Jump to ratings and reviews
Rate this book

Universiti Kedua: Kisah Tahanan di bawah ISA

Rate this book
Pertama kali muncul pada tahun 1983, Universiti Kedua menjadi lebih penting pada hari ini ketika tuntutan untuk memansuhkan ISA semakin kuat kedengaran, khususnya kerana Kassim Ahmad telah mengubah pendirian menyokong kewujudan dan penggunaan akta berkenaan (diumumkan antaranya menerusi blog beliau pada Ogos 2009). Universiti Kedua memberikan kesempatan terbaik untuk para pembaca melihat ISA dari Kacamata dan pengalaman langsung penulis dan penyajak tersohor ini.

149 pages, Paperback

First published January 1, 1983

4 people are currently reading
65 people want to read

About the author

Kassim Ahmad

29 books41 followers
Kassim Ahmad is Malaysia's foremost thinker and philosopher. He grabbed national headlines in the 1950s with his dissertation on the characters of Hang Tuah (Perwatakan Hang Tuah), the Malay literary classic. In it he challenged the traditional interpretation and made the hitherto hero Hang Tuah as nothing more than a palace hack, and elevated the anti-hero Hang Jebat as the true hero, willing to kill even the sultan in defence of honor and principles. Kassim was jailed for nearly five years under the ISA for daring to express openly his political views, an experience which he recounted in his book, Universiti Kedua (Second University). Kassim again shook the Malay world with his "Hadith: A Re-Examination" in which he challenges the infallibility of the purported words of Prophet Muhammad s.a.w. Except for an honorary doctorate in Letters conferred by the National University of Malaysia, the country has not seen fit to honor this great public intellectual.

- - - - - - - - - - - - -
Dr Kassim Ahmad seorang politikus, penulis, penyair dan sarjana dilahirkan di Kampung Kubang Tampang, Lepai, Kubang Pasu, Kedah, pada 9 September 1933, dengan nama Osman, tetapi diubah namanya kerana sering sakit, mendapat pendidikan awal di Sekolah Bandar Bahru, Kulim.

Peluang meneruskan pelajaran di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar pada 1949, membuka pintu khazanah ilmu serta persuratan kepadanya sehingga memungkinkannya melanjutkan pengajiannya ke Universiti Malaya (UM) di Singapura pada 1955.

Dunia pengajian tinggi di menara gading itu mendedahkannya kepada pemikiran sosialisme dan Islam melalui kepustakaan dan percambahan fikiran bersama-sama rakannya yang masing-masing membina ketokohan tersendiri, selain mula terbabit dalam Kelab Sosialis UM.

Dengan sokongan Pensyarah UM Singapura, JC Bottoms, Kassim menyahut pelawaan untuk mengajar bahasa dan sastera Melayu di School of Oriental and African Studies (SOAS), Universiti London, pada 1962 hingga 1966.

Dalam ranah sastera, Dr Kassim dikenali sebagai penyair yang tidak sunyi daripada kontroversi apabila menghasilkan puisi, Sidang Roh dan Jalan ke Parlimen pada 1960, selain disertasinya, Perwatakan Hang Tuah yang mencabar interpretasi keperwiraan Hang Tuah sehingga mengangkat Hang Jebat, turut mendapat perhatian.

Pembabitannya dalam politik pula menyaksikan beliau mengepalai Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) selama 18 tahun bermula beliau pulang ke tanah air pada 1966, sebelum mengambil keputusan untuk berundur daripada gerakan itu pada 1984.

Kassim pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama hampir lima tahun yang turut mendorongnya membukukan pengalaman itu dalam memoir Universiti Kedua.

Selepas mengundurkan diri daripada politik, Beliau menubuhkan Jemaah al-Quran Malaysia (JAM) dan menghasilkan buku Hadis: Satu Penilaian Semula yang mencetuskan kontroversi sehingga dianggap anti-hadis.
(Kredit: Mohd Nazmi Yaakub)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (18%)
4 stars
15 (25%)
3 stars
30 (50%)
2 stars
3 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 18 of 18 reviews
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books278 followers
August 23, 2010
TIDAK keterlaluan untuk menobatkan Universiti Kedua: Kisah Tahanan Di Bawah ISA himpunan pengalaman aktivis sosialis, Kassim Ahmad sebagai autobiografi dalam bahasa Melayu yang terbaik seputar tahanan tanpa bicara selepas Dua Wajah karya Syed Husin Ali.

