Jump to ratings and reviews
Rate this book

Inayah

Rate this book
Setelah tinggal lama di New York, Muhammad dan Aisya memutuskan untuk berpindah balik ke Malaysia dan memulakan hidup baharu. Mereka membeli sebuah rumah corner lot bagi memenuhi cita rasa mereka. Sayangnya tidak lama kemudian, salah seorang daripada anak kembar mereka menunjukkan tingkah laku aneh.

“I don’t like this house. It’s scary. Penny hates this house. Right, Penny?” - Adam

Muhammad dan Aisya pula diganggu dengan beberapa kejadian yang tidak dapat dijelaskan. Rumah tangga mereka mula berantakan apabila kedua-duanya tidak lagi saling percaya dan sehaluan lagi.

“Papa! You yang dah melampau! You just refuse to see it.” - Aisya
“See what?” - Muhammad
“Something is wrong with your son! - Aisya

Campur tangan daripada Suraya, ibu kepada Muhammad juga menambahkan lagi permasalahan yang ada. Suraya yang terlalu percaya akan kepercayaan karut bertindak memanggil bomoh untuk ‘memagar’ rumah anaknya itu. Namun, perkara itu mendapat tentangan daripada Aisya yang hanya percayakan Allah dengan apa yang telah berlaku.

“Dia tengah pagar rumah kamu ni. Biar tak masuk hantu. Biar keselamatan kamu sekeluarga terjamin.” - Suraya
“Ini semua khurafat, mak. Tak boleh ni.” - Aisya

Apakah sebenarnya yang telah berlaku di rumah itu? Berjayakah Muhammad dan Aisya menyelamatkan anak-anak mereka daripada gangguan makhluk yang sedang berusaha untuk membebaskan diri? Adakah sebenarnya mereka sudah terlambat?

“Siapa pun kamu, pulanglah kamu kepada pencipta-Mu Allah Ar Rahman. Pulanglah kamu pada pemilikmu, Allah Al Ghaffar! Pulanglah kamu pada tanahmu. Allahuakhbar!” - Imam Ali.

525 pages, Paperback

First published January 1, 2016

12 people are currently reading
98 people want to read

About the author

Maria Kajiwa

61 books110 followers
Camellia dan Maria Qay adalah nama pena lain bagi penulis Maria Kajiwa.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
56 (37%)
4 stars
63 (41%)
3 stars
27 (17%)
2 stars
4 (2%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 39 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,113 reviews204 followers
November 1, 2025
When F read waktu siang, it wasn’t that scary. But at night adoiii… suddenly F felt chills creeping in.

Cerita ni best layan.. F was acting brave tapi takut gak... my heart was already going dupdap² 🙈

Kisahnya diaorang moved out from Muhammad’s mother’s house. Mak Muhamad ni percaya benda² syirik @ bomoh. Later you’ll find out why she’s so convinced gan tok bomoh.

Aisya on the other hand tak percaya benda² kurafat ni. She kept telling her husband but Muhamad ignored. He just thought she was being paranoid and exaggerating.

Itulah takkan tak perasan Adam’s change in behavior? Obvious kot budak tu ada pendamping.

Mujur ada Jamal dan Iman Ali yang sudi membantu bila keadaan agak critical. Tiba² lak Muhamad muncul dari koma..

F feel Aisya and Muhammad were a bit too slow to react to what was happening.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
485 reviews42 followers
December 8, 2023
Muhammad dan Aisya beserta kedua anak kembar mereka berpindah ke sebuah rumah baru. Dan di situlah bermulanya segala gangguan. Hingga mengakibatkan salah seorang anak kembar mereka Adam berubah laku.

Walaupun konsep cerita ini agak klise. Pindah rumah baru. Ada hantu. Hantu kacau. Tetapi penulis berjaya menulis cerita ini dengan baik hingga terasa keseramannya. Setiap kejadian disusun dengan cantik dan teratur. Nampak kemas je.

Tapi ada beberapa plot di penghujung cerita yang agak tidak SH sangka. Dan ia memang kena dengan jalan cerita. Sampai SH kata ooo patutlah macam tu.

