah terjebak di dalam sarang tebuan tanah. Perasaan Van Yin menjadi kecamuk kerana peristiwa yang dialami Fatimah mengingatinya kepada kengerian peristiwa di tanah airnya dulu. Sekali lagi Van Yin melarikan diri dan menjadi anak angkat sebuah keluarga lain. Di sini Van Yin dapat merasai erti kasih sayang teutamanya kepada Fatimah dan kerbaunya Juak yang semasa ditinggalkan dulu sedang sakit. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk balik menemui keluarga Akub dan kerbaunya Juak. Apakah yang terjadi apabila Van Yin balik? Apakah Van Yin berjaya menemui kerbau kesayangannya? Apakah tergamak keluarga Akub membunuh Van Yin kerana menuntut bela di atas kematian Fatimah? Semua persoalan novel ini diolah dengan baik oleh penulisnya dalam susunan peristiwa yang menarik.

114 pages, Paperback

First published January 1, 1989

14 people want to read

About the author

Azizi Abdullah

68 books119 followers
Dicedok dari Ujana Ilmu

AZIZI HJ.ABDULLAH (Hj. Azizi bin Hj. Abdullah) dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda Kedah, pada 4 April 1942. Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota Kuala Muda, Kedah sehingga darjah enam. Kemudian belajar di Sekolah Agama Dairatul Maarif Al-Wataniah,Kepala Batas Seberang Perai. Azizi mula menulis ketika di sekolah agama, kira-kira dalam tahun 60-an.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (25%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
7 (58%)
2 stars
1 (8%)
1 star
1 (8%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Muhamad Fahmi.
129 reviews22 followers
December 8, 2015
Mengisahkan seorang budak pelarian Vietnam bernama Van Yin yang sangat sayang pada kerbaunya yang bernama Juak. Tinggal bersama keluarga angkatnya, Pak Akub di kawasan pedalaman yang dikelilingi suasana belukar yang indah, dipersembahkan penulis dengan baik sekali.

Selalunya biasa membaca kisah budak dengan haiwan kesayangannya seperti kucing, anjing. Kali ini, disajikan dengan kerbau sebagai haiwan kesayangan sehingga sayangnya Van Yin pada kerbaunya Juak melebihi sayang kepada adik angkatnya, Fatimah.
Profile Image for Miyuke.
205 reviews4 followers
May 30, 2025
Bagaimana mahu disingkap berhubung naskah ini.

Ada emosi yang kuat dan tak terungkap di dalamnya.

Mengisahkan watak utama - Van Yin yang dipelihara sebagai anak angkat. Tidak dapat dipastikan usianya, namun melalui pembacaan saya manganggarkan watak ini merupakan seorang budak lelaki yang usianya di ambang remaja.

Emosi saya bercampur baur apabila membaca naskah ini memandangkan :

1. Saya menyalahkan Van Yin atas kematian Fatimah dan marah dengan tindakannya yang seakan - akan melebihkan Juak berbanding Fatimah.

2. Walaubagaimanapun saya turut ingin cuba memahami watak Van Yin yang sarat dengan pengalaman yang perit dan tindakan Van Yin yang diketangahkan penulis sebagai kesinambungan kepada keperitan yang dilalui olehnya. Kemungkinan besar penulis menggunakan Juak sebagai simbol dan gambaran terhadap perasan bersalah yang bersarang di dalam watak utama ini.

NOTA :
Sesuatu yang indah apabila menyelak naskah - naskah tulisan ‘orang lama’. Di dalamnya penuh dengan intipati kehidupan yang dihubung kaitkan dengan perasaan.

Naskah ini merupakan naskah terpakai yang diperolehi hasil ‘selaman’ di halaman Facebook.
Profile Image for Akram Muhammad.
45 reviews6 followers
June 2, 2016
Sebab novel ni aku kena bahan masa Form 1.... Cikgu BM buat open question masa kelas pertama Komponen Sastera, "apa novel yang terbaik kamu pernah baca masa sekolah rendah dulu? yang kalau cerita sedih boleh buat menangis, kalau situasi getir memang rasa betul2"

aku jawab, "JUAK by Azizi Abdullah"

lepas tu kawan2 sekelas gelak sebab nama pelik sangat dan skil penceritaan aku teruk gak masa tu hahaha kurang asam...

ni antara buku lama yang membuatkan aku suka baca buku... drama yang penuh debaran, emosi & kejutan~

Terima kasih Library SKK7 yang banyak buku-buku novel kanak2 & remaja yang seronok untuk aku baca... Sampai kad pinjaman buku aku ada 5 tak silap. seminggu boleh pinjam buku huhu
Profile Image for Ema.
1,140 reviews
January 11, 2013
rasa geram dengan watak utama, van yin. dia lebih mementingkan kerbau peliharaannya dibandingkan dengan kasih sayang orang d sekeliling.nak buat macamana dia adalah pelarian perang yang kematian keluarga n tak bersekolah.tapi penulis tetap best!!
Displaying 1 - 5 of 5 reviews