Barangkali ini didorong oleh latar Kassim yang akrab dengan ranah sastera dan beliau sendiri bukan penyair yang asing - di tangannya terlahir puisi yang kemudiannya mencetuskan kontroversi, iaitu Sidang Roh dan Jalan Ke Parlimen.

Universiti Kedua: Kisah Tahanan Di Bawah ISA juga menguak jejak Kassim Ahmad dalam perjalanannya dari sosialisme kepada ‘Islam’ yang kemudian menjadi sebahagian fragmen dalam memoir mutakhirnya, Mencari Jalan Pulang Daripada Sosialisme Kepada Islam.

Ini kerana ketika Kassim ditahan di bawah ISA, tidak banyak bahan bacaan yang menemani beliau sebagai pembaca tegar kecuali senaskhah al-Quran terjemahan. Berbekalkan naskhah terjemahan itulah, Kassim menghabiskan masa ‘pemulihan’ yang diberikan penguasa kepadanya.

Barangkali pada saat itulah, Kassim yang seolah-olah ‘tersihir’ oleh bacaan terjemahan, merasakan itulah kekosongan yang dicari-carinya yang tidak dapat dijawab oleh ideologi sosialisme meskipun kemudiannya Kassim sekali lagi mencetuskan kontroversi dan kali ini dalam konteks fahaman terhadap kedudukan hadis sebagai sumber hukum dalam Islam pula.

Autobiografi ini saya baca ketika rapat dengan dunia idealisme mahasiswa kerana kolej tempat saya belajar tidak jauh daripada denyut dan nadi mahasiswa. Tanggapan saya terhadap akta itu nampaknya bukan saja dibina oleh berita-berita yang entah bagaimana mampu mencelah keluar daripada kongkongan ‘berita terpilih’, bahkan ia lebih mekar daripada bacaan autobiografi dan memoir yang sedikit diterbitkan. Bayangkan saja kalau setiap tahanan memperuntukkan sedikit masa selepas dibebaskan untuk ‘menebus’ masa dengan keluarga dan juga ‘membayar’ penahanan mereka dengan rakaman pengalaman dalam bentuk buku.
Profile Image for Nuruddin Azri.
385 reviews173 followers
November 8, 2016
Jadi, buku Mencari Jalan Pulang tampak lebih menarik, mencapah dan sarat dengan latar historikal berbanding buku ini yang lebih memfokuskan pergelutan seorang tahanan, asam garam kehidupan dalam penjara pengap serta dilema yang melanda seorang penyajak.
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
April 17, 2019
Kisah benar yang menyelusuri pengalaman Kassim Ahmad (seorang sasterawan, aktivis, ahli politik kiri) yang dipenjarakan 5 tahun di bawah Akta ISA antara tahun 1976 hingga 1981. Kisah seorang bekas tahanan ISA, yang menariknya di kemudian hari bersetuju pula untuk kerajaan meneruskan perlaksanaan akta ini, dengan syarat dengan gubalan baharu.

Menjadi susuk penting Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) di zaman itu, beliau ditangkap dan dipenjarakan kerana dipercayai turut sama menyokong idealisme & perjuangan gerila komunis untuk menakluk Malaysia pada ketika itu, yang bergerak melalui parti mereka sendiri iaitu Parti Komunis Malaya (PKM). Ini memandangkan hubungan antara fahaman sosialisme & komunisme itu sendiri yang tidak jauh berbeza. Hasil soal siasat di dalam penjara, beliau menafikan sokongan terus beliau kepada cara gerakan komunis ini, namun tidak pada sesetengah ideologinya.