Memang banyak pengajaran yang boleh diperolehi dalam naskah ini. Contohnya Suraya yang terlalu bergantung pada bomoh untuk hidupnya hingga lupa pada siapa sepatutnya dia bergantung harap. Bomoh pulak bomoh tak boleh pakai.

Geram jugak dengan Muhammad yang sukar sangat nak percaya dengan kata-kata isterinya. Adakah lelaki memang sebegini. Sebab banyak dalam buku atau drama/filem seram yang suami tidak mempercayai isterinya bila kata nampak hantu. Mulalah nak tuduh macam-macam. Sekali dah nampak baru ada akal.

Tapi SH suka kejiranan di dalam naskah ini. Sifat saling membantu mereka dan saling ambil peduli tu dah jarang kita jumpa di kawasan perumahan terutamanya di bandar. Bukanlah penyibuk macam kepochi tetapi lebih kepada mengambil berat.
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
October 26, 2016
Tak pernah baca novel melayu yg misteri, thriller or hantu..this is the first book..tak sangka novel yg diintai (Lengloi dan Puja) written by this author. Sumpahan Ling Chi by another author pun masih terbengkalai. Hmm not bad jalan cerita ni.

Pemujaan gone wrong yg berlaku in the 40s stretched to current situation. Banyak penduduk kampung dan anak kecil yg diganggu. Kesemua yg pernah diganggu mahluk halus, tergolong dari keluarga yg lalai dengan urusan dunia.

Keluarga Muhammad yg baru berhijrah kembali ke tanahair membeli rumah di corner lot (nama kampung tak ingat). Rumah yg tidak pernah didiami sesiapa semenjak kawasan itu dibangunkan. Sebelum berpindah mereka tinggal dgn ibu Muhammad Puan Suraya. Old lady with a lot of superstitious beliefs. Dia mengerah seorang pawang untuk cleanse their house.

Aisyah yg lebih meletakkan kepercayaan kepada Allah Azza wa Jalla, menasihati ibu mertuanya agar tidak terlalu taksub dengan benda tahyul..Sebenarnya rumah tu memang perlu di semak (kalau perkataan salah tolong betulkan ya) tapi biarlah berpandu dengan cara yg betul bukan berjampi serapah then diludah2..Sebagai tuan rumah, Aisyah kurang menyenangi cara pawang itu lalu selepas pawang meninggalkan kawasan, dgn cepat dia membersihkan kembali. Perbuatan Aisyah mendatangkan kemarahan Puan Suraya.

Setelah itu, berlaku bermacam2 incident yg melibat anak kembarnya Adam dan Umar. Terutama sekali Adam yg boleh nampak benda halus begini sebab dari awal cerita dia ada seorang teman ghaib bernama Penny. Sekali lagi mertuanya campur tangan dan berlaku perbalahan..the last straw was the night Adam naik kebumbung mengikut jejak langkah Kuntum teman ghaibnya. Muhammad yg mengejar anaknya jatuh tangga kerana diganggu lantas coma. Aisyah yg dari awal tertekan dgn perubahan anak dan suami hampir putus asa akhirnya mendapatkan bantuan Imam Ali.

Puan Suraya juga berubah setelah mlm itu..mlm pengajaran bagi Puan Suraya dari 'Adam'. Reminds me of scene cerita Karak semasa baca ayatul kursi..tak menahan..pada saya kalau baca tak faham tak apa tapi yakin mesti nak ada..kalau faham dan menghayati bacaan lagi bagus. Entah apalah yg si pawang tu baca dan jampi.

Menurut saya, Aisyah actually seorang yg kuat dan rajin beribadah tapi saya khairan kenapa tindakan dia lembab sangat. All signs dah ada tapi dia hanya meletakkan segalanya pada Allah tanpa usaha yg gigih bagi memulihkan keadaan (like mengaji dan sholat berjemaah). Mungkin sebab dia antara percaya dan tidak dengan kehadiran benda halus atau jika dia bercerita tiada siapa yg memahami or percaya apa yg diperkatakan, jadi dibiarkan saja. Cara dia menangani Adam dan Umar juga kurang menyenangkan. Kadang2 dibiarkan sahaja.

