Definisi Organ memiliki tujuan tertentu yang saling berkait rapat antara satu sama lain dalam proses kehidupan makhluk. Organ memiliki fungsi yang berbeza. Sebagai contoh jantung tersusun dari jaringan saraf, jaringan darah dan jaringan otot. Gabungan sekumpulan organ-organ ini membentuk suatu sistem organ dimana setiap makhluk hidup memiliki organ-organ di dalam tubuhnya.
1) Zombie Tit “Aku selalu memukulmu, mengherdikmu, memakimu. Membunuh setiap impian dan cita-citamu. Malah meracuni keberanian yang cuba mekar di dalam hatimu. Hanya satu yang ingin aku ucapkan. Maafkan aku.” - Sufi Abqari.
2) Valentine Berdarah. “Organ-organ ni akan aku abadikan sebaik yang mungkin. Bukan senang untuk memancing mereka semua ke sini. Aku harus mendapatkan lebih banyak lagi agar Bandar Fussia berpenghuni. Aku tidak akan keseorangan lagi. Ha... ha... ha...” - Ebriza Aminnudin.
3) Pemangsa “Sesiapa yang menjumpai rakaman ni tolong laporkan pada pihak berkuasa. Kawan-kawan saya dah mati. Dan saya tak tahu berapa lama lagi saya boleh bertahan. Ada sesuatu yang memburu dan membunuh mereka.” - Eqbal Mohaydeen
4) Kejam “Apabila lelaki itu tidak dapat mengawal dirinya, hanya membunuh menjadi hobinya.” - Ninie Othman
karya yang ketiga dari penulis muda yang berbakat ini. terus terang, anda Sufi Abqari adalah lebih sesuai menulis kisah thriller dari kisah seram. much much more better... idea yang bagus dan punya banyak fakta yang boleh diterima, tidak semberono menulis seperti dua kisah seram sebelum ini.. penulis muda ini jika digilap betul bakat pasti boleh ke hadapan. Ingat ya pesan akak, jangan tergesa-gesa dalam penceritaan, seperti kita tarik nafas.. Kalau tergesa-gesa kan kalut jadinya...
Dalam zombie tit ini, seperti sebuah cerita klasik kalau anda pembaca hayati, ringkas dan seronok penyampaian kisahnya. Walaupun terdapat kecelaruan watak dan dialog, ianya juga boleh jadi kisah yang agak mendebarkan.. Praktis lagi ya sufi supaya cara penyampaian lebih licin dan lancar.. Seperti tenggelam dalam watak sam, pengusaha sebuah cafe lama yang bercita-cita menjadi penyiasat. Mencabar anggota polis s.m.nazmi supaya benarkan dia turut serta dalam kes bunuh. Anggota polis itu salah seorang pelanggan setia cafenya yang begitu sukakan sekaya yang dihidangkan. Pendek kata, sekaya itulah yang menarik ramai pelanggan datang ke cafe buruknya.. Hehe.. Dalam masa yang sama muncul maya, adik sam yang dibela oleh ibunya selepas bercerai dengan bapanya. Maya dibenarkan bekerja di cafenya. Haa... Seterusnya berlaku banyak rentetan kisah bagaimana sam ikut s.m.nazmi dan menyiasat satu persatu kes kematian yang punya banyak persamaan antara mangsa... Tanpa di sangka... Jeng... Jeng... Jeng..... Hehe....
2) VALENTINE BERDARAH EBRIZA AMINNUDIN
seperti biasa, kalau karya penulis cantik ini akan melontar pembaca ke dunia yang luar imaginasi. korang confirm takkan jumpa di sekeliling lah.. HeEbriza Aminnudin Novelisovelisvelis, sebenar anda layak menulis kisah thriller sebab karya sebelum ni pun banyak yang mendebarkan..
Kali ni, 7 sahabat yang mahu ke pantai raas untuk menyambut valentine.. Sikit jer kak ebriza, banyak sangat pengulangan ungkapan valentine terakhir tu.. Hehe.. Mereka tersesat ke bandar fussia yang pada pandangan mata mereka amat indah dan cantik tapi sepi. Ringkasnya mudfiza dan hazira bersetuju menyambut valentine mereka di situ dan dipersetujui oleh hilmi dan pasangannya hasyifah. Adik mudfiza, norazwana sakit hati dengan sikap abangnya yang terlalu mengagungkan valentine dan dia bertindak mahu beredar dari bandar fussia itu. Tetapi tanpa mereka sangka, ada musibah menunggu mereka di sana.... Apa kaitan dengan lukisan-lukisan organ yang mereka jumpa dan mengapa penduduk di situ langsung tidak keluar dari rumah?... Haa... Debarannya di sini...