Beliau juga turut mengakui ideologi sosialis berorientasikan barat beliau mula berubah beransur-ansur kepada sistem sosial Islam moden hasil 5 tahun 'pertapaan' beliau disana, selepas telaah rapat beliau kepada sumber utamanya; Al-Quran, serta buku-buku falsafah Islam yang berkaitan, di samping sesi pembelajaran dua hala sesama tahanan yang pada ketika itu ada juga di kalangan orang alim. Ini langsung menjawab tajuk buku ini 'Universiti Kedua', dimana beliau merasakan tempoh & situasi di penjara itu telah banyak membuatkan beliau memuhasabah diri & menilai kembali pegangan pendiriannya.

Ada juga pendirian beliau yang kurang dipersetujui & boleh dibincangkan selanjutnya. Yang utama adalah kritikan beliau berkenaan kebergantungan umat Islam dalam menggunakan hadis sebagai antara sumber utama lain selain Al-Quran.

Pendirian beliau berkenaan hak asasi manusia juga agak kebaratan, dimana ianya secara terang-terangan tidak selari dengan hak asasi manusia yang digariskan di dalam Islam. Itu yang menyebabkan beliau dicop sebagai pro-Komunis serta penyokong teori Darwin memandangkan pandangan beliau terhadap hak untuk berfikiran berbeza manusia lain perlu dirai dan tidak boleh disekat, selagi tidak mendatangkan mudarat kepada masyarakat.

Untuk isu-isu ini ternyata buku lain beliau iaitu Hadis : Satu Penilaian Semula, Hadis: Jawapan Kepada Pengkritik serta Mencari Jalan Pulang: Daripada Sosialisme Kepada Islam perlu dirujuk untuk kritikan lanjut. Buku sahabat baik beliau Syed Husin Ali iaitu Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara juga perlu ditelaah bagi mendapatkan perspektif berbeza hasil Perlaksanaan Akta ISA ini.

Tidak dinafikan juga kadangkala tempoh di dalam penjara mampu melahirkan naskhah dan karya agung di Nusantara ini sekurang-kurangnya. Lihat sahaja Tafsir Al-Azhar pelbagai jilid oleh Hamka. Karya yang terhasil ketika beliau dipenjarakan ketika era pemerintahan Soekarno, presiden Republik Indonesia yang pertama atas dakwaan menjadi penentang negara. Sehingga kini masih dijadikan rujukan pelbagai lapisan masyarakat Islam di serata dunia. Ternyata ada juga hikmah buat beliau di sebalik segala kesulitan itu. Amal jariah yang akan terus berkekalan buat beliau hingga ke penghujungnya.

Apa yang lebih melegakan selepas diselesaikan buku ini, ternyata adab pelaksana kuasa kita di Malaysia ini jauh lebih bertamadun. Tidaklah sempurna, tetap ada unsur kekerasan & pencabulan haknya, namun masih dalam konteks yang boleh diterima bagi masyarakat kita disini.

Pengalaman membaca kisah mangsa hidup kekejaman rejim komunis Pol Pot dari buku A Cambodian Prison Portrait. One Year in the Khmer Rouge's S-21 dan Norng Chan Phal: The Mystery Of The Boy At S-21 di Kemboja dahulu ternyata membuatkan saya tidak sanggup untuk menyaksikannya benar-benar terjadi di penjara tempatan kita. Syukur negara kita masih dirahmati & masih dilindungi. Semoga ianya akan terus berkekalan hendaknya. Amin..
Profile Image for Norziati.
Author 9 books84 followers
April 15, 2013
Kisah disebalik penahanan Kassim Ahmad yang ketika itu antara orang kuat Parti Sosialis Rakyat Malaysia yang ditahan bersama-sama dengan beberapa orang ahli politik tanah air atas dakwaan menyebarkan fahaman komunis. Sebagai tahanan ISA yang semestinya tidak dibicarakan (sebaliknya disenaraikan tuduhan), Kassim bercerita tentang detik yang membawa kepada penahanannya, aktiviti semasa di dalam tahanan dan ketika berada di Kem Kemunting. Beliau ditahan semala lima tahun dan dibebaskan beberapa hari selepas Tn Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.
6 reviews
September 20, 2010
Agak menarik buku ini cuma tidak begitu bersetuju dengan pendirian penulis...
Profile Image for Hisham Walat.
4 reviews4 followers
January 6, 2021
Buku yang ditulis dengan gaya penceritaan dengan elemen dramatik. Menepati citarasa saya. Ditambah lagi dengan lokasi cerita beliau ialah ditempat saya membesar. Teringat akan rakan2 sekolah yang merupakan anak2 warder KEMTA.