Diakhir cerita baru saya faham kenapa sukar untuk mahluk halus itu melepaskan Adam..it all went back to mlm sejarah beberapa tahun dulu masa zaman tok moyang. Not sure ada sequel ke tidak sebab ia beralih pada Umar pulak. All in all its a good read. Font is big for easy reading.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
October 29, 2019
Walaweh.

Ni novel ke 3 yang aku baca hasil tulisan Maria Kajiwa. Memang la genre seram ni makanan beliau. Ketiga2 novel yang aku baca semuanya menarik.

Inayah, kisah dendam seorang perempuan setelah apa yang berlaku kepada keluarganya pada tahun 1940an. Dia kehilangan suami dan anak kembarnya serta dirinya sendiri.

Kisah ini ada perkaitan dengan sikap manusia yang taksub dengan ilmu hitam. Demi untuk kepentingan diri sendiri, sanggup dia mengorbankan nyawa yang tidak bersalah.

Pada tahun 2016, Muhammad dan Aisya baru berpindah ke sebuah rumah setelah kembali ke Malaysia. Mereka mempunyai anak kembar, Adam dan Umar. Kedua anak kembar mereka mempunyai perwatakkan yang berbeza.

Pelbagai kejadian pelik yang berlaku terutama pada anak mereka, Adam. Perangai Adam bertukar. Sikapnya lebih agresif hingga sanggup mencederakan kembarnya, Umar.

Apakah sebenarnya perkaitan keluarga Muhammd dengan Inayah? Atas sebab apa perangai Adam berubah menjadi agresif? Haa jawapan tu korang kena cari dalam Inayah. Serius tak rugi baca novel ni. Alu cuma ambil masa lebih kurang 5 jam untuk khatam. Sama seperti novel MK sebelum ini, Lara wirang.
Profile Image for cutesyreader ツ.
123 reviews57 followers
October 12, 2019
Ermm... Tak tahu macam mana nak review buku ni. Sepanjang pembacaan aku rasa macam biasa je dan takde terdetik rasa seram pun walaupun jalan cerita dia boleh tahan setiap saat setiap minit ada je 'benda' berlaku. Adakah kerana diri ini sudah lali dengan kes-kes dan cerita seram seperti ini? Dah biasa dan sebati orang kata so takde nak rasa seram sangat.

Walaupun sepanjang pembacaan aku takde naik bulu roma, tapi jalan cerita dia best jugak. Aku bengang je dengan suami Aisya, si Muhammad tu. Sama lah dengan mak mertua Aisya, si Suraya tu. Aisya pun sama, tak puas hati betul aku dengan cara dia handle anak-anak dia especially Adam. Dia boleh lagi watlek watpis. Kalau aku lah, dah lari pi cari orang minta tolong atau pun pi masjid. Pastu macam slow tak tau punca anak dia jadi macam tu sebab apa. Maybe sebab lama duduk di oversea so dia macam tak percaya sangat benda-benda hantu jin semua ni. Sebab tu dia boleh watlek watpis lagi. Muhammad pun sama. Obvious dah kot 'benda' yang berlaku kat dia tu pastu dia macam tak boleh fikir logik. Aku pun macam "kau pehal ngok sangat bro?"

Starting cerita macam biasa je tapi dalam 400 muka surat ke atas tu dah start exciting sikit. Ending dia aku tak puas hati. Saja nak buat suspen ke apa? Ermm...

Actual Rating:
4.3 bintang
Profile Image for libraryofaisha.
61 reviews5 followers
October 16, 2022
*This will be a long review

This is my first book by this author and I can say that her book was kinda good for horror punya genre. Plus, this is my first time baca buku genre seram. Sesuai sangat untuk I yang penakut ni since buku ni tak seram mana 🙆‍♀️

- I cried a gallon okayy masa baca buku ni. I cried for Inayah and her kids too 🥺 Ya allah memang sedih sangat. I couldn't stop crying tau ! I jenis hati tisu when it comes to this book.
- All the twists and turns throughout this book was amazing. The plot twist and the storyline memang tersangatlah shocking.
- I love all the chracters in this book except for Muhammad and Pak Hazman. Muhammad ni macam menyakitkan hati and Pak Hazman memang perangai minta kaki. Aisya is indeed a strong woman and how she always finds a way untuk selesaikan every problem yang ada.

