Jump to ratings and reviews
Rate this book

Terbang Tapi Berjalan

Rate this book
TAK SEMUA ORANG BOLEH TERBANG, TAPI SEMUA ORANG BOLEH BERJALAN.

Afiq Sazlan berkongsi cara untuk para pemuda memasang cita-cita setinggi langit, tetapi tetap berpijak atas bumi realiti.

Kecemerlangan milik pemuda yang memiliki pemikiran luar biasa, dan kemahiran untuk memanfaatkan ciptaan-ciptaan Allah di dunia ini.

Ini adalah cara beliau pandang hidup beliau; berbeza, sungguh istimewa. Tidak ramai pemuda berani mengambil keputusan yang boleh mengubah seluruh jalan hidupnya, jadi, bagaimana beliau berani mengambil langkah pertama yang seakan begitu menggerunkan itu?

Buku ini mecoretkan bagaimana Afiq Sazlan Terbang Tapi Berjalan dalam mengharungi cabaran demi cabaran, kejayaan mahupun kegagalan yang datang.

147 pages, Paperback

First published October 6, 2016

1 person is currently reading
14 people want to read

About the author

Afiq Sazlan

3 books58 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (9%)
4 stars
4 (18%)
3 stars
14 (63%)
2 stars
1 (4%)
1 star
1 (4%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Aiza Idris (biblio_mom).
622 reviews211 followers
January 1, 2021
Buku pertama yang saya baca dan habiskan pada tahun 2021 ni. Penulis memaknai keberanian dengan begitu baik sekali. Dan keberaniannya berkongsi tentang kegagalan demi kegagalan, amat saya kagumi. Tak ramai orang suka menceritakan tentang kegagalan masing-masing SEBELUM berjaya. Afiq Sazlan memang "rare".

Dalam buku ini, penulis berkongsi tentang saranannya pada pemuda pemudi agar berani menongkah arus apabila mempunyai matlamat dalam diri. Menurutnya, kita hendaklah berani memasang impian setinggi langit, tetapi tetap teguh berpaksi di bumi.

Beberapa kisah dan kata-kata mutiara dari tokoh-tokoh terkenal ada dikongsikan dalam buku ini. Memandangkan buku ini diterbitkan pada 2016, saya rasa tak adil jika saya komen mengenai font size dan spacing yang membuang-buang ruang. Kerana selepas buku ini, Iman Publication telah membaikpulih kualiti buku-buku terbitan mereka dari SEMUA ASPEK. Tapi, tulisannya yang besar buat saya gembira. hahahaha. sedap mata memandang.

Salah satu perkara yang saya akan sematkan dalam hati adalah jangan takut 'memecat' kenalan yang salah, dan kejayaan itu bukan milik orang berbakat.
Profile Image for Ainnudin Ja'far.
116 reviews1 follower
November 18, 2018
Jika anda ingin membaca sebuah buku yang sarat dengan pemikiran dan motivasi, buku ini merupakan pilihan yang tepat. Penulis membawa pembaca untuk sama-sama merenung masa hadapan dan apa jua yang dilakukan agar dapat mengecapi kejayaan. Kata-kata yang penuh dengan motivasi ini membawa kita untuk merenung kembali apa jua yang telah dan akan dilakukan agar ia memberi impak bukan sahaja untuk diri kita tetapi orang yang berada di sekeliling kita !
Profile Image for Ummu Roman.
22 reviews1 follower
December 18, 2019
Buku yang memberi maksud kegagalan sebenar. Gagalnya kita apabila kita tidak mampu untuk mengukir cita-cita walaupun hanyalah cita-cita kecil. Gagalnya kita apabila kita takut menongkah cabaran yang mendapat. Fikiran terlalu bercelaru memikirkan proses menuju kejayaan sehinggakan kita memilih untuk berhenti sebelum mencuba. Pengecutnya kita. Berhenti sebelum mencuba. Ahh memalukan. Bertambah gagal apabila kita berdegil belajar dari fantasi sedang terang lagi bersuluh ianya bertentangan dengan realiti.

Biarlah usaha setanding kelajuan terbang dan pada masa yang sama kewarasan berpijak dibumi yang nyata.
Profile Image for Mior Zainul Arif.
22 reviews
June 19, 2022
Buku yang sangat ringkas. Sarat dengan motivasi yang disampaikan secara jelas dan santai. Tahniah penulis.

Cuma xberapa gemar dengan susunan kandungan dengan size font yang agak besar. Sekiranya di kecilkan size font, mesti buku ni lebih nipis. Agak 'overprice' dengan harga sebuah buku ini.
1 review
April 4, 2019
Buku yang memang bagi inspirasi , motivasi and then semangat yg mndalam . 👍 so baca laa buku nie kalau tengah down or anything memang akn berbaloi . 💕
Profile Image for Frrni .
190 reviews3 followers
August 6, 2021
Terbaik, menceritakan tentang keberanian untuk melangkah maju ke hadapan. Overall semuanya okay dan memotivasikan untuk sesiapa yang mahu dorongan untuk terus ke hadapan.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.