Walaupun ini bukan buku pertama saya tentang tahana ISA kerana saya telah membaca kisah Saari Sungib, Syed Hussein, Said Zahari atau kisah hampir sama di Mesir oleh Prof Dr Muhammad Ali Garishah, namun setiap kisah yang dipaparkan oleh Kassim Ahmad cukup menarik untuk saya hayati ketika membaca.

Cumanya ada beberapa catatan “fikrah” beliau yang saya tidak selesa. Namun itulah sifat pembaca, meneliti dan menapis mana2 unsur yang kita rasakan tidak sesuai dengan fikrah kita.

Secara keseluruhannya saya menikmati pembacaan buku ini.
Profile Image for Syed Muhammad Danial.
153 reviews9 followers
June 11, 2020
Kisah Kassim Ahmad ketika berada di dalam tahanan ISA. Boleh dikatakan sebagai buku yang nipis dan ringkas. Buku ini bukan lah buku yang menceritakan tentang ideologi/fahaman politik penulis secara menyeluruh, tetapi lebih kepada kisah penangkapan penulis oleh cawangan khas sehingga hari pembebasan penulis dari menjadi seorang tahanan ISA. Penulis banyak menceritakan hubungan beliau bersama tahanan-tahanan lain seperti Abdullah Majid, Syed Hussein, Ismail Saad dan yang lain yang boleh dikatakan lagenda di dalam arena politik Malaysia. Penulis juga menceritakan "ketegangan" pemerintahan Ghazali Shafie ketika beliau menjadi menteri dalam negeri, yang sudah dikenali umum sebagai seorang yang amat tegas/garang. Plot twist yang paling menarik adalah apabila penulis sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sendiri menyutujui supaya ISA dikekalkan pada tahun 2009, dan juga kebebasan penulis adalah kerana pemindahan kuasa kepada perdana menteri yang baru yang juga dikenali sebagai seorang yang suka memasukkan lawan politiknya kedalam. Ada beberapa sahaja ketidak enakkan di dalam buku ini seperti latar masa dan tempat yang kerap kali bertukar sehingga membuat saya keliru di mana saya sedang baca sekarang tetapi ini tidak menjejaskan keasyikan cerita buku ini.
Profile Image for Muhamad Fahmi.
125 reviews22 followers
October 14, 2015
Catatan kisah suka duka dan pengalaman Kassim Ahmad iaitu orang kuat dalam Parti Sosialis Rakyat Malaysia selama berada dalam penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau ditahan bersama beberapa ahli politik tanah air atas dakwaan menyebarkan fahaman komunis.

Diberi tajuk Universiti Kedua mungkin disebabkan beliau banyak belajar daripada pengalaman-pengalaman di dalam tahanan, soal siasat dan penderaan psikologi dalam bilik yang dinamakan Black Maria, dikurung di dalam sel yang gelap, dihurungi 'nyamuk belaan' dan dirampas manuskrip-manuskrip penulisannya setelah berhempas pulas mengarang dan menulis (ternyata rampasan manuskrip-manuskrip yang dikarangnya lebih sengsara serta menyakitkan dari dipukul curi oleh orang yang memfitnahnya menyokong teori Darwin tentang evolusi manusia)