Walaupun novelnya tipis tapi isinya padat. Penuh dengan pengajaran tentang kehidupan, kekeluargaan dan dendam. I'll suggest this book to everyone because it's so heartwarming.
Profile Image for Qayiem Razali.
892 reviews85 followers
December 25, 2016
77
Tamat sudah membaca naskhah ini. Terlebih dahulu ucapan tahniah buat penulis skrip Ummi Isa atas idea beliau dalam melahirkan karya ini. Tahniah juga buat Maria Kajiwa kerana berjaya menjadikan plot penceritaan Inayah ini lebih menarik.

Kalau dilihat pada jalan cerita, tampak seperti "ala... clichenya." Namun jika dibaca dengan penuh penghayatan, hati ini tercuit juga dengan rasa seram.

Inayah - Sebuah kisah tentang khurafat, tentang kekeluargaan, tentang pentingnya penjagaan solat dalam kehidupan. Saya kira naskhah ini cuba mengekalkan elemen klasik seram dalam kebanyakan kisah seram Melayu. Dan.. ianya berjaya.

Jadinya, ini antara naskhah seram terbaik 2016 yang saya baca. Tidak sabar menantikan ceritanya di kaca tv.
Profile Image for Nuur Syahidah.
160 reviews
October 28, 2016
Sebenarnya bila saya baca Inayah, saya memang dapat rasakan penulis cuba sedaya upaya mengelokkan dan mengembangkan cerita ini. Sebab dah 3 buku saya baca ,tulisan penulis, kita boleh tau tahap, style dan idea asal. Paling seram, Lengloi lah, begitu juga Puja dan projek Istana.
Profile Image for Ansya.
113 reviews
October 26, 2016
Bismillah. Novel yg sgt baik terutama buat peminat2 mami Maria Kajiwa. 5 stars for tis book.
Grab it..no regrets.
Profile Image for The Mimons.
7 reviews2 followers
May 15, 2020
Memang terbaik.Macam macam perasaan saya rasa masa baca buku ni.Saya harap buku ni dapat dijadikan filem suatu hari nanti.


Teruskan berkarya penulis!
229 reviews15 followers
October 16, 2017
5*

Yea, saya bias. Saya bagi 5 bintang kerana saya tersangatlah menyukai cara penulisan Maria Kajiwa. Ada yang kata Inayah nie jalan ceritanya cliche sangat. Dah boleh agak ke mana jalan cerita 2. Untuk saya, its okay. Kalau nak diikutkan memang terlalu banyak buku2 cerita yang jalan ceritanya cliche. Tapi apa yang saya cari adalah gaya pengolahan penulis tersebut. Jika buku tue buatkan saya terus membaca dan hanya tinggalkan buku tue kerana terpaksa, then the books are good. Tapi kalau dah baca sket, buat saya rasa xleh nak go on. Paham2 je la kan. Memang tak menghampakan. Tapi still, buku favorite saya dari Maria Kajiwa adalah Lengloi dan Puja. Mungkin Inayah number 3 kot. Masih ada cerita pendek MK yang saya suka. Mcm Ghumantong etc etc. But for a full book by MK, this is in my top 3 list.

Watak yang saya suka adalah Aisya. Pada saya, dia memang tabah. Menjadi suri rumah bukan perkara yang mudah. Tak keterlaluan kalau saya katakan, penatnya surirumah melebihi yang bekerja pejabat. Sebab kerjanya 24/7. Tak ada cuti. Dapat pula anak kembar lelaki dan suami yang kurang memahami. Silap hari bulan memang perang dunia la kan. Kepenatan dan rasa sakit hati Aisya 2 memang sampai pada saya. I feel you Aisya.