3)PEMANGSA EQBAL MOHAYDEEN
penulis ini, menulis satu kisah berdasarkan fakta dan pengamatan sebelum disesuaikan menjadi satu cerita yang tak dapat dijangka. Anda adalah penulis yang berbintang besar sauEiqbal Mohaydeenaydeenydeen ... Bila realiti dan fantasi bergabung.. Haa... Hambik kau.. Boleh sama rasa kena kejar, boleh sama rasa berdebar dan boleh sama rasa terkujat... Hehe...
Kedegilan shahril untuk tidak ikut jalan pintas ke lembah bujang membawa mereka satu bas menempuh kecelakaan di mana bas mereka terjun gaung. Shahril hanya jumpa suzani, fahmi, efa dan kemudian alisa. Penumpang yang lain semua kehilangan nyawa. Rupanya ada makhluk lain yang mendiami kawasan itu.. Satu persatu mayat yang bergelimpangan hilang. Mereka mencari tempat perlindungan dan terjumpa sebuah pondok. Di dalam pondok pula ada sebuah kotak yang mereka jumpa dan ada buku yang berikat dengan dawai. Setelah berjaya dibuka, terdapat simbol-simbol pelik dan efa berjaya merungkai bahasa jawa lama itu.. Ha.. Walaupun ada sedikit kesilapan nama watak, tapi ianya tidak mengganggu debaran untuk tahu apa seterusnya berlaku pada mereka.... rupa-rupanya.. Haaa??.. Tak terjangkau dek minda...
4) KEJAM NINIE OTHMAN
ada masa kita memang perlu berwaspada dengan manusia sekeliling. Kadang-kadang yang baik itu, tanpa disangka itulah durjana besar.. Ehh... Jangan salah sangka. Cik puan penNinie Othmanthman berjaya mengolah cerita ini dengan baik ... Ringkas dan padat. Walaupun ada sedikit gangguan bilamana perenggan tidak dipisahkan menyebabkan satu kisah dengan kisah seterusnya bertindan, tapi takpe.. pembaca bijak boleh pisahkan sendiri menggunakan kuasa otak.. Hehe...
Leonard membunuh kekasihnya sara bila sara mahu meninggalkannya. Kemudian dia bertembung dengan sarah, jirannya yang mirip pada teman wanitanya yang telah mati itu... Kemudian... Haa..... Agak-agak apa akan jadi bila si psiko mengganas hanya mahukan pujaan hati menjadi miliknya seorang?...
Secara keseluruhan, buku projek thriller yang pertama ini direalisasikan dengan baik. Taknak reveal apa kaitan sebenar dengan organ tapi bayangkan ya bila organ dalam badan kita senang-senang dilapah, direntap, dikisar, dijadikan santapan.... eiiiii.... haa... jangan bayang lebih-lebih nanti terjeluek sapo nak tolong.. tak kuaso den.. Sebuah buku yang tak rugi untuk dibaca.. Secara peribadi memang suka buku nie.. Rasa sama berdebar, teruja dan terbeliak bijik mata!! .. Hehe... Tahniah untuk semua yang terlibat dan all the best untuk seterusnya!
