ML: Mejar Syed Hilal Aslan
FL: Ruby Haya
Belum sampai separuh buku ni, dah tak mampu nak teruskan baca, kena berhenti sekejap. Sebab apa? Hati aku dah terbakar. Kalau sambung, rentung jadinya 🔥 Kenapa wujud ya ahli keluarga yang kejam dan otak senteng begitu (pardon 🙏🏻).
Disebabkan nak menjaga nasab keturunan, sanggup memaksa anak menantunya berpisah dan sanggup melakukan perkara kejam dengan membunuh cucu dalam kandungan menantunya. Syed Abdul Hanan, itu nama puteranya yang sudah pergi menghadap penciptanya di saat belum melihat umi dan babanya. Bak kata Saadiah (ibu Hilal), 'orang luar' tidak selayaknya digandingkan dengan anak terunanya. Teruk dihina dicerca dibuli sang menantu yang baru lepas keguguran. Ahhhhhhhhh mak stress! ☄️☄️☄️
Ruby yang tidak sanggup menjadikan Hilal (suaminya) itu anak derhaka kepada mertuanya, meminta untuk dilepaskan (walau keadaan memaksa). Hilal memang menolak kawkaw, takkan hubungan cinta yang selama ini dituai, dibaja sehinggakan berbuah, hendak ditebang pohonnya begitu saja disebabkan desakan ibunya. Konon ibarat pohon itu tidak layak ditanam di kawasan taman yang indah. "Cucu perogol" itu gelaran paling berat buat Ruby. Siapa sangka, kisah silam arwah nenek dan arwah Eviana (maknya) dibangkitkan dan dicerca tanpa tahu kisah sebenar.
Sekalipun, Ruby dan Hilal berpisah tapi itu cumalah fizikalnya saja. Hati mereka saling bertaut. Sejauh mana pun mereka pergi dan membawa haluan masing-masing, takdir menemukan mereka di serata tempat dan keadaan. Itu janji Allah SWT, jika itu jodohnya, maka tidak ada yang mustahil untuk kalian bersama semula. Disebabkan desakan dan ugutan dari ibunya, Hilal terpaksa bernikah dengan Leyla (menantu pilihan ibunya). Dipaksa menjalankan juga tanggungjawabnya sebagai 'suami' terhadap Leyla sehinggalah bercambah benihnya dalam rahim Leyla, Sharifah Havva itu nama puterinya. Janji Hilal kepada Leyla untuk menjaga dan menyayangi Havva sekalipun tidak dapat mencintai ibu kandung kepada Havva (hanya ada Ruby dalam fikiran dan hatinya. Muktamad). Leyla pergi selepas melahirkan Havva sekaligus membuatkan Havva tidak pernah rasa kasih sayang seorang ibu.
Disebabkan sayang dan masih nak menumpang secubit kasih insan bernama ibu, sanggup Ruby mendermakan buah pinggangnya untuk bekas ibu mertuanya. Atas izin-Nya, Hilal dan Havva dipertemukan dengan Ruby secara tidak sengaja. Bermula daritu, Ruby yang pada awalnya telah jatuh cinta dengan bidadari kecil Havva, tidak segan untuk mencurahkan kasihnya kepada Havva. Disaat Hilal ingin mendapatkan kekasihnya semula, Ruby juga sedang direbut oleh dua orang jejaka lainnya iaitu Ilman Shah Khan dan Ayhan (ternyata mereka adalah adik beradik angkat). Anehnya, sebaik manapun kedua lelaki tersebut kepada Ruby, dalam fikiran dan hatinya cuma ada Hilal. Ditolak berjuta kalipun, hanya ada Hilal dihatinya. Hilal adalah aslan (singa)nya. Selamanya.
Pengorbanan Shah dan Ayhan terutamanya di akhir buku ini sangat menyentuh jiwa pembaca ya. Bak kata Ayhan, dia bukan serahkan Ruby pada Hilal tapi dia pulangkan semula hak lelaki itu. Ahhhhh mulianya hati Ayhan 🤍
✅KESIMPULANNYA:
Bermula dari hari pertama baca, satu pujian yang layak diperoleh untuk karya ini adalah INDAH! Penulisan dan penggunaan bahasanya yang sangat indah but still mudah difahami. Penulis describe setiap situasi/orang/tempat/dsb very detail! Ditaburi juga dengan banyak ilmu baharu yang menarik misalnya tentang perubatan, ketenteraan, sejarah tentang negara yang dikunjungi dsb (maksudnya penulis membuat kajian yang sangat baik). Mainan emosi yang ketara! Siapa rindu Turkiye 🇹🇷, bolehlah baca ni, terubat sikit rindu. Çok teşekkür ederim, Puteri Nor ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️