Watak2 sampingan yang lain, kepada yang selalu baca karya MK memang semuanya mesti ada kaitan diakhirnya nnt. So xde watak tempelan yang xberguna atau sekadar cameo je. Mmg penyedap cerita. A job well done MK. Can't wait to read more from her.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,556 reviews41 followers
August 16, 2020
Maria Kajiwa terus cemerlang melalui novel ini, Inayah. Seram tau, meremang juga bulu tengkuk terutama dalam episod-episod Adam berada di bawah kawalan Kuntum. Tok Pawang tu, dengan adiknya Habibah, aduhai. Berkeyakinan betul, menyelesaikan masaalah yang bersangkutan dengan makhluk ghaib, macam dia hebat. Minta duit bayaran lagi. Orang sebegini, bagi saya membawa aib kepada ummah. Ketua Kampung yang terlalu kejam tu, benci sebut namanya... Patutnya dia mati dimakan binatang buas atau ditampar dan kepalanya dipecahkan oleh iblis yang dipujanya.
Profile Image for Akmal Danial.
46 reviews
March 10, 2023
First time baca novel by kak maria , jalan cerita digarap dgn baik! Penulis pandai olah cerita so mmg seram la kalau baca malam2,cuma ending dia tu xphm sngt , apa kaitannya dgn jarum peniti patah dua tu ,overall mmg recommended
Profile Image for Mohd Ashmunir.
179 reviews3 followers
March 24, 2020
Seram... Meremang bulu roma... Lagi2 dibaca diwaktu malam... Secara jujurnya... Novel nie mmg seram... Dan yg pling sya suka dlm novel nie ialah watak Aisya... Seorg wanita yg kuat pd pndgn sya... Dia sggup buat apa sahaja utk memastikan keluarganya selamat dr gngguan Kuntum n Mak dia... Seram weii... Overall.... 5 star from me...
Profile Image for Ctsue.
56 reviews9 followers
October 23, 2016
Dah lama tak baca novel seram. A bit cliche tapi masih terasa keseraman bila baca seorang diri. Cliche sebab dah boleh agak jalan cerita. Tapi banyak mesej dan intipati berguna. Mak mertua yang taksub dengan Pak bomoh, si suami yang busy amat dengan kerja sampai perubahan pelik anak pon tak perasan. Good job pada penulis.
Profile Image for _nadiasw303.
64 reviews1 follower
January 12, 2026
𝘚𝘦𝘮𝘶𝘢 𝘪𝘯𝘪 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘭𝘢𝘪𝘯 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢 𝘪𝘣𝘭𝘪𝘴 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘺𝘢𝘪𝘵𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘢𝘩𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘦𝘴𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘯𝘶𝘴𝘪𝘢. 𝘔𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘮𝘢𝘩𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘪𝘮𝘣𝘶𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘵𝘢𝘬𝘶𝘵𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘪𝘯 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩.

💀 Dendam & penganiayaan
💀 Kekeluargaan
💀 Amal dan Keteguhan iman
💀 Kawan imaginasi vs pendamping

Buku ni berkisar tentang keluarga Aisya & Muhammad yang telah membeli rumah corner lot yang tanpa diketahui menyimpan seribu satu kisah silam yang ngeri. Anak kembar lelaki mereka, iaitu Umar & Adam menerima beberapa gangguan tapi disalah sangka hanya berperangai nakal, biasa bagi budak nak membesar katanya.

Aisya telah mengalami beberapa gangguan pelik tapi dinafikan oleh suaminya sendiri.
Yang peliknya kan, suaminya Muhammad tu adalah editor cerita seram... Tapi, macam entah apa-apa tak perasan kejadian anak sendiri, pastu taknak percaya cakap isteri dia tu😂 Tambah lagi, Mak sendiri, si Suraya tu lagi memburukkan keadaan dengan menjemput bomoh cap ayam mana entah. Last2 terciduk jugak😅

Kisah tragis yang berlaku kepada keluarga Inayah pula sangat sadis dan kesian. Dan, ada kebenaran lain rupanya. Ada punca lain. Patutlah Aisya, Muhammad sekeluarga tu kena kacau.

Saya suka watak Jamal & Imam Ali. Jiran yang prihatin tapi tidak melampaui batas. Masuk campur seadanya, dan beri pertolongan sesuai dengan waktunya. Kejiranan sekeliling pula menyantuni Aisya dengan baik. MasyaAllah.