Tertarik dari pendapatnya melalui hikmah penahanannya, beliau menyatakan sangat enak dan beruntung kalau boleh membaca sepanjang masa di mana mungkin nikmat ini tidak diperoleh sekiranya beliau tidak ditahan. Beliau menghabiskan masa-masa di dalam sel tahanan dengan membaca karya-karya agung yang telah diciptakan manusia yang terkenal : Shakespeare, Milton, Plato, Aristotle, Al-Ghazali, Ibn Sina, Al-Farabi, Rumi, Ibn Khaldun dan pelbagai lagi. Beliau berpendapat bahawa sekiranya beliau diberikan peluang sekali lagi, beliau akan membaca semua karya-karya klasik ini di antara umurnya 17-30tahun. Sebuah sistem pembelajaran yang bagus mestilah memperkenalkan klasik-klasik ini kepada murid-murid mereka pada peringkat menengah dan menengah atas serta sekiranya mereka ingin mendalami bolehlah membaca buku-buku ini waktu di universiti atau setelah lulus. (Satu tips yang berguna untuk para pembaca)
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
December 30, 2014
Kisah Kassim Ahmad dalam kem tahanan ISA. Kem ni macam asrama sekolah ke apa sebenarnya? Macam seronok je.
Profile Image for Muhd Iqbal Samsudin.
Author 4 books7 followers
July 28, 2017
Saya begitu teruja membaca 'travelog penjara' versi Malaysia.

Ya, sesuatu yang jarang ditulis di Malaysia!
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
February 24, 2023
“𝐃𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐛𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐡𝐚𝐥: 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧, 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚, 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚. 𝐈𝐭𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐢𝐬𝐚𝐡 𝐢𝐧𝐢 “𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐊𝐞𝐝𝐮𝐚”.”

Buku ini mengisahkan tentang Kassim Ahmad sepanjang beliau ditahan sebagai tahanan ISA. Permulaan kepada jalan kerohanian beliau dalam mencari maksud dan makna kepada agama Islam.

Umum mengetahui bahawa beliau merupakan salah seorang pemimpin utama bagi Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM). Malah, tangkapan beliau melalui Akta ISA dibuat atas dasar dan unsur politik.

Selain itu, dari sisi yang lain, jelas kelihatan watak jahat dan sebenar Menteri Dalam Negeri ketika itu, Ghazali Shafie yang bersifat drakonian. Memenjarakan sesiapa yang tidak sehaluan dengan pandangan dan pendapat kerajaan semasa itu.

Bahkan, tahanan-tahanan senasib dan sezaman Pak Kassim dipaksa untuk membuat pengakuan ‘palsu’ sebagai imbalan untuk dibebaskan dengan cepat. Namun, ia hanyalah sebuah pancingan untuk memperlihatkan watak-watak parti lawan pemerintah ini dilihat seolah-olah mereka berperwatakan jahat.

Secara keseluruhannya, Universiti Kedua ini boleh juga dikategorikan sebagai pengalaman hidup Pak Kassim di dalam penjara. Perkara yang paling menarik semasa di dalam tahanan, beliau mendapat tawaran untuk menyambung pengajian PHD beliau di UKM dalam mengembangkan kajian mengenai Masalah Teori Sosial Moden Islam. Sepanjang beliau di dalam tahanan ISA, beliau banyak menemui erti Islam di dalam kamar tahanan dengan membaca makalah dan buku agama.

Buku ini merupakan sebuah buku yang baik bagi menghayati perjalanan susuk tubuh aktivis kiri. Namun, penyusunan gambar dan duduk letaknya teks agak bersepah. Sudut penceritaan terumbang ambing sehingga keliru di tahun mana penulis ingin ceritakan dan di mana latar tempat keadaan yang penulis sampaikan. Ia bercampur baur dan memerlukan ketekunan yang tinggi untuk menghadam segala isi yang ingin disampaikan.
Profile Image for Abu Hurairah.
21 reviews1 follower
Read
August 12, 2020
Aku sangat megnhormati arwah sebai penyair, pemuisi, penulis dan sasterwan hebat negara. banyak tulisan beliau yang menjadi inspirasi dan aspirasi golongan rakyat untuk segenap perjuangan dalam hidup.

Namun, autobiografi ini bagi aku biasa-biasa saja. Tiada yang boleh terlalu diangkat, mungkin kerana tulisannya yang agak stagnant/mendatar. Kadang-kadang begitulah sifat sebuah biografi yang jujur pun, sebab bukan selalu akan ada perencah menarik terjadi dalam hidup kita.

Tapi bagi yang meminati arwah Pak Kassim, ini untuk anda.

rekemended (untuk penggemar tegar arwah Pak Kassim).