Zombie tit-4.8/5 Penulis ni menunjukkan kemajuan yg sangat banyak dr karya nya yg lepas..kesan dari penderaan emosi dan fizikal blh membuatkan gadis yg naif bertukaq menjadi ganas..sebab sifat cemburu mama maya sanggup mendera maya,sampai maya hilang pertimbangan..kasih sayang sam kepada maya dan ayahnya yg x berbelah bagi..eewww gelinya makan sekaya yg ada gumpalan rambut kurator muzium..kesian s.m nazmi..lagi baik kalau penulis menceritakan detik2 mengeluarkan otak,mesti lagi meletup kebabom..cerita ni mcm baca cerita penyiasatan,saya suka penulis masukkan info2 yg berguna..Ag tu saya bayangkan handsome mcm penulis nya.. Valentine berdarah-5/5 saya sangat menyukai cerita ini..sangat..cerita nya padat,x meleret,saya suka penulis selitkan dgn nasihat dan potongan ayat al-quran..cerita ni membawa saya mengembara ke fussia,berimaginasi tentang manusia kucing tu,menyelami perasaan manusia kucing tu bagaimana dia terdera emosi akibat kajian yg gagal ke atas dirinya..terbayang2 lukisan organ,organ yg dimasak,manusia diawet dan selalunya dlm penamat thriller movie ,akan menunjukan penjahat x mati dan akan ada sambungan ke2,adakah valentine berdarah ada sambungan?? Pemangsa-4.8/5 permulaan cerita ni mcm cerita evil dead,ada baca mantera dlm buku yg dipaku,dan ada semangat yg jahat..tapi lain ye,rupanya penulis memainkan kita,nakal penulis ni..saya memang x sangka penamat nya begitu..dan kita x sangka segala apa yg terjadi kita diperhatikan oleh prome 1, bagaimana bernafsu nya dia nak menjadi Tuhan..ada tangan2 ghaib yg mengawal keadaan..semuanya hanya ilusi.. Kejam-4.9/5 saya suka kan cerita ni..penulis membawa kita terbayang2 waktu leo melapah mayat sara..bagaimana takutnya sara menghadapi leo yg mental tp kacak..ohh..betapa gilanya bercakap dgn jantung dan mampu bertahan dlm keadaan busuk..dan lagi baik kalau diceritakan kenapa leo boleh menjadi sebegitu rupa..adakah kerana penyakit atau dari kisah silam yg memeritkan..kesian pada fareed yg x tahu apa dan menjadi mangsa kepada leo..
Buku yang sangat menarik.. Penuh dengan debaran... Kekejaman.. Darah dan aksi yang ganas.. Sesuai dengan namanya Organ.. Semua kisah memaparkan organ sebagai subjek.. Ada yang membuatkan saya tercari-cari apakah sebenarnya Burung Zombie Tit.. Ada yang membuatkan saya insaf dengan perangai manusia yang taksub dengan Valentine..
Yang pasti ke empat-empat cerita memberikan debaran yang mengganas.. Percubaan yang sangat baik dari ke empat-empat penulis..
1. Zombie Tit - Sufi Abqari Rasanya ini kali kedua baca hasil tulisan beliau. Menggunakan 'aku' untuk bercerita tentang cerita ini. Overall okay untuk aku cuma thrill tu mcm kurang sket. Rasa mcm baca cerita penyiasatan aje.
2. Valentine Berdarah - Ebriza Aminnudin Novelis Ini karya pertama beliau untuk genre thriller.. Not bad! Seperti dalam genre seram, jalan cerita dan penceritaaan yg begitu details membuatkan aku rasai apa yg mangsa rasa. Rasa terkurung pon ye.. Memang seksa... Memamg betul2 valentine teralhir bg mereka. Sedih betul. Kesian pon ada pada watak jahat.. Tahniab kak Ebi..
3. Pemangsa - Eiqbal Mohaydeen Juga menggunakana 'aku' sebagai main karekter. Cuma bezanya.. Ada segmen utk cerita tentang watak lain sebagai pencerita. Not bad... Suka dengan watak Shahril yang tidak mementingkan diri sendiri.
4. Kejam - Ninie Othman Cerita ini juga rasanya cerita pertama beliau dalam genre thriller. Hope betul la kan. Cerita yang simple. Bertemakan seorang yang mempunyai masalah mental dan split personalities. Memang ngeri.. Kesian sgt pada mangsa..
Projek Ngeri/Seram Ngeri : Organ adalah tajuk yang sesuai digunakan dalam bahasa melayu sebenar, ramai di luar sana sudah melupakan ' perkataan thriller ' di dalam bahasa melayu.
Kali ini saya membaca buat kali kedua dan mengulas novel di sini sebagai tatapan juga kenangan buat diri saya, jika Projek Seram melebihi 20 buah manakala Projek Ngeri pula cuma ada 6 buah jilid sahaja.
InsyaAllah saya akan cuba membaca kesemua jilid Projek Ngeri ini sebelum berakhirnya tahun 2026, selain tema seram saya juga menyukai cerita berunsurkan ngeri, kejam dan misteri juga.