Apapun, pengajaran kt sini sangat penting.
1) Bila melibatkan benda mistik ni, sebaiknya cari orang alim untuk tolong kita. Supaya kebergantungan terhadap Allah itu menyeluruh inshaAllah.
2) Tiada jalan singkat untuk peroleh hajat kita di dunia, melainkan usaha & tawakal. Bukan dengan mengamalkan kepercayaan syirik atau khurafat, sehingga melakukan kezaliman terhadap manusia lain.
3) Topik tentang solat yang menutup pintu kejahatan. Kita belajar daripada watak Aisya.

Buku MK sarat dengan nasihat & pesanan ringkas untuk pembaca tapi mendalam.

Wallahu'alam.

Bagi sis, buku ni seram lah jugak dalam 70-80%. Kena baca siang hari, terang benderang🫣

Personal ratings: 4.5/5⭐️
Profile Image for Haliza Mddan.
1 review
February 3, 2023
Memang saya mencari-cari karya novelis ini sejak saya mula-mula membaca antologi Kisah Latifah, dalam Projek Seram Kem. Saya sukakan genre mistik dan seram....karya penulis ini paling "genuine" buat saya.

Sedikit ulasan dari saya...
Aisya, Muhammad & 2 anak kembarnya berpindah ke sebuah rumah corner lot di sebuah taman. Keanehan mula menyelubungi mereka dengan kehadiran entiti seram yang mula mengganggu anak kembar mereka Umar & Adam. Sebatang pokok tua tergantung buaian terletak disudut rumah menjadi punca segalanya.

Inayah yang muncul entah dari mana mendekati Muhammad, Kuntum mendampingi Adam, jiran-jiran diganggu dengan kehadiran wanita & budak perempuan berbaju putih....

Konflik Aisya dan ibu mertuanya, Suraya menjadi semakin teruk apabila Suraya membawa seorang bomoh untuk memagar rumah - natijahnya gangguan menjadi semakin hebat...

Lantas - darah & nyawa menjadi dambaan sang iblis.
Profile Image for Maya.
61 reviews2 followers
March 16, 2022
Jujurnya aku beli buku ini dengan expectation yang tinggi sebab nampak nama Maria Kajiwa.
Ada beberapa perkara yang aku nak puji penulis dan ada juga benda-benda yang membuatkan aku rasa bosan semasa membaca.

Prolog cerita dimulakan dengan baik, aku suka sangat. Entah kenapa, aku rasa bahasa yang digunakan dalam prolog sangat bagus, buatkan aku tertarik untuk teruskan bacaan. Tapi semakin lama, macam biasa je. Mungkin penulis banyak tumpukan masa untuk menulis prolog tapi tak dapat kekalkan tempo untuk bab-bab seterusnya.

Selain itu, bagi aku tahap keseraman cerita ini biasa sahaja tapi memuaskan. Aku jadi curious dengan "imaginary friend" yang Adam ada. Mulanya aku macam pelik tengok Muhammad dan Aisya macam tak ambil berat dengan kewujudan Penny tu, sebab kalau benda tu berlaku irl, aku akan rasa seram. Tapi bila difikirkan balik, mereka semua duduk di US lama, jadi logiklah untuk berfikiran terbuka dan tak percaya perkara tahyul.

Walauapapun, buku ini jadi buku pertama untuk tahun 2022 yang mampu menghilangkan reading slump aku.. Thankyou author. Maybe sebab pacing dia yang pantas dan tak serabut, aku jadi mudah nak baca.
Profile Image for Ungu Karmila.
73 reviews3 followers
June 12, 2022
SEPTEMBER EXPOSURE

bil:4

Inayah
Maria kajiwa
Karya seni
520 ms

Review ringkas:
Pecah rekod bc nvl seram 1 hari demi nk merungkai misteri si inayah,roh yg x tenteram.
Kisah ini seolah2 tiada pghujung.hehhee..
Rumah yg baru diduduki tp x diazankan di seluruh penjuru,mmg mngundang malapetaka,apatah lg rumah yg telah lama dibiarkn kosong.campur tgn mertua dgn mbawa bomoh utk memagar kn rumah psgn adam & aisya,mburuk kan lg keadaan.
Rupanya roh yg x tenteram punya dendam yg blom terlunas.