Al-fatihah.
Profile Image for Asyraffdini Abdullah.
5 reviews
September 7, 2020
Bismillahirrahmanirrahim.

Nama penulis, Kassim Ahmad, adalah nama kontoversi sejak zaman berzaman. Beliau dituduh sebagai seorang yang anti hadis, dan hanya berpegang kepada Al-Quran sahaja.

Sebagai generasi yang lahir kemudian, iaitu kira-kira beberapa bulan selepas pembebasan Almarhum Kassim Ahmad dari tahanan ISA, saya adalah gen X, sekitar tahun 1980-an.

Saya membesar dengan mempercayai bahawa Kassim Ahmad adalah seorang anti hadis. Tanpa saya teliti sendiri penulisan beliau, tanpa saya membaca sendiri pandangan dan makalah yang beliau tulis, (kerana tidak mudah diakses juga) maka saya kekal dengan kepercayaan itu.

Peluang membaca buku Universiti Kedua ini, sedikit sebanyak memberi peluang untuk mengenali beliau.

Pandangan beliau berkenaan anti hadis itu dilontarkan pada awal 70-an. Dan saya percaya, menjelang pengakhiran hayat beliau, beliau sudah memilih dan meneliti semula pendirian beliau.

Sebagaimana yang beliau pilih, apabila mula-mula ditahan di bawah ISA, beliau tidak setuju dan menentangnya. Namun sekitar 2009, beliau mengubah pandangan bahawa ISA ini diperlukan dan ada kegunaan dan manfaat yang mungkin khalayak tidak memahaminya.

Begitulah manusia. Ada masanya mereka akan berhijrah dan mengubah pandangan. Ada masanya mereka akan mengubah pendirian sebagaimana mengubah parti politik mereka.

Pengajarannya, kita mesti objektif atas neraca alQuran dan Sunnah dan mesti meneliti per se setiap pertuduhan dan pendirian. Bukan mudah-mudah mengecop, melabel dan generalize berdasarkan kata-kata orang.

Inilah kehidupan.
Profile Image for Wan Khuzairey.
19 reviews9 followers
October 9, 2018
buku ini berkisar mengenai perjalanan Kassim Ahmad di dalam penjara.

Sebenarnya dalam pembacaan saya, hidup seorang Kassim Ahmad tetap ditekan walau dimana sahaja dia berada. Tak kira secara idea mahupun fizik.

Perjalanannya yang berliku dan kesalafahaman manusia tentang apa yang dikatakan oleh Kassim Ahmad masih terbelenggu hingga kini
Profile Image for Eimad.
174 reviews24 followers
August 6, 2013
Kisah kedua perihal tahanan tanpa bicara yang saya hadami selepas Ahmad Boestaman walaupun zaman Boestaman masih belum dikenali dengan nama ISA. Kassim Ahmad yang popular dengan pendirian sosialisme dan pernah memimpin Parti Sosialis Rakyat Malaysia ditahan di bawah ISA selama 5 tahun di bawah Ghazali Shafie sebagai Menteri Dalam Negeri. Walau ditahan di bawah ISA beliau telah mengubah pandangan untuk memansuhkan ISA dengan menegaskan ISA perlu tetap perlukan pindaan. Saat ini ditulis iaitu tahun 2013,ISA telah dimansuhkan dan diganti dengan SOSMA yang dikritik oleh pejuang hak asasi hanyalah perubahan kosmetik. Dengan hanya berteman tafsir al-Quran di dalam tahanan, Kassim Ahmad menemui jalan pulang menurut tajuk buku terbarunya yang belum saya baca lagi. Sedang mencari Teori Sosial Islam dan buku terbarunya.
Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews59 followers
February 14, 2011
Saya pernah baca buku ini tahun 80an dahulu. Ini bacaan kali kedua edisi yang baru
Profile Image for Adriana.
68 reviews12 followers
January 5, 2011
perjalanan kassim ahmad sepanjang di ISA. namun beliau menggemparkan negara apabila mengubah pendirian menyokong tetapi pindaan harus dilakukan.
Displaying 1 - 18 of 18 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.