Minat yang dipupuk sejak kanak-kanak lagi sudah menyukai genre sedemikian, terutamanya ngeri dan kejam. Entah dari siapa agaknya minat saya ini menurun, namun jika cerita berkisarkan makhluk asing, buaya, ular, serangga dan jerung tidak disukai sangat.
Saya lebih cenderung ke arah sesuatu yang menakutkan, mengerikan dan menyeramkan dari benda yang menjijikkan serta menggelikan macam makhluk asing. Kurang cenderung berkaitan dengan binatang pemangsa serta serangga.
Pemilihan ' Organ ' sebagai tema untuk jilid pertama Projek Ngeri adalah sangat bersesuaian dengan genre mengerikan dan kekejaman, satu pilihan yang sangat kuat dan menambahkan rencah jalan cerita.
ZOMBIE TIT - SUFI ABQARI ⭐️
Saya sengaja memilih untuk membaca karya ini yang terakhir, memandangkan karya penulisan beliau sebelum ini agak merepek dan kurang menarik maka sesuai dibaca kemudian sahaja.
Ternyata tekaan saya memang tepat, di kalangan semua kisah yang termuat cuma ini satu-satunya karya yang paling kurang dan tidak berapa mengerikan langsung. Sebaliknya saya merasakan ini cerita penyiasatan dan polis sahaja.
Sepatutnya penulis menumpukan perhatian lebih kepada kisah pembunuhan dan mangsa yang dibunuh, berbanding watak Sam gadis gemuk merangkap pengurus Kafe Kaw Kaw yang bercita cita mahu menjadi penyiasat.
Jalan cerita banyak ditumpukan kepada kisah Sam, dekat kafe dan juga rumahnya, selain merisaukan keadaan adik perempuannya yang datang dari Jepun. Menjadikan karyanya kurang menyerlah dan lari dari ciri ciri kengerian yang diperlukan untuk Projek Ngeri ini.
Jikalau cerita berunsurkan penyiasatan dan kemisterian, mungkin cerita ini dikira lulus selain turut terselit babak kelakar terutamanya semasa Sam bertanya AG sama ada dirinya nampak tua sangatkah sampaikan adiknya menganggap dia adalah emak mereka. Gara-gara wajahnya menyerupai arwah emak mereka. Itu sahaja.
VALENTINE BERDARAH - EBRIZA AMINUDDIN ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Karya ini paling diingati saya sampailah sekarang dan tidak pernah dilupakan sama sekali, sampaikan memberikan saya ilham untuk menulis sebuah cerpen ngeri menggunakan tema berlatarkan pekan terpencil dan manusia yang menjadi patung lilin.
Walaupun penulis mengatakan ini adalah kali pertama percubaan menulis karya berunsurkan ngeri, namun pada pandangan saya penulis sudah berjaya menggambarkan kekejaman dan kengerian yang saya mahukan selaku pembaca.
Di luar sangkaan saya penulis boleh menulis cerita yang macam ini, berbeza dan lari dari kebiasaan cerita ditulis beliau selama ini. Sejujurnya saya lebih menyukai karya ini berbanding novel perseorangan beliau yang tidak logik akal(maafkan saya jika terasa).
Alangkah bagusnya jika penulis menulis dengan cerita macam ini sejak dari dahulu, mesti saya lebih menyukai karya penulisan beliau berbanding kesemua novel yang dihasilkan selama ini.
Semasa kali pertama membaca cerita ini, mengingatkan saya kepada wayang barat seram ngeri ' House of Wax ' yang dibintangi Paris Hilton salah seorang. Ianya lebih kurang macam cerita ini, pekan terpencil dan penduduk menjadi patung lilin.
Untuk mengetahui lebih lanjut, bolehlah mencari sendiri mengenai wayang barat tersebut. Saya baru menonton dua kali, namun dikira sekali sahaja kerana yang pertama tidak dapat ditonton sampai habis di atas sebab yang sudah terlupa alasannya. Hehehe..
Kebanyakan watak-watak di dalam cerita ini, digambarkan seorang islam yang liberal kerana meraikan dan menyambut hari kekasih(penulis terlupa Hari Valentine disebut sebagai hari kekasih di dalam bahasa melayu).
Saya merasakan ramai orang islam di luar sana tidak mengetahui sejarah hari kekasih iaitu meraikan hari lahir St. Valentine, begitu juga dengan hari memperbodohkan orang(April Fool) yang menganiaya orang islam.
Untuk apa kita selaku orang beragama islam meraikan hari kekasih seperti mereka yang bukan islam, di dalam agama islam tiada istilah kekasih sebaliknya pertunangan dan perkahwinan. Lebih baik meraikan ulang tahun perkahwinan dan hari lahir, lagi bagus.
Salah satu perangai manusia ini bukan sahaja keinginan kuat untuk mengambil tahu, pendek kata penyibuk dan tidak mudah berasa curiga membuatkan mereka semua terbabit dalam kancah bahaya yang meragut nyawa mereka.
Sewaktu mereka ternampak bandar pelik di kawasan terpencil seakan-akan bandar koboi, sepatutnya berasa curiga dan musykil kewujudan Bandar Fussia yang lengang serta sunyi sepi.
Mak cik 60an yang kelihatan awet muda dari usia sebenar, sungguh mencurigakan dari awal kerana rumahnya tidak jauh dari Bandar Fussia dan dia merahsiakan tentang sesuatu dari mereka.
Malah membiarkan tujuh sekawan menjadi mangsa, watak dua pasangan kekasih yang kemaruk mahu menyambut hari kekasih terakhir ini ada juga lembapnya. Boleh pula memasak di dapur kedai makan dan juga kediaman orang, siap menghiaskan meja makan malam dengan lilin.
Sudahlah main makan makanan yang entah apa-apa, tidak diketahui datang dari mana. Manalah ada orang sengaja meninggalkan masakan macam itu sahaja, kononnya mahu meraikan hari kekasih terakhir sememangnya yang terakhir.
Asyik berkepit ke sana ke mari, bukan main menyambut hari kekasih macam orang barat lepas itu baru mahu melamar kekasih hati sebagai suri hati. Namun sayangnya semuanya sudah terlambat, selepas berdosa meraikan hari kekasih, berdua-duaan tanpa mahram dan bersentuhan sesama sendiri. Akhirnya mati dibunuh dengan kejam, tanpa sempat bertaubat. Nazubillah...
PEMANGSA - EQYBAL MOHAYDEEN ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Jika dari awal Shahril mengikut kata Hashim jangan menggunakan laluan itu kerana banyak mengambil nyawa, sudah tentu pemandu bas dan penumpang yang lain tidak akan menjadi mangsa kemalangan bas.
Akhirnya mereka berempat yang masih hidup dan terselamat dari nahas, ianya bukan satu kebetulan mereka menemui rumah tersembunyi di dalam hutan dan juga buku misteri yang mencurigakan.
Keinginan manusia yang suka mengambil tahu walaupun puas dilarang, buku misteri dibuka dan bermulalah tragedi yang membuatkan hidup mereka huru hara. Demi menyelamatkan diri dari makhluk pelik yang makan manusia.
Penulis berjaya membuatkan pembaca tertipu dengan sangkakan makhluk itu seolah-olah wujud dari awal, di pengakhiran terjawab segala rahsia mengenai makhluk itu dan mengapa semua manusia yang memasuki hutan ini tidak pernah berjaya keluar dari hutan ini hidup hidup.
Penamat sengaja dibiarkan tergantung begitu sahaja, di mana mayat mereka yang membunuh diri telah hidup kembali seperti mayat hidup. Hanya dua orang berjaya keluar dari situ hidup hidup dan menyembunyikan diri mereka kerana mengetahui rahsia tersembunyi di hutan itu.
Semasa saya di bangku persekolahan dahulu, saya masih teringat Ustaz dan Ustazah pernah menunjukkan orang kafir pernah mencuba mencipta manusia, lalu menunjukkan kegagalan gambar ciptaan manusia buatan ahli sains.
Tiada sesiapa boleh mencipta manusia selain dari Allah SWT, Tuhan Sekalian Alam kerana hanya DIA satu-satunya yang berkuasa boleh mencipta, menghidupkan dan mematikan manusia. Makhluk lain tidak akan mungkin boleh mencipta makhluk sesama mereka, hatta manusia dan juga haiwan sekalipun.
KEJAM - NINIE OTHMAN ⭐️⭐️⭐️⭐️
Biarpun percubaan pertama penulis dalam genre mengerikan, namun saya merasakan penulis berjaya menyampaikan perasaan seorang psiko yang kejam semasa membunuh mangsanya. Cuma penulis terlepas pandang untuk menceritakan latar belakang Leo bagaimana beliau boleh berubah menjadi seorang psiko, kebiasaan cerita mesti ada di balik tabir kisah pembunuh gila. Teringin juga mahu mengetahui kisah silamnya, sayangnya..
Pemuda Serani berwajah kecinaan, Leo yang psiko telah membunuh kekasih sendiri, Sara gara-gara mahu meninggalkan dirinya setelah mengetahui rahsia hitam Leo yang menakutkan. Disimpan jantung milik Sara di dalam balang dekat rumahnya.
Selama tinggal di sini sejak setahun lalu, Leo tidak menyedari jirannya yang duduk lama di sini sejak 15 tahun lalu mempunyai wajah hampir serupa 60% dengan kekasih hatinya. Begitu juga dengan nama dan usia, cuma berbeza bangsa dan agama sahaja.
Penyakit sakit jiwa Leo kian parah, bukan sahaja dia menyasarkan Andy yang menyimpan perasaan terhadap Sara malah kawan baik Sara, Alice juga menjadi mangsanya dan jantung milik Alice turut diambil sekali.
Saat mengetahui ada lelaki mempunyai perasaan kepada Sarah, Leo enggan melepaskan lelaki yang dianggap penghalang jalannya demi menjadikan Sarah sebagai miliknya mutlak. Sebab itulah jangan terpikat rupa luaran yang tampan, dalaman lebih penting.
Kebanyakan orang yang sakit jiwa ini digambarkan mereka seperti manusia normal yang lain, jika orang di luar sana mudah tertipu dengan penampilan luaran mereka yang nampak baik, cantik dan kacak. Sebab itulah manusia yang terlalu baik sangka mudah ditipu dengan mudah, kerana mereka tidak mahu berburuk sangka hatta sekelumit pun.
Nasib baiklah cerita ini penulis berjaya menoktahkan dengan baik di mana akhirnya kejahatan berjaya ditumpaskan, biarpun beberapa nyawa sudah melayang disebabkan psiko ini.
Saya menyukai tema dan jalan cerita yang berkaitan dengan watak pesakit jiwa seperti psiko, perwatakan lebih dari satu sama ada pemilik badan menyedari kewujudan dirinya satu lagi ataupun tidak. Biarpun saya menyukai genre sedemikian, bukan bermakna saya berminat dengan mereka kerana saya adalah manusia normal yang biasa.
Terdapat empat cerita di dalam novel ini, antaranya Zombie Tit, Valentine Berdarah, Pemangsa dan Kejam.
Saya nak review cerita Pemangsa kerana saya suka plot twist cerita ni. Pemangsa mengisahkan tentang dua orang lelaki yang dihantui makhluk misteri setelah menjumpai buku pelik di dalam hutan. Mereka kemudiannya mati dibunuh oleh makhluk tersebut. Beberapa tahun berikutnya, sekumpulan remaja yang terlewat menuju ke tempat lawatan sambil belajar telah tersesat di situ apabila mereka melalui jalan pintas. Pelbagai peristiwa berlaku membawa remaja tersebut kepada 'tangan-tangan ghaib' yang mengawal mereka.
Antara pengajaran dalam cerita ini:
- Sifat ingin tahu yang sangat tinggi boleh membawa bencana kepada kita. Contohnya dalam cerita ni, dua orang lelaki menjumpai buku yang mengandungi mantera pelik. Kecenderungan mereka ingin tahu kandungan buku tersebut akhirnya membawa padah kepada mereka.
- Jangan sesekali bercakap besar terutamanya apabila berada di dalam hutan.
- Jangan pernah berputus asa walau seberat mana pun ujian yang menimpa kita. Sentiasalah bertawakal dan berserah diri kepada Allah.
Projek Thriller ini merangkumi 4 cerita daripada 4 penulis berbeza. Di antara keempat cerita yang ada, paling saya gemari ialah Pemangsa nukilan Eqbal Mohaydeen. Hampir sempurna jalan cerita yang dilakar. Rasa saspen yang diterapkan memang menjadi.
Manakala untuk cerita Zombie Tit dan Kejam, kedua-dua cerita ini saya kira dalam kategori 'boleh hadam'. Gerak ceritanya mudah difahami namun elemen thriller yang cuba diserapkan tidak terasa.
Untuk cerita Valentine Berdarah, maaf buat penulis. Cerita ini tidak kena dengan jiwa saya. Ceritanya agak mendatar dan terasa seperti tidak logik. Dialog yang digunakan juga terasa seperti membaca 'skrip'.
Keseluruhannya, Projek Thriller: Organ ini merupakan karya yang bagus bagi buku bergenre ini. Saya kira ini buku pertama untuk genre ini di bawah penerbitan Buku Prima. Apa-apa pun buat peminat bergenre Thriller yang menginginkan cerita yang pelbagai, boleh mendapatkan naskhah ini.
buku Organ ni, as you may have guessed, bertemakan organ. ada 4 cerita pendek bermuka surat kurang dari 100, and keempat-empat cerita fast-paced, so this 500+ pages felt short. kesemua
Zombie Tit- mengenai seorang anak pemilik kafe lama yang berminat dengan penyiasatan. pembunuhan ngeri berlaku yang menyebabkan Sam terlibat sekali dengan penyiasatan polis. cerita ni bagi aku straightforward je, takde belok-belok. ada a few chapters yang aku rasa flat berbanding dengan chapters lain yang penuh ngeri dan saspens.
Valentine Berdarah - untuk aku yang suka gila cerita House of Wax, aku enjoy Valentine Berdarah! kalau korang pernah tengok cerita tu, Valentine berdarah ni lebih kurang sama jalan ceritanya. sekumpulan kawan berhajat nak sambut Valentine terakhir (kononnya) dekat satu pantai ni, tapi GPS bawa mereka ke satu Cowboy Town yang terbiar. Macam aku cakap haritu. cerita dia mengarut, tapi mengarut yang mendebarkan haha! walaupun aku tak suka (langsung) watak dalam cerita ni, plot dan cara penulisan penulis sangat tidak mengecewakan.
Pemangsa - cerita ni mengenai sekumpulan pelajar yang dalam perjalanan ke suatu tempat, tapi terjebak dalam kemalangan yang membawa kepada mimpi yang paling mengerikan dalam hidup mereka. Aku suka gila epilog dengan prolog cerita ni- memang zuppp tarik minat aku terus. Tapi 80% of the whole story tu ulang benda sama je, so aku dah start bosan. Ceritanya tak panjang sangat, jadi bila benda sama jadi dalam setiap chapter, aku punya minat nak sambung baca tu dah hilang. Honestly aku tak suka twist yang macam ni, tapi last2 tu i thought it was okay.
Kejam - Kejam merupakan kisah seorang lelaki yang obses dengan teman wanitanya- and that's all that you need to know. Antara 4 cerita dalam buku ni, Kejam yang paling aku suka. Dari awal sampai akhir, takde pun plot yang membuatkan aku berhenti. I read this in one sitting! cerita dia ngeri, tema psiko-thriller sangatlah menonjol dalam perwatakan Leo.
Overall a good book. 4 cerita psiko-thriller bertemakan organ yang dibawa keluar dari jasad, banyak ke arah mengerikan daripada mendebarkan. aku ada beli lagi beberapa buku siri Projek Thriller, tak sabar nak baca!!
Ulasan: Projek Thriller Organ — Sufi, Ebriza, Eqbal & Ninie
Projek Thriller Organ menghimpunkan empat kisah gelap bertemakan organ, dengan elemen thriller, psikologi dan kegilaan manusia. Setiap cerita menghidangkan sisi manusia yang paling ngeri — dipenuhi elemen gore, obsesi, dan tindakan di luar batas kemanusiaan.
Kisah 1 Mengupas derita seorang anak yang hilang kasih sayang ibu. Seorang ibu yang sepatutnya melindungi, sebaliknya menjadi punca penderitaan. Kegilaannya mencipta rantaian mangsa lain, manakala si ayah pula memilih diam, sehingga keburukan itu berlarutan. Cerita ini menguatkan tema: bila pelindung menjadi pemangsa, dunia anak itu musnah.
Kisah 2 Berlatar sebuah bandar yang ada makhluk rakus pemakan/pengumpul organ manusia. Ada rasa geram melihat anak-anak muda yang terlalu mengagungkan Valentine’s Day walaupun jelas bertentangan dengan ajaran agama. Kisah ini jadi satu peringatan — belajar agama jangan pilih-pilih, dan jangan biarkan kejahilan membuka pintu kepada kebinasaan.
Kisah 3 Tentang manusia yang gila melakukan kajian dan mencabar kuasa Ilahi. Dalam diam, wujud kelompok yang mengangkat sains sebagai “tuhan”, mengorbankan nilai moral demi kepuasan, keuntungan dan kuasa. Fiksyen dalam kisah ini terasa dekat dengan realiti — seolah refleksi kelompok rahsia yang wujud di dunia sebenar.
Kisah 4 Cinta yang merosakkan dan lelaki psiko yang membawa malapetaka. Obsesi melampau mendorongnya menghancurkan ramai mangsa. Ada rasa kasihan pada mereka yang terperangkap dalam kegilaan seorang manusia yang hilang kewarasan dan empati.
Kesimpulan : Projek Thriller Organ ialah naskhah yang gelap, penuh gore dan sarat dengan kegilaan manusia. Setiap kisah membawa ketegangan tersendiri, dengan tema yang menyentuh soal agama, moral, dan kemanusiaan yang semakin nipis. Sesuai untuk pembaca yang suka thriller berat, psiko dan jalan cerita yang mengusik jiwa.
PROJEK THRILLER: ORGAN karya Sufi Abqari, Ebriza Aminnudin, Eqbal Mohaydeen & Ninie Othman
Personal Rating Suri: ⭐⭐⭐⭐/5
Kalau tengok tajuk PROJEK THRILLER: ORGAN, memang dari awal lagi aku dah boleh agak buku ni bukan jenis thriller yang nak bagi kita baca sambil lewa. 😅 Tapi apa yang menarik, buku ni menghimpunkan empat cerita daripada empat penulis dengan gaya dan pendekatan yang berbeza.
Aku paling suka konsepnya sebab setiap cerita ada rasa tersendiri. Ada yang lebih bermain dengan sisi gelap manusia, ada yang buat aku rasa tak selesa, ada yang lebih misteri dan ada pula yang membawa elemen keganasan dengan cara yang agak disturbing.
Zombie Tit karya Sufi Abqari bagi aku antara cerita yang meninggalkan kesan kerana ia bukan sekadar nak menakutkan pembaca. Ada unsur psikologi dan sisi manusia yang agak menyakitkan untuk dibaca. Valentine Berdarah pula membawa suasana yang lebih mengerikan dengan elemen organ manusia yang memang kena dengan tema keseluruhan buku.
Kemudian ada Pemangsa yang bagi aku lebih kepada rasa tertanya-tanya dan Kejam yang memang… tajuknya pun dah bagi amaran. 😂
Cuma sebab ini antologi, sudah tentu tahap kesukaan aku terhadap setiap cerita tak sama. Ada cerita yang aku rasa sangat menjadi, ada juga yang aku baca sambil fikir, “Okay… yang ni agak gila.”
Secara keseluruhan, kalau suka thriller gelap, psikologi, pembunuhan dan sisi manusia yang tak berapa manusia, buku ni memang boleh masuk dalam senarai bacaan.
Organ Sufi Aqbari,Ebriza Aminuddin,Eqbal Mohaydeen,Ninie Othman Buku prima 556 ms
Regiew ringkas: Genre thriller psikoyg buat sy lambat abiskn pembacaan.
Totally semua kisah not bad.tp sy stuck plg lama dkt 1 crta..mcm meleret2.. Dan sy terganggu dgn kisah yg memainkn 1 watak 1 kisah..lg2 yg mgunakn kata diri aku utk crta dia.
Heh! Ini dunia bukan syurga,di manasemua kemahuankita mesti dituruti. Yh penting bergerak mengikut situasi dan jgn mnyerah dgn mudah. Ketentuan biar Allah yg pilihkn. - ms 124
Jalan cerita setiap novelet sangat mendebarkan diri yang sedang membacanya dan dapat ditebak pengakhiran sedikit sebanyak setiap kisah tersebut.
Namun begitu, saya tetap ingin memuji setiap karya novelet yang dihasilkan kerana menggunakan laras bahasa yang gramatis dan sedap untuk dibaca.
Berjaya membuatkan saya berimaginasi dengan setiap deskripsi watak, tempat, emosi yang dimainkan dan setiapkan memainkan peranan penting lalu diadun dengan begitu baik.