"Siapa pun kami,pulanglah kamu kpd Penciptamu,Allah Ar-Rahman.Pulanglah kamu pd Pemilikmu,Allah Al-Ghaffar! Pulangĺah kamu kpd tanahmu. -ms 490

★★★★
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
December 31, 2019
Seperti biasa, buku karya Maria Kajiwa tidak pernah mengecewakan saya.
.
Sebagai penutup untuk tahun 2019, Inayah menjadi naskhah pilihan saya. Dan pilihan saya tepat. Naskhah ini berjaya mencuri tumpuan saya (walaupun bukan 100% mengadapnya)
.
Menarik - Watak-watak yang mewarnai naskhah ini sememangnya sempurna berada di tempat mereka masing-masing.
.
Mendebarkan - Jalan cerita berunsur seram, sememangnya berjaya menjentik debar dalam dada tatkala naskhah ini saya tekuni.
.
.
.
Kak Wan,
Pengulas Pencen
Profile Image for Izz.
420 reviews9 followers
September 23, 2020
Akhirnya..habis juga.. sebabkan dah tengok dulu movie ni lepas tu baru baca buku, itu yang lambat sangat nak habiskan, sebab dah tau jalan cerita.
Cerita ni okay je kot..biasa..plot biasa untuk cerita hantu..masuk rumah baru, kena kacau sebab anak kembar Aisya tu dah terambil kotak yang simpan roh tu. Lepas tu kena kacau 1 famili... last baru tau yang hantu tu sebenarnya dulu di aniaya kejam oleh pengamal sihir dan sekarang nak balas dendam...
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Sizarifalina.
268 reviews
July 9, 2025
Agak lama jugak nak habis membaca buku ini. Plot agak slow pada awal hingga 3/4 dari novel ini.
1/4 terakhir buku ni baru plot mula bergerak. Pengakhiran yang agak klise. Tapi biasala buku genre seram selalunya lebih kurang sama. Characters semua ok. Rasa macam nak hempuk je Muhammad. Bila dah kena dekat diri sendiri, baru nak sedar. Klise kan?
Tajuk buku boleh diubah sebab dah ada clue di situ. Ini buku penulis yang pertama saya baca. Hendak cuba buku lain pula yang ditulis oleh beliau.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Kayblack.
34 reviews1 follower
April 14, 2019
24.11.2017 buku ni berjaya ditemui.. Itu pun dr dealer kat sabah... Jenuh cari sbb tak diterbitkan lagi.. Mmg best cerita ni.. From my fav Novelis Maria Kajiwa .. Karya beliau tidak pernah mengecewakan aye🙊🙊.. Terbaik buku ni.. Tak sampai sehari dah abis baca.. 5 jam utk novel ni...
#seramisawesome
#inayah
#mariakajiwa
Profile Image for Sha Mohamed.
2,528 reviews1 follower
October 29, 2016
Inayah..
Masih lagi memberi kepuasan..
Ada sesuatu yang menarik dalam setiap karya sis Maria Kajiwa..
Pengajaran, emosi dan kemanusiaan..
Walaupun akhirnya boleh diduga namun masih memberi kepuasan..
Semoga sis Maria akan terus berkarya..
Profile Image for rara.
84 reviews7 followers
May 7, 2017
best sangat. kalau jd drama pun bagus jugak.
mmg best.

Profile Image for Nur Ainn.
68 reviews1 follower
December 4, 2017
mcm biasa,karya2 kak MK x pernah mnghampakn...lmbt abis baca sbb 3 4 hari busy dgn knduri kawin...arini pulun abiskn baca,mmg terbaekkk 👍👍
Profile Image for Hafiz Kamaruddin.
98 reviews9 followers
June 13, 2021
best & tak boleh dilepaskan bila dah mula baca. Byk pengajaran yg terselit dalam naskhah ini.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for zay.
29 reviews
June 20, 2021
Very intriguing! I read 15 chapters from Wattpad and ended up buying one. It was a pleasure to read :)
Profile Image for Shi Mediorilize.
21 reviews
July 4, 2021
Jalan cerita yang best.
Tahap keseraman yang tak mengecewakan.
Yang pastinya penuh pengajaran. Terutamanya dalam membezakan adat dan khurafat.
Terbaik Puan Maria.
Displaying 1 - 30 of